Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
4 halangan memulakan perniagaan

4 halangan memulakan perniagaan

Ratings: (0)|Views: 190 |Likes:
Published by Khairi A.Rahman

More info:

Published by: Khairi A.Rahman on Apr 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/12/2014

pdf

text

original

 
Jika ditanya kepada setiap orang..
“Adakah anda berminat untuk memulakan & memiliki perniagaan anda sendiri?”
Sudah pastinya.. ramai yang akan berkata dengan kuat
“YA!”
… namun begitu.. seringkali impian tersebut hanya menjadi angan-angan dan tidak dapat direalisasikan… mengapa ya?..Disini.. saya ingin berkongsi dengan anda, 4 sebab utama mengapa seseorang itu tidak memulakan perniagaan mereka sendiri (secara fulltime).
1- Kurang ilmu pengetahuan mengenai perniagaan..
Ini adalah merupakan sebab@halangan yang utama mengapa seseorang itu tidak  berupaya untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Alasan seperti..- Saya tidak tahu macam mana nak cari modal & apply loan- Saya tidak tahu nak buat kertas rancangan perniagaan- Saya tidak tahu macam mana nak pasarkan produk saya- Saya tak tahu nak buat itu.. nak buat ini.. dan nak buat bermacam-macam lagi perkara..Untuk mengatasi halangan ini, anda perlulah menimba banyak ilmu terlebih dahulusebelum memulakan perniagaan anda sendiri, sama ada dengan membaca buku, ebook,artikel-artikel, suratkhabar, menghadiri seminar, dengar ceramah, menyertai bengkel- bengkel serta kursus-kursus jangka pendek dan jika perlu, dapatkan juga perkhidmatanconsultation sama ada yang percuma mahupun yang berbayar.
2 – Bekalan Wang Simpanan (financial back-up)
Masalah ini pula, seringkali dialami oleh orang-orang yang hendak berhijrah dari “dunia pekerjaan makan gaji” kepada “dunia perniagaan”. Dunia perniagaan ialah dunia yang penuh dengan pancaroba dan ketidaktentuan, hari ini untung belum tentu esok akanuntung juga. Oleh itu, perancangan yang rapi dari segi kewangan perlulah ada sebelumanda menceburkan diri anda ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.Secara kasarnya, berikut adalah contoh untuk mengira bekalan kewangan yang anda perlusediakan sebelum anda mengambil keputusan untuk menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.Anggaran Modal Untuk Memulakan Perniagaan Anda : RM50,000Tentukan Perbelanjaan Sara Hidup Anda Untuk 3 Tahun : RM2,000 sebulan x 36 bulan =RM72,000Bekalan Kewangan Yang Anda Perlu Ada : RM132,000Bagi saya.. bekalan perbelanjaan selama 3 tahun adalah tempoh yang ideal. Ini kerana,sesuatu perniagaan, biasanya akan mengambil masa 3 tahun untuk matang & betul-betul
 
stabil. bagi perniagaan internet, modal itu mungkin boleh dikecilkan, mungkin RM5,000sahaja.. maklumlah, perniagaan internet sememangnya tidak memerlukan modal yang besar.Apa-apa pun.. rancang dan siapkan bekalan anda secukupnya. Memasuki dunia perniagaan sepenuh masa adalah seperti anda pergi memasuki medan berperang.. takutnanti.. sewaktu perang sedang hangat.. bekalan senjata & peluru anda kehabisan pula.Akhirnya.. terkorbanlah anda di medan perang..Jadi.. usah terburu-buru, sememangnya, kita perlu berani mengambil risiko untuk  berjaya.. tetapi.. tahukah anda?
Orang yang mengambil risiko tanpa sebarangperancangan.. bukanlah seorang “risk taker”.. tetapi mereka hanyalah seorang“gambler”.
Besar perbezaannya tu.. risiko hanyalah perlu diambil setelah andamempunyai rancangan/cara untuk mengatasinya.. jika tidak.. usah memperjudikan hidupanda.
3 – Sokongan Emosi
Emosi juga kadangkala boleh menjadi penyebab dan batu penghalang kepada seseoranguntuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Perasaan ragu-ragu dan tidak yakin kepadakeupayaan diri sendiri seringkali menghantui diri.Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah menempatkan diri anda dikalangan orang-orang yang positif dan memandang perniagaan itu sebagai sesuatu yang baik & mulia .Sokongan keluarga juga amat penting. Seelok-eloknya, dapatkan restu dari ibu, bapa,suami @ isteri anda sebelum anda memulakan perniagaan anda sendiri.
4 – Takut
Takut adalah sesuatu yang subjektif… setiap orang mempunyai ketakutan terhadapsesuatu perkara yang berbeza-beza.Ada sesetengah orang takut pada hantu..Ada sesetengah orang takut untuk bersemuka dengan pelanggan yang garang..Ada sesetengah orang takut untuk bercakap di hadapan orang ramai..Ada sesetengah orang amat takut jika barang jualan mereka tidak laku..Ada sesetengah orang takut perniagaan mereka gagal..Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah mengenalpasti punca perasaan takut tersebut.Kemudian, barulah anda boleh mencari jalan untuk mengatasinya.Contohnya..Takut gagal dalam perniagaan.. maka anda perlulah menyediakan perancangan yang rapiuntuk perniagaan anda… jika anda takut ia tidak lengkap.. dapatkan nasihat/pandangandaripada pakar@ orang yang berpengalaman tentang rancangan perniagaan anda
 
Takut kehilangan pendapatan tetap dari pekerjaan makan gaji anda.. maka anda perlulahmenyediakan bekalan kewangan yang mencukupi yang dapat menampung perbelanjaansara hidup anda..Takut untuk melayan karenah pelanggan.. mungkin anda boleh upah seseorang untuk menguruskan pekerjaan itu..Takut produk jualan tak laku… maka anda perlulah membuat kajian “supply & demand”terlebih dahulu sebelum anda memulakan perniagaan anda..Takut kena ngurat dan hilang konsentrasi dalam perniagaan… kahwinlah cepat-cepat..oh!Kesimpulannya, itulah 4 perkara yang paling kerap menjadi penghalang untuk seseorangmemulakan perniagaan mereka sendiri, sama ada perniagaan internet mahupun perniagaan konvensional.. jadi.. sekarang.. kenalpasti apakah faktor yang menjadi penghalang anda selama ini.. selepas itu.. cuba atasinya dan hapuskannya agar anda dapatmemulakan perniagaan anda sendiri.
Ibu saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap hari, ibu saya akan akan bangun di awal pagi untuk menguruskan anak-anak beliau pergi ke sekolah. Sediakansarapan, bekalan dan juga keperluan-keperluan sekolah yang lain seperti baju, beg, kasutdan sebagainya. Memang seronok apabila bangun tidur nampak ibu, balik sekolahnampak ibu, petang nampak ibu, maghrib nampak ibu dan malam bila nak tido punnampak ibu.. rasa lebih selamat dan disayangi.Ayah pula? Ayah sibuk bekerja dan merupakan tonggak utama di dalam sumber  pendapatan keluarga. Tetapi, apa yang menarik tentang ayah saya, pukul 6 pagi ayahsudah keluar kerja, jadi, masa bangun tido, jarang nampak ayah. Tetapi apabila tibawaktu tengahari, antara pukul 10-12, ayah sudah pun pulang ke rumah dan banyak meluangkan masa bersama keluarga. Waktu kerja ayah hanyalah dari pukul 6 pagi hingga10 pagi. Itulah kelebihan orang yang berniaga sendiri, waktu kerja di tetapkan sendiri.Saya fikir, mungkin itu yang menjadi pengaruh utama saya apabila sudah membesar,secara tidak sedar, saya cuba membentuk keluarga yang hampir serupa dengan keluargaibu & bapa saya, isteri duduk rumah dan si suami pula bebas bekerja sendiri.Ok! Sambung semula cerita ibu & bapa saya..Walaupun bapa saya kuat bekerja, tetapi kadang-kala, duit pendapatan yang diperolehitidak berapa mencukupi, maklumlah, ekonomi kan sentiasa turun dan naik. Jadi ituadalah perkara normal. Apabila ekonomi keluarga sedang gawat, saya melihat ibu sayaakan mula mengeluarkan “jurus kemahiran cari duit lebih” beliau.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ahmad Akram liked this
mycavalry liked this
zulkifliy liked this
ahmad fikry liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->