kepada pengetua Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Puan Apidah BintiZakaria yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik MuhammadKheri Bin Yaakub dan ibu saya Puan Rohayah Binti Redzuan yang sentiasa memberidorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Kepadarakan-rakan saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala cadangan, tunjukajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Pekan atas kerjasamayang telah pihak tuan puan berikan.PENDAHULUANNama saya Huda Binti Muhammad Kheri. Saya Belajar di tingkatan 3 Syafiyyah di SekolahMenengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang Darul Makmur. SebagaiMemenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerjalapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya telah menjalankan KGT ini selama 8minggu.Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Bandar Pekan, Pahang DarulMakmur. Negara yang dibandingkan ialah Negara Jepun. Sebab- sebab pemilihan adalahkerana terdapat pelbagai perbandingan jaringan sistem pengangkutan antara Bandar Pekandengan Jepun.OBJEKTIF KAJIAN1. Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat diBandar Pekan dan mewujudkan semangat cinta akan negara.2. Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan diBandar Pekan.3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alamsekitar di Bandar Pekan.KAWASAN KAJIANKawsan kajian yang saya pilih ialah Bandar Pekan Di Pekan, Pahang Darul Makmur. Pandangdarat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, pasaraya, jalanraya dan lain-lainlagi.Jika dari Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah ke Bandar Pekan, kira-kira 2kilometer atau lebih kurang 5 minit perjalanan menaiki kereta ke sekolah. Jika menaiki bas,tambangnya hanya 40 sen dan jika berjalan kaki dari sekolah, saya mengambil masa lebih