Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

NOTA PSIKOLINGUISTIK&SEMANTIK

Ratings: (0)|Views: 689 |Likes:
Published by dredwish

More info:

Published by: dredwish on Apr 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/14/2013

pdf

text

original

 
Bagi memahmi proses penguasaan dan pembelajaran bahasa manusia dan bagi membantu kita
Kita telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ibu itu berlaku di kalangan kanak-kanak secara tidak formal, yakni tidak perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Bukan itu sahaja yang berlaku. Kita mestimempunyai dorongan dan sikap yang sihat untuk dapat belajar dengan berkesan. Dorongan dansikap yang sihat ini menjadi faktor sosial dan budaya. Tegasnya ada perbezaan yang besar antaramemperolehi bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua. Bahasa pertama dikuasai secaratidak formal. Ia tidak perlu diajar dan kanak-kanak pandai tanpa pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa dan mereka akan pandai dengan sendirinya. Kita terpaksa belajar bahasa kedua melalui rancangan dan kaedah tertentu. Di sini kita tumpukan pula perhatian kita kepada pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini mungkin memberi kita pengetahuan mengenai masalah penting dan sukar diatasi di negara ini. Misalnya, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada anak-anak Melayu mungkin tidak menimbulkanmasalah besar. Tetapi, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada kaum pendatangyang tinggal di Malaysia ini, masih belum menghasilkan kejayaan yang dijangka. Kita tidak  perlu membuat kajian yang mendalam. Sekali imbas kita dapat melihat bahawa kaum mendatangini tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Dengan kaedah, bahan, guru dan masayang diberi, maka sebenarnya sangat aneh kenapa orang bukan Melayu tidak cepat, bahkan tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan fasih. Walau bagaimanapun, mungkin ada masalahguru kerana di mana-mana terdapat kekurangan guru bahasa Melayu. Juga, ada guru bukanMelayu yang masih belum fasih atau baik pencapaian bahasanya, ditugaskan mengajar bahasaMelayu.Mungkin salah satu dari masalah yang besar ialah, bahasa Melayu yang diajar itu amat formaldan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehinggamurid-murid terpaksa memperlajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh merekatuturkan di luar kelas. Masalah ini dihadapi oleh kedua-dua murid Melayu atau bukan Melayu.Dengan kata lain, bahasa yang diajar itu tidak mengambil kira lingkungan kebudayaannya dimana ia dituturkan. Pengajaran dan pembelajaran mana-mana bahasa kedua itu, hendaklahdilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup, iaitu perlulah diajar bahasa yangdipertuturkan hari-hari. Dengan itu maka dapatlah dikatakan yang pembelajaran bahasa Melayudi Malaysia oleh kaum bukan Melayu itu hendaklah dengan menggunakan dialek yang betul- betul dituturkan supaya mereka dapat menggunakannya di luar kelas. Apa yang diajar di sekolahitu jarang benar dapat digunakan di luar kelas tanpa merasa janggal. Selalunya bahasa yangdiajar berbentuk bahasa pesuratan dan ia tidak dipakai dalam perbualan hari-hari, walaupun olehorang Melayu sendiri.
 
PROSES MENJADI DWIBAHASATadi telah dibincangkan proses penguasaan bahasa secara teori behaviorisme dan secara biologis.Sekarang marilah pula kita lihat dari segi sosiolinguistik pula tentang pembelajaran bahasa dikalangan orang dewasa. Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini, kita akan menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran bahasa kedua oleh mereka yang sudah dewasa, ataumereka yang sudah melebihi jangkamasa yang subur untuk perkembangan bahasa secarasemulajadi. Jadi pembelajaran bahasa asing itu tidak lagi berlaku secara semulajadi.Pembelajaran itu perlulah berlaku dalam satu lingkungan sosial di mana bahasa itu dituturkan,iaitu di dalam kegiatan sesuatu kebudayaan tertentu. Proses menjadi dwi-bahasa ini dapatdikatakan proses menghilangkan keasingan yang dirasai oleh seseorang pelajar dalamkebudayaan bahasa yang dipelajari itu. Dalam hal ini linguistik dan sosiologi saling berjalinan.Sebenarnya ini merupakan suatu masalah persepaduan yang amat kompleks di mana seseorang pelajar itu mencuba meresapkan ciri-ciri kebudayaan, iaitu di mana bahasa itu dituturkan. Dalamhal ini lakuan kebudayaan dan linguistik yang sudah ada padanya, iaitu dari bahasa ibunya,sentiasa mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua tersebut. Si pelajar itu terpaksamenguasai lakuan yang baharu dan terpaksa memilih dalam mempergunakan yang baharu atauyang lama itu mengikut keperluan konteks. Gangguan dari sesuatu unsur bahasa ibu sentiasa berlaku semasa seorang dewasa mempelajari satu bahasa lain. Ini dapat kita perhatikan dari satucontoh bahawa dalam mempelajari bahasa Inggeris, seorang Melayu harus dipengaruhi olehlakuan sebutan dalam bahasa Melayu. Misalnya dalam menyebut bunyi t sudah tentu seseorangMelayu tidak akan menyebutnya dengan aspirasi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.Umpamanya dia akan menyebut perkataan hat sebagai [hat] sahaja dan tidak [hath] sebagaimanayang diucapkan oleh orang Inggeris. Sebagai satu contoh lagi di mana proses pembelajaran bahasa itu dapat dikatakan satu proses menguasai lakuan baharu, maka dapat pula dilihat seorang penutur bahasa Melayu akan terus mempergunakan katapartikel lah walaupun dia bertutur dalam bahasa Inggeris. Umpamanya I want to go homelah jelas menampakkan kepada kita bahawaunsur lakuan dalam ayat bahasa Melayu seperti lah dipindahkan ke bahasa Inggeris. Oleh yangdemikian bagaimanakah agaknya orang dewasa itu mempelajari pola-pola bahasa kedua itu?MEMBENTUK LAKUAN BAHASA MELALUI LATIHANDi sini kita mengambil tauladan dari bagaimana bahasa pertama itu dikuasai. Mengikut teori behaviorisme, lakuan itu terbentuk melalui lakuan yang diulang dan dikukuhkan. Oleh itusebagai orang dewasa, kita terpaksa berlatih untuk mempelajari bahasa kedua. Kita terpaksa berlatih dengan begitu rapi lebih-lebih lagi dalam bahagian di mana lakuan bahasa ibu kitamengganggu pembentukan lakuan bahasa yang sedang dipelajari. Oleh itu mempelajari bahasaini mungkin dapat dikatakan suatu proses mempelajari lakuan baharu, samalah seperti seorangyang biasa memandu kereta di sebelah kanan jalan dan kemudian terpaksa memandu di sebelahkiri jalan. Dalam hal ini terdapat kecenderungan untuk mempergunakan lakuan yang lama. Olehitu di mana perlu lakuan yang sama itu diperkenalkan dahulu dan kita harus berhati-hati supayamempelajari mempergunakan lakuan yang baharu atau yang tidak sama dengan dalam bahasakandungannya. Proses mempelajari bahasa itu menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran perbezaan dan persamaan di antara kedua lakuan bahasa itu.
 
Keperluan LatihanKita dapat perhatikan bahawa perkara yang penting sekali dalam hal pembelajaran bahasa keduaitu ialah latihan. Walau bagaimanapun haruslah diketahui bahawa latihan itu hanyalahmerupakan satu bahagian sahaja daripada seluruh proses menjadi dwibahasa. Latihan yangdemikian mencakupi latihan mendengar, pendedahan terhadap penggunaan bahasa itu, berfikir, bercakap sama dengan menggunakan satu bahan pengajaran yang tersusun rapi ataupun denganmenggunakan bahan yang dibentuk secara rambang. Tidaklah termasuk pada akal bahawa ada bahasa yang dapat ipelajari tanpa latihan. Ini tidaklah pula bermakna bahawa latihan itu sahajayang penting kerana sebenarnya ada unsur-unsur lain yang terlibat. Latihan memanglah dapatmembentuk lakuan. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa lakuan juga dapatterbentuk di luar dari apa yang kita katakan latihan, tetapi contoh begitu sangat sukar didapati,iaitu mungkin melalui satu teori dan teknik pembelajaran yang baharu yang tidak dapat kitagambarkan di sini.Dorongan untuk Mempelajari Bahasa KeduaKita cuba bincangkan kenapa agaknya orang menjadi dwi-bahasa. Misalnya, seorang penjaja aiskacang bangsa India di Pulau Pinang fasih menggunakan bahasa kandungnya Tamil, bijak  berbahasa Melayu, tahu bercakap Cina dialek Hokkien dan juga dia boleh berbahasa Inggerissedikit-sedikit. Bahkan ini merupakan suatu ciri umum bagi ramai di antara penduduk PulauPinang. Walau bagaimanapun orang India ini tidaklah berpangkat tinggi. Seorang pegawai tinggi pula hanya pandai berbahasa Inggeris dan Melayu yang dikuasainya sebagai bahasa kandung.Kalau kita ke tempat lain, di Balik Pulau misalnya, terdapat pula penduduk Melayu yang hanyatahu menggunakan bahasa kandungnya sahaja dan tidak tahu menuturkan bahasa lain. Terdapat pula penduduk Cina di Paya Terubung yang hanya tahu bahasa Cina sahaja dan tidak yang lain.Apakah sebabnya setengah manusia perlu bertutur lebih dari satu bahasa dan setengahnya tidak?Di Pulau Pinang keadaan begini timbul kerana mereka berbilang kaum, jadi setiap kaummengekalkan bahasanya untuk berhubung dengan anggota masyarakatnya. Di samping itumereka perlu menuturkan bahasa lain untuk berhubung dengan anggota masyarakat dari kaumlain. Ternyata di sini bahawa di bandar Pulau Pinang keadaannya memang menyenangkan.Sesiapa sahaja akan dapat mempelajari dua tiga bahasa dengan mudah. Tetapi mereka yangtinggal di tempat lain di pulau itu, tidaklah mengetahui bahasa lain daripada bahasa kandungnyauntuk berhubung dengan kaum lain, kalau adapun, mungkin melalui bahasa Melayu pasar. Halini memberitahu kita kenapa manusia mesti mempelajari bahasa lain dari bahasa kandungnya.Pokoknya, berjuta-juta manusia cuba mempelajari bahasa lain kerana ingin berhubung denganorang lain. Seseorang yang masuk ke dalam sesebuah masyarakat baharu itu tentu dianggapasing. Selalunya keasingan ini akan beransur hilang apabila dia telah fasih dalam bahasa yangdituturkan oleh masyarakat yang menerimanya itu.

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nadia Mentos liked this
Amira Seman liked this
jhp1464 liked this
hajarnana liked this
Jueha Juan liked this
Alias Sidek liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->