Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
45Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
contoh rencana

contoh rencana

Ratings:

0.0

(2)
|Views: 4,463 |Likes:
Published by Azhirt Amar

More info:

Published by: Azhirt Amar on Mar 31, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2013

pdf

text

original

 
Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen yang memperincikansukatan pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murnidan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakanmurid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaranyang merangkumi pendekatan berpusatkan murid, sertakepelbagaian teknik dan sumber. Guru digalakkan menggunakankreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikutkesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu gurumerancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gurudiharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilaitambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Di samping itu, nilai murni sertasemangat patriotik, dan kewarganegaraan tetap diutamakan.Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinankepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dandunia pekerjaan.Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tigamenggariskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebutdinyatakan secara eksplisit mengikut aras kesukaran isi kandungandan tahap keupayaan murid melalui pernyataan dalam HuraianHasil Pembelajaran. Pernyataan tersebut memberikan cabaranyang sesuai dengan murid dalam pendidikan sekolah menengahagar dapat melahirkan murid yang berketerampilan menggunakan bahasa Melayu baku.Dalam menyediakan huraian sukatan pelajaran yang disemak semula ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarahmaktab dan universiti, pegawai Kementerian Pendidikan, danindividu yang mew akili badan-badan tertentu.Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangankepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya huraian sukatan pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
 
Rencana 1 malaysia
Seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri, Sarawak dan Sabah adalahcontoh satu Malaysia. Walaupun masing-masing mempunyai lebih daripada 30 etnik,tetapi semangat kesatuan mereka amat mantap berbanding Semenanjung yang hanyamempunyai tiga etnik iaitu Melayu (60 peratus), Cina (25 peratus), India (10 peratus) danlain-lain 5 peratus, tetapi masih sukar untuk mencontohi Sabah dan Sarawak.Persoalannya, kenapa? Jawapannya, di Sabah dan Sarawak, konsep satu Malaysia telahterpakai sekian lama, sejak mereka menyertai Malaysia. Penggunaan satu bahasa, bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan begitu meluas. Justeru, tidak hairan penduduk Sabahdan Sarawak begitu fasih berbahasa Melayu. Bahasa telah menyatukan mereka. Bila pergi ke sana, kita agak sukar untuk membezakan mereka adalah Iban, Dayak, Murut atauKadazan, kerana semua boleh berbahasa Melayu dengan baik.Keadaan sebaliknya berlaku di Semenanjung. Walaupun kita hanya boleh berbangga dengan Tan Siew Sin dan Sambathan yang memahami sejarah. Mereka fasih berbahasa Melayu. Bahasa Melayu telah berperanan besar menyatukan pelbagai bangsaketika itu. Namun, keadaan sudah berbeza hari ini. Semakin ramai yang berfikiran sepertiLee Kuan Yew dan Lim Kit Siang yang mahukan Malaysian Malaysia dilaksanakan.Pada mereka, satu Malaysia adalah sama rata-sama rasa. Tidak ada hak istimewa orangMelayu, bahasa lain (Cina) hendaklah setaraf dengan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi, sekolah jenis kebangsaan mesti setara dengan sekolah kebangsaan, atas kata kuncifair and square. Mujurlah MCA, Gerakan dan MIC dapat sedikit memahami keadaan.Itupun terlalu sukar bagi UMNO untuk membuat mereka faham kerana mereka tidak dapat melihat atau sengaja pejamkan mata untuk melihat 'diskriminasi' tersebut dalam bentuk yang positif.Dengan sebab itu, hari ini apabila bercakap soal satu Malaysia, bukan melayutidak melihat kepada satu Malaysia yang bersandarkan kepada perlembagaan, merekahanya mahukan satu Malaysia melaksanakan dasar fair and square. Tidak ada Dasar Ekonomi Baru (DEB), tidak ada hak istimewa orang Melayu dan sebagainya.Persoalannya, kenapakah mereka langsung tidak bersuara soal, perlunya satu sekolah,satu bahasa dalam soal pembinaan negara bangsa? Kenapa bila Perdana Menteri sebutsahaja satu Malaysia, maka secara spontan mereka melatah bahawa satu Malaysia adalahsama rata dan sama rasa, apa jua yang berpihak kepada Melayu dan Islam mestidihapuskan? Kenapa kita bincangkan tentang perlunya satu bahasa Melayu diperkasakandi sekolah jenis kebangsaan? Semua ini berlaku kerana sifat ultra kiasu atau sentiasamahu menang telah lama terpahat dalam pemikiran mereka. Apa jua perkara dilihat tidak menguntungkan mereka, maka akan ditentang habis-habisan.Saya rasa pelik, bila ada polisi kerajaan pusat yang menguntungkan maka akandisokong habis-habisan. Begitu juga bila ada polisi yang tidak menguntungkan akanditentang habis-habisan. Bermakna, politik perkauman masih tebal. Kita hanyameletakkan kepentingan kaum di hadapan berbanding kepentingan nasional. Misalnya,isu siaran berita dalam bahasa Mandarin di RTM yang telah diubah daripada jam 8.00malam kepada waktu yang lain. Sebelum inipun siaran berita bukan Melayu, bukan pada
 
 jam 8.00 malam, kemudian diubah kepada jam 8.00 malam. Bila Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan baru dilantik, maka siaran berita mandarin diubah kepadaasal, yakni bukan jam 8.00 malam. Kita dapati, serta merta MCA, Gerakan dan DAPmelompat dengan mengatakan ia adalah satu diskriminasi dan tidak adil. Persoalannya,adakah tindakan ini satu yang wajar, bertepatan dengan konsep satu Malaysia yang mahumendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?Begitu juga dalam isu kemasukan Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Au KamWah, bekas pemimpin SAPP, ke dalam parti Gerakan. Secara cepat, Presiden Gerakanterus mengambil keputusan mencadangkan agar Datuk Raymond Tan dilantik sebagai Naib Presiden Gerakan, sebagai mewakili kepentingan masyarakat Cina di Sabah.Gerakan selama ini mengatakan bahawa mereka adalah parti untuk semua kaum. Tetapitidak bertindak sedemikian apabila berkaitan kepentingan kaum Cina. Bermakna,Gerakan masih lagi parti cauvinis Cina bukannya untuk semua kaum seperti yangtermaktub dalam perlembagaan mereka. Cuba presiden Gerakan kira berapa banyak parti politik di Sabah yang telah mewakili masyarakat Cina? Sepatutnya Gerakan perlu berkata bahawa perlantikan Datuk Raymond adalah untuk mewakili masyarakat Sabah secarakeseluruhan. Inilah bentuk pemikiran satu Malaysia, dan bukannya terkongkong dalamkotak etnik sahaja. Saya tidak nafikan ada kumpulan tertentu dari kalangan orang Melayu juga berfikiran sedemikian.Kita perlu memandang jauh ke hadapan bila bercakap soal pembinaan negara bangsa berasaskan kepada konsep satu Malaysia. Kepentingan etnik hendaklahdiketepikan apabila berhadapan dengan kepentingan nasional.

Activity (45)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
pojitinto liked this
Haiku Apple liked this
Dhanvan Ram liked this
ShiLa SuehaiLa liked this
ShiLa SuehaiLa liked this
temandigital liked this
Aja Muhamad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->