You are on page 1of 72

KONSEP FALSAFAH

• Berasal daripada perkataan Yunani;


philos bermaksud mencintai dan sophia
bermakna kebijaksanaan.Jadi istilah
Falsafah bermaksud perihal mencintai
kebijaksanaan.
• Russel (1946), falsafah diertikan sebagai
sesuatu fahaman atau pengertian di antara
teologi dan sains. Teologi:perkara yang belum
tepat dibukti, sains; berusaha menggunakan
taakulan dan logik untuk membuktikan
fahamannya.
• E.D. Miller(buku Questions That Matter,
1984) – falsafah ditakrifkan sebagai usaha
untuk berfikir secara rasional dan kritis
terhadap perkara-perkara yang penting.
TAFSIRAN SHARIFAH ALWIYAH
ALSAGOFF(1984)
• Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian
mengenai pertimbangan terhadap perkara yang
penting.
• Mempersoalkan prinsip- prinsip realiti, ilmu
dan nilai.
• Cenderung mengumpulkan rumusannya
kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-
sistenm pemikiran.
TAFSIRAN SHARIFAH ALWIYAH
ALSAGOFF(1984)
• pendekatan yang rasional terhadap
sesuatu masalah atau persoalan.
• sesuatu penyiasatan yang komprehensif
dan logikal mengenai asas-asas pemikiran
atas semua aktiviti manusia, khususnya
dalam bidang seni, sains, agama dan
pendidikan.
RUMUSAN

Falsafah merupakan…

• pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan


bernas.

• dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara


yang saintifik, sistematik dan logikal.

• membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau


pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.
Pendidikan
Professor Gurrey
…proses mengeluarkan manusia-manusia
yang mempunyai kebudayaan dan
pengetahuan yang luas.

…menggali dan mengambil segala seni dan


pengetahuan yang amat luas.
W.O.I Smith

…pendidikan adalah berubah mengikut masa, tempat


dan mengikut adat resam satu-satu masyarakat dan
iklim manusia itu.

…satu proses menyampaikan segala anasir kehidupan


sesuatu masyarakat itu kepada generasi mudanya
bagi melanjutkan warisan agar dipertinggikan dan
disampaikan pula kepada generasi lain.
Mohammad Qath
Pendidikan membentuk manusia secara
menyeluruh dan seimbang.

Tujuan utama pendidikan ialah


mengembangkan potensi intelek, fizikal,
emosi dan rohani manusia ke tahap
kesempurnaan.
1.Metafizik

• Berasal daripada karya Aristotle (Prinsip


Pertama)- meta ta physica.
• Kajian sifat dan asal usul mengenai realiti
mutlak.
• Mempersoalkan perkara seperti:

Apa itu alam semester?


Apa Itu kehidupan?
Apa dia pemikiran?
Apa itu demokrasi?
2. Epistemologi

• Mengkaji ilmu pengetahuan.


• Mempersoalkan perkara seperti
Apa itu ilmu?
Bagaimanakah kita memperolehi ilmu? Bagaimana
kita membuktikan kesahihannya?
• Menekankan penguasaan ilmu daripada kesedaran
kepada kefahaman.
• Ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau
pengalaman yang subjektif.
• Menolak ilmu sebagai refleksi otak manusia terhadap
dunia dengan secara objektif.
3. Aksiologi

• Kajian terhadap nilai,dengan mempersoalkan


perkara seperti : Apakah yang bernilai?
• Dua bahagian: etika dan estetika
• Cabang etika - nilai moral, prinsip moral dan
tingkah laku serta sifat murninya.
• Cabang estetika – kecantikan dan seni
(persepsi deria)
4. Logik

• Mengkaji perkara yang membentuk penaakulan sah.


• Aristotle – ahli falsafah yang pertama
mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan / idea
logik aristotle.
“diberi dua premis”, sesuatu kesimpulan (inferens) akan
diikutinya”
• Contoh:

Premis 1: Semua manusia ialah makhluk yang fana.


Premis 2: Socrates ialah seorang manusia.
Premis 3: Jadi, Socrates ialah makhluk yang fana.
Konsep Falsafah Pendidikan

Falsafah : pemikiran atau taakul


Pendidikan : pelaksanaan.

• Suatu proses yang berbentuk bipolar ( yang dididik


dan yang mendidik / pendidik )
• Sekolah sebagai satu tempat untuk menyampaikan
pendidikan kepada pelajar
• Pendidikan merupakan proses sosial yang tiada
kesudahan.
FALSAFAH PENDIDIKAN
TIMUR
Konfusianisme
 Berasas daripada pemikiran Confucius (551-
479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti
Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan
Hanyu (768-824 SM) dari negeri China

 Peranan utama pendidikan ialah membina


tingkah laku manusia supaya menjadi orang
yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta
taat dan cinta kepada pemerintah dan negara
 Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-1107) dan
Zhuxi (1130-1200) memperkenalkan unsur rasionalisme
dalam falsafah pendidikan konfusianisme

 Menggabungkan pemikiran rasional dengan


mentalnya

 Menyarankan kaedah inkuiri

 Tujuan pendidikan sebagai perkembangan kecerdasan


individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan
berbudaya sempurna
 Wang Shouren (1472-1528), menentang
pengggunaan kaedah inkuiri tetapi pelajar
hendaklah menggunakan ilmu intuitif yang
berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji
perkara-perkara alam sekitar

 Menentang hukum dera dan mengurungkan


kanak-kanak sebagai pendekatan pengajaran

 Menyarankan teknik peneguhan dan motivasi


 Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey,
memperkenalkan idea-idea pragmatisme dan
progresivisme dalam kurikulum sekolah

 Beliau menyarankan kaedah induktif dan


mengutarakan pendekatan “Berani membentuk
hipotesis, berhati mencari bukti”

 Menyarankan persepaduan mata pelajaran


kemanusiaan dengan sains
Nasionalisme dan Internasionalisme
 Rabindranath Tagore (1861-1941),
mentafsirkan pendidikan sebagai proses
yang bertujuan untuk melahirkan manusia
yang berfikiran sempurna, berupaya
mencapai segala aspek kehidupan

 banyak dipengaruhi pula oleh falsafah


pragmatism dan progresivisme
FALSAFAH PENDIDIKAN DI INDIA
• Asasnya ditumpukan kepada ajaran agama
iaitu Hinduisme dan Buddhisme.
Falsafah pendidikan Rabindranath Tagore;
• Pendidikan tubuh badan-melatih deria
dan kecerdasan fizikal secara am, cekap
dan berkemahiran.
• Pendidikan intelek-
• Pendidikan kerohanian
• Pendidikan realistik
• Pendidikan harus hidup dan dinamik,
bukan mekanikal dan tidak bermaya
• Pendidikan dalam perkara-perkara
semula jadi
• Pendidikan untuk nasionalisme yang
tulen
• Pendidikan untuk internasionalisme
• Pendidikan untuk perkembangan
individu
• Pendidikan untuk perkhidmatan sosial
dan kecekapan
FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
Berasaskan ajaran al-Quran
Mengikut Hassan Langgung (1979), perkara-
perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam
ialah:
• Keesaan Tuhan (Tauhid);
•Kepercayaan pesuruh-pesuruhNya;
•Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan
kepada Nabi-nabi;
•Manusia mempunyai potensi dalam
perkembangan moral dan kerohanian;
• Setiap individu bertanggungjawab
terhadap tindakan sendiri;
•Kehidupan keduniaan dan akhirat; dan
•Persamaan dan persaudaraan sejagat di
antara semua umat Islam.

Pendidikan menurut Islam merupakan


usaha-usaha membaiki diri
Juga menyepadukan pendidikan ilmu
keduniaan dengan ilmu akhirat
Pandangan tokoh
• Mohammad Qatb
• Dr. Mohd Athiyah al Abrasyi
• Amal al-Shaibani
• Al-Ghazali
• Haji Abdul Malik Karim Amrullah
Perbandingan Mazhab-Mahzab Falsafah
dengan Falsafah Pendidikan Di Malaysia
 Matlamat Pendidikan Negara ialah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan mempunyai nilai-nilai
yang murni
 falsafah pendidikan di Malaysia
merupakan sesuatu falsafah pendidikan
yang mempunyai ciri tersendiri
 Falsafah pendidikan kebangsaan
adalah lebih mirip dengan falsafah
pendidikan rekonstruktivisme
 Falsafah pendidikan di Malaysia
pula mengandungi ciri-ciri
progresivisme dan pragmatisme
 Menitiberatkan penggunaan
kaedah praktik dan kaedah inkuiri
 Falsafah pendidikan di Malaysia
boleh dikatakan pula mengandungi
unsur essensialisme yang bercorak
tradisional
 Abdul Rahman Aroff dan Zakaria
Kasa (1994) merumuskan falsafah
pendidikan di Malaysia sebenarnya
dikenali sebagai falsafah eklektisme
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TRADISIONAL MODEN

 Perenialisme  Progresivisme
 Essensialisme  Rekonstruktivisme
 Eksistensialisme
1. Perenialisme

• Dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato dan


Aristotle dan penyokong utamanya seperti Adler dan
Richard Livingston.

• Berpendapat bahawa nilai moral dan rasional


manusia semakin merosot disebabkan materialisme,
pragmatisme dan fahaman sains

• Tamadun manusia perlu diselamatkan melalui


pendidikan yang mengutamakan perkembangan
potensi rasional individu yang melibatkan prinsip-
prinsip mutlak agar mereka memahami dunia yang
sebenar.
Prinsip-prinsip Fahaman Perennialisme

 Manusia pada amnya adalah sama dan pendidikan


haruslah sama untuk semua manusia.

 Rasionaliti adalah ciri utama manusia.

 Tugas pendidikan ialah menyelaraskan manusia pada


kebenaran dengan mendisiplin / mendidik mental dan
jiwa murid supaya menjadi rasional. Tujuan utama
pendidikan adalah mengajar nilai dan pengetahuan yang
berbentuk universal dan tiada had masa.
 Kanak-kanak hendaklah diajar dengan subjek
asas yang khusus supaya dapat digunakan
dalam kehidupannya di dunia ini.

 Pendidikan hendaklah memperkenalkan


murid kepada hal yang universal melalui
kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains
yang dilahirkan oleh penulis terkenal.
2. Essentialisme

• Tokoh-tokoh penting seperti William C. Bagley,


Thomas Briggs, Frederick Breed, Issac L. Kandel,
James B. Conant
• Berasaskan idealisme dan realisme ( melihat apa
yang perlu dan penting dalam hidup untuk
kehidupan yang sempurna dan baik )
• Berusaha mengkaji semula keadaan kurikulum
dan rancangan-rancangan sekolah, dan
menentukan semula kuasa guru dalam bilik
darjah.
• Berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi
akademik dan guru dianggap berkuasa dalam
subjek dan pengajarannya.

• Guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai


tradisional ( kaedah disiplin tradisional )
justeru dianggap sebagai model yang bernilai
untuk dicontohi.
( William Bagley )
• Menitikberatkan subjek asas tradisional yang
berguna pada masa lampau dan akan tetap
berguna pada masa akan datang ( membaca,
menulis, mengira, bahasa, sastera, matematik,
seni, sejarah, muzik dan sains )

• Prinsip pengajaran adalah berbentuk ansur


maju iaitu daripada yang senang kepada lebih
susah.
Pendapat Essensialisme

• Fitrah manusia kekurangan nilai-nilai murni


yang sempurna.

• Perlu latihan intelek dan mental (pengaruh


kebudayaan masyarakat) untuk membentuk
personaliti dan mental mereka ke tahap
keharmonian dan penyempurnaan.
• Guru memainkan peranan utama dalam
proses pendidikan, membantu pelajar
memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan
orang dewasa, agar berjaya hidup pada masa
depan.
Ciri-ciri guru essensialisme

• Pimpinan demokratik
• Inisiatif dan kreatif membentuk iklim kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Mahir menggunakan teknik peneguhan
ataupun ganjaran dan denda.
• Mempunyai kelayakan akademik yang
berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami
psikologi perkembangan kanak-kanak dan
remaja
Ciri-ciri pelajar essensialisme

• Pelajar yang berjaya adalah rajin dan memberi


perhatian dalam pembelajaran.
• Minat bukan kunci kejayaan tetapi boleh
dipupuk selepas berusaha bersungguh-
sungguh daripada bimbingan guru.
• Memahami dan mematuhi kewibawaan dan
pimpinan guru.
Ciri-ciri Kurikulum

Kurikulum sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan


keperluan masyarakat:

Bahan-bahan pelajaran hendaklah dirancang secara


rapi dan logikal;

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah


dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen
yang sesuai;

Kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara


rapi mengikut pencapaian peperiksaan.

Peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M merupakan


perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata
pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains,
dan bahasa asing.
…sambungan

Peringkat sekolah menengah,pendidikan membaca dan


menulis ditekan, diikuti dengan mata pelajaran seperti
arithmetik, algebra, geometri, fizik, kimia

Mata pelajaran kurang penting adalah seperti pendidikan


seni, pendidikan jasmani, muzik, mata pelajaran vokasional,
dan kokurikulum.

Nilai-nilai masyarakat juga disarankan seperti


nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdikiawan,
penulisan dan sebagainya.
3. Progressivisme

Berkembang daripada pragmatisme (John Dewey) iaitu berfikir tentang penyelesaian


masalah dengan cara praktikal dan munasabah.

Menentang pendidikan tradisional yang dianggap pasif ( mengutamakan


kemahiran mengingat dan latihan yang rapi)

Berpendapat bahawa pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan


perkembangan, justeru kanak-kanak harus diajar bagaimana cara berfikir bukannya apa
yang perlu difikirkan.

Segala P&P hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan pelajar.
Guru harus membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk
memperolehi ilmu pengetahuan melalui usaha sendiri.

Falsafah Pendidikan oleh John Dewey “…pendidikan di sekolah merupakan


sebahagian daripada kehidupan itu sendiri.
• Pengajaran kurikulum haruslah berdasarkan
– minat pelajar
– melibatkan aplikasi masalah manusia
– menggalakkan kepelbagaian aktiviti
– menekankan pengalaman langsung murid
– penyelesaian masalah
– kaedah projek
– tumpuan pada pembelajaran aktif dan relevan.
• Guru berperanan sebagai pembimbing kepada
penyelesaian masalah dan pelajar digalakkan
membina penerangan serta kefahaman sendiri
tentang sesuatu perkara.

• Pihak sekolah / guru harus menggalakkan


pembelajaran kolaboratif dan kurangkan
pembelajaran persaingan individu
4. REKONSTRUKSIONISME
• Muncul pada tahun 1920-an. Dipelopori oleh
John Child,George Counts, Harold Rugg &
Theodore Bremald.

• Pendidikan adalah untuk perubahan dan


reformasi. Bertujuan membaiki dan membina
semula masyarakat kerana mereka
mempunyai daya usaha yang kuat.

• Mengutamakan pengalaman yang didapati


daripada interaksi dengan alam sekitar.
(Pengalaman – menimbulkan nilai asas)
…sambungan

• Mementingkan amalan demokrasi.


• Sekolah juga menyediakan kemudahan asas
yang cukup untuk membolehkan murid
mengembangkan bakat & kemahiran.
• Mengutamakan subjek dan kemahiran untuk
mengenal dan menyelesaikan masalah
masyarakat
• Guru sebagai agen perubahan
…sambungan

• Guru mengemukakan isu-isu sosial


( kebangsaan / antarbangsa ) untuk
dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama
pelajar.
• Dalam kurikulum memberi tumpuan pada
sains sosial, kaedah penyelidikan sosial,
ekonomi, politik, kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis
5. EKSISTENSIALISME

• Pendidikan didasari oleh Metafizik


( manusia sendiri memberi takrifan terhadap
kewujudannya sendiri di dunia ini
berlandaskan pemahaman sendiri )

• Dari aspek etika moral dan akhlak, individu


adalah bebas dan tidak perlu mengikut
/mematuhi norma atau nilai masyarakat.
Perbandingan Antara Falsafah Pendidikan
Tradisional dan Moden
Mazhab Konsep Matlamat Tumpuan
Pendidikan
Tradisional
Parenialisme Secara semula jadi, ciri Mengajar ilmu dan nilai Kurikulum: bidang
manusia bersifat sejagat bersifat sejagat dan abadi kemanusiaan dan
dan tidak berubah-ubah. kesusasteraan
Guru: Penyampai ilmu
yang pakar
Kaedah mengajar:
didaktif
Murid :Penerima ilmu
yang bersifat pasif
Esensialisme Penekanan diberi kepada Mengajar ilmu dan Kurikulum: Kemahiran
perkara-perkara asas budaya yang bersifat asas asas (membaca, menulis
sahaja dan mengira)
Guru: Penyampai ilmu
yang mahir
Kaeadah
mengajar:didaktif
Murid: penerima ilmu
yang bersifat pasif
Mazhab Konsep
Moden
Matlamat pendidikan Tumpuan
Progresivisme Manusia Menghasilkan individu yang Kurikulum:kebebasan
berupayamenyesuaikan sedia menghadapi untuk memilih
diri terhadap perubahan perubahan dalam kehidupan matapelajaran yang ingin
sehari. dipelajari
Guru: pembimbing dan
pengurus
Kaedah : mengajar induktif
Murid : mencari ilmu dan
bersifat aktif

Kekonstruktisvisme Sekolah merupakan Mengasaskan corak budaya Kurikulum:Bidang sains


landasan untuk baharu sosial.
membentuk masyarakat Guru:Agen perubahan
baharu Kaedah Mengajar:
berpusatkan murid
Murid: berani mencuba dan
bersifat aktif

Eksistentialisme Manusia Tidak digariskan Kurikulum:bidang estetik


bertanggungjawab ke atas dan falsafah
diri sendiri Guru: pemangkin ilmu
Kaedah
mengajar:berpusatkan
murid dan aktiviti
Murid: penerima ilmu yang
bersifat aktif
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Dirangka berdasarkan ideologi dan falsafah yang


terkandung dalam
- Laporan Pendidikan
- Akta Pendidikan
- Rukun Negara
- Ideologi dan budaya masyarakat Malaysia

- sebelum itu, pendidikan negara kita belum


mempunyai satu falsafah pendidikan yang
lengkap.
-
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan adalah suatu usaha berterusan.

Individu mempunyai potensi yang sedia ada dan


tugas serta peranan pendidikan adalah untuk
memperkembangkan potensi tersebut

Proses memperkembangkan potensi perlu


dilakukan secara menyeluruh dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar lahir
individu yang harmoni dan stabil
 Proses memperkembangkan potensi ini perlu
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

 Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara


Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri

 Kesejahteraan diri individu akan mempengaruhinya


untuk memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Matlamat Pendidikan Kebangsaan
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat
setia dan bersatu padu.
• Melahirkan insan yang beriman, berilmu,
berakhlak mulia, berketerampilan dan
sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan negara.
• Memberi peluang-peluang pendidikan
kepada semua warganegara Malaysia.
Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

• Secara berterusan dalam diri seseorang sejak


kecil hingga ke akhir hayat.
• Pendidikan berterusan pada peringkat selepas
sekolah.
• Perkembangan teknologi adalah pesat.
• Seseorang perlu meningkatkan kemahiran dari
semasa ke semasa.
K Peringkat Awal • Pertuturan
O • Bimbingan agama
N Pendidikan asas di
• Asuhan budi pekerti
S • Rumah • Penjagaan kesihatan
E
P • Tadika P • Perhubungan fizikal
P Peringkat Sekolah E • Perolehan pelbagai ilmu
E
N Pendidikan di
N
pengetahuan dan kemahiran
D • Sekolah rendah • Penghayatan agama & nilai murni
I E • Perkembangan bakat & potensi
D • Sekolah menengah
I
K K • Pembentukan jati diri
A Peringkat Selepas Sekolah
N A •
Peningkatan perolehan pelbagai
Pendidikan di
B N ilmu pengetahuan dan kemahiran
E • IPT
• Penghayatan agama & nilai
R • Tempat kerja
A •
murni
T • Dalam komuniti Penyesuaian hidup
E
R • Secara pembelajaran kendiri N • Perkembangan bakat & potensi
U • Berbentuk ICT
S • Secara On-line
A • Bantuan media masa
N

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT


Perkembangan Potensi
Secara Menyeluruh dan Bersepadu

• Tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana terpendam


dalam diri individu.
• Dalam perkembangan potensi, 4 aspek perlu diambil kira.

EMOSI

POTENSI INDIVIDU ROHANI


INTELEK

JASMANI
Insan yang Seimbang dan Harmonis
• memiliki dan menghayati
ilmu pengetahuan
• berakhlak mulia
• kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan
• fikiran dan jiwa yang
tenteram
• tubuh badan yang sihat
dan cergas
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

• FPG digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan


FPK. FPG menggariskan jenis guru yang diperlukan
oleh negara bagi merealisasikan kandungan FPK yang
ideal.

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin ”
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

“ Kami guru-guru Malaysia yakin


bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju kepada arah
pembentukan warganegara yang
berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan,
yang menyedari betapa penting saha
menuju kepada arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang,
dan yang percaya kepada demokrasi,
TUJUAN UTAMA PENDIDIKAN
 pembentukan warganegara
 berilmu,
 taat setia,
 bertanggungjawab
 berkebolehan,
 menyedari betapa penting usaha menuju
 kebenaran
 pencapaian hasrat yang gemilang
 percaya kepada demokrasi, kebebesan
perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara. “
Matlamat FPG

• Melahirkan guru yang


– profesional, tinggi daya tahan, beretika, berfikiran kreatif,
mengamalkan nilai murni, berkemahiran, berpengetahuan
teknologi

• Menegakkan warisan negara seperti


– demokrasi, integrasi, budaya yang harmoni

• Menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan


negara
• Pendidikan guru meliputi aspek pembinaan
kemahiran dalam mata pelajaran utama, pedagogi
serta pengurusan pembelajaran
Implikasi FPK dan FPG kepada guru

• Menggalakkan guru memahami sistem


pendidikan dan membimbing guru
melaksanakan fungsi pendidikan

• Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik


dan melahirkan generasi yang
bertanggungjawab membantu merealisasikan
matlamat dan aspirasi FPK dan Visi 2020
• Guru perlu bertanggungjawab sepenuhnya, bersifat
akauntabiliti, sentiasa berusaha memperoleh dan
mengamalkan apa yg telah dipelajari dan bertindak
sebagai pengawal aktiviti negatif

• Guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan trend


pendidikan terkini serta dapat membina dan
memperkaya pendidikan melalui perkembangan
kurikulum bilik darjah
SOALAN…
• Lima unsur penting yang terkandung dalam FPK.
• FPK berhasrat mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang melalui perkembangan individu yang
menyeluruh serta pembelajaran sepanjang hayat.
Jelaskan lima tindakan yang boleh dilakukan oleh
guru boleh membantu murid-murid mencapai
matlamat FPK tersebut.
Terima kasih

You might also like