You are on page 1of 12

UJIAN DIAGNOSTIK DALAM

PENDIDIKAN PEMULIHAN

OLEH

EDWARD EDGAR BIN MULUT


KANDUNGAN
 Mengenali ujian diagnostik.
i. Objektif
ii. Ciri-ciri Utama

 Perkara-perkara yang patut diingati semasa


membina ujian diagnostik.
 Prinsip-prinsip/ciri-ciri sesuatu ujian diagnostik.
 Pembinaan satu ujian diagnostik.
 Mentadbirkan satu ujian diagnostik.
 Penilaian dalam ujian diagnostik.
Mengenali Ujian Diagnostik
 Ciri-ciri utama
1. Ujian diagnostik membantu guru pemulihan
mengetahui masalah-masalah tertentu pembelajaran
kanak-kanak dalam pelajaran yang diuji.
2. Ujian diagnostik juga menunjukkan yang pembelajaran
akan terganggu jika terdapat kesulitan-kesulitan,
3. Kemajuan kendiri (self-development) adalah aspek
yang khusus dalam kelemahan-kelemahan (juga
kekuatan-kekuatan dalam sesuatu pelajaran asas).
4. Sesuatu ujian diagnostik boleh juga dijadikan satu
ujian pos. Jika ini berlaku, seseorang itu dapat
melihat kemajuan dicapai setelah arahan dan
keputusan dibuat sama ada hendak menghantar balik
kanak-kanak itu ke kelas biasa atau mengekalkannya
terus di bilik pemulihan.
Perkara-perkara Yang Perlu Diingati
Semasa Membina Ujian Diagnostik
 Ciri-ciri Utama
1. Ujian diagnostik dalam satu rancangan pemulihan ada
kena-mengena dengan mata pelajaran asas.
2. Seseorang guru pemulihan patut memberikan berbagai
latihan dalam sesuatu kemahiran ataupun kemahiran-
kemahiran supaya kesalahan-kesalahan yang mungkin
berlaku dapat dikesan.
3. Dalam satu Ujian Bahasa (Bacaan), guru boleh
menguji secara lisan atau bertulis.
4. Tanda-tanda kegugupan atau kurang koordinasi yang
baik dapat diperhatikan semasa kanak-kanak itu
membuat ujian.
5. Keputusan-keputusan Ujian Diagnostik menunjukkan
dengan tepat kawasan-kawasan kelemahan dalam
Prinsip-prinsip/Ciri-ciri Sesuatu Ujian
Diagnostik
 Ciri-ciri Utama
1. Pada umumnya pelajaran-pelajaran asas adalah
kawasan-kawasan asas yang diuji untuk tujuan
diagnostik.
2. Ujian-ujian Diagnostik menguji hanya satu kandungan
kawasan sahaja seperti bacaan, kira-kira atau ejaan.
3. Pada mulanya, Ujian-ujian Diagnostik boleh
ditumpukan ke kawasan akademik. Untuk pengesahan
atau penolakan rumusan pendapat, lain-lain ujian
(contohnya, pengamatan boleh diberikan.
4. Kebanyakan Ujian Diagnostik adalah rujukan norma
yang membandingkan keputusan dengan norma-
norma yang diberikan.
5. Untuk tujuan-tujuan pemulihan ujian rujukan kriteria
ciptaan guru sendiri adalah lebih sesuai.
Pembinaan Satu Ujian Diagnostik
 Sebelum membina sesuatu Ujian Diagnostik
ada beberapa perkara yang patut anda
fikirkan:
1. Menentukan tujuan ujian itu – Apa kemahiran-
kemahiran yang hendak anda uji.
2. Fikirkan apakah jenis ujian yang hendak
digunakan.
3. Tentukan apakah jenis soalan-soalan yang
hendak digunakan untuk ujian itu.
Samb….
 Ujian itu mestilah dirancang dengan cermat dan
sempurna.
 Anda patut tahu mengapa ujian itu perlu.
 Apakah jenis-jenis kemahiran yang hendak anda uji.
 Apakah objektif yang anda mahu ukur di dalam ujian
tersebut.
 Pastikan isi atau bahan-bahan yang hendak diuji
telahpun diajar kepada murid-murid.
 Jenis ujian yang hendak digunakan termasuklah:
a. Ujian Bertulis
b. Pemerhatian
c. Temuramah
Samb…
 Kemahiran-kemahiran yang diuji dalam bacaan
ialah:
a. Pengenalan perkataan
b. Penyebutan sesuatu perkataan
c. “Word Attack”- (bagaimana kanak-kanak
menggunakan kemahirannya untuk menyebut
sesuatu pekataan).
d. Kemahiran dalam kefahaman
e. Ejaan
f. Kadar/Taraf bacaan
Jenis-jenis Ujian Dalam Ujian
Diagnostik

a) Pelbagai Pilihan
b) Memadankan
c) Mengisi Tempat Kosong
d) Benar/Salah
Mentadbirkan Satu Ujian Diagnostik
 Ciri-ciri Utama
1. Ujian diagnostik dijalankan selepas pemilihan
murid-murid untuk tujuan pemulihan.
2. Ujian diagnostik perseorangan dan ujian
diagnostik secara kumpulan.
3. Tujuan Ujian Diagnostik ialah untuk:
a. Memerhati apa yang kanak-kanak lakukan.
b. Memerhati bagaimana seseorang kanak-kanak
melakukannya.
4. Tempoh Ujian Diagnostik tidak terhad (yang
penting ialah maklumat yang diperolehi).
Penilaian Dalam Ujian Diagnostik
 Ciri-ciri Utama
1. Melalui diagnosis seseorang guru
pemulihan dapat mengetahui
kelemahan-kelemahan dan kekuatan-
kekuatan seseorang murid dalam apa-
apa jua mata pelajaran.
2. Daripadanya guru dapat merumuskan
objektif pendidikan untuk pengajaran.
SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like