Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
39Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kajian tindakan

kajian tindakan

Ratings: (0)|Views: 2,853|Likes:
Published by fafa_s87827117

More info:

Published by: fafa_s87827117 on Apr 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/15/2013

pdf

text

original

 
Tang Geok Ling: Penerokaan teknik dan pendekatan yang sesuai dalam prosesmembantu pelajar menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan, ms 73-90.
PENEROKAAN TEKNIK DAN PENDEKATAN YANG SESUAI DALAM PROSES MEMBANTU PELAJARMENYIAPKAN KAJIAN SEJARAH TEMPATAN
Oleh
Tang Geok Ling
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman,95000 Sri Aman.
 Abstrak 
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meneroka teknik dan pendekatanyang sesuai dalam proses membantu pelajar Tingkatan Satu Bestari (1B)menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan (KST). Dalam kajian ini,saya telah mengumpul data melalui beberapa cara, antaranya seperti temu bual dengan guru Sejarah yang lain, dan beberapa orang pelajar 1B, menganalisis catatan diari saya, membuat pemerhatian dalam proses pembelajaran dan pengajaran KST, dan juga menyemak KST  pelajar. Dalam proses pelaksanaan kajian ini, saya telah cubamembetul dan meneroka pendekatan dan teknik yang sesuai ekorandaripada masalah yang timbul. Salah satu pendekatan, iaitmembentuk kumpulan mengikut tahap perkembangan KST, telahdigunakan saya dalam menguruskan pelajar saya yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza dalam pelaksanaan KST.Penggunaan pendekatan ini telah membolehkan pelajar sayamenyiapkan KST mereka.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Saya mula bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Sri Aman pada bulan Februari 2006. Sebelum ini saya bertugas di SMKEngkilili selama 3 tahun 5 bulan. Seperti di SMK Engkilili, saya juga ditugaskanuntuk mengajar mata pelajaran Sejarah bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.SMK Sri Aman pada tahun ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi yang terdiridaripada Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Enam Rendah manakala sesi petangterdiri daripada Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Dua. Pada tahun ini, sekolahini telah membuka lapan kelas Tingkatan Satu. Setiap kelas Tingkatan Satumempunyai bilangan pelajar yang ramai iaitu melebihi 40 orang. Bilangan pelajar yang ramai dalam kelas memang merupakan satu kerumitan bagi saya untukmenjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (p & p). Begitu juga semasapelaksanaan Kajian Sejarah Tempatan (KST) dalam kelas.Saya telah bertanya dan berbincang dengan guru Sejarah yang mengajar SejarahTingkatan Satu dan Tingkatan Dua tentang pelaksanaan KST di sekolah ini. Didapatibahawa situasi yang dihadapi di sekolah ini hampir sama dengan sekolah saya yangdahulu iaitu SMK Engkilili. Masalah yang sentiasa kami hadapi, antara lainnya,adalah seperti pelajar tidak melaksanakan KST, hanya menyiapkan sebahagian
Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1/ Kerjasama IPBL denganPPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah KPKIPBL
73
 
Tang Geok Ling: Penerokaan teknik dan pendekatan yang sesuai dalam prosesmembantu pelajar menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan, ms 73-90.
sahaja daripada KST, meniru hasil KST rakan lain, mengupah atau meminta oranglain buat, tidak mengikut arahan atau kehendak soalan KST dan tidak adapengalaman dalam menghasilkan kerja kursus seperti ini. Pada tahun ini, jumlah pelajar dan kelas bagi Tingkatan Satu bertambah denganbanyak iaitu lapan kelas Tingkatan Satu (Kelas 1A-1H) dan pelajar bagi semua kelastersebut melebihi 40 orang pelajar kecuali bagi kelas 1A yang hanya mempunyai 36orang pelajar. Bilangan pelajar yang ramai telah merumitkan guru-guru untukmelaksanakan proses p & p dalam kelas. Begitu juga dengan pelaksanaan KST bagipelajar Tingkatan Satu dan dijangka mendatangkan pelbagai masalah kepada gurudan pelajar sendiri. Oleh yang demikian, saya seperti guru KST yang lain perlumerancang suatu pendekatan yang sesuai untuk membantu pelajar agar merekadapat menghasilkan KST yang sempurna.
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN
KST adalah sebahagian daripada Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM). Aspek Sejarah Tempatan ini memberi perhatian padapengkajian sesuatu tempat atau kawasan sebagai satu unit yang lebih kecil daripadanegeri. Tegasnya, KST bersifat mikro tentang hal-hal yang bersangkutan dengankeadaan setempat dan dijalankan dalam bentuk projek (Pusat PerkembanganKurikulum, 2004: 1-2).KST memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar mengkaji aspek-aspekSejarah yang ada di sekeliling mereka. Melalui pengkajian ini, kemahiran Sejarahseperti mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir dan merumus maklumat danfakta-fakta Sejarah dapat dipertingkatkan. Pengalaman ini dapat membolehkanpelajar peka dan berminat terhadap Sejarah.KST secara umumnya ialah pengkajian unsur-unsur sejarah setempat yangmelibatkan perjalanan yang dekat serta penggunaan bahan-bahan yang diperolehisetempat. Aspek-aspek kajian bagi Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan TingkatanTiga telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aspek-aspek KST bagisetiap Tingkatan Satu adalah seperti yang dicatat pada Jadual 1.
Jadual 1: Tajuk kajian KST Tingkatan SatuTajuk Kajian KST Tingkatan SatuTema: Sejarah Diri danKeluarga
1. Salasilah keluarga2. Perkembangan diri dan keluarga3. Tokoh-tokoh dalam keluarga4. Peristiwa bersejarah dalam keluarga Tajuk KST yang telah ditetapkan oleh Panitia Sejarah pada tahun ini ialah“Perkembangan diri dan keluarga”. Bagi pelaksanaan KST ini, saya telahmenggunakan satu waktu daripada tiga waktu Sejarah setiap minggu supaya sayadapat mengetahui perkembangan pelajar saya dari semasa ke semasa danmembolehkan pelajar sentiasa mendapat bimbingan daripada saya.
Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1/ Kerjasama IPBL denganPPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah KPKIPBL
74
 
Tang Geok Ling: Penerokaan teknik dan pendekatan yang sesuai dalam prosesmembantu pelajar menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan, ms 73-90.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk:
meneroka kesesuaian teknik dan pendekatan yang saya guna dalam prosesmembantu pelajar Tingkatan 1 Bestari (1B) menyiapkan KST mereka; dan
mengenal pasti kelebihan dan kelemahan teknik dan pendekatan yangdigunakan saya dalam proses membantu pelajar Tingkatan 1B menyiapkan KSTmereka.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut.
Adakah teknik dan pendekatan yang diteroka saya dapat membantu pelajar Tingkatan 1B menyiapkan KST?
Apakah kelebihan dan kelemahan teknik dan pendekatan yang digunakan sayadalam proses membantu pelajar Tingkatan 1B menyiapkan KST mereka?
PERANAN SAYA
Sepanjang proses pelaksanaan KST saya memainkan peranan seperti yang berikut.
(1) Perancang
a.
membuat persediaan bagi melaksanakan kajian.
 b.
memberi panduan pelaksanaan KST kepada pelajar.
c.
mengenal pasti bahan sumber.
d.
menyediakan senarai semak dan catatan berperingkat untuk menyeliaperkembangan pelajar.
e.
membantu dan menyemak soalan temubual.
f.
memantau hasil kerja pelajar dari semasa ke semasa.
(2) Penyampai Maklumat
a.
menimbulkan soalan perbincangan bagi mencungkil pandangan danpemikiran pelajar.
 b.
memberi penerangan tentang KST dan langkah-langkah bagimelaksanakannya.
(3) Pemudahcara/Pembimbing
a.membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.b.sebagai penggerak kepada aktiviti dalam kumpulan.
c.
sebagai pembimbing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) KSTdijalankan.d.memastikan setiap pelajar mengambil bahagian secara aktif.
4. Penilai
a. menyemak buku catatan aktiviti pelajar dan menandatanganinya dari masa kesemasa.b. memeriksa hasil kerja pelajar di peringkat pelaksanaan dan hasilan.c. merekod markah pelajar.
Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1/ Kerjasama IPBL denganPPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah KPKIPBL
75

Activity (39)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Shannon Nelson liked this
Musdizal Musa liked this
Nuwara Eliya liked this
unicorn98 liked this
Hasbullah Rashid liked this
psukcharean liked this
Awan Ashaari liked this
Huzaifah Adnan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->