Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAJUK

TAJUK

Ratings: (0)|Views: 119 |Likes:
Published by hashimahhussein

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: hashimahhussein on Apr 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/24/2012

pdf

text

original

 
TAJUK 
:Bincangkankan Gaya Kepimpinan Pengetua .
 
1.0 Definisi
 Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah efektif tidak terdapat satu jenis gaya kepimpinanyang dikatakan lebih baik daripada yang lain . Walaubagaimanapun , begitu banyak saranantelah dibuat tentang kepimpinan cara demokrasi , yang dikatakan lebih berkesan daripadakepemimpinan secara µlaissez-faire¶ , atau kepemimpinan secara autokratik . Kajian jugamenunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang bercorak kepada gaya orientasi tugasan ( task-oriented ) dan orientasi manusia ( person-oriented ) daripada bercorakkan kepimpinan µlaissez ± faire atau autokratik . Ini bererti bahawa kedua-dua gaya kepimpinan , iaitu gayaorientasi tugasan dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan .
2.0 Konsep Kepimpinan
 Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannyayang berwibawa . Kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks .Dalam pada itu , terdapat berbagai ± bagai jenis pemimpin seperti pemimpin politik , pemimpin organisasi , pemimpin pelajar dan lain ± lain lagi . Dalam konteks ini , pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang , bahawa pemimpin mempunyai pengaruh , berwibawa , dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan ini , maka adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh kedudukan . Seseorangyang dilantik sebagai pengetua , dijangka akan memainkan peranan ³ pemimpin ³ , iaitu ,sebagai pemimpin pendidikan .
3.0 Gaya Kepimpinan
 Gaya kepimpinan seseorang pengetua akan mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran disekolah : Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu gayakepimpinan Demokratik , gaya kepimpinan Autokratik , dan gaya kepimpinan Laissez-faire.Di bawah ini , dibincangkan tentang gaya kepimpinan demokratik oleh seorang pengetuadalam mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru-guru dan kakitangan..Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi mengatakan bahawa sesuatu inovasimemerlukan keadaan yang dapat menggerakkannya , supaya ia dapat dilaksanakan . Salahsatu penggerak adalah dengan adanya cara kepimpinan demokrasi .Mengikut gaya kepimpinan seperti ini , mereka yang akan terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada perubahan itu , diberi peluang untuk  berbincang dan membuat keputusan . Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru disekolah , pihak yang terlibat dengan perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapatkesan daripada perubahan itu ialah pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi , kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam perancangan , dan membuat keputusantentang perlaksanaan kurikulum itu . Cara ini boleh menimbulkan semangat kesanggupanuntuk bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu program . Cara demikian dikatakan dapatmemberi kepuasan kepada mereka . Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak dilaksanakan , perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana , beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan rakan sejawatannya ataustafnya . Oleh yang demikian , kepimpinan merupakan tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai
 
matlamat organisasi itu . Walau bagaimanapun kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata , tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama .Apa yang jelas , pengetua sebagai pemimpin di sekolah haruslah melakonkan peranannyadengan cara yang berkesan bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama dengan orang lain dan bekerja melalui mereka iaitu guru , pelajar , dan staf sekolah . Dengan cara demikian , inovasi dapat dilaksanakan , idea-idea baru dapatdikemukakan oleh pemimpin , matlamat sekolah dan matlamat pengajaran serta perananmasing-masing dapat ditetapkan , keberkesanan pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi . Pengetua sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan dengan bekerjasama dengan rakan sejawatan atau dengan staf .Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik amat berkesan di samping bergantungkepada kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatusituasi . Gaya kepimpinan paling efektif akan berubah ikut situasi , ini bermakna tiada satugaya kepimpinan yang paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyaikawalan dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas . Gayakepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincangatau membuat keputusan bersama-sama . Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengantenang dan gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan .Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikuttahap atau kemampuan murid serta `mood`pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberiidea-idea kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah .Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadaprakan setugas yang lain dan pengetua sendiri . Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dandinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di sampingmewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu . Di dalam organisasi sekolah, keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain disekolahnya . Tidak akan wujud prestasi , tanpa kepemimpinan yang berkesan , yang perludikuasai melalui proses pembelajaran . Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yangmembezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetuanya .Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai , seseorang pengetua itu mestilahmemainkan peranan pemimpin yang berketerampilan seperti menjadi pemimpin yangteknikal yang seharusnya memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan . Kepimpinanseumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalammemanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum .Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan , dan penyelarasan. Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini pengetua memainkan peranansebagai jurutera manusia . Maksudnya pengetua sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek  perhubungan manusia , dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan ataumemotivasikan stafnya . Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama . Seterusnya pengetua juga mestilah memainkan peranan sebagai penghulu yangmemberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai
 
melalui perbincangan . Ini termasuklah aktiviti seperti melawat kebilik darjah dan di kawasansekolah , mengetuai upacara rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan ini juga mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya . Kepimpinanseperti ini meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar .Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya , dalam hal ini , pengetua memainkan peranan sebagai ³high priest´ . Kepimpinan budaya ini sangat penting bagi mencapaikecermelangan sekolah . Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusiusaha-usahanya mencari , mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur  budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan initermasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah . Initermasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada sesuatukejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagimengekalkan imej dan prestij sekolah . Di samping itu , peranan ini juga melibatkan usahauntuk menarik perhatian setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra .Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri-ciri humaniratin atau³modestly effective´ . Fokus utama pengetua bercirikan demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan antara perorangan . Apabila membuat keputusan , pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang bertujuan untuk menglibatkan dan mendorong staf dalammembuat keputusan bersama . Oleh yang demikian staf akan merasa dihargai . Pengetuaseperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat keputusan yangmelibatkan aspek iklim .Jika sesuatu keputusan yang akan diambil , pengetua terlebih dahulu akan berbincang denganstafnya serta keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi sumber untuk membuat keputusan .Dari segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai sumber dan meletakkan pengharapanyang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat jangka pendek digubal dan digunakan sebagailandasan interaksi dengan staf , agar haluan yang hendak ditujui dapat dipersetujui bersama.Pengetua juga menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan pelajaran dengan mengambilkira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di sekolah dan di bilik darjah .Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat faktor , konteks , dan masalahyang ditanggapkan . Walau bagaimanapun , pengetua yang bertindak sebagai penyelesaimasalah ini banyak menggunakan strategi faktor khusus untuk mencapai matlamatnya . Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang faktor tersebut dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan professional . Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan dengan jelas matlamat mereka kepada komuniti sekolah denganmenggunakan strategi yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan perhubungan dankemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam sekolah dan antara sekolah sertadengan komuniti .Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik dapat memastikan sekolah itu berjalandengan lancar , demi untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar .Pengetua seperti ini menumpukan perhatian , misalnya kepada penyediaan senarai tugasstafnya , peraturan dan disiplin pelajar , pesanan alat pembelajaran dan di sampingmemastikan suasana sekolah kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat berjalan denganlancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Semua yang terlibat juga dapatmenyumbangkan idea ± idea yang dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hatiapabila segala idea yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
enciktar liked this
Giam Heang Hooi liked this
matderaman liked this
UngHH liked this
160157 liked this
hashimahhussein liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->