Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sejarah kertas 1_2006

sejarah kertas 1_2006

Ratings: (0)|Views: 347|Likes:
Published by ZULHILMI MAT ZAIN

More info:

Published by: ZULHILMI MAT ZAIN on Apr 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2011

pdf

text

original

 
SEJARAH 1Tema 1: Manusia dan MasyarakatTajuk 1.2: Kemunculan TamadunKawasan Kajian:
Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro danHarapa, Arab, Yunani,Rom,Melayu dan Barat.
Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :
Lembah Tigris - Euphrates :Tamadun Mesopotamia atau Sumeria (3500 SM-2000 SM), Lembah Nil :Tamadun Mesir (310SM - 1075SM), Lembah Indus : Tamadun Indus ( 2500SM-1500SM), Lembah Huang Ho : Tamadun Shang (1800SM), Di Amerika Selatan :Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di Yunani: Tamadun Crete, Di Tanah Arab :Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, Di Tanah Melayu : Tamadun Melayu,Di Barat ( Eropah) : Tamadun Barat
1.
 
Petempatan:
Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Smhingga 2000 Sm itu terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq.Nama Mesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orangSumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. OrangSumeria dipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah SungaiTigris dan Euphrates membolehkan penduduknya mengusahakan pertaniansecara besar-besaran.Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di LembahSungai Nil, Negeri Mesir. Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiahdaripada Sungai Nil’. Ini adalah kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak subur. Sungai yang mengalir sejauh 750batu dari hulu ke muara membawa tanah hitam yang subur apabila airnyamembanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yang subur ini memboleh penanaman2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistem pengairan. Di sebelah utara negeriini terbentang Laut MediterraneanTtamadun yang wujud antara tahun 2500 SMhingga 1500SM ini terletak di Lembah Sungai Indus, negara India.. Sepertitamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun ini juga membawa penduduknyaterlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertanian telah dikesan di dataranlanar Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi.Tamadun ini wujud pada tahun1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM - 1100SM). Ia bermula dikawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembah Sungai Kuning atauSungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara ini pertanianberkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek-aspekini berkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas keJepun, Korea dan ke Asia Tenggara.Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM)mengambil sempena nama Pulau Crete yang merupakan salah sebuah pulauGreek merupakan tamadun terawal di Eropah. Tamadun ini tidak sepertitamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China yang kesemuanyawujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanah di kawasan Pulau Crete initidak subur untuk pertanian. Penduduknya bergantung kepada perdagangan.
 
Hubungan lebih kepada laut. Dengan itu aktiviti mereka condong kepadapengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-tanah baru di samping berniaga.Sebab itulah mereka membuat hubungan dengan tempat lain seperti dengantamadun Nil, Parsi dan Sumeria. Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepiSungai Tiber, Itali. Di selatannya terbentang Laut Mediterranean.Tamadun inidikembangkan oleh pendatang-pendatang seperti orang-orang Aryan/Latin( pantai barat Itali), orang-orang Etruscan (sebelah utara dari kawasan kediamanorang Aryan) dan orang-orang Yunani ( di selatan Itali dan Pulau Sicily).Iaberkambang di negara Arab yang terletak di kawasan Timur Tengah. Konseptamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagisarjana Islam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dantidak teratur dalam semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agamasebagai petunjuk dan panduan hidup. P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Baratberpendapat, masyarakat Arab Zaman Jahiliah hanya jahil dari aspek agamadan moral sahaja tetapi bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan ilmupengetahuan ( tamadun Sabak di Selatan Semenanjung Arab dan Mekah dikawasan Tengah Semenanjung Arab).Tamadun ini berkembang di KepulauanMelayu, di Asia Tenggara. Tamadun ini kemudiannya diresapi unsur-unsur Hindu, China dan agama Islam.Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermulamenjelang tahun 1500 M dan dikenali sebagai Zaman Moden Awal Eropahselepas berakhirnya Zaman Gelap Eropah ( Zaman Gelap bermula selepaskejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempun perubahan dan kemajuandalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zaman inilah kuasa-kuasa Eropahmenjelajah, meneroka dan berinteraksi dengan kuasa-kuasa lain di luar Eropah.
Tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China lahir di lembahsungai. Kenapa?
1.Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur dan amat sesuaiuntuk aktiviti pertanian dan penternakan. Kesuburan tanah membolehkantanaman makanan diusahakan dengan banyak dan boleh menampung pendudukyang ramai.2.Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukit bukau.3.Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkan manusiamembuat kediaman yang selesa.4.Mudah dapat sumber makanan di sungaiseperti ikan.5.Kemudahan belayar, pengangkutan dan perhubungan.6.Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia membuat alat-alatkeperluan harian seperti belanga, pasu tempayan, bahan binaan membuattempat kediaman. 
2. Perbandaran:
Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Darihidup berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandar 
 
dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun
.
Selepas 2500 tahun orangSumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota. Di peringkat inilah orangSumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakatSumerialah yang telah membina bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar diSumer disebut kota dan negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhanantara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur, Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina secara terancang. KotaSumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapan dengan hutan yangmengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dan anggur.Di sebalik hutan initerdapat tanaman gandum dan barli dan seterusnya terdapat padang-padang rumput untuk  binatang ternakan mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang perairanyang rumit. Setiap kota mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah
ziggurat
( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memujadewa-dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungimereka daripada serangan musuh.Di
,
sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanian yang pesat. Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatankecil telah berkembang menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota munculseperti dan. Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina. Contohnya, Karnak danLuxor. Bagi tamadun,terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah ( di Sind)dan (di Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancangdengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah..Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya, dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebuttahan lama. Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah ( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibinadan dihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro danHarappa sangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak- petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yangkuat untuk melindungi bandar daripada serangan musuh. D tengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubudan bangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian tamadun Indus.Di lembahHwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang, Loyang danChanggan kerana penduduk yang bertambah ramai. Anyang merupakan bandar yang besar di negara China. Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan bandar pertamadi tebing Sungai Hwang Ho, muncul kira-kira pada tahun 1800SM, merupakan bandar tertua di negeri China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang.Yang terawal bermula di PulauCrete yang terletak di Laut Aegean.Kewujudan bandar-bandar dalam tamadun inididorong oleh perubahan corak kehidupan iaitu dari kehidupan nomad kepada kehidupanyang tetap (terikat kerana pertanian).Mereka telah menubuhkan suku kaum masing-masing. Suku-suku itu pula telah menetap di satu-satu kawasan yang kemudiannya telahmembentuk kampung. Kampung-kampung ini kemudiannya telah berkembang menjadi

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Nur Nadiah Ghani liked this
Zamani liked this
Joe Japrin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->