You are on page 1of 19

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tn.Hj Ramli Bin Ismail – SMK. Sg.Pasir


Jamaludin Mohd Noh- SMK Baling.
Mohd Fuad Abd.Latif- SMK.Padang Serai
Wan Nazri Bin Wan Azib- SMK Pendang
Roslinda Bt Mukhtar- SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
Norleha Bt. Ibrahim – SMK.Kuala Ketil
Farizan Md. Noor – SMK. Jitra

1
5. ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB
SOSIAL. 5.4 Kepenggunaan.
5.1 Definisi i) Definisi
i) Etika ii) Hak-hak pengguna
- Etika Perniagaan iii) Peranan badan / Agensi berkaitan
- Etika Kerja -Peranan persatuan Pengguna
ii) Tanggungjawab Sosial -Kementerian Perdagangan Dalam
5.2 Perniagaan dan Masyarakat Negeri Dan Hal Ehwal
i) Pihak Berkepentingan Pengguna
ii) Tanggungjawab Sosial lawan untung iv) Batter Business Bureau
iii) Perbandingan pendekatan antara barat
dengan timur tentang Etika Dan 5.5 Jenayah Kolar Putih
Tanggungjawab Sosial. i) Definisi
- Hubungan manusia dengan manusia ii) Jenis-jenis
- Hubungan manusia dengan Tuhan iii) Hukuman
- Hubungan manusia dengan alam
5.3 Tanggungjawab Sosial
i) Definisi
ii) Warga korporat
Konsep
- Peranan

2
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

5.1 DEFINASI
A. ETIKA
Tabii atau perangai,adat atau kebiasaan
Perlakuan baik buruk manusia
Sejauh mana dapat ditentukan oleh akal
Moral
Norma yang sesuai dengan konsep
Yang diterima umum
Tingkah laku manusia yang baik dan wajar.
moral membicarakan persoalan betul atau salah
Benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau ditinggalkan

Etika Deskriptif
Etika deskriptif merupakan suatu disiplin
Membicarakan sejarah sistem moral
Menerangkan berbagai sistem moral yang relatif
Seperti moral kepada orang-orang Islam , kristian,Buddha,Yahudi dan
sebagainya.

Etika kerja
Berkaitan dengan bidang pekerjaan.
Pekerja itu bekerja di sektor awam
swasta
atau juga yang menceburi profesion tertentu
3
Etika Normatif
Etika Normatif akan menilai,mengkritik.
Membuat keputusan terhadap sisitem moral yang ada.
Mencadangkan satu undang-undang moral
Yang dianggap terbaik atau sepatutnya diamalkan.
Mengemukakan sistem moral yang standard.
Berpandukan sistem yang sedia ada
Contoh etika perubatan.
Etika Perniagaan
Pengajian yang mengandungi betul atau salah
Baik atau buruk.
Tindakan manusia
Dalam konteks perniagaan
Aktiviti ketiga ialah analisis kepada pra andaian perniagaan iaitu pra-andaian
moral
dan pra-andaian daripada pendapat moral. Ini adalah kerana perniagaan
beroperasi dalam sistem ekonomi.
Pihak-pihak yang terlibat di dalam perniagaan

B. TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Satu kewajipan
Pengusaha perniagaan
Terhadap masyarakat sekeliling perniagaan tersebut
Termasuklah pekerja,pelanggan,masyarakat dan persekitaran 4
5.2 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT
A. Pihak Berkepentingan
1. Syarikat atau Entiti Perniagaannya
Sekumpulan manusia
mengumpulkan sumber-sumber
Menyediakan produk atau perkhidmatan
Peniaga bertanggungjawab
Memastikan agar perniagaannya dijalankan menurut peruntukan undang-undang
2. Pembekal Barang Dan Perkhidmatan.
Peniaga memastikan
Perjanjian jual beli dan pembekalan
Dipersetujui dengan jelas
Tanpa wujud keraguan
Diterima sepenuhnya oleh kedua pihak.
3. Pelanggan,Pengguna Atau Pembeli Barang Dan Perkhidmatan.
Peniaga perlulah memikirkan kesejahteraan pelanggan
Semasa mengeluar atau menjual barang dan perkhidmatan kepada pengguna
menyesuaikan barang dan perkhidmatan
Dengan perubahan masa dan keperluan pengguna.
4.Kerajaan Yang Mengawal Melalui Peraturan Dan Undang-undang
Peniaga harus menyumbang idea dan pendapat
Proses menggubal undang-undang dan peraturan
Memberi sumbangan yang positif
Terhadap penggunaan sunber manusia dan bahan mentah negara dengan 5
sebaik-baiknya.
5. Jabatan Hasil Dalam Negeri Dan Jabatan Kastam Yang Mengutip Cukai
Peniaga mestilah memastikan agar mereka mematuhi
Peruntukan undang-undang
Berkaitan dengan cukai
6. Golongan Pekerja Yang menawarkan Perkhidmatan.
Memelihara kepentingan setiap pekerjanya
Menentukan dasar upah yang munasabah
Meningkatkan keupayaan tenaga kerja
Hubungan kakitangan yang mesra
7. Masyarakat umum
Peniaga perlu ambil kira kepentingan masyarakat
Mengguna sumber-sumbver untuk memberi faedah optima
Memberi perhatian terhadap kesan ke Atas alam sekitar
Dan sosial
Memberi sumbangan terhadap penyelidikan ,pembangunan dan teknologi
8. Pemegang Saham Syarikat
Peniaga perlu menentukan,merancang
Cuba mencapai matlamat kadar pulangan yang mencukupi
Perlulah menggunakan sumber kewangan
Untuk membekalkan barang-barang dan perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab
dan cekap
Perbandingan Pendekatan Antara Barat Dan timur tentang Etika Dan Tanggungjawab
sosial perniagaan 6
B. TANGUNGJAWAB SOSIAL LAWAN UNTUNG.

a. Alasan Yang Menyokong Tangungjawab Sosial


1. Memperbaiki komuniti dimana ia beroperasi demi kepentingan organisasi
dalam jangka panjang.
2. Memperbaiki imej awam organisasi.
3. Meningkatkan sisitem daya maju perniagaan.
4. Munasabah untuk mengelakkan peraturan-peraturan kerajaan.
5. Norma-norma sosial budaya mengkehendakinya.
6. Undang-undang tidak boleh diluluskan untuk mengendalikan semua jenis
keadaan.
7. Dibuat demi kepentingan pemegang saham akan meningkat dalam
jangkamasa panjang.

7
b. Alasan menentang tangungjawab sosial.
1. Mencabuli hak keuntungan maksimum.
2. Kos tangungjawab sosial tinggi dan akan menaikkan harga
barang.
3. Perniagaan kekuramngan kemahiran sosial untuk selesaikan
masalah sosial.
4. Melemahkan matlamat utama perniagaan.
5. Penglibatan dalam bidang sosial akan menjadikan perniagaan itu
terlalu kuat dan berkuasa.
6. Perniagaan kurang akauntabiliti terhadap masyarakat awam.
7. Penglibatan perniagaan dalam bidang sosial tidak mendapat
sokongan yang luas daripada masyarakat.

8
C. PERBANDINGAN PENDEKATAN BARAT DAN
TIMUR TENTANG ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
1. Pendekatan Timur
Manusia dengan manusia
Islam- manusia dijadikan Allah sbg makhluk yg terbaik.
Manusia saling membantu
Confucius dlm organisasi jika individu memainkan peranan prestasi lebih baik
sumbangan peringkat mikro memberi kesan peringkat makro
Manusia dengan Tuhan
Islam- manusia mempunyai hubungan dengan Penciptanya
kesetiaan hamba kepada Allah
Beriman kepada Allah
Beramal dengan ajarannya
Manusia dengan Alam
Islam - bertanggung jawab atas pemuliharaan alam dan tidak boleh mencemarkan alam
sekitar.
Mentadbir sumber dengan betul

9
2.Pendekatan Barat
Manusia dengan manusia
Aristotle - kehidupan bermoral bergantung kepada tendisi manusia sendiri.
Kebaikan mengikut kemampuan diri sendiri.
Plato - orang yang melakukan kejahatan kerana jahil
Manusia dengan Tuhan
Aristotle- iktiraf hubungan antara manusia dengan tuhan
Kristian - Cintai tuhan dengan sepenuh jiwa dan jiran seperti mencintai diri sendiri
Manusia dengan Alam
Ultilitarian - menilai mana yang lebih kebaikan atau keburukan.
Deantologikal - menilai setiap aktiviti adalah melanggar hak-hak individu

10
5.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
A. DEFINASI
Satu kewajipan pengusaha perniagaan terhadap masyarakat sekeliling perniagaan
tersebut termasuklah pekerja,pelanggan,masyarakat dan persekitaran.
B. WARGA KORPORAT
Mereka yang bertugas dalam firma perniagaan @ sektor swasta yang tujuan
utamanya bermotifkan keuntungan dan mereka membantu di dalam mencapai
objektif firma korporat ini.
C.PERANAN WARGA KORPORAT
1. Memberi biasiswa
2. Membuat penajaan
3. Pemuliharaan alam sekitar
4. Membina pelbagai kemudahan seperti stesen bas,rekreasi dll

11
5.4 KEPENGGUNAAN
A.DEFINASI
Satu pergerakan yang tersusun secara kolektif (barangan dan
perkhidmatan) serta mereka yang akhirnya terdiri daripada pembeli dan pengguna
Berusaha memelihara kepentingan para pengguna.
B. HAK-HAK PENGGUNA
1. Hak kepada Keperluan Asas
Hak untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan asas yang perlu untuk terus hidup
Contoh- makanan ,pakaian,tempat tinggal,perkhidmatan kesihatan dll
2. Hak mendapat keselamatan
Hak untuk dilindungi daripada produk,proses,proses pengeluaran dan
perkhidmatan yang membahayakan atau mengancam kesihatan atau kehidupan.
3. Hak untuk mendapatkan maklumat.
Hak untuk diberi maklumat yang lengkap dan jelas
Hak untuk mendapatkan fakta yang diperlukan untuk membuat kepuutusan atau
pilihan
Pengguna perlu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi agar dapat
bertindak dengan bijaksana dan bertangunggung jawab.
Pengguna perlu dilindungi dari bahan publisiti yang tidak tepat dan mengelirukan
sama ada dalam pengiklanan,perlabelan,pembungkusan dll
12
4. Hak untuk memilih
Hak utk diberi peluang memilih pelbagai barangan dan perkhidmatan pada
harga yang berpatutan dab muutu yang memuaskan.
5. Hak didengar dan menyuarakan pendapat
Hak memelihara kepentingan pengguna melalui hak menyuarakan pendapat mengenai
perkara-perkara yang melibatkan kepentingan pengguna
6. Hak mendapat gantirugi
Hak kepada penyelesaian atas tuntutan yang adil
Hak mendapat pampasan bagi barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang
tidak memuaskan.
7. Hak kepada pendidikan pengguna
Hak untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna
bermaklumat
bermaklumat supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang bijaksana
8.Hak mendapat persekitaran yang sihat
Hak mendapat persekitaran fizikal atau alam sekitar yang bersih dan segar.
Hak mendapat persekitaran yang dapat menjamin kesihatan dan kesajahteraan hidup
yang selesa.

13
C.PERANAN BADAN DAN AGENSI BERKAITAN
1. Peranan persatuan pengguna
i.memberi nasihat,bimbingan kepada pengguna
ii. Berjuang untuk pengguna menuntut hak-hak pengguna/ganti rugi/perlindungan dll
iii. Menyebarkan maklumat kepada pengguna/kempen/seminar dll
iv. Membuat kajian untuk kepentingan pengguna
v. mengambil tindakan undang-undang bagi pihak pengguna atau menyediakan nasihat
guaman
vi. Menerima aduan dan menyiasat aduan.
2.Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna
i. Mengawal dan menyelia perdagangan domestik melalui perletakan harga,kawalan
harga,perlesenan
ii. Memberi perlindungan mengenai hak-hak kepenggunaan.
iii. Mencegah amalan perniagaan yang tidak sihat
iv.Melaksanakan penggunaan sistem yang lebih baik seperti sistem metrik dalam
pengukuran dan timbang.
v. Penguatkuasaan undang-undang melalui penyiasatan dan serbuan.
vi. Memastikan keperluan pengguna sentiasa cukup seperti semasa perayaan dll.

14
D.BETTER BUSINESS BUREAU
1. Definasi
Persatuan yang ditubuhkan oleh peniaga-peniaga (½) dengan tujuan untuk membantu
pengguna (½) mengelakkan atau mengambil tindakan terhadap amalan perniagaan
tidak beretika (½).
2. Tugas/Peranan
i. Penyiasatan tempat perniagaan
Mengendalikan penyiasatan dan menyedarkan pengguna dan peniaga kepada
aktiviti tidak beretika yang boleh mendatangkan kesan buruk sama ada kepada
pengguna atau peniaga itu sendiri.
ii-Pendidikan untuk pengguna
Penguna menghubungi Better Business Bureau untuk mendapatkan maklumat
atau menanyakan laporan kebolehpercayaan sebelum membuat keputusan untuk
membeli sesuatu barangan.
iii- Laporan dan penilaian amal
Better Business Bureau mempunyai maklumat berkenaan dengan organisasi
amal dan boleh memberi maklumat berkenaan dengan peratusan derma atau
sumbangan yang telah mereka berikan untuk mana-mana organisasi amal.
iv-Menangani aduan
Better Business Bureau juga bekerja dengan pengguna dan peniaga untuk 15

menyelesaikan aduan tanpa dikenakan sebarang bayaran ke atas pengguna.


5.5 JENAYAH KOLAR PUTIH
A. DEFINASI
Apa-apa perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang
bersangkutan dengan bidang tugas mereka.
B. JENIS-JENIS
i. Rasuah
Penyalahgunaan kuasa yang dimiliki melalui jawatan dan amanah yang dipegang. Ia
merangkumi perbuatan meminta atau menerima rasuah,menawarkan atau
memberi rasuah,membuat tuntutan palsu dan meyalahgunakan jawatan
ii. Pecah Amanah
Pihak yang diamanahkan dengan harta telah dengan curangnya menyalahkan harta
untuk kegunaan sendiri seperyti menggunakan harta pejabat untuk kegunaan sendiri,
penyalahgunaan duit syarikat,merancang firma milikan sendiri untuk mendapat projek
,insider trader (dagangan dalaman)
iii. Penyelewengan
Mengelakkan harta,memberi narta kepada yang bukan haknya,menipu atau sebarang
perbuatan diketahui boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggung
jawab.
16
C. HUKUMAN JENAYAH KOLAR PUTIH DIBAWAH
AKTA SYARIKAT 1965
Menurut Salleh Buang (1998),antara hukuman jenayah kolar putih yang terkandung
dibawah Akta Syarikat adalah :
a. Menjadi pengarah syarikat tanpa izin mahkamah setelah hilang kelayakan : penjara 3
tahun atau denda RM10.,000 atau kedua-duanya sekali (seksyen 130 )
b. Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak,harta,jawatan dll : penjara 3 tahun atau
denda RM10,000 (Seksyen 131)
c. Gagal berlaku jujur,gagal menunjukkan ketekunan bekerja,menggunakan maklumat
untuk mendapat keuntungan atau kelebihan bagi dirinya sendiiri atau menyebabkan
kerugian kepada syarikat : penjara 5 tahun,denda RM30,00 selain menyerahkan
keuntungan atau membayar gantirugi kepada syarikat (seksyen 132).
d. Dagangan dalaman: Penjara 5 tahun, denda RM30,000 selain membayar ganti rugi
kepada pihak yang telah menanggung kerugian (Seksyen 132)
e. Menggunakan maklumat mengenai saham syarikat untuk keuntungan diri : penjara 5
tahun atau denda RM30.,000 atau kedua-duanya sekali (seksyen 132B )

17
f. Memperolehi atau melupuskan sebahagian besar perniagaan atau harta syarikat tanpa
mendapat kelulusan syarikat dalam mesyuarat agung : penjara 5 tahun,denda
RM 30,000 atau kedua duanya sekali (Seksyen 132C).
g. Syarikat membuat transaksi harta dengan pengarah,tanpa mendapat persetujuan
ahli-ahli syarikat dalam mesyuarat agung :penjara 5 tahun, denda RM30,000 atau
kedua-duanyanya selain terpaksa menyerahkan keuntungan kepada syarikat dan
menanggung rugi pihak yang mengalami kerugian ( Seksyen 132 E ).
h. Syarikat memberi pinjaman,jaminan atau sekuriti kepada pengarah (Seksyen 133)
tidak termasuk beberapa pengecualian tertentu :denda RM10,000 selain dari
menanggung rugi segala kerugian syarikat.
i. Syarikat memberi pinjaman kepada orang yang ada kaitan dengan pengarah tidak
termasuk beberapa pengecualian tertentu: denda RM10,000 (Seksyen 133A)
j. Gagal menzahirkan kepada syarikat maklumat mengenai pemegangan saham,
debentur,kepentingan,hak, opsyen,kontrak yang diperlukan :penjara 3 tahun atau
denda RM15,000 (Seksyen 135)

18
K. Menerima saraan bebas cukai : penjara 3 tahun,denda RM 10,000 (Seksyen 136)
l. Gagal menyimpan daftar pengarah,pengurus dan setiausaha syarikat,
mengemukakan kenyataan kepada Pendaftar Syarikat : denda RM1,000 (Seksyen
141).
m. Pelbagai kesalahan semasa syarikat hendak digulung : penjara 2 tahun,
denda RM5,000 (Syeksyen 300)
n. Memalsukan buku,rekod,akaun dan sebagainya : penjara 5 tahun,
denda RM30,000 ( Seksyen 302)
o. Gagal menyimpan akaun yang teratur:penjara 3 tahun,denda RM 10,000
(Seksyen 304)
p. Menjalankan Perniagaan dengan niat menipu pemiutang:penjara 3 tahun ,
denda RM10,000 (syeksyen 304).
q. Menawarkan saham syarikat kepada orang ramai tanpa kebenaran: 5 tahun penjara,
denda RM30,000 atau kedua-duanya (Sreksyen 363).

19

You might also like