You are on page 1of 16

PERKEMBANGAN

KOGNITIF DAN BAHASA


•PRENATAL
•BAYI
PERKEMBANGAN KOGNITIF
TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN PIAGET

Proses Implikasi toeri Peringkat-


dalam proses peringkat dalam
keseimban pengajaran dan perkembangan
gan pembelajaran kognitif
PENGENALAN
Merupakan kebolehan individu berfikir, beri
pendapat, memahami, mengingati perkara di
sekeliling.
Melibatkan aktiviti mental = ingatan, mengkategori,
rancang, cipta dan lain-lain.
Bagi kanak-kanak, ianya diberi penekanan terhadap
pembinaan pemikiran kanak-kanak dari satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya.
TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET
Menurut Piaget, proses pemikiran setiap manusia berubah
menyeluruh bermula sejak lahir sehingga ke tahap kematangan.
Setiap individu cuba untuk faham dan adaptasikan perubahan di
sekitar mereka.
Menurutnya, 4 faktor yang mempengaruhi proses pemikiran :
1. Kematangan biologi – dipengaruhi oleh baka/genetik
2. Interaksi individu dengan persekitaran – bertujuan memahami
perkaa yang berlaku. Kita teroka, uji, perhati dan susun maklumat
yang didapati
3. Pengalaman sosial – dipengaruhi oleh pergaulan individu (ibu bapa,
adik beradik, rakan dan lain)
4. Keseimbangan – salah satu cara individu untuk adaptasi dengan
situasi yang baru
Proses mencapai keseimbangan
Menurut Piaget, individu cenderung faham persekitaran mereka
(situasi, selesai kekusutan).
Akan berasa kurang selesa jika berdepan kesulitan. Ini akan dorong
individu cari penyelesaian @ keseimbangan.
Setiap orang beroleh pengalaman, akan menyusun pengalaman tersebut
dalam minda dan membentuk satu sistem dipanggil skema.
Proses penyusuna dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.
Skema digunakan individu untuk selesaikan kesulitan yang perlukan
penyelesaian. Proses Skema berlaku sebaik individu dilahirkan. (dari
skema mudah ke skema lebih kompleks )
Contohnya – bayi = skema untuk capai objek, anda = skema untuk
memandu @ memasak.
Dalam banyak situasi, skema yang dibentuk akan berdepan dengan skema
yang baru. Contoh, anda punyai skema untuk masak nasi putih akan buntu
sekiranya diminta masak nasi ayam.
Dalam situasi ini, individu berdepan masalah. Mereka perlu skema lama untuk
adaptasi dengan situasi yang baru. Proses penukaran skema lama ke skema
baru dipanggil adaptasi. Adaptasi libatkan 2 proses saling berkait, asimilasi
dan akomodasi.
Asimilasi = berlaku apabila individu cuba faham pengalaman baru dan cuba
untuk sesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang sedia ada. Contoh,
“b” dan “d” mungkin kanak-kanak akan keliru,tetapi melalui pengalaman dan
bimbingan kanak-kanak akan cuba padankan pengetahuan baru dengan
skema yang sedia ada.
Akomodasi = berlaku apabila individu dapat tukar skema lama untuk
disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan ubah cara fikir untuk
sesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya bentuk skema baru.
( Akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat kenal dan bezakan “b” dan
“d”.
Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengokomodasi
adalah proses yang digunakan oleh individu untuk capai keseimbangan.
Individu akan terus uji minda dan cari keseimbangan.
Pengalaman/ SKEMA
pembelajaran

PENGALAMAN
ORGANISASI BARU

ASIMILASI &
AKOMODASI

berjaya gagal

Individu dapat ADAPTASI pengalaman baru

SKEMA BARU
KESEIMBANGAN BERLAKU
terbentuk
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN
KOGNITIF
Piaget mencadangkan 4 peringkat dalam
Perkembangan Kognitif :

i. Peringkat Sensorimotor (semenjak lahir – 2 tahun)


ii. Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
iii. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)
iv. Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas)
Peringkat Sensorimotor (bayi: 0 – 2 tahun)
Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif. Gunakan deria dan pergerakan
fizikal untuk pelajari persekitaran. Skema yang terbentuk hasil dari interaksi fizikal bayi
dan persekitaran.
Merupakan peringkat di mana bayi mengkoordinasikan maklumat deria dengan
kebolehan motor untuk bentuk skema tingkahlaku yang bolehkan mereka meneroka dan
ketahui tentang persekitaran.
Bayi peringkat ini akan rasa puas gunakan mulut untuk merasa dan menghisap dan minat
dengan objek di persekitaran. Kepuasan buatkan bayi lakukan tindakan sama berulang-
ulang.
Contohnya ; hisap jari, masukkan objek dalam mulut, bunyi yang dihasilkan datangkan
kepuasan sebabkan bayi ulang perbuatan sama.
Merupakan permulaan pemikiran logik. Aktiviti fizikal yang datangkan matlamat yang
mudah. Piaget sifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesaian masalah dalan
kehidupan. Kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke asalnya secara fizikal.
Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imitasi terhadap
tingkahlaku yang dilihat @ diperhatikan. Contoh ; meniru melambai tangan, masuk sudu
dalam mulut untuk suap makanan. Tahap ini juga, mereka sudah boleh gambarkan objek
dalam memori. Sebelum ini berlaku, mereka tak punyai memori terhadap objek yang
tiada di penglihatan mereka “out of sight, out of mind “.
FIZIKAL KOGNITIF
Daripada aksi refleks Koordinasi maklumat deria
kepada aktiviti bermatlamat dengan pergerakan motor
Saiz & kompleksiti otak Kepuasan mengenakan
bertambah tindakan kepada objek
Gigi susu pada gusi bawah Pemulaan pemikiran lojik
mula kelihatan (6 -8 bulan) dengan aktiviti mudah
Menunjukkan autonomi & Mula gunakan imitasi,
kekuatan pergerakan memori dan pemikiran
Mula perkembangan otot Konsep pengekalan objek
halus ; genggam &
koordinasi antara mata &
tangan

Kebolehan fizikal dan kognitif kanak-kanak peringkat Sensorimotor (0


– 2 tahun)
PERKEMBANGAN BAHASA
Bahasa = satu bentuk komunikasi samada ‘verbal’ @
‘nonverbal’ . Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang
digunakan oleh sesuatu komuniti dengan peraturan
tatabahasa & perbendaharaan kata yang tertentu.
Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ;
a) Bahasa pemangkin perkembangan kanak-kanak
b) Bahasa mudahkan proses pengajaran (Berk, 2001) dan berkait
rapat dengan kemahiran menulis & membaca. Dengan
meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan
pelajar belajar konsep abstrak ( Santrock, 2007)
c) Kemahiran bahasa jadi alat perkembangan kendiri dan sosial.
TEORI DALAM KEMAHIRAN BAHASA
Mengikut mazhab Behavioris, peneguhan penting dalam perkembangan
bahasa. contoh; kanak-kanak gemar bercakap apabila sering dipuji
(peneguhan) percakapan beliau.
Teori Sosio Kognitif pula menekan tentang peranan permodelan. Kanak-
kanak meniru percakapan, maklum balas dan gaya bahasa orang dewasa dan
ulangi apabila diberi peneguhan.
Vygotsky lihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan
budaya dan jana pemikiran individu. Kanak-kanak beroleh bahasa secara
berinteraksi dengan persekitaran. Orang dewasa akan ubahsuai percakapan
sesuai dengan kefahaman kanak-kanak dengan ayat-ayat mudah dan pendek
serta intonasi pelbagai bagi mudahkan perkembangan bahasa.
Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk luahkan kehendak & keperluan.
Guru dan orang dewasa boleh luaskan penggunaan & kemahiran berbahasa
untuk bantu kanak-kanak betulkan,cantumkan dan luaskan bahasa mereka.
PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA –
peringkat bayi -
Sejak lahir, bayi keluarkan bunyi-bunyi
Tujuan komunikasi awal = menarik perhatian ibu bapa, penjaga dan orang di
sekeliling.
Bunyi & isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan ;
1. menangis ; ketika dilahirkan. Membawa maksud tekanan terhadap pelbagai
perkara (lapar,sakit)
2. ‘cooing’ ; keluar bunyi ‘00’ sperti ‘coo’ & ‘goo’. Berlaku ant. 1 – 2 bulan. Bayi
selalunya gunakan bunyi untuk interaksi dengan penjaga.
3. ‘babbling’ ; keluar bunyi berulang ‘ ba,ba,ba,ba’ ‘ma,ma,ma’
4. Isyarat ; bayi mula menunjukkan isyarat seperti tuding jari, anggukan kepala (8 -12
bulan). Mereka mungkin melambaikan tangan untuk ‘bye,bye’ @ anggukan kepala
untuk ‘ya’ dan tunjuk botol untuk minta susu.

• Pada 8-12bulan, bayi tunjukkan kefahaman pada perkataan


• Bayi selalu mula sebut perkataan pertama pada 10-15bulan
Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalu berinteraksi
dengan ibu bapa, penjaga dengan isyarat & bunyi-bunyi
mereka yang tersendiri
Perkataan pertama adalahkesinambungan dari proses ini
Perkataan petama bayi adalah perkataan yang penting bagi
mereka, seperti orang terdekat (papa,mama),
kenderaan,mainan, makanan, anggita badan, pakaian @
ucapan.
Kadang-kadang 1 patah perkatan membawa pelbagai makna.
Contoh ‘bola’ mungkin “itu bola” “saya nak bola”
Pada 18-24 bulan,bayi sudah boleh guna 2 patah perkataan
yanh disertai pelbagai isyarat badan & intonasi suara – ‘nak
bola’ ‘mama jalan’
Perkataan yang digunakanmasih tidak disertai dengan
tatabahasa yang tertentu.
~TAMAT~
SEKIAN, TERIMA KASIH
Disediakan oleh ;

NOOR AZMIN BINTI ADLI


PISMP IP1E
PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK

You might also like