empat hingga
2
lima tahun sekali. Wakil rakyat dipilih atas dasar kawasan pilihan raya,iaitu mengikut cara yang diamalkan di Britain.
S
eorang wakil rakyat akan terpilih apabiladia mendapat undi majoriti di kawasan pilihan raya yang ditandingnya. Umpamanya, pada tahun 1990 dan 1995 parti-parti politik yang bergabung di bawah Barisan Nasionalhanya mempeoleh kira-kira 52 dan 65 peratus undi, tetapi ia tetap dianggap µmenguasaimajoriti¶ melebihi dua pertiga kerusi
.[3]
Dengan ini, rakyat diberi hak dan kebebasanmemilih wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat pusat atau negeri.
3
.
Doktrin Pengasingan Kuasa
Doktrin pengasingan kuasa ialah pembahagian kuasa kepada tiga badan yang bebas, iaituBadan Perundangan (legislature), Badan Kehakiman (judiciary) dan Badan Pengurusanatau Eksekutif (executive). Biasanya ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan mengawaldan mengimbang (check and balance) dalam pemerintahan.Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Badan tersebut berfungsi untuk mengadil tindakan-tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuan dariMahkamah bawahan, membuat dikri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll), pengurusan pusaka, mengeluar waran tangkap, mentafsir undang-undang dan sebagainyamengikut Perkara 121-131A Perlembagaan Persekutuan.Badan Perundangan iaitu Parlimen Malaysia diperuntukkan kuasa membuat undang-undang mengikut Perkara 44-68, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang membentuk Parlimen. Badan Eksekutif iaitu Jemaah Menteri membuat keputusan mengenai polisi, pemeriksaan, penyiasatan, pengeluaran lesen, membuat instrumen perundangan danundang-undang kecil, serta membuat pembangunan, dan sebagainya mengikut Perkara 39 ± 43C Perlembagaan Persekutuan.
3
Lihat dalam
Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002.
Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat.
Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.