Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
48-67_dr_abdullah Seni Musik Islam

48-67_dr_abdullah Seni Musik Islam

Ratings: (0)|Views: 535|Likes:
Published by kreisha

More info:

Categories:Types, Maps
Published by: kreisha on Apr 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/14/2010

pdf

text

original

 
 48
PERKEMBANGAN SENI MUZIK DALAM PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA
Oleh:Abdullah Yusof 
 
Awerman Bidin
∗∗
 
Abstract
This article aims to expose the status of music in acountry where majority of its people follow the Islamic faith. Music in this country does not hold a great  position and this indicates that musical creativity isalways questioned within Islamic law such as in Indonesia. This indication is not precise without understanding the meaning and purpose behind themusic. Music represents a creation of man and constitutes as a part of art, meanwhile, art is one of thecultural aspects in human life. Therefore, culture isrelated to art and also one of the aspects of Islamicreligion’s values. Accordingly, art represents an aspect of Islamic religion. Hence, in Islam art is not part of thereligion, rather it is part of Islamic cultures. The type of music that always been implemented by Moslemsthroughout the world is of melodic strains with the sweet voice during a call to prayer, for every newly born babyboy this called as Azan while Qamat is to be practiced when a baby girl is born.
Dr. Abdullah Yusof, Ph.D adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah DanTamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
∗∗
Awerman Bidin, M.A. adalah calon Doktor Falsafah di Jabatan Sejarah DanTamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
 
 49
Pendahuluan
Penulisan artikel ini bertujuan untuk melihat kewujudan praktik seni muzik Islam di Nusantara khususnya di Malaysia danIndonesia. Persepsi mengenai muzik Islam di kalangan masyarakat di Nusantara lazimnya tidaklah begitu positif. Hal ini dapat dikaitkandengan pandangan bahawa kreativiti dalam bidang muzik selalumempermainkan hukum Islam. Petunjuk ini sebenarnya tidaklahtepat bahkan berdasarkan prasangka semata-mata tanpa mengetahuiterlebih dahulu pengertian yang mendasari seni muzik itu sendiri.Muzik seperti difahami adalah merupakan hasil cetusanfikiran dan minda manusia, sedangkan agama Islam adalah anugerahAllah. Di sudut yang lain, muzik adalah sebahagian daripadakesenian, sedangkan kesenian adalah rangkuman daripadakebudayaan. Ini menunjukkan bahawa kebudayaanlah yang berhubungan dengan kesenian. Kebudayaan itu sendiri adalah satuaspek dari
 D
n
Islam. Oleh kerana kesenian merupakan aspek dari
 D
n
Islam maka kesenian bukanlah sebahagian dari agama, namun iaadalah sebahagian dari
 D
n
Islam. Sebagai contoh kisah yang dipetik dari al-Qur’
a
n (Surah Saba’) mengenai Nabi Daud dan anaknyaSulaiman a.s. yang menggunakan keindahan seni muzik denganiringan alat kecapi bagi merasai keindahan alam sekeliling menerusilagu puji-pujian kepada Allah di samping menggambarkankebesaran, kesempurnaan dan kemuliaan tuhan.
1
 Secara umum implementasi agama Islam dalam masyarakatselalu diiringi oleh seni bunyi atau melodi tertentu bahkan bunyi pertama yang diperdengarkan kepada bayi orang Islam yang barulahir adalah alunan melodi dengan suara yang merdu iaitu suara azandan qamat. Begitu juga suara azan untuk panggilan solat
1
Lihat Abdullah Yusof (1999), “Kegiatan Seni dan Hiburan Dalam Islam sertaHukumnya”, dalam
Seni dan Hiburan Dalam Perspektif Islam
. Kuala Lumpur:Penerbit KAGAT dan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, h. 1.
 
 50
 berkumandang lima kali sehari dilagukan dengan penuh berirama.Jelas di sini bahawa kesan seni muzik amat besar kerana ia bolehmenggetarkan jiwa dan meninggalkan kesan efektif dan psikomotif disamping kesan kognitif.
2
 Manusia merupakan makhluk yang paling sempurnadiciptakan Tuhan. Salah satu keistimewaannya adalah manusia itudilengkapi dengan akal dan fikiran. Aktiviti-aktiviti manusiadicetuskan menerusi akal, fikiran, cipta, rasa, dan karsa mampumenghasilkan sebuah karya seni yang mengisi kebudayaan. Hasilkarya tersebut menjadi kebanggaan bagi si pencipta, sehinggasentiasa dijaga kelestariannya. Kebudayaan pada prinsipnyamempunyai tiga unsur: pertama, kebudayaan sebagai suatu kompleksdari idea-idea, gagasan, nilai-nilai, norma-norma, dan peraturan;kedua, kebudayaan sebagai suatu kompleks yakni aktiviti kelakuan berpola dari manusia dalam masyarakat; ketiga, kebudayaan sebagai produk hasil karya manusia.
3
Kebudayaan secara umum berertihampir semua tindak-tanduk dan tingkah laku dari manusia atausekelompok manusia. Kebudayaan Nusantara baik Malaysiamahupun Indonesia adalah satu kondisi majmuk kerana ia bermodalkan pelbagai kebudayaan lingkungan wilayah yang berkembang menurut tuntutan sejarahnya sendiri.
4
 Salah satu cabang kebudayaan adalah kesenian. MenurutUmar Khayyam “kesenian adalah salah satu unsur yangmenyangga kebudayaan.”
5
Kesenian merupakan ekspresikebudayaan manusia. Kesenian timbul kerana proses sosialisasi budaya. Kesenian tentunya didukung oleh suatu kelompok 
2
Lihat Engku Ibrahim Ismail,
et. al 
., (1992),
 Konsep Seni Dalam Islam
, AkademiPengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 13.
3
Koentjaraningrat (1974),
 Kebudayaan Mentalitet dan Pembangunan
. Jakarta: P.T. Gramedia, h. 15.
4
Umar Khayyam (1981)
 , Seni Tradisi Masyarakat 
. Jakarta: Sinar Harapan, h. 16.
5
 
 Ibid 
., h. 15.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->