You are on page 1of 8

Faktor Peperangan Dalam Tamadun 

Awal
Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun
awal manusia.           

Pengenalan : Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan


pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang
saudara. la bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan
dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun. Adalah suatu fenomenon sejagat
yang menggariskan sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini.
Berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial,
politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana
peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia. Pandangan positif
terhadap peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan
industri manakala pandangan negatif, menurut manusia seperti dalam bidang teknologi dan
industri manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam Study of History, ialah punca
kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia.

Isi : Pembentukan dan perluasan empayar :Peperangan selalunya ditujukan kepada


kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-
kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat
haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin
Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan
memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun
manusia. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan
sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang
dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja
bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk
mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke alas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk
menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama,
dan bahasa. Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam
sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas
penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan
dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan
akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar
imperialisme juga nyata sekali dalam pembinaan empayar Rom.

Masalah sempadan :Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselama.tan dan kedaulatan
negara daripada dicerobolu oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada
ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau
pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh kerana sempadansempadan tidak didasarkan
persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit
politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.
Contoh-contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan
negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Sempadan-sempadan negara China
sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan
Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya
daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya
hampir 2250 batu. Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan
penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadan-sempadan.

Menguasai Sumber Ekonomi :Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh
sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan.
Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti
logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan;
tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung
Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber
air daripada sungai Tigris dan Euphrates.

Mengatasi pemberontakan :Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat


memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Sparta, misalnya,
memalukan kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan
tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta
biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Mesaenia dan memecahkan
semangat penentangan.

Melindungi Ekonomi Perniagaan :Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi


perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan
jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk
menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan
monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean.

Faktor Agama :Kemenganan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh
Herodotus contoh Perang antara Parsi (beragama-theist) dengan Athens (atheist).
Mempertahankan kedaulatan dari serangan luar (orang gasar)  Kepentingan peribadi  seperti
wanita, keluarga, balas dendam dan kekayaan, contoh spt Cleopatra,Mark Anthony dalam Perang
Actium

Kesimpulan :Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah


berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya timbul daripada sifat
manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik.
Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjala.nan sejarah
dunia.

Pemikir Ketenteraan China

 pada zaman Dinasti Sung (1078 M) telah dihasilkan 7 buah buku ketenteraan. antaranya
adalah:
1. Kaedah Ssu-ma Fa –

a) blh diterjemah sebagai kaedah peperangan.

b) keseluruhan membincangkan tentang undang2, peraturan, dasar2 kerajaan,


organisasi ketenteraan, pentadbiran tentera, disiplin, nilai2 asas, strategi
agung dan strategi.

2. Seni Peperangan Sun-Tzu –

a) karya tertua dan mempunyai maklumat terbanyak tentang hal2 ketenteraan.

b) saiz buku amat kecil dan hanya mengandungi 6 000 perkataan. terdiri drp
13 bab. teknik2 tersebut adalah:

 anggaran – peperangan perlu diselidik secara teliti sbp soal hidup mati
rakyat. penting mempertimbangkan alasan moral utk berperang.

 melancarkan peperangan – yg penting keenangan bukan tempoh


berperang. ketika berperang, adlh lbh baik utk menawan musuh dr
memusnahkan negara mereka. kedamaian lbh ptg dr kekerasan.

 strategi menyerang

 pembentukan watak

 daya tenaga

 kelemahan dan kekuatan

 menjalankan muslihat

 sembilan pemboleh ubah

 perjalanan

 kawasan tanah

 sembilan jenis muka bumi

 serangan menggunakan api – tidak blh guna peperangan api kecuali


terdesak dan tidak blh dielakkan lg.

 menggunakan tali barut

c) guna tentera utk pukulan maut musuh.


d) guna perisik sblm berperang. elak berperang dengan perasaan marah.
mengutamakan kepentingan rakyat lebih dari segalanya.

e) sebarkan khabar angin/hasut.

f) kegiatan subversif bg memisahkan musuh dr sekutunya.

g) buku ini tlh dikaji dan digunakan olh Napoleon Bonaparte, Nazi Jerman, Ahli2
Teori China, Jepun dan Korea. selama 200 thn ia dianggap sbg buku
ketenteraan yg plg penting di asia.

3. Wu-tzu – mengandungi 6 bab.memfokos hal2 kritikal ketenteraan.

4. Wei Liao-tzu – merupakan strategi handal. mengintegrasi rakyat awam dan tentera
utk kekal keamanan.

5. Enam Rahsia Pengajaran Tai Kung –arahan2 ketenteraan kpd raja2 Wen dan Wu dr
Dinasti Chou.

6. Tiga Strategi Huang Shih-kung – memfokus kpd pentadbiran kerajaan, ketenteraan


dan kawalan.

7. Soal Jawab antara T’ang T’aitsung dan Li Wei-kung – teori2 dlm buku ini tlh diuji
dlm peperangan2 yg kritikal.

Sun Tzu
November 6, 2008

Jelaskan taktik dan strategi peperangan yang disarankan oleh Sun Tzu dalam buku Seni
Peperangan.
Pendahuluan :Sun Tzu merupakan pemikir ketenteraan terulung dalam  tamadun China. Beliau
pernah berkhidmat sebagai panglima tentera kerajaan Wu dan pernah menewaskan negeri Chu
dan Ying. Buku yang dihasilkan Seni Peperangan merupakan buku ketenteraan yang terbaik dan
tertua.Buku ini mengandungi 6000 perkataan dan terdiri daripada 13 bab serta mengemukakan
13 taktik dan strategi.

Isi :

Strategi Anggaran :

 Beliau menyarankan para pemerintah melakukan kajian yang teliti sebelum melancarkan
peperangan. Lima perkara harus di pertimbangkan  dalam sesuatu peperangan iaitu alasan
moral, bentuk muka bumi, iklim, kepimpinan dan pengendalian peperangan.

Melancarkan Peperangan :

 Seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang
singkat.

Strategi Menyerang :Seseorang pakar harus mengatur strategi untuk melawan musuh tanpa
peperangan berlarutan. Panglima perang harus mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri
dan musuh. Kekalahan berlaku jika ada tiga kesilapan iaitu jahil dalam ilmu peperangan, urusan
pentadbiran ketenteraan dan mengarah tentera mara ke hadapan atau berundur apabila tidak patut
berbuat demikian.

Strategi Serangan Menggunakan Api :

 Strategi ini hanya digunakan dalam keadaan terdesak.

Strategi Menggunakan Tali Barut :

 Musuh dilemahkan dengan menggunakan ejen-ejen perisik.

Kesimpulan :

 Idea yang dikemukan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemimpin barat dan dikaji oleh pakar-
pakar ketenteraan China, Korea dan Jepun hingga kini. Idea beliau paling penting di Asia 
dan digunakan selama 200 tahun.
 PENTADBIRAN KETENTERAAN TAMADUN INDIA SEBELUM ISLAM

Huraikan Struktur Pentadbiran Ketenteraan Dalam Tamadun India Sebelum Islam.

A. PENGENALAN:

(a) Organisasi ketenteraan merujuk kepada perkara – perkara berikut:


1. Jenis – jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki
( infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua.

2. Pentadbiran tentera/logistik.

3. Strategi peperangan.

4. Taktik peperangan.

5. Teknologi senjata.

(b) Pengenalan kepada tamadun India.

(c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India.

B. ISI – ISI PENTING.

1. Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera
berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Terdapat juga beberapa kategori tentera lain
seperti tentera laut, pengintip, anggota kumpulan perintis dan komisariat. Arthasastra menyebut
satu unit tentera India mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675 tentera.
Chandragupta Maurya menakluki sebahagian besar India dengan angkatan tentera seramai
600,000 orang dan Raja Chola, Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan seramai 900, 000
orang.

2.Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Buddhisme. Raja Bimbasara
dari Maghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan peranan seperti
kereta perisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh, meruntuhkan pagar kubu,
pintu kota, benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap
dengan senjata seperti busar dan lembing. Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan
faktor kritikal dalam hubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar.

3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera India ketika
menghadapi serangan daripada penakluk – penakluk asing. Umpamanya, Mahmud Ghori
menundukkan Prthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat inferior
berbanding tentera musuh.

4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai
utama India. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri. Raja –
raja Chola seperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang tetap.

5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberi
bantuan kepada askar – askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut berkhidmat
dalam menyediakan makanan bagi para tentera.
6. Pada zaman pertengahan, tentera mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima agung
dikenali sebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang menyerupai
golongan bangsawan feudal.

7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak dan
lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India.

8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India.
Umpamanya, sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk
menghalang musuh.

9. Peranan pendeta dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagai


upacara keagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh ahli
astrologi.

10. Pemusatan kuasa ketenteraan di tangan maharaja.

C. KESIMPULAN:

Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu
operasi ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannya dari diserang
oleh musuh dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden adalah dibantu oleh organisasi
ketenteraan yang utuh.

Ketenteraan Tamadun Awal
Dengan merujuk tamadun-tamadun awal, jelaskan strategi dan taktik yang digunakan
dalam peperangan.

Pendahuluan :Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif atau
sasaran dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata
serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi penting dalam menentukan keputusan
peperangan (keputusan boleh berubah disebabkan faktor geografi, keluasan, saiz tentera, saiz
tentera musuh, iklim, objektif, jangka panjang dan jangka pendek). Kejayaan sesuatu strategi
bergantung kepada sokongan logistik.

Isi :

Strategi Pertahanan :Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan


melalui proses pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategik. Contoh,
strategi dalam tamadun India pada zaman Maurya ialah terdapat tembok panjang yang dibina di
kota Rajagraha, ibu kota Magadha.

Strategi Menjalani Perikatan Tentera :Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan
kuasa atau negara jiran serta negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran
musuh. Contohnya, pada zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin hubungan rapat dengan Yueh-
Chi untuk membendung musuh Hsiung-Nu.

Strategi Penyerangan Secara Langsung :Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan
strategi penyerangan secara langsung iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan
kedua pemilihan tempat. Penting dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau
menjalankan penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan
membawa kepada peluasan empayar Graeco-Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean.

Strategi Pengepungan :Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di


sesuatu tempat yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy, pengepungan Avaricum dan
Alesia pada zaman Julius Caesar dan pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib.

Kesimpulan :Kejayaan sesuatu peperangan bergantung kepada beberapa strategi yang berbeza
berasaskan keadaan semasa.

You might also like