1
MODEL EKONOMI BARU TUNJANG EKONOMI RAKYAT
Teks penuh ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diPersidangan Invest Malaysia 2010, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010
SAYA amat berbesar hati berada di sini pada hari ini. Pemimpin perniagaan danpelabur adalah penting untuk menentukan kesejahteraan ekonomi Malaysia dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha, sumbangandan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akanberlangsung sepanjang beberapa hari yang akan datang.
Najib Tun Razak semasa berucap di Persidangan InvestMalaysia 2010 ³Powering Global Excellence´ di Shangri-LaHotel, semalam.
µMenerajui Kecemerlangan Global¶ tema bagi Invest Malaysia 2010, adalahberpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh sertaaspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatandengan apa yang ingin saya katakan pada hari ini. Dalam tahun baru, konteks baru,dan dunia yang semakin pulih dari kemelesetan, kita perlu fokus terhadap:
Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dansederhana;
Meningkatkan daya saing Malaysia;
Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta;
Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi;
Membina ekonomi yang inovatif; dan
Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan modelekonomi demi masa hadapan.Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik. Suasanaekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas. Pada masaitu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih20 juta pekerjaan telah hilang. Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang.