Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
beras

beras

Ratings: (0)|Views: 51 |Likes:
Published by mm28august

More info:

Published by: mm28august on Apr 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/02/2010

pdf

text

original

 
MAKAN untuk hidup atau hidup untuk makan? Ketika rakyat negara mundur, khususnya diAfrika mengalami kebuluran dan diserang pelbagai penyakit disebabkan kekurangan zat, rakyatMalaysia pula ramai terlebih makan sehingga menghidap pelbagai penyakit, berpunca daripada pemakanan kurang sihat.Perangkaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan secara puratanya setiaprakyat Malaysia makan sekitar 82 kilogram beras setahun berdasarkan kiraan jumlah penduduk kali penggunaan per kapita beras.Ia berdasarkan kiraan jumlah penduduk yang menjangkau 27.7 juta tahun ini, termasuk 1.9 juta bukan warga negara dengan penggunaan beras tahunan adalah 2.27 juta tan.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam taklimat kepadamedia berhubung isu beras minggu lalu berkata, statistik itu diperoleh berdasarkan secara puratarakyat mengambil hidangan nasi sebanyak tiga pinggan setiap kali makan.Beliau berkata, ketika dunia diancam krisis makanan terutama beras sehingga harga makananruji itu melambung naik, rakyat diingatkan supaya tidak membazir. Sebaliknya, mensyukurinikmat Allah yang dikurniakan.³Saya minta rakyat jangan membazir... kita di sini terlebih makan sampai nasi terbuang begitusaja. Saya pernah menghadiri kenduri yang makanannya disediakan untuk 600 tetamu, tetapiyang datang hanya 200 orang, maka banyak makanan dibuang begitu saja,´ katanya.Krisis makanan dunia terutama beras, dilaporkan semakin meruncing berikutan peningkatanharga beras global sehingga turut memberi kesan kepada rakyat negara ini, apabila harga berasmeningkat secara mendadak antara 10 hingga 30 peratus sejak beberapa minggu lalu.Keadaan itu berlaku disebabkan kenaikan hampir 150 peratus harga beras di negara pengeluar utama seperti Vietnam dan Thailand disebabkan beberapa faktor termasuk cuaca buruk, kadar  pengeluaran padi tidak meningkat, dunia beralih kepada beras sebagai makanan ruji, bijirinseperti soya, jagung dan gandum dialih guna untuk pengeluaran biofuel serta kemajuan pesatekonomi.Daripada 420.6 juta tan pengeluaran beras dunia pada 2007, 32 peratus dikeluarkan Thailand,diikuti Vietnam yang menguasai 15 peratus pasaran, Amerika Syarikat (13 peratus), India (11 peratus) dan China (empat peratus).Sehingga 16 April lalu, gred beras yang paling mendapat permintaan tinggi dunia ialah beras putih Vietnam iaitu lima peratus, dengan harganya mencecah AS$850, naik 141.5 peratus berbanding AS$352 pada 2007; Beras Putih Thailand (lima peratus) pula meningkat 142.6 peratus menjadi AS$900 daripada AS$371 tahun lalu.
 
Beras wangi Thailand, beras pulut Thailand dan beras basmathi masing-masing mengalamikenaikan 81.4 peratus, 34.3 peratus dan 38.3 peratus di pasaran dunia.Dijangkakan, pada tahun ini, pengeluaran beras negara akan mencapai 1.535 juta tan iaitu peningkatan daripada 1.527 juta tan tahun lalu, tetapi ia hanya mampu menampung 73 peratuskeperluan beras dalam negara, manakala baki 27 peratus atau 640,000 tan lagi terpaksa diimport.Kekurangan pengeluaran beras dalam negara menyebabkan negara terpaksa membelanjakanRM1.013 bilion setahun untuk mengimport sumber makanan itu dari negara pengeksportterutama Thailand dan Vietnam.Sehingga kini, 670,524 hektar kawasan digunakan untuk penanaman padi di seluruh negaramembabitkan 140,284 pesawah dengan purata hasil 3.56 tan bagi setiap hektar yang diusahakan.Secara keseluruhan, kawasan jelapang padi negara membabitkan keluasan 386,592 hektar,manakala luar jelapang 217,825 hektar dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)menghasilkan 861,032 tan pengeluaran hasil padi pada 2007, diikuti Lembaga KemajuanKelantan Selatan (Kada) sebanyak 188,645 tan.Sebanyak 1.612 juta tan pengeluaran padi dihasilkan di kawasan jelapang padi negara, manakala703,116 tan dihasilkan di luar jelapang.Mustapa berkata, jika purata pengeluaran padi dapat ditingkatkan satu tan bagi setiap hektar, pengeluaran padi di kawasan jelapang negara dapat ditingkatkan kepada 1.983 juta tan dan 1.031 juta tan di luar jelapang.Dengan itu, keseluruhan hasil mampu mencecah 3.015 juta tan, sekali gus dapat menampungkeperluan tahunan beras dalam negara.Beliau berkata, tiga isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran purata hasil padi negara ialah dengan menyediakan kemudahan tali air yang lebih baik, penyelenggaraan tali air serta subsidi baja yang membabitkan peruntukan besar.Sepanjang tiga tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.3 bilion bagi subsidi paditermasuk baja, subsidi harga padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil daninsentif pengeluaran benih padi.Dianggarkan, RM923,060 juta diperuntukkan untuk tujuan subsidi tahun ini bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran padi dalam usaha kerajaan meningkatkan purata hasil padi sebanyak satu tan setiap hektar.
 
 Ketika krisis bekalan beras dunia semakin meresahkan rakyat ekoran kenaikan harga di pasarantempatan, Mustapa mengingatkan rakyat supaya tidak cemas dan membuat pembelian panik sehingga memberi kesan buruk yang menyebabkan bekalan bahan terbabit di pasaran terjejas.Sebaliknya, rakyat tidak perlu bimbang kerana negara masih mempunyai stok padi dan berassemasa yang mencukupi untuk kegunaan sekurang-kurangnya tiga bulan. Malah, jumlah itudijangka meningkat kerana musim menuai yang berterusan di seluruh negara dari April hinggaOktober.Sehingga 16 April lalu, stok padi dan beras negara dianggarkan kira-kira 700,000 tan termasuk 92,000 tan stok penimbal Bernas.Dalam usaha memastikan rakyat mendapat bekalan beras pada harga murah, kerajaanmengarahkan Bernas menumpukan 100 peratus operasi kilangnya kepada pengeluaran berasSuper Tempatan 15 Peratus.Super Tempatan 15 Peratus adalah satu-satunya gred beras yang harganya dikawal kerajaan, berbanding 22 gred beras lain yang ditentukan permintaan pasaran.Selain arahan kepada Bernas, bagi memastikan rakyat tidak menanggung beban kesan kenaikanharga beras dunia, kerajaan turut mengarahkan pengilang padi seluruh negara mengeluarkansekurang-kurangnya 10 peratus beras gred terbabit daripada operasi kilang masing-masing.Ketika ini, beras Super Tempatan 15 Peratus memenuhi hanya 10 peratus daripada keseluruhankeperluan beras dalam negara, manakala beras putih import dan beras putih wangi import pulamenguasai 50 peratus jualan dalam pasaran.Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menugaskan lebih 200 pegawai penguat kuasa memantau bekalan dan harga beras Super Tempatan 15 Peratus di seluruh negarasetiap hari bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga.Sehingga kini, kementerian mengesan tiga kes membabitkan kesalahan menaikkan harga berasSuper Tempatan 15 Peratus iaitu dua di Kedah dan satu di Pulau Pinang. Mereka yang terbabitakan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.Apa yang menjadi kebimbangan, kemungkinan pihak tertentu mengambil kesempatanmenyeludup keluar beras gred terbabit kerana harganya murah sedangkan kawalan harga itudibuat untuk kepentingan rakyat negara ini, seperti mana diesel dan petrol yang sering diseludupkeluar berikutan harga di sini lebih murah berbanding negara jiran.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->