You are on page 1of 70

SEJARAH 1

Tema 1: Manusia dan Masyarakat

Tajuk 1.2: Kemunculan Tamadun

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro dan Harapa, Arab,
Yunani,Rom,Melayu dan Barat.

Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :Lembah Tigris - Euphrates : Tamadun


Mesopotamia atau Sumeria (3500 SM-2000 SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM -
1075SM), Lembah Indus : Tamadun Indus ( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho : Tamadun
Shang (1800SM), Di Amerika Selatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di Yunani: Tamadun Crete,
Di Tanah Arab : Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, Di Tanah Melayu : Tamadun Melayu,
Di Barat ( Eropah) : Tamadun Barat

1. Petempatan:Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000 Sm itu
terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama Mesopotamia diberi oleh
orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan
diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah.
Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkan penduduknya mengusahakan pertanian
secara besar-besaran.

Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir. Orang Mesir
menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripada Sungai Nil’. Ini adalah kerana lebih 90% daripada
negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak subur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu
dari hulu ke muara membawa tanah hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing
sungai. Tanah yang subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah
subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistem pengairan. Di
sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean.

Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di Lembah Sungai
Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun ini juga membawa
penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertanian telah dikesan di dataran lanar
Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi.

Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM -
1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembah Sungai Kuning
atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara ini pertanian berkembang,
diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek-aspek ini berkembang ke selatan
Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara.

Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempena nama Pulau Crete yang merupakan
salah sebuah pulau Greek merupakan tamadun terawal di Eropah. Tamadun ini tidak seperti
tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China yang kesemuanya wujud di kawasn
lembah sungai yang subur. Tanah di kawasan Pulau Crete ini tidak subur untuk pertanian.
Penduduknya bergantung kepada perdagangan. Hubungan lebih kepada laut. Dengan itu aktiviti
mereka condong kepada pengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-tanah baru di samping
berniaga. Sebab itulah mereka membuat hubungan dengan tempat lain seperti dengan tamadun
Nil, Parsi dan Sumeria.

Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber, Itali. Di selatannya terbentang Laut
Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-pendatang seperti orang-orang
Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orang Etruscan (sebelah utara dari kawasan kediaman
orang Aryan) dan orang-orang Yunani ( di selatan Itali dan Pulau Sicily). Ia berkambang di
negara Arab yang terletak di kawasan Timur Tengah. Konsep tamadun Arab ini berbeza antara
sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagi sarjana Islam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup
dalam kebodohan dan tidak teratur dalam semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agama
sebagai petunjuk dan panduan hidup. P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Barat berpendapat,
masyarakat Arab Zaman Jahiliah hanya jahil dari aspek agama dan moral sahaja tetapi
bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan ( tamadun Sabak di Selatan
Semenanjung Arab dan Mekah di kawasan Tengah Semenanjung Arab).Tamadun ini berkembang
di Kepulauan Melayu, di Asia Tenggara. Tamadun ini kemudiannya diresapi unsur-unsur Hindu,
China dan agama Islam.Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermula menjelang tahun 1500 M dan
dikenali sebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman Gelap Eropah ( Zaman
Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempun perubahan dan kemajuan
dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zaman inilah kuasa-kuasa Eropah menjelajah,
meneroka dan berinteraksi dengan kuasa-kuasa lain di luar Eropah.

Tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China lahir di lembah sungai.


Kenapa?

1. Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur dan amat sesuai untuk
aktiviti pertanian dan penternakan. Kesuburan tanah membolehkan tanaman
makanan diusahakan dengan banyak dan boleh menampung penduduk yang
ramai.
2. Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukit bukau.
3. Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkan manusia membuat
kediaman yang selesa.
4. Mudah dapat sumber makanan di sungai seperti ikan.
5. Kemudahan belayar, pengangkutan dan perhubungan.
6. Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia membuat alat-alat keperluan
harian seperti belanga, pasu tempayan, bahan binaan membuat tempat kediaman.

 2. Perbandaran:Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Dari hidup
berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandar dan seterusnya
kota. Inilah yang berlaku pada tamadun . Selepas 2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung
dengan bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan
seterusnya menjadi kota. Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri
bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membina bandar-bandar yang
terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dan negara kota kerana setiap bandar
merupakan sebuah unit politik yang bebas dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu
sentiasa bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah ,
bandar Ur dan Lagash ( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur,
Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina secara terancang.
Kota Sumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapan dengan hutan yang
mengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dan anggur.Di sebalik hutan ini terdapat
tanaman gandum dan barli dan seterusnya terdapat padang-padang rumput untuk binatang
ternakan mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang perairan yang rumit.
Setiap kota mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah ziggurat
( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memuja dewa-dewa. Penduduk
bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungi mereka daripada serangan
musuh.Sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanian yang pesat. Perkampungan telah
membangun dengan pesat. Dari petempatan kecil telah berkembang menjadi bandar-bandar besar
dan beberapa negara kota muncul. Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina. Contohnya,
Karnak dan Luxor. Bagi tamadun Indus, terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar
ialah Sind dan Punjab. Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang
dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah.. Perancangan
bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya, dalam pembinaan sesuatu
bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut tahan lama. Di antara ciri-
ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan
raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah ( sistem
pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan dengan
sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa sangat sistematik. Di dalam
kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus.
Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan
musuh. D tengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara
keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian
tamadun Indus.

DI lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah perkampungan,
berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang, Loyang dan Changgan
kerana penduduk yang bertambah ramai. Anyang merupakan bandar yang besar di negara China.
Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho,
muncul kira-kira pada tahun 1800SM, merupakan bandar tertua di negeri China dan menjadi ibu
kota Dinasti Shang.

3. Organisasi Sosial: Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi
dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas pertengahan)
dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai
kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling
berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada
pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang.
Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia
sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri daripada orang
tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan
orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia
boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka
meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat
rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran. Orang
dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat
dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke
kelas lain adalah sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap
sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta
benda suaminya dan ayahnya ddn boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai
hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa ketiadaan suaminya, dia
berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang
berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi
hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.

Susun lapis masyarakat Mesir terbahagi kepada 3 kelas iaitu Kelas Atasan, Kelas Pertengahan
dan Kelas Bawahan. Firaun diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam hiraki masyarakat Mesir
kerana beliau dianggap sebagai tuhan. Kelas atasan terdiri daripada pendeta dan golongan
bangsawan. Golongan pendeta diberi kedudukan yang tinggi kerana agama merupakan unsur
penting dalam kehidupan orang Mesir.Tugas pendeta ialah melakukan kerja-kerja sembahyang
dan pengkebumian. Golongan bangsawan dianggap penting kerana mereka membantu Firaun
dalam pentadbiran. Mereka memegang jawatan sebagai gabenor daerah, pemungut cukai dan
pegawai istana. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang, artisan dan kumpulan profesional
seperti guru, artis, doktor dan jurutulis. Kelas bawahan yang merupakan golongan terbesar terdiri
daripada petani dan hamba abdi. Para petani menyerahkan sebahagian daripada hasil mereka
kepada kerajaan sebagai cukai. Hamba abdi yang merupakan golongan terendah terdiri daripada
tawanan perang dan orang yang dijual beli. Kebanyakan mereka bekerja di projek pengairan,
kuari kerajaan dan kuil. Terdapat mobiliti sosial dalam masyarakat Mesir. Seseorang yang
berbakat boleh bergerak dari peringkat bawah ke peringkat yang lebih tinggi. Kedudukan kaum
wanita dalam masyarakat Mesir adalah tinggi/ penting kerana harta tanah diturunkan dari ibu
kepada anak perempuan. Wanita juga boleh menaiki takhta kerajaan. Mereka juga mempunyai
hak membeli dan menjual harta. Mereka juga dipandang mulia jika boleh melahirkan ramai
anak.Tidak banyak catatan tentang organisasi sosial tamadun awal di Lembah Indus, India.
Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun India juga mempunyai 3 kelas masyarakat.
Kelas Atasan terdiri daripada golongan pendeta, pendeta raja (golongan bangsawan) dan pemilik
tanah yang menikmati kehidupan mewah. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan artisann,
pedagang, petani ( yang mengusahakan tanaman barli, padi, gandum dan kapas) dan penternak
binatang (menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan khinzir). Kelas terendah sekali terdiri
daripada hamba abdi.

Susun lapis masyarakat China pada zaman pemerintahan Dinasti Shang terdiri daripada tiga
lapisan (tidak termasuk raja). Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berkuasa
mutlak. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan menduduki hiraki yang
tertinggi dalam sistem feudal yang diwujudkan oleh Dinasti Chou. Melalui sistem feudal, Dinasti
Chou memberi kuasa kepada golongan bangsawan mentadbir sesatu wilayah secara mutlak.
Golongan atasan menghabiskan masa lapang mereka dengan berburu, mengadakan jamuan besar
dan mendengan muzik. Selepas golongan bangsawan ialah golongan petani. Golongan ini
merupakan golongan terbesar dalam masyarakat Shang. Semasa pemerintahan Dinasti Chou,
sebilangan petani yang bekerja di sawah-sawah kecil telah menjadi hamba berhutang kerana
gagal mengeluarkan hasil yang mencukupi. Selepas golongan petani terdapat golongan artisan,
peniaga dan askar. Kaum wanita dipandang rendah.

Masyarakat Sparta terdiri daripada 3 golongan iaitu Golongan Peer (yang terdiri daripada
golongan pemerintah dan pemilik tanah), Golongan Perioeci ( orang bebas yang menjalankan
kegiatan perdagangan dan perusahaan) dan Golongan Helot ( petani dan hamba abdi yang
mengerjakan tanah golongan Peer). Golongan Peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan
kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan Helot. Hanya bayi golongan
Peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas
itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban untuk
negaranya. Anak perempuan diberilatihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa
mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia. Di Athens,
masyrakatnya dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan bangsawan dan golongan orang
biasa ( terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara). Golongan bangsawan memiliki
kawasan tanah terbaik dan menguasai bidang politik. Golongan petani yang gagal membayar
hutang golongan bangsawan telah menjadi hamba kepada golongan bangsawan. Masyarakat
Athens lebih mementingkan kebebasan dan hak indiviidu.

Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:

1. Golongan Patrisian : golongan bangsawan yang merupakan pemilik tanah yang kaya,
memonopoli jawatan Konsul dan keahlian Senet.
2. Golongan Plebeian : rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil ( masyarakat Rom
terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi serta
berkhidmat dalam angkatan tentera Rom. Dari segi politik, pada tahap awal mereka
hanya dibenarkan menjadi ahli Perhimpunan Centuriate. Hinggatahun 445SM mereka
dilarang berkahwin dengan golongan Patrisian.
3. Golongan hamba :kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan. Mereka bekerja
diladang, kilang atau pembantu rumah golongan atasan.

Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens. Mereka
membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal peribadi. Wanita kelas atasan
Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh memperoleh harta.

Organisasi Sosial masyarakat Arab zaman sebelum kedatangan Ialam ( Zaman Arab Jahuliah)
menampakkan pengamalan sistem kelas dan kasta. Di kawasan Arab Tengah atau Hijaz
umpamanya, kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat keturunan Quraisy. Meeka
merupakan kelas pemerintah, bukan sahaja kerana keturunan mereka bahkan juga kerana
kekayaan mereka. Walau bagaimanapun terdapat juga di kalangan mereka yang tidak berada
tetapi masih berpengaruh seperti Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad. Selepas kaum
Quraisy barulah diikuti oleh kabilah-kabilah lain yang tinggal berdekatan dengan Kaabah. Pada
zaman Qusai bin Kilab menjadi pemerintah Mekah, martabat sesatu kabilah diukur berdasarkan
jauh dekatnya kediaman mereka dari kaabah. Kabilah Bani Zohrah merupakan kabilah yang
lebih mendekati kabilah Quraisy. Sebagai suatu sistem sosial ala feudalisme, terdapat kelas
hamba abdi yang besar bilangannya. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak hingga batang tubuh
sendiri dapat dijual belikan. Kebanyakan mereka orang Arab juga tetapi sesetengahnya bukan
berbangsa Arab. Tentang kedudukan kaum wanita, pada umumnya nilai mereka sangat rendah
pada pandangan masyarakat Jahiliah. Mereka merasa malu apabila mendapat anak perempuan
dan kerana itu telah menjadi kebiasaan mereka menanam hidup-hidup anak perempuan mereka.
Kaum wanita hanya layak menjadi pemuas seks kaum lelaki. Walau bagaimanapun, kedudukan
sosial yang berkelas-kelas dan memandang rendah kepada kaum wanita itu telah dihapuskan
apabila agama Islam menyinari bumi Arab. Semua manusia dianggap satu ummah yang tidak
dibeza-bezakan melalui pangkat, harta mahupun jantina di sisi Allah. Kayu ukur kemuliaan
seseorang manusia itu dinilai dari segi ketakwaannya.

Keruntuhan Empayar Rom pada sekitar abad ke-5 M telah memulakan zaman pertengahan
Eropah( selama 1000 tahun). Peringkat awal zaman pertengahan itu dianggap sebagai zaman
gelap kerana Eropah melalui satu peringkat yang kurang maju perpecahan politik, kemersotan
ekonomi dan kongkongan agama Kristian terhadap masyarakatnya). Masyarakat Eropah masa itu
terbahagi kepada 2 golongan iaitu pemimpin ( terdiri daripada raja dan bangsawan/ vassal) dan
yang dipimpin ( rakyat biasa / serf ) Raja berada pada kedudukan tertinggi, diikuti lapisan kedua
iaitu golongan bangsawan/vassal dan ahli agama. Golongan rakyat biasa itu terdiri daripada
petani dan rakyat biasa. Mereka bukanlah hamba tetapi mereka tidak bebas sepenuhnya. Mereka
bekerja untuk tuan mereka iaitu golongan pada lapisan kedua tadi. Mereka terikat kepada
pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat
lain. Kedudukan mereka adalah di antara hamba dengan orang bebas. Sistem begini dipanggil
sistem feudal. Apabila zaman pertengahan itu berakhir, zaman moden Eropahpun bermula pada
sekitar tahun 1500M. Organisasi sosial Eropah turut berubah dengan kemerosotan sistem feudal.
Peningkatan pertanian dagangan, perkembangan bandar dan sektor perusahaan telah memberi
peluang kepada golongan serf ini bebas dari belenggu tuan tanahnya. Ada di antara mereka yang
melarikan diri ke bandar untuk menjadi buruh upahan.

Di Alam Melayu juga menampakkan organisasi sosial yang mementingkan kelas. Terdapat 2
kelas manusia. Kelas teratas mengandungi raja dan bangsawan. Kelas kedua pula terdiri daripada
rakyat jelata yang menjadi hamba kepada golongan pertama tadi. Hiraki sosial yang membeza-
bezakan taraf manusia ini sebenarnya adalah bertolak dari ajaran kasta Hindu. Di Srivijaya
misalnya, terdapat dua kelas yang utama iaitu kepas pemerintah dan kelas diperintah. Kelas-kelas
ini dibahagikan pula kepada 4 golongan ( golongan raja, bangsawan, orang merdeka dan hamba
abdi). Kedudukan wanita di alam Melayu tidak dipandang rendah, malah ada di kalangan mereka
berpeluang menjadi pemerintah seperti yang berlaku di Majapahit dan di Bali. Apabila Islam
mula mengambil tempat di alam Melayu, perbezaan taraf manusia mula dikikis tetapi mengambil
masa yang agak lama.

4. Kepercayaan dan Agama

4.1 : Kepercayaan:Antara ciri-ciri tamadun ialah adanya kepercayaan dan agama dalam
kehidupan manusia. Nilai-nilai kepercayaan dan agama adalah satu ciri penting dalam
kemunculan sesuatu tamadun seperti yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia, Mesir, Lembah
Indus dan Hwang Ho. Pemerintah menanggung perbenlanjaan yang tinggi untuk perkara-perkara
keagamaan. Sejumlah besar kutipan cukai dikhaskan untuk keperluan agama dan untuk membina
tempat-tempat ibadat seperti kuil dan sebagainya. Masyarakat tamadun awal mempercayai
kewujudan banyak tuhan atau polytheistic. Unsur alam semula jadi dijadikan sesuatu untuk
disembah bagi tujuan menjauhkan malapetaka. Kepercayaan terhadap unsur alam mempengaruhi
setiap aspek kehidupan. Contohnya, dalam bidang pertanian, mereka memuja unsur alam untuk
mendapatkan hasl yang banyak. Keadaan tersebut telah membawa kepada penyembahan berhala
untuk mendapatkan perlindungan.

Agama orang Sumeria bersifat politeisme. Mereka menyembah banyak tuhan atau dewa dewi
yang mempunyai ciri-ciri bentuk manusia. Dewa dewi ini dipercayai mendatangkan kebaikan
atau keburukan. Mereka tidak menyembah raja mereka tetapi menganggap raja sebagai wakil
tuhan di dunia.Tuhan utama orang Sumeria ialah Anu (dewa/tuhan langit), Enlil (tuhan
bumi),Enki (tuhan air). Menurut kepercayaan orang Sumeria, nasib negara, rakyat dan kejadian
alam ditentukan oleh dewa-dewa. Contohnya, dewa Dumumi dan dewa Inanna menentukan
musim bungaan danmusim salji. Orang Sumeria tidak percaya kepada kehidupan selepas mati.
Menurut orang Sumeria, tuhan-tuhan mereka tidak pernah berkuasa ke atas kehidupan di akhirat.
Penyembahnya berddoa meminta rahmat kebendaan dan dipanjangkan umur. Mereka percaya
bahawa bencana alam seperti banjir dan kebuluran merupakan hukuman yang ditimpa ke atas
mereka. Mereka juga percaya bahawa jika mayat tidak dikebumikan, si mati akan bangkit
merayau-rayau di lorong-lorang untuk mencari makanan. Mereka sangat takut kepada hantu
orang mati.Sebab itulah mereka sangat mengambil berat tentang pengkebumian orang mati.
Mayat yang ditanam dibekalkan dengan makanan yang diisi dalam takar. Mayat lelaki
dibekalkan dengan kail dan senjata, mayat perempuan pula dibekalkan cermin yang dibuat dari
tembaga. Barang-barang lain yang dibekalkan ialah seperti kereta kuda, barang perhiasan dan
barang-barang lain yang dimiliki olehnya temasuk orang gaji. Mereka mengkebumikan mayat di
bawah lantai rumah supaya roh simati tidak berasa diketepikan dan dapat bersama dengan
keluarganya ketika menyembah tuhan keluarga mereka. Orang Sumeria menyembah tuhan yang
dipercayai turun ke bumi untuk melindungi negara kota mereka. Dengan itu mereka membina
ziggurat ( kuil yang berbentuk piramid yang bertingkat-tingkat setinggi 6 atau 7 tingkat).
Ziggurat ini berbentuk menara dan lebih tinggi dari bangunan-bangunan lain yang ada di dalam
kota. Kuil ini biasanya dibina di atas bukit. Oleh kerana ziggurat itu tinggi, ia boleh kelihatan
berbatu-batu jaraknya. Kuil merupakan bangunan yang paling penting di dalam sesebuah bandar.
Pejabat-pejabat perniagaan dan pentadbiran dan gudang terletak di dalam perkarangan kuil.
Tempat pemujaan merupakan tempat paling penting dalam kuil. Mereka menjalankan upacara
pemujaan tuhan bagi mengelakkan malaa petaka yang dianggap sebagai hukuman tuhan.
Ziggurat pertama telah dibina di kota Nippur untuk tuhan Enlil. Ketua sami juga merupakan
ketua bandar. Ini kerana dasar pemerintahan Sumeria berbentuk teokrasi ( agama sebagai dasar
pemerintahan). Setiap kota di Sumeria mempunyai sebuah kuil. Setiap negara kota mempunyai
dewa penaung (patron deity).Mereka percaya, tuhan yang dipuja oleh sesebuah bandar menetap
di menara kuil. Di antara upacara agama yang dijalankan ialah pemujaan dan pengorbanan.
Upacara pemujaan dijalankan di dalam ziggurat. Pengorbanan dibuat hanya apabila raja-raja
meninggal dunia. Apabila raja-raja meninggal dunia, pengiring-pengiringnya turut mengiringi
kematian itu ( mati bersama/dibunuh). Dalam tugu-tugu diraja dijumpai bersama mayat itu ialah
barang-barang hiasan seperti emas dan perak. Mayat raja/permaisuri dipakaikan pakaian yang
lengkap dan serba indah, lengkap dengan barang kemas yang bertatahkan permata.

Di Mesir, masyarakatnya mempercyai bahawa alam dikuasi oleh tuhan-tuhan yang menetukan
hidup atau mati segala benda yang wujud di muka bumi ini. Antara nama tuhan atau dewa orang
Mesir ialah Amon-Re (tuhan matahari), seth, Isis (tuhan bulan), Osiris (tuhan Sungai Nil), Thoth,
Horus, Bast, Anubis, Khnum, Nepthys, Nut (tuhan langit), Shu (tuhan udara) dan ptah. Mereka
juga menyembah tuhan tanaman dan tuhan binatang.. Tuhan yang paling penting dan dianggung-
agungkan oleh mereka ialah Amon re dan Osiri..Menurut kepercayaan mereka, seth ialah tuhan
jahat yang selalu menyebabkan tanaman rosak. Firaun Amenhotep IV atau Akhenaton 9 kira-kira
tahun 1375-1360SM) pernah cuba memperkenalkan idea satu tuhan tetapi ditentang oleh sami-
sami. Akhirnya beliau terpaksa juga membenarkan pemujaan ramai tuhan. Orang Mesir juga
percaya tentang kehidupan roh selepas mati. Oleh itu mereka mengawet mayat (mumia) untuk
menghalangnya dari menjadi reput. Mereka percaya bahawa tuhan Osiris akan memberi
kehidupan selepas seseorang itu mati. Mayat ditanam bersama-sama dengan makanan, pakaian,
perkakas rumah dan barang kemas supaya hidup bahagia di akhirat. Selain dari itu, mayat juga
dibekalkan dengan patung-patung kecil dan model-model kapal sebagai simbul kekayaan yang
akan dimilki oleh si mati itu.dalam dunia akhirat kelak. Papyrus bergulung yang tertulis di
atasnya mentera turut ditanam bersama dengan tujuan bagi mengelakkan rohnya menceritakan
kejahatan seseorang di dunia semasa tuhan-tuhan mengadilinya. Kadang-kadang ilmu sihir,
buku-buku nyanyian dan sajak juga ditanam bersama untuk menjadi hiburan kepada seseorang
itu di akhirat kelak.. Mereka percaya bahawa tiap-tiap amalan baik atau jahat akan diadili di
akhirat dengan berbagai-bagai ujian. Jantung orang mati akan ditimbang. Mereka yang lulus
ujian itu akan masuk ke syurga, manakala yang gagal akan ditelan raksaksa. Orang Mesir
menyediakan badan yang yang telah dimumiakan( awet) sebagai tempat roh bersemadi. Piramid
dibina untuk menyimpan harta Firaun yang telah mati dan mayat yang telah dimumiakan.
Piramid yang terkenal ialah piramid raja Khufu (Cheops) yang dibina oleh Giza.

Masyarakat tamadun Lembah Indus juga percaya kepada banyak tuhan (politeisme).Mereka
menyembah dewa dewi. Salah satu tuhan atau dewa yang mereka sembah ialah Tuhan Bermuka
Tiga (Mother - Goddess). Ada ahli sejarah yang berpendapat bahawa Tuhan Bermuka Tiga itu
adalah Siva. Bagi masyarakat Lembah Indus, dewi yang paling utama ialah Dewi Alam atau
Tuhan Ibu. Bilangan patung yang banyak dijumpai menunjukkan bahawa penduduk di Lembah
Indus menyembah binatang dan pokok. Kehadiran simbol swastika ( ) dan roda membuktikan
orang Indus menyembah tuhan matahari. Terdapat juga tanda-tanda bahawa mereka memuja alat
kemaluan lelaki sebagai pembawa benih atau zuriat yang dinamakan linga yang kemudian
dikaitkan dengan Dewa Hindu Siva. Sebutir batu hitam yang menyerupai Sivalingam telah
ditemui di Lembah Indus. Selepas kedatangan orang-orang Aryan pada tahun 1500 SM, mereka
membawa kepercayaan menyembah pelbagai tuhan. Antaranya ialah tuhan Indra (tuhan perwira),
Vayu, Agni ( tuhan api), Dyaus (tuhan langit) dan varuna (tuhan hujan). Orang Aryan percaya
bahawa tuhan mereka akan melindungi daripada segala kejahatan dan menghukum sesiapa yang
bersalah. Ahli-ahli arkeologi belum menemui kuil-kuil pemujaan. Ini menunjukkan upacara
pemujaan dijalankan di rumah kediaman. Mereka menjalankan upacara mengorbankan binatang
tetapi tidak termasuk lembu kerana lembu dianggap suci terutama lembu jantan. Sebab itulah
lembu jantan disembah. Pemujaan terhadap batu bata, pokok dan sungai atau boleh jadi roh juga
diamalkan. Kepercayaan animisme ini merupakan penyembahan terhadap Nages, Yaksoas yang
dianggap penjelmaan roh. Bukti-bukti menunjukkan kepercayaan ini diamalkan di Mohenjo
Daro. Masyarakat Indus juga menjalankan upacara pengkebumian dan pembakaran mayat. Orang
yang mati akan ditanam bersama-sama dengan alat-alat tembikar dan barang-barang perhiasan.
Air dianggap suci dan mandi adalah satu upacara yang penting. Di bandar besar terdapat tempat
mandi awam untuk menjalankan upacara agama.
Masyarakat tamadun awal China di Lembah Hwang Ho ( masyarakat Shang) percaya bahawa
tuhan-tuhan mereka menguasai semua kehidupan manusia. Sebab itulah mereka menyembah
banyak objek seperti bulan, matahari, bumi, sungai, angin dan juga arah iaitu timur, barat dan
selatan. Tuhan utama adalah Shang Ti yang dianggap mempunyai kuasa ke atas seluruh alam..
Objek-objek itu dianggap sebagai tuhan. Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai
kuasa yang boleh menyebabkan banjir, kemarau, wabak penyakit dan serangan belalang ke atas
tanaman. Bagi mengelakkan mala petaka, mereka menjalankan upacara pengorbanan untuk
tuhan-tuhan itu. Masyarakat Shang juga mengasaskan pemujaan nenek moyang yang telah lama
mati (ancestral worship). Kepercayaan ini merupakan kepercayaan yang tertua di negeri China.
Pemujaan ini dilakukan kerana mereka percaya nenek moyang mereka yang telah mati itu
mempunyai pengaruh ke atas kehidupan sehari-hari. Pendeta China telah menggunakan tulang
nujum (oracle bones) untuk mendapatkan nasihat atau ramalan daripada nenek moyang ataudewa
dewi tentang sesuatu tindakan yang dicadangkan.. Caranya adalah dengan menulis beberapa
soalan di atas tulang nujum itu, kemudian menghempaskannya sehingga retak atau
memanaskannya hingga retak. Ahli nujum akan membuat ramalan berdasarkan retak-retak yang
terdapat pada tulang tersebut. Masyarakat China mempercayai bahawa tuhan-tuhan tinggal di
syurga dan dapat melindungi pemuja-pemujanya dari perkara-perkara yang buruk. Penyembahan
dengan binatang yang dibunuh dilakukan untuk mencapai hajat tertentu. Bila raja meninggal
dunia, orang gaji dan orang tawanannya akan dibunuh dan dikebumikan bersama-samanya.
Barang-barang seperti kereta kuda, jed, sutera, bahan gangsa dan alat-alat muzik ditanam
bersama.

Orang Yunani mempercayai tuhan-tuhan/ dewa dewi seperti Zeus, Apollo, Athena dan lain-lain
lagi yang dipercayai menetap di Gunung Olympus. Di situlah mereka tinggal sebagai satu
keluarga di bawah seorang dewa utama iaitu Zeus ( ‘bapa dewa-dewa dan manusia’). Mengikut
kepercayaan mereka, Zeus menguasai guruh, kilat dan taufan dan membuat alam bergoncang
apabila sahaja rambutnya bergerak. Dewa Poseidon digambarkan sebagai dewa yang berambut
biru tua, menguasai laut dan dewa kepada kuda-kuda. Apollo pula berambut perang membawa
lyre dan menjadi penaung segala muzik dan desa penyembuh. Ares merupakan dewa peperangan,
bergerak pantas dan menakutkan. Athena bermata kelabu tetapi bersinar - dewi segala
pertukangan dan kemahiran.Pendekata, bagi orang-orang Achaean setiap dewa dewi itu
mempunyai gelarannya serta sifat-sifatnya yang tertentu dan menjalankan sesuatu tugas yang
dikhaskan kepada mereka. Dewa dewi ini dipercayai serupa orang lelaki dan perempuan tetapi
boleh hidup kekal abadi. Dewa dewi itu dianggap mempunyai cara berfikir dan hawa nafsu
seperti manusia tetapi mempunyai kuasa lebih dari manusia. Orang-orang Achaean percaya
bahawa dewa-dewa ini pada keseluruhannya mementingkan keadilan dan belas kesihan
sungguhpun mereka tersinggung jika diketepikan. Mereka marah hanya kepada orang-orang
yang mengeji penyembahan dan pemujaan dan mereka yang menyakitkan hati orang lemah dan
tidak berdosa dan berbangga di atas kezalimannya itu. Mereka tidak sengaja hendak menurunkan
bala ke atas manusia. Punca segala keburukan ialah terkandung dalam hati manusia sendiri.
Upacara utama dalam dalam penyembahan mereka ialah pengorbanan lembu dan kambing biri-
biri; satu upacara pembakaran yang indah dan penuh istiadat diiringi dengan bacaan doa oleh
padri, nyanyian hymn dan tarian. Korban-korban ini dibuat bukanlah merupakan pemberian
rasuah kepada dewa-dewa tetapi merupakan satu perhimpunan suci dan mesra dengan makan
minum bersama dan dapat merapatkan lagi perhubungan manusia dengan dewa-dewa. Itu
anggapan mereka. Kota-kota yang memuja tuhan-tuhan yang sama biasanya membentuk sebuah
majlis agama. Majlis ini mewujudkan pertalian di antara negara-negara kota. Mereka juga
percaya kepada orakel iaitu tempat atau perkara-perkara suci yang pada kepercayaan mereka
tuhan-tuhan akan memberitahu manusia tentang masa depan.

Seperti tamadun Yunani dan lain-lain tamadun, masyarakat Rom juga mempercayai dewa dewi
terutama dewa pertanian. Mereka juga telah menerima tuhan-tuhan jiran-jiran mereka. Mereka
percaya bahawa tuhan mereka tidak cemburu dan menganggap bukan satu penghinaan terhadap
tuhan-tuhan mereka apabila mereka menerima tuhan-tuhan baru. Mereka melakukan
pembaharuan dalam menerima tuhan-tuhan baru dari negara-negara jiran mereka kerana sebab-
sebab tertentu. Contohnya, bila berlaku wabak hawar di negeri mereka, mereka pun mula
menyembah tuhan penyembuh Greek. Meeka juga menyamakan tuhan-tuhan mereka dengan
tuhan-tuhan orang Greek yang menjalankan tugas yang sama. Contohnya, dewi cinta Greek yang
bernama Aphrodite disamakan dengan Venus orang Rom dan cara baru untuk menyembahnya
diperkenalkan. Orang Rom menganggap tuhan adalah makhluk ghaib yang mereka takuti.
Mereka tidak memikirkan mengenainya. Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang agama.

Terdapat berbagai kepercayaan di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan
kepada telahan nujum, animesme (penunggu), mengaitkan arah burung terbang dengan nasib
perjalanan, pemakain cincin dan sebagainya.

Sebelum pengaruh Hindu berkembang di Alam Melayu, orang-orang Melayu berpegang kepada
faham animesme. Malah apabila ajarah Hindu, Buddha dan Islam meresap ke dalam kehidupan
orang-orang Melayu, kepercayaan animesme masih lagi diamalkan.

4.2: Agama:Agama yang paling terkenal di India ialah agama Hindu. Hinduisme dianggap
sebagai agama yang tertua di dunia. Ia berusia lebih dari 3000 tahun yang muncul pada Zaman
Veda (2000SM hingga 1000SM) di India.Ia muncul hasil dari percampuran orang di Lembah
Indus dengan orang-orang Aryan. Orang-orang Aryan dari Asia Tengah telah membawa bersama-
sama kebudayaan dan kepercayaan mereka apabila mereka pergi ke India. Asimilasi antara
orang-orang Aryan dan orang-orang di Lembah Indus itu telah mencetuskan agama Hindu ini.
Agama ini tidak mempunyai pengasas dan kitab suci tetapi setengah-setengah penganut agama
ini menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci mereka. Walau bagaimanapun buku yang tertua
tentang agama Hindu ialah Veda ( yang bermaksud Buku Pengetahuan) yang ditulis sekitar
tahun 1500 SM oleh orang-orang Aryan dalam bahasa sanskrit. Ia terdiri dari 4 kitab
iaituSamhita/Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Bandar suci penganut agama
ini ialah Benares/ Varanasi, manakala sungai yang dianggap suci ialah Sungai Ganges.
Hinduisme merupakan satu sistem kepercayaan dan upacara. Ia lebih berbentuk satu cara
kehidupan dari agama. Penganut agama ini memuja 3 dewa iaitu Brahma ( Dewa Pencicpta),
Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Bentuk Hinduisme yang terawal ialah
Brahmanisme yang diwujudkan oleh golongan Brahmin/sami. Hinduisme juga memberi
peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu sebagai petunjuk kepada tingkah laku penganut-
penganutnya. Matlamat utama penganutnya ialah untuk mencapai Nirvana atau Moksha yang
membolehkan mereka bersatu dengan tuhan/Dewa Brahma. Ia boleh dicapai melalui kehidupan
yang sederhana. Sebab itulah mereka percaya kepada kelahiran semula. Sistem kasta atau varna
adalah unsur yang dipentingkan dalam agama ini. Ia dibawa oleh orang Aryan. Melalui sistem ini
manusia dibahagikan kepada kelas perwira atau aristokrasi ksyatriya), kelas sami (brahmin) dan
kelas rakyat biasa (sudra). Kemudian kelas itu menjadi 4 pula iaitu ksyatriy, brahmin, Vaisya
(pedagang) dan sudra. Kelas pariah adalah kelas yang terkeluar dari 4 kelas tersebut dan amat
dipandang hina. Agama yang kedua yang dianut di India ialah agama Buddha yang lahir pada
kurun ke-6 SM. Ia lahir di India. Pengasasnya ialah Siddhartha Gautama. Ia sebenarnya
dilahirkan dalam kelas ksyatriya dan dibesarkan sebagai seorang Hindu tetapi apabila beliau
melihat kematian, penyakit dan kehidupan seorang pendita,timbul satu kesedaran dalam diri
beliau iaitu kebahagiaan boleh dicapai hanya melalui pertapaan dan agama. Beliau dikatakan
memperoleh kebenaran setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok bodi di Beneres.Selepas
itu beliau diberi gelaran Buddha ( yang bererti Pemberi Cahaya). Hari Wesak merupakan upacara
penting agama ini. Beliau menyebarkan agama ini selama 45 tahun sebelum meninggal dunia.

Buddha telah memperkenalkan sangha (masyarakat biara). Sami-sama dalam sangha hidup
dengan derma penganut-penganutnya. Ajaran ini tidak mementingkan kasta dalam kehidupan.
Pengikut-pengikut Gautama telah meletakkan Gautama sebagai tuhan walaupun Gautama tidak
pernah menganggap dirinya seperti itu. Pengikut-pengikutnya telah menyebarkan ajarannya
selepas kematiannya. Ajarannya telah banyak diubahsuai hingga timbul beberapa aliran seperti
Hinayana (lebih asli dan dipraktikkan oleh penganut di India) dan Mahayana (aliran yang
disebarkan ke seberang laut).Menurut Buddha, seseorang itu perlu memahami 4 Kebenaran
Mulia untuk memahami kehidupan iaitu:

1. Kehidupan adalah berkenaan dengan kesengsaraan dan kesakitan.


2. Kesakitan dan kesengsaraan adalah akibat daripada perasaan iri hati.
3. Kesakitan dan kesengsaraan akan hilang jika manusia menghapuskan hawa nafsu
mereka.
4. menerangkan cara-cara untuk menghapuskan hawa nafsu iaitu dengan mengikuti
8 Bahagian dalam Jalan-Jalan Kesucian iaitu:

i.. Kepercayaan yang benar

ii. Usaha yang benar

iii. Ingatan yang benar

iv. Perbuatan yang benar

v. Ketekunan yang benar

vi. Fikiran yang benar

vii. Kehidupan yang benar

viii. Pertuturan yang benar

Agama ini juga percaya kepada kelahiran semula dan nirvana (peringkat yang paling bahagia)
menjadi matlamat penganut-penganutnya. Buddha juga mengajar tentang ahimsa ( tidak boleh
memusnahkan/merosakkan segala benda hidup. Asoka dari Empayar Maurya adalah raja India
yang paling bertanggungjawab menyebarkan agama ini ke luar India iaitu ke Sri Lanka dan dari
Sri Lanka disebarkan ke Asia Tenggara, Tibet, Jepun dan China.

Agama Buddha merupakan satu daripada agama yang dianut oleh masyarakat China yang telah
dibawa masuk ke China dari Sri Lanka Faham kedua yang tersebar luas di negara China ialah
Confuciusnisme. Ia berdasarkan ajaran Confucius/Kung Fu Tze (551-479SM) yang hidup pada
zaman Dinasti Chou. Ajaran Confucius terdapat dalam buku klasik berjodol Analekta yang
ditulis oleh pengikut-pengikutnya. Ajaran Confucius memberi penekanan tentang harga diri dan
perasaan kemanusiaan (ada 5 kebaikan di dunia iaitu amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi
bahasa dan bermurah hati). Rukun kemasyarakatan yang diajar Confucius ni kemudian telah
menjadi falsafah rasmi negara China. Confucius juga menekankan 5 jenis hubungan yang baik
iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat, Ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, abang
dengan adik dan kawan dengan kawan. Di negara China juga tersebar faham Taoisme. Ajaran ini
diasaskan oleh Lao Tzu dan Chuang Tzu yang hidup dalam Dinasti Chou. Ia dapat diperolehi
dalam buku Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Tao bermaksud ‘cara’ atau ‘jalan’ untuk seseorang
individu mencari kedamaian dan keharmonian dalam dunia. Ajaran ini menyarankan manusia
supaya tidak mementingkan dunia. Taoisme mementingkan kesederhanaan, perdampingan
dengan alam semula jadi dan amalan meditasi. Bagi ajaran ini, raja dan kerajaan tidak penting
kerana manusia boleh menjalani kehidupan mengikut undang-undang alam. Ajaran ini tidak
mendapat sambutan dari kalangan terpelajar. Ia berpengaruh di kalangan rakyat di luar bandar.
Sumbangan penting ajaran ini ialah sami-saminya telah membuat banyak perjumpaan dalam
bidang perubatan tradisional, mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli. Selain
dari ajaran-ajaran tadi, tersebar juga faham Mohisme oleh Mo Ti atau Mo Tzu yang hidup
sezaman dengan Confucius. Doktrin utama falsafahnya ialah kasih yang sempurna untuk setiap
manusia. Satu lagi faham yang tersebar ialah Legalisme yang muncul serentak dengan Mohisme.
Ia dipengaruhi oleh idea dan falsafah Hsun Tzu. Faham ini lebih mementingkan masyarakat dari
individu. Falsafah ini menganggap semua individu adalah jahat. Faham ini amat berpengaruh
pada zaman Dinasti Chin terutama pada masa pemerintahan Shih Huang Ti.

Agama Kristian telah tersebar di Yunani oleh pengikut Nabi Isa bernama Paul. Perkataan
Kristian berasal dari perkataan Greek, ‘Christos’ yang bermaksud ‘penyelamat’. Pengikut agama
ini mengangap Nabi Isa sebagai penyelamat untuk membela orang Kristian. Ajaran ini
sebenarnya diasaskan di Asia Barat (Baitul Laham, Palestin). Nabi Isa telah diutus oleh Allah
untuk menyebarkan ajaran kepercayaan kepada Tuhan yang satu melalui kitab Injil.Ajaran ini
telah berkembang sejak lebih 2000 tahun yang lalu. 

Rom juga menerima ajaran Kristian melalui pengikut Nabi Isa yang bernama Paul. Orang Rom
mudah menerima agama ini kerana ia mudah difahami berbanding dengan kepercayaan yang
mereka anuti selama ini iaitu banyak tuhan yang amat mengelirukan.Zaman Pax Romana telah
membenarkan agama ini disebarkan. Keadaan yang aman membolehkan mubaligh-mubalighnya
menyebarkan agama ini ke tempat-tempat lain. Jalan-jalan yang dibina oleh Empayar Rom
membolehkan agama ini berkembang ke tanah-tanah jajahannya..Terdapat juga Maharaja Rom
yang menindas penganut agama ini. Peter yang menjadi pengikut Nabi Isa telah dibunuh oleh
Maharaja Rom tahun 65M. Walau bagaimanapun ketakwaan dan ketabahan mereka
menggagalkan usaha maharaja tersebut untuk menyekat penyebaran agama ini. Persidangan
Bishop yang dijalankan mulai kurun ke-3 membolehkan penyebaran agama ini terus berjalan
lancar. Pada tahun 800M Charlemagne telah dilantik menjadi Maharaja Holy Roman Empire.
Beliau telah menggalakkan pertumbuhan gereja-gereja dan biara-biara. Beliau juga meluluskan
undang-undang mengizinkan gereja mengutip zakat.

Mesir menerima agama Kristian melalui pengikut Nabi Isa yang bernama Peter. Apabila Islam
berkembang di Madinah, Islam juga tersebar ke Mesir iaitu pada zaman Khalifah Umar al-
Khattab.

Zaman sebelum Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul bagi menyebarkan agama Islam di bumi
Arab, terdapat berbagai agama. Agama di situ terbahagi kepada dua iaitu agama Ilahi/Wahyu
(agama Hanif, Nasrani dan Yahudi) dan agama ciptaan manusia ( menyembah berhala,
menyembah cakrawala, menyembah padang pasir, menyembah api/majusi. Apabila Islam
disebarkan di Mekah pada tahun 610M agama Islam mula mengambil tempat agama-agama yang
sedia ada di situ dan selepas kira-kira 23 tahun Islam disebarkan ( selepas pembukaan Kota
Mekah) seluruh bumi Arab menerima agama Islam. Agama-agama Yahudi dan Nasrani mula
lenyap dari bumi Arab.

Agama yang mula-mula sekali meresap masuk ke alam Melayu ialah agama Hindu ( sebelum
abad pertama Masihi lagi), diikuti oleh agama Buddha. Setelah lebih dari 7 abad, Alam Melayu
mula menerima ajaran Islam yang disebarkan oleh pedagang-pedagang dan pendakwah-
pendakwah Islam dari Arab dan Gujerat. Apabila kuasa-kuasa Barat seperti Portugis ( abad ke-
16M), Belanda dan Inggeris menjajah negeri-negeri di Alam Melayu, agama Kristian pula mula
disebarkan.

Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran

Tajuk 2.1 : Pembentukan Negara Kota

Kawasan Kajian : Yunani, Rom, Arab dan Melayu

Kandungan kajian : Ciri-ciri Negara Kota Dan Proses dan perkembangannya.

Maksud Negara Kota ialah bandar yang juga merupakan negeri yang berdaulat dan merdeka. Selain
daripada Yunani, Rom, Arab dan Kepulauan Melayu ( kawasan kajian kita), Negara Kota juga terdapat di
negara-negara lain seperti di Memphis (Mesir), Ur, Urech, Kish, Babyon (Mesopotamia), Mohenjo Daro
dan Harappa (India) dan Anyang ( China).

Tamadun Yunani:Dalam tamadun Yunani, Negara Kotanya dikenali sebagai Polis (dari bahasa Greek)
yang merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi ibu kota bagi Yunani. Ia merupakan sebuah pusat
yang sangat dihormati. Ia menjadi pusat komuniti Acropolis pula merupakan kota berkubu di bahagian
tengah. Sebenarnya yang dimaksudkan bahagian tengah itu ialah bahagian hulu sesebuah bandar dan yang
termasyhur sekali ialah bandar Athens.Sebelum sesebuah negara kota itu muncul, asalnya bermula
daripada kampung-kampung yang bersebaran. Lama kelamaan penduduk setiap lembah atau dataran
bergabung menjadi satu komuniti politik dan bersam-sama menyembah dewa-dewa, berjual beli, menjaga
pertahanan dan menjalankan pemerintahan. Pusat komuniti itu biasanya terletak di satu kawasan berbatu
yang tinggi di tengah-tengah dataran dan dari situ dapat dilihat seluruh kawasan sekitar. Kebanyakan
lembah-lembah Greek berbentuk piring terbalik. Pusat komuniti inilah kota berkubu dan ibu kota (polis).
Luas tiap-tiap kota ialah antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang.
Negara-negara kota di Yunani ini kecil-kecil dan berbeza dari jirannya yang terdapat di sebalik banjaran
gunung. Warganegara sesebuah negara kota tinggal begitu dekat dengan pusat pemerintahan dan sebab
itulah mereka terlibat dalam pemerintahan. Dalam usaha/percubaan memerintah sendiri, mereka telah
memecat raja-raja dan pembesar-pembesarnya satu demi satu. Orang Greek amat menyayangi negara kota
mereka. Dalam peperangan yang sering berlaku antara negara-negara kota, warganegaranya rela mati
berjuang bagi mempertahankan kota mereka itu. Malah sepanjang hidup mereka dari mula lahir hingga ke
akhir hayat, jiwa raga mereka tercurah kepada negara kota mereka. Antara negara kota yang terdapat
dalam tamadun Yunani ini ialah Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan
salah sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga pertengahan abad ke-8
SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja). Kira-
kira pada tahun 750SM raja Athens telah digulingkan kerana rakyat inginkan suara yang lebih dalam
pentadbiran dan juga kerana penindasan yang telah dilakukan oleh raja. Pemerintahan telah diambilalih
oleh sekumpulan bangsawan yang digelar eupatrid. Mereka telah melakukan aktiviti perlanunan dan
merampas tanah untuk menambahkan kekayaan mereka. Golongan ini telah mengambilalih kuasa politik
dengan menguasai Majlis dan tentera. Mereka memerintah Athens menerusi Majlis Bangsawan (Council
of Nobles). Zaman ini dikenali sebagai Zaman Kebangsawanan/Aristokrasi. Pegawai awam utama ialah
Ketua Majistret yang dipilih setiap tahun dari golongan bangsawan. Petani tertindas dalam pemerintahan
ini dan menjadi hamba abdi bila hutang tidak terbayar. Pada tahun 594SM golongan bangsawan telah
memilih Solon sebagai ketua majistret dan memberikannya kuasa mutlak untuk membuat perubahan.
Perlantikan itu dibuat kerana rasa bimbang jika seseorang ketua yang berkebolehan tidak dilantik, mereka
mungkin akan digulingkan oleh seseorang yang zalim. Solon telah menubuhkan Majlis Empat Ratus
(Council of Four Hundred) yang terdiri daripada golongan bangsawan dan pemilik harta yang kaya.Majlis
ini kemudian bertukar menjadi Majlis Lima Ratus. Beliau telah menubuhkan semula Perhimpunan
Agung ( berfungsi sebagai badan perundangan). Solon juga menubuhkan sebuah Mahkamah Agung
yang mempunyai kuasa untuk menimbangkan rayuan terhadap keputusan majistret. Tahap kegemilangan
sistem demokrasi di Athens dicapai di bawah pimpinan Pericles (495-429SM). Pericles telah menubuhkan
sebuah Lembaga yang bertindak sebagai badan eksekutif tertinggi. Ahlinya terdiri daripada 10 orang
jeneral yang dilantik oleh Perhimpunan Agung untuk satu tahun. Pericles juga membuat perubahan
terhadap kuasa membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman iaitu tidak lagi oleh majistret tetapi oleh
sekumpulan juri. Sparta adalah negara kota yang terkuat di Yunani. Kerajaan ini berbentuk militeri.
Rakyatnya terdiri daripada kaum Dorian yang berhijrah dari utara. Tenteranya terdiri daripada tentera
darat dan laut. Kanak-kanak Sparta akan menjalani latihan ketenteraan bila berusia 7 tahun dan memasuki
tentera bila berumur 20 tahun dan terpaksa tinggal di berek tentera sehingga berumur 30 tahun. Melalui
sistem ini, kanak-kanak yang lemah dibunuh sebaik sahaja dilahirkan. Kerajaan Sparta diketuai oleh 2
raja ( dari keluarga Agiadac dan Eurypontidac) dan 5 orang Ephor. Ephor dilantik oleh Majlis
Perhimpunan. Rakyat dari kelas homoioi yang berketurunan Dorian merupakan golongan pemimpin di
Sparta

Tamadun Rom:Rom telah didatangi orang-orang Etruscan yang agresif ( di utara Itali). Di sebelah
pinggir laut yang subur tinggal penduduk yang agak primitif. Pada abad ke-8 datang pula orang Greek
yang lebih mencintai kedamaian ( mengusahakan tanah). Di sebelah selatan kawasan orang Etruscan iaitu
di dataran Sungai Tiber tinggal orang Latin ( satu dari puak Itali). Mereka membentuk komuniti yang
berasingan. Walau bagaimanapun, mereka telah bersatu ketika mempertahankan diri dari serangan orang
Etruscan. Penyatuan inilah yang menjadi asas pembentukan bandar Rom kira-kira padatahun 753SM.
Bertahun-tahun lepas itu Rom berkembang menjadi ibu kota dunia Barat. Rom terletak di tengah-tengah
jalan selatan ke utara dan ditebing Sungai Tiber.Kuala sungai itu menjadi pelabuhan yang terbaik di
pantai barat. Dengan itu, ia menjadi kunci masuk ke Itali. Rom adalah gabungan kampung-kampung yang
terletak di atas bukit-bukit kecil . Dari atas bukit-bukit itu mereka boleh nampak angkatan Etruscan yang
bengis, lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja akan menyerang mereka. Penduduk Rom
ini pada hakikatnya adalah bersifat tentera dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka
yang suka berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam usaha-usaha
ketenteraan. Pada mulanya Rom diperintah oleh seorang raja yang juga menjadi padri besar, jeneral dan
penggubal undang-undang. Baginda menentukan peraturan-peraturan dalam perhubungan mereka dengan
dewa-dewa, orang asing dan antara satu sama lain. Penduduk di bawah pemerintahannya tidak dianggap
setarafdengan baginda. Antara penduduknya terdapat golongan bangsawan (Patrician) dan yang lain-lain
dipanggil Plebeian.. Golongan Plebeian ini bekerja untuk mereka dan berharap akan mendapat
perlindungan daripada mereka. Golongan Patrician inilah yang menjadi ahli Senat ( badan penasihat yang
mengandungi orang lelaki yang tua dan berpengalaman). Senate ini berhak ke atas pelantikan raja baru.
Apa yang jelas tentang Rom ini ialah Rom hampir sepanjang masanya berperang dan rajanya
membuktikan diri mereka sebagai pemimpin yang sesuai. Orang Rom telah menunjukkan bahawa mereka
merupakan pahlawan-pahlawan yang hebat walaupuntidak pernah mampu menentang orang
Etruscan.Pada awal abad ke-6 Rom jatuh ke tangan raja-raja bangsa Etruscan yang terkenal dengan
pemerintahan yang zalim itu. Orang-orang Rom menggelar mereka sebagai Tarquin Sombong. Walau
bagaimanapun mereka telah berjasa dalam membuat tembok melingkungi semua komuniti dan dianggap
sebagai pengasas bandar itu. Mereka mengadakan sistem saliran dan mencantikkan bandar itu dengan
membina rumah-rumah berhala. Mereka menyusun semula angkatan tentera, membesarkannya dan
membahagikan warganegara mengikut kekayaan mereka. Mereka hanya sempat memerintah Rom tidak
sampai 100 tahun kerana orang-orang Rom telah bangkit menentang dan menghalau mereka.Tragedi ini
dianggap sebagai satu revolusi Pengusiran Raja-Raja. Pemerintahan Etruscan yang zalim itu telah
menghantui perasaan orang-orang Rom untuk tidak menerima pemerintahan beraja. Selepas itu orang
Rom telah menubuhkan pemerintahan berbentuk republik.

Tamadun Arab:Di Semenanjung Tanah Arab, negara kotanya didirikan oleh penduduk bandar atau
dikenali sebagai Hadhari. Negara kotanya terdapat dalam kerajaan-kerajaan Selatan, Tengah dan Utara. Di
kawasan selatan terdapat kerajaan Yaman, di kawasan tengah ialah kerajaan Hijaz/Makkah manakala di
sebelah utara terdapat kerajaan-kerajaan Anbat/Nabatean, Tadmor/Palmyra, Hirah dan Ghassan. Berbeza
dari negeri-negeri bahagian utara dan tengah, Yaman menyaksikan suatu tingkat kemajuan yang terawal
sekali dalam sejarah tamadun Arab purba. Hal ini berkait rapat dengan kedudukan alamnya yang sesuai
sebagai tempat pertemuan bagi para pedagang. Di sini air hujan sentiasa turun di samping kesuburan
tanahnya sendiri. Saba’ (955SM - 115SM) adalah kerajaan yang paling terkenal di Yaman. Kerajaan ini
mengamalkan sistem pemerintahan beraja demokrasi. Kemasyhuran kerajaan Saba’ adalah kerana ratunya
yang bernama Balqis dan rakyatnya yang (walaupun kuat dan berani namun) mementingkan perdamaian.
Kerajaan ini runtuh kerana kecuaian rakyatnya sendiri terutama pemimpinnya, sehingga akhirnya
berlakulah banjir yang besar yang menghancurkan Empangan Maarib (nadi pertaniannya). Rakyatnya
telah menyelamatkan diri ke bahagian tengah dan utara tanah Arab. Kerajaan ini diganti oleh kerajaan
Himyar yang dapat mengembalikan kegemilangannya. Kerajaan ini lebih menekankan perluasan jajahan
takluk. Kerajaan ini kemudian jatuh ke tangan Rom dan Parsi yang sekian lama memerhati kemakmuran
Yaman. Kedua-kedua kuasa besar itu sentiasa bersaing bagi meluaskan pengaruh dan menyebar agama
masing-masing. Keruntuhan kerajaan Yaman telah memuncukan sebuah kerajaan di kawasan tengah iaitu
Hijaz atau Makkah. Kedudukan geografinya di tengah-tengah tanah Arab menjadi kawasan pertemuan di
kalangan saudagar-saudagar dari utara dan selatan. Apatah lagi setelah kaabah dibina, bandar Makkah
telah menjadi pusat pertemuan berbilang bangsa dari seluruh pelusok dunia bagi mengerjakan ibadah.
Suatu yang amat unik bagi kota Makkah ini ialah ia tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah
walaupun ada yang pernah mencuba. Sistem pentadbirannya dijalankan oleh kabilah. Yang terkenal ialah
kabilah Quraisy di bawah Qusai bin Kilab. Qusai telah mengatur sistem pentadbiran yang sistematik dan
berjaya menyatukankabilah-kabilah Arab. Di sebelah utara Arab, muncullah beberapa buah kerajaan
seperti kerajaan Anbat/Nabatean, Tadmor/Palmyra, Hirah dan Ghassan. Kerajaan-kerajaan utara ini
merupakan kerajaan penampan bagi kuasa Rom dan Parsi.

Tamadun Melayu:Di kawasan Alam Melayu telah memunculkan beberapa buah negara kota seperti
Langkasuka, Chieh-Cha ( Kedah), Kalah ( dipercayai terletak di utara Kedah) dan lain-lain lagi.
Langkasuka terletak di Patani, Thailand. Langkasuka dikatakan muncul sebagai negeri bebas pada awal
abad ke-2M ( tahun 100 M). Langkasuka menjalankan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia
Barat, India, China dan kerajaan-kerajaan di Gugusan Kepulauan Melayu. Kerajaan ini dipengaruhi oleh
pengaruh Hindu Bagaimanapun, pada abad berikutnya,ia dilanggar oleh Funan. Sejak itu Langkasuka
tidak putus-putus dijajah oleh kuasa luar dan maju mundurnya ditentukan oleh faktor ini. Meskipun
kedudukannya yang terletak di jalan perdagangan antarabangsa antara India dan China dan juga kekayaan
hail buminya itu merupakan faktor dalaman yang membawa kemajuannya, namun faktor luarlah
sebenarnya yang lebih dominan dalam menentukan semuanya itu. Bagaimanapun pada abad ke-5M,
Langkasuka dapat memulihkan kemerdekaannya dan apabila Funan mengalami kemunduran pada abad
ke-6M, Langkasuka mencapai zaman keagungannya. Pada ketika inilah dikatakan wilayah taklukannya
meliputi Songkla, Kelantan dan Terengganu. Namun dengan kebangkitan Srivijaya pada abad ke-7M,
Langkasuka tertakluk di bawahnya pula. Kemudian menjadi jajahan Majapahit dan apabila Melaka
ditawan Portugis (1511) kerajaan Langkasuka turut lenyap dalam sejarah kerana diserang oleh Raja
Chola, Rajendra 1 dari India Selatan.. Kerajaan Kedah ( Kedah Tua) wujud dari kurun ke-5M hingga
kurun ke-14M di Lembah Bujang. Kerajaan ini muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan
entrepot yang penting pada kurun ke-5M. Pelabuhannya disinggahi kapal dagang dari India, China dan
Asia Barat. Pusat pentadbirannya terletak di Kampung Sungai Emas (kurun ke-5 hingga 10M) dan
Pangkalan Bujang (kurun ke-10 hingga 14M). Penduduknya dipengaruhi agama Hindu dan Buddha.
Menjelang tahun 695M kerajaan ini menjadi tanah jajahan kerajaan Srivijaya. Kerajaan ini mula merosot
pada abad ke-11 kerana diserang oleh Raja Chola, Rajendra 1 pada tahun 1025M.

Tamadun Mekah : Negara Kota Arab (Kerajaan Arab Tengah/Hijaz):Mekah terletak di satu lembah
yang tandus, dikelilingi oleh banjaran gunung dan bukit-bukit batu. Ia merupakan ibu kota bagi daerah
Hijaz (Arab Tengah). Kedudukannya ialah di tengah-tengah persimpangan jalan antara kota-kota di Syam
dan Hirah (di utara Arab), Yaman (di selatan Arab) dankota-kota di pinggir pantai Laut Merah.
Kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan antara Utara dan Selatan itu menjadikannya sebagai
tempat persinggahan bagi saudargar-saudagar dari utara ke selatan dan dari selatan ke utara. Dengan itu
Mekah menjadi pusat perdagangan yang penting. Pasar banyak didirikan dan yang terkenal ialah Pasar
Zul Majaz, al-Majinnah dan Ukaz. Sejarahnya bermula apabila Nabi Ibrahim membawa isterinya (Siti
Hajar) dan anaknya (Ismail) ke Mekah. Mekah ketika itu tidak ramai didiami orang. Puak yang mula-
mula tinggal di situ ialah puak Amaliqah, kemudian datang pula puak Jurhum dan menjadi penguasa
Mekah. Apabila air zamzam dijumpai oleh Nabi Ismail, Mekah mula didatangi orang. Apabila Nabi
Ibrahim bersama anaknya Ismail mendirikan kaabah, Mekah telah menjadi pusat ibadat dan mengerjakan
Haji. Mekah bertambah maju di bawah suku Jurhum. Kemudian kekuasaan .Mekah berpindah kepada
suku Khuzaah dari Yaman. Perubahan berlaku, ajaran Nabi Ibrahim telah dicampuradukkan dengan
penyembahan berhala (tahun 207SM). Tahun 440M kabilah Quraisy di bawah pimpinan Qusai bin Kilab
bin Murrah dari Bani Quda’ah (moyang Nabi Muhammad) mengambilalih kekuasaan Mekah dari puak
Khuzaah. Di bawah pentadbiran Qusai, Mekah menjadi maju dan terkenal dan menjadi tumpuan seluruh
tanah arab.Negara kota Mekah berfungsi sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat, pusat kebudayaan, dan
pusat pentadbiran. Sebagai pusat perdagangan, kota ini sentiasa sibuk terutama pada musim haji bila
seluruh penduduk tanah Arab berkumpul di sana. Sebagai pusat ibadat, Mekah dikunjungi kerana
mengerjakan ibadat, mengerjakan haji dan dan menjadi pusat penyembahan berhala. Sebagai tempat
pertemuan berbagai kaum, ia turut memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan. Setiap tahun Mekah
menganjurkan pesta/pertandingan seni pidato, syari, falsafah, kata-kata hikmat, bercerita). Karya yang
menang dutuliskan dengan warna emas dan digantung dikaabah untuk tatapan umum. Pentadbiran yang
baik juga menjadi tarikan orang mengunjungi Mekah. Berbagai jabatan diwujudkan bagi melicinkan
pentadbiran terutama pada musim haji. Apatah lagi Mekah telah diiktirafsebagai ‘kota aman’ kerana
terdapat beberapa bulan yang dipanggil ‘bulan haram’ (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan rejab –
diharamkan berperang, membunuh dan sebagainya). Mekah juga mempunyai pasukan tentera yang cukup
baik, terdiri daripada askar dan hamba-hamba Negro. Sejarah telah membuktikan bahawa Mekah
merupakan kawasan yang bebas dari sebarang penjajahan ( berbanding dengan jiran-jirannya iaitu Arab
Selatan dan Arab Utarayang dijajah oleh Rom dan Parsi). Pernah ada cubaan dari kuasa asing untuk
menjajah Mekah (seperti cubaan yang dibuat oleh Abrahah , di bawah kuasa Rom) tapi Allah telah
melindungi kota ini kerana kota ini telah ditakdirkan menjadi kota Ibadat orang-orang Islam dan terbukti
sampai ke hari ini!

Tajuk 2.2: Pembentukan Empayar

Kawasan Kajian : Mesopotamia, Yunani, Rom, India, China dan Melayu

Kandungan kajian: i. Ciri-ciri empayar ( bagaimana muncul, motif, lokasi, pemimpin yg


Masyhur, keruntuhan)

ii..Proses dan perkembangannya.

Apakah maksud empayar?:Empayar dapat ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan( pemerintah)


yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai daerah yang luas atau beberapa buah daerah dengan
diketuai oleh seorang maharaja.

Tamadun Mesopotamia:Pertumbuhan dan perkembangan tamadun telah membawa kepada


konflik untuk merebut kuasa dan kekayaan di kawasan Mesopotamia. Konflik tercetus di antara
Ur dan Urech untuk menguasai hilir Sungai Euphrates. Konflik yang kerap berlaku
menyebabkan pertukaran pemerintah dan telah memjadi kebiasaan, golongan yang kuat akan
mengambil alih pemerintah yang tewas. Pada kira-kira tahun 2750SM, seorang ketua puak
Semitik yang bernama Sargon yang menjadi pemerintah daerah Akkad ( Akkad terletak di utara
dataran Shinar) telah cuba memperluaskan empayarnya dengan menyerang orang-orang Sumeria
di kawasan Mesopotamia. Beliau telah berjaya mengalahkan orang-orang Sumeria melalui
beberapa peperangan dan menjadi raja di kawasan orang Sumeria itu. Pada mulanya orang
Sumeria enggan menerima Sargon sebagai pemerintah baru mereka tapi demi keselamatan
perdagangan, akhirnya orang Sumeria sanggup menerimanya. Dapatlah dikatakan di sini bahawa
Empayar Mesopotamia yang pertama telah didirikan oleh seorang Arab berbangsa Semite dari
Akkad yang bernama Sargon Agung. Sargon menyerang Mesopotamia kerana tertarik dengan
kekayaan Sumer. Sargon terus meluaskan kuasanya yang akhirnya beliau menjadi pemerintah
sebuah empayar yang terbentang luas dari Elam( di sebelah timur) hingga ke Laut Mediterranean
dan ke utara hingga meliputi Sungai Tigris dan Euphrates. Kedua-dua puak iaitu Sumeria dan
Semitik hidup bersama di bawah pemerintah Sargon. Lama kelamaan orang Semetik lebih
berpengaruh dari orang Sumeria dalam bidang politik kerana orang Semetik cepat mempelajari
cara pemerintahan orang Sumeria. Pada kira-kira tahun 2200SM sekumpulan orang nomad iaitu
Amorites telah membuat petempatan di sekitar kampung Babylon. Kaum Amorites ( dari suku
Semite) dan puak-puak bukit dari kawasan pergunungan Zagros telah menyerang Mesopotamia.
Babylon telah ditawan. Ketika itu air bawah tanah di Sumer menjadi masin yang menyababkan
tanaman dan penduduk menjadi berkurangan. Kaum Semite mengambil kesempatan bagi
mengukuhkan kedudukan mereka di Mesopotamia. Di bawah pemerintah yang bernama
Hammurabi, Babylon telah muncul sebagai sebuah negara kota yang sangat cantik. Hammurabi
terkenal dengan kanun undang-undangnya (yang menekankan perikemanusiaan dan hak
indiividu). Hammurabi merupakan seorang pemerintah yang agung. Semasa pemerintahannya,
negara menjadi lebih aman (kurang peperangan). Oleh kerana Hammurabi berasal dari keturunan
nomad, beliau sangat mengambil berat terhadap penternakan kambing biri-biri dan penanaman
jagung. Unta dan lembu digunakan oleh rakyatnya sebagai alat pengangukutan darat bagi
membawa barang-barang dagangan.Kapal digunakan sebagai alat pengangkutan laut. Beliau
membina sebuah terusan yang luas, menyusun semula sistem pengairan dan membaikinya
Berbagai jenis sayuran ditanam pada zamannya. Selepas Hammurabi meninggal dunia,
Mesopotamia telah diserang oleh Kerajaan Assyria. Di bawah raja Chaldea iaitu
Nebuchadnezzar, negara kota Babylon telah dibina semula hingga menjadi negara kota yang
amat kuat. Selepas kematian Nebuchadnezzar, Babylon telah jatuh ke tangan orang Parsi dan
kemudian Parsi menjadi kuasa yang kuat di Timur Tengah.. Akibat dari penjajahan yang silih
berganti oleh berbagai puak itu, Mesopotamia dimasuki berbagai kebudayaan yang
menjadikannya bertambah agung. Perkembangan yang berlaku dalam empayar Mesopotamia itu
menampakkan bahawa Mesopotamia sering diserang oleh kumpulan-lumpulan dan puak-puak
baru. Apabila tamadun Mesopotamia terbentuk, Mesopotamia telah diserang. Tamadun itu
runtuh.. Puak yang menyerang dan berjaya menawan Mesopotamia itu telah membina semula
tamadun Mesopotamia yang baru. Bila tamadun itu terbina semula, ia diserang lagi. Begitulah
proses perkembangan empayar Mesopotamia.Walau bagaimanapun, empayar-empayar kemudian
yang terkenal ialah:

 Empayar Babylonia 1 ( Raja Hammurabi: 1792 SM – 1750 SM)


 Empayar Assyria (746 SM – 630 SM). Ketika ini ibu kota Mesopotamia terletak di
Nineveh. Empayar Mesopotamia diperluaskan sehingga meliputi hampir semua kawasan
Timur Dekat/ Asia Barat ( Syria, Phoenicia, Israel, Mesir).
 Babylonia II/ Empayar Chaldea Raja Nabopulasser: 626 SM – 606 SM yang diganti oleh
anak Nebuchadrezzar II : 605 SM – 562 SM.) Pada masa inilah Mesopotamia diserang
oleh Parsi. Dengan itu berakhirlah empayar Mesopotamia.

Tamadun Yunani:Raja Greek mula menghantar rakyatnya ke negara lain di seberang laut
sebagai peneroka kerana bilangan penduduknya yang kian bertambah sedangkan Greek
kekurangan tanah yang subur dan kebimbangan pemerintahnya terhadap penentangan rakyat
terhadap golongan pemerintah (golongan minoriti yang terdiri daripada orang kaya). Pembukaan
tanah-tanah jajahan Greek itu adalah bermatlamatkan perdagangan. Walau bagaimanapun Greek
tidak pernah menubuhkan satu kuasa yang agung, yang kuat dan berpadu di Mediterranean
kerana negara-negara kotanya di tanah besar Greek sendiri sentiasa bersaing antara satu sama
lain.. Tetapi menerusi beratus-ratus buah tanah jajahan itu Greek telah meresapkan pengaruhnya
di kalangan bangsa-bangsa lain dan dipusaki turun temurun. Dalam pada kota-kota di Greek
asyik bercakaran, satu kuasa besar telah muncul di kawasan pergunungan utara Semenanjung
Balkan iaitu kerajaan purba Makedonia. Pada tahun 359SM, Philip II telah mengisytiharkan
dirinya sebagai raja Makedonia. Beliau bercita-cita untuk menguasai seluruh Greek yang
berpecah belah itu. Pada tahun 338 SM berlakulah peperangan Chaeronea dengan kemenangan
tentera Makedonia mengalahkan tentera Athens dan Thebes. Zaman negara kotapun berakhir.
Seorang raja Makedonia berkuasa di Greek. Semua kota kecuali Sparta menghantar wakil
menemui Philip. Philip membentangkan rancangannya untuk menyatukan Greek bagi menentang
Parsi. Rancangannya tidak sempat dilaksanakan kerana telah terbunuh semasa kesibukan
menyambut perkahwinan anak perempuannya.Philip II digantikan oleh anaknya Iskandar
Zurkarnain / Iskandar Agung ( 356 SM – 323 SM) . Usianya ketika itu ialah 20 tahun.. Athens
dan beberapa buah negara kota lain bangun memberontak menentang Iskandar tapi telah
dikalahkan oleh Iskandar. Iskandar telah berjaya menawan Asia Kecil (jajahanParsi), Parsi ( Parsi
diserang tahun 334 SM yang ketika itu diperintah oleh Darius II dan pada tahun 331 SM Parsi
ditawan), Mesir ( 332 SM), Lembah Tigris dan Euphratesdan juga Lembah Indus(326 SM).
Beliau menggalakkan penaklukan Greek ke atas Asia secara besar-besaran untuk mempraktikkan
rancangan utamanya iaitu menyatyukan Eropah dengan Asia berdasarkan kebudayaan Greek.
Iskandar telah berusaha selama 13 tahun dengan mengembara sejauh 32,000 km dan telah
berjaya mengasaskan sebanyak 70 buah kota. Tiada penakluk Eropah yang dapat menandingi
Iskandar dalam kempennya merentasi gunung ganang tinggi dan gurun Asia Tengah. Iskandar
telah meninggal dunia pada tahun 323 SM di Babylon dalam usia 33 tahun selepas mengidap
demam.Cita-citanya untuk menubuhkan sebuah empayar dunia yang terbentang luas dari India
ke Sepanyol yang berdasarkan kebudayaan Greek lenyap dengan kematiannya. Pengganti-
pengganti beliau gagal menyatukan kawasan-kawasan yang ditakluki walaupun telah berusaha
sedaya upaya melalui peperangan yang bertahun-tahun lamanya. Dunia Graeco-Makedonia telah
berpecah kepada 3 bahagian. Selepas kematian Iskandar, negara-negara kota Greek berperang
cuba membebaskan Greek dari pemerintahan Makedonia tetapi gagal. Usaha-usaha penaklukan
Iskandar telah membawa banyak kesan. Bandar Iskandariah (sempena namanya) di Mesir telah
muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan yang penting. Perdagangan telah berkembang. Begitu
juga dengan penyelidikan saintifik. Beliau menggalakkan persaudaraan manusia. Satu lagi
peninggalan beliau ialah mewujudkan era Hellenistik ( percampuran budaya Yunani dengan
bukan Yunani).

Tamadun Rom:Rom mula meluaskan empayarnya apabila ia memerlukan lebih banyak tanah
dan makanan akibat pertambahan penduduk. Pada peringkat permulaannya Rom berjaya
menakluki negeri-negeri jirannya dan memperbesarkan empayarnya. Menjelang tahun 270 SM
seluruh Semenanjung Itali kecuali Lembah Po telah ditakluki Rom dan akhirnya orang-orang
Rom berjaya menyatukan seluruh Itali. Orang-orang Rom ingin menguasai kawasan-kawasan
sekitar Itali untuk meluaskan perdagangan dan menambahkan kemewahan. Untuk itu, Rom
terpaksa berhadapan dengan orang Greek (dari Itali Selatan, Sicily (tanah jajahan Greek) dan
orang cvarthage (di seberang laut) yang lebih berpengalaman dalam peperangan dan bertamadun.
Rom berjaya mengalahkan orang-orang Greek setelah menentangnya selama kira-kira 8 tahun.
Beberapa buah bandar Greek ditawan. Dengan itu Rom berkuasa di seluruh kawasan Itali yang
terletak di Selatan Sungai Po dan beberapa kawasan yang terletak jauh darinya. Saingan Rom
yang paling hebat ialah dari orang Carthage (kerajaan Carthage terletak di Afrika Utara) yang
juga mempunyai motif dalam perdagangan. Akibatnya, tercetuslah perang Punic di antara Rom
dengan Carthage). Ada 3 Perang Punic:

 Perang Punic 1 (264-41 SM):Perang yang berlaku selama 23 tahun ini berpunca kerana
hendak merebut Pulau Sicily.Rom ingin mengusir keluar orang Carthage dari Pulau
Sicily. Rom mendapat sokongan kota-kota Greek. Kemenangan Rom dalam pertempuran
di laut menyebabkan Rom terus mara mendarat di Afrika tetapi dapat ditewaskan oleh
Carthage.Rom membina semula angkatan lautnya dan menyerang Carthage di Afrika.
Kekalahan Carthage menyebabkan Carthage terpaksa keluar dari Sicily dan membayar
ganti rugi .Rom seterusnya merampas Sardinia dan Corsica

 Perang Punic II atau Perang Hannibal (218 - 201 SM).:Tentera Carthage di bawah
Hannibal ( tentera Hannibal terdiri daripada penunggang kuda Barber, pengembara
Greek, askar upahan dari Bahagian Timur Mediterranean dan pahlawan-pahlawan bengis
dari puak Sepanyolk yang terlatih. Kesemuanya dianggarkan seramai 26,000 orang) telah
menyerang Itali melalui Banjaran Alps dan telah berjaya menawan beberapa buah bandar.
Pada tahun 202 SM pula tentera Itali telah bertempur dengan tentera Hannibal dan
Carthage dikalahkan. Carthage mengaku kesetiaannya kepada Rom.

 Perang Punic III ( 149-146SM):Tentera Rom menyerang Carthage dan memusnahkan


bandar ini. Tawanan Carthage dijual sebagai hamba abdi.Akhirnya, kawasan Afrika Utara
menjadi taklukan Rom.

Tentera Rom juga telah menyerang Yunani dan mengalahkan tentera Makedonia yang menguasai
Yunani itu. Penaklukan Greek oleh Rom (tidak lama selepas kekalahan Hannibal) bolehlah
dianggap sebagai pembebasan kota-kota Greek daripada raja-raja ‘pengganti’ yang telah
memecahbelahkan Empayar Iskandar. Pada tahun 146 SM Makedonia menjadi wilayah Rom.
Seterusnya Rom menyerang dan menakluki Syria( Syria diperintah oleh Antiochus III) dan Mesir
(168 SM). Rom telah dapat menguasai hampir semua kawasan di sekitar Mediterranean. Tujuan
perluasan kuasa Rom itu bukanlah untuk meluaskan pentadbirannya tetapi kerana Romsering
terancam oleh pemerintah-pemerintah daerah-daerah tersebut. Proses perluasan empayar Rom
sebenarnya bermula pada abad ke-6 iaitu selepas mereka berjaya menggulingkan kuasa Etruscan.
Proses penaklukan ini mengambil masa hampir 200 tahun. Orang-orang Rom banyak
mempelajari taktik peperangan, urusan pentadbiran dan keselamatan daripada kawasan yang
ditaklukinya.Perluasan Empayar Rom secara besar-besaran dilakukan oleh Julius Caeser pada
kurun ketiga dan kedua SM). Ketika itu Rom muncul sebagai kuasa besar di Mediterranean.
Empayarnya meliputi Syria, Makedonia, Yunani, Mesir, Timur Tengah, Gaul ( Perancis dan
Belgium) dan Britain. Beliau juga merupakan pentadbir yang agung, negarawan yang pintar di
samping terkenal sebagai seorang ketua tentera yang handal. Kata-katanya yang masyhur iaitu
‘veni, vidi dan vici’ (yang bererti ‘aku datang, aku lihat, aku takluk’) dibuat dalam kempennya di
Asia Kecil. Beliau memperkenalkan beberapa pemodenan dalam bidang ekonomi, sosial dan
politik dalam Empayar Rom. Antara lain, beliau telah memecat gabenor yang rasuah, memberi
hak kewarganegaraaan kepada penduduk wilayah Rom, membahagikan tanah kepada penduduk
miskin, merancang sistem perairan, menyelesaikan masalah kewangan, mengalakkan imigrasi ke
tanah jajahan baru di seberang laut bagi mengurangkan kesesakan di bandar dan mengatur sistem
cukai yang lebih baik. Bagi mewujudkan sistem politik yang stabil, beliau memperkenalkan
pemerintahan secara individu ( negara diperintah oleh seorang pemerintah sahaja dan bukan oleh
beberapa orang gabenor). Sebab itulah beliau digelar diktator. Beliau mati dibunuh oleh
sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan tindakannya/dasarnya. Usaha-usaha Julius Caesar
diteruskan oleh cucu saudaranya, Augustus ( era Pax Romana atau Keamanan Rom). Beliau
memakai gelaran Maharaja. Kuasanya sebagai seorang Maharaja ialah mengawal penuh seluruh
empayarnya. Beliau telah berjaya mewujudkan sebuah empayar (beliau memulakan zaman
empayar di Rom tahun 31 SM menggantikan zaman Republik) yang stabil yang belum pernah
wujud sebelum ini. Zamannya menyaksikan peerkembangan yang pesat dalam perdagangan,
kebudayaan Graeco-Roman, perkembangan kejuruteraan, bidang perundangan dan seni bina.
Empayar Rom merosot pada tahun 476. Maharajanya yang terakhir ialah Romulus Augustus
yang digulingkan oleh ketua suku Vandal ( salah satu suku gasar Jerman).

Tamadun India:Di India terdapat sebuah empayar yang besar di bawah Dinasti Maurya. Dinasti
ini wujud apabila Chandragupta Maurya berjaya menggulingkan empayar Magadha ( sebuah
empayar Aryan) pada tahun 321 SM. Empayar Maurya ini wujud ekoran daripada usaha-usaha
Chandragupta Maurya menyatukan beberapa buah kerajaan kecil di Utara India bagi menghadapi
ancaman Yunani. Penyatuan ini membentuk Empayar Maurya yang terbentang luas dari Teluk
Benggala ke pergunungan Hindu Kush dengan ibu kotanya di Pataliputra.. Kuasa Chandragupta
pada masa itu tiada siapa yang berani mencabar. Kuasa Maurya tegak dengan sokongan 700,000
orang tentera. Tentera kerajaannya sangat cekap dan tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan
cukai yang berat dan penduduk bandar sentiasa diganggu oleh pegawai-pegawai, inspektor dan
tali barut pemerintah. Kezalimannya jelas apabila kesalahan mencuri yang kecil dikenakan
hukuman mati dan selalunya disiksa terlebih dahulu. Empayar Maurya mengamalkan sistem
pemerintahan monarki dan pemerintahan mutlak. Raja-raja Maurya terus meluaskan
pengaruhnya ke seluruh India kecuali India Selatan (India.Selatan diperintah oleh orang
Dravidian yang berbahasa Tamil). Anak Chandragupta telah menambah sebahagian dari Decca
ke dalam empayarnya. Empayar yang besar ini seterusnya diwarisi oleh pemerintah ketiganya
iaitu Asoka pada tahun 273 SM (ada ahli sejarah berpendapat pada 269 - 232 SM), seorang raja
yang terkemuka dan berperikemanusiaan. Beliau memerintah selama 40 tahun. Sistem
pemerintahannya berbentuk kerajaan pusat (sentralisasi). Dinasti Maurya mencapai kemuncak
perluasannya di bawah Asoka.. Di awal pemerintahannya, beliau menyerang wilayah Orissa.
Melihat penderitaan penduduk menjadikan beliau insaf dan menghentikan peperangan sebagai
senjata yang agresif. Selepas itu beliau menggunakan kekayaan untuk mengurangkan
penderitaan rakyat dan penyebaran agama Buddha.Kematian Asoka menandakan kemerosotan
Dinasti Maurya. Lima puluh tahun selepas kematian Asoka iaitu pada tahun 232 SM, empayar
yang semakin lemah itu akhirnya terlepas dari tangan pengganti-penggantinya yang lemah ( 185
SM). Untuk 5 abad kemudiannya, India kehilangan kesatuan politiknya yang selama ini
diberikan oleh keturunan Maurya. India mula berpecah.Dalam keadaan perpecahan ini, India
terdedah dengan serangan asing seperti orang Aryan dari Asia Tengah dan orang Kushan dari
China. Selepas 5 abad India berada dalam kekacauan dan perpecahan, empayar agung kedua
muncul di tebing Sungai Ganges dan dapat menyatukan semula bahagian utara India. Ibu
kotanya di Pataliputra dan pengasasnya mengambil nama Chandragupta sebagai penghormatan
kepada Chandragupta dari Dinasti Maurya dulu. Baginda adalah raja Magadha. Walau
bagaimanapun orang India lebih menyanjung pemerintah keduanya yang bernama
Samudragupta(300-375M). Beliau digelar ‘Nepoleon India’.Beliau meluaskan empayarnya ke
barat menghala ke Sungai Indus dan ke selatan sampai ke Deccan. Walaupun kuasa dan
pengaruhnya lebih kecil jika dibandingkan dengan Asoka tetapi pemerintahannya sangat kukuh.
Pengganti-penggantinya menguasai empayar itu lebih dari satu abad. . Zaman ini telah mencapai
kegemilangan dalam bidang seni, sains dan agama. Perkembangan empayar di wilayah India
Selatan tidak mempunyai banyak catatan oleh pengkaji sejarah kerana ahli-ahli sejarah lebih
menumpukan perhatian kepada wilayah utara India. Wilayah selatan India terdiri daripada
Pandyas (di selatan sekali yang beribu negerikan Madura), Cheras dan Chola. Negeri-negeri di
selatan India ini telah disatukan di bawah empayar sekurang-kurangnya 2 kali. Di bawah
kerajaan Pallava (pertengahan kurun ke-6 hingga pertengahan kurun ke-8) semua negeri-negeri
tua di situ berjaya ditundukkan di bawah kekuasaannya. Di bawah kerajaan Pallava, sejarah seni
bina dan seni ukir selatan India bermula. Kerajaan Pallava telah dikalahkan oleh kerajaan Chola
dan kerajaan Chola telah menawan empayar kerajaan Pallava.Kerajaan ini telah menyerang
Ceylon. Orang-orang Chola memasuki zaman gemilangnya semasa diperintah leh Raja-Raja
Agong ( 985-1018) iaitu terdiri daripada anak Asoka dan pengganti beliau. Mereka telah
menawan seluruh bahagian timur India, Ceylon, Pulau-pulau Andaman dan Pulau-pulau Nicobar,
Pegu (Burma), Kedah (1025), Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara( Perak).
Kerajaan Chola jatuh pada kurun ke-14.

Tamadun China:Zaman kegemilangan China dicapai pada masa dinasti Chin di bawah
pemerintahan Shih Huang Ti. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah-wilayah China di
bawah satu pemerintahan pusat (221 SM). Beliau telah menyusun semula pentadbirannya. Beliau
telah menghapuskan sistem pemerintahan ‘negeri-negeri diperintah oleh putera-putera raja’
(sistem feudal) dan digantikan dengan sistem ‘chun’ atau provinsi. Terdapat 36 provinsi semasa
pemerintahan dinasti ini. Beliau memerintah secara otokrasi/mutlak. Beliaulah yang
bertanggungjawab membina tembok besar negeri China untuk melindungi China dari serangan
puak gasar dari utara. Semasa Dinasti Han, empayar China diperluaskan lagi. Wilayah Korea,
Manchuria, Panir dan Khokhand di Asia Tengah ditakluk oleh Maharaja Han Wu Ti (141 - 87
SM), pemerintah Han yang teragung. Dasar perluasan kuasa Maharaja Han Wu Ti adalah
bertujuan bagi mendapatkan kekayaan. Beliau juga menjalin hubungan perdagangan dengan
kerajaan-kerajaan di Eropah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Tamadun Melayu:Di Alam Melayu juga terdapat beberapa buah kerajaan yang membentuk
empayar seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Cara empayar di Alam Melayu mewujudkan
empayar ialah melalui beberapa cara seperti peperangan ( seperti yang dilakukan oleh empayar
Srivijaya dan Funan), perkahwinan politik, penerimaan ufti 9 seperti yang dilakukan oleh
beberapa kawasan sekitar Srivijaya kepada Srivijaya) dan menggunakan metos dan legenda
(seperti yang dilakukan oleh kerajaan Srivijaya bagi menunjukkan kebesarannya dan
menggerunkan negeri-negeri sekitar). Kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara membina empayar
atas motif memperluaskan politik dan mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing.
Kerajaan Srivijaya yang terletak di Sumatera berpusat di Palembang(Abad ke-7 - ke-14 M)
muncul selepas kejatuhan empayar Funan. Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu awal
yang sangat bergantung kepada perdagangan. Kedudukannya di Selat Melaka dan Selat Sunda
menjadikannya pengawal lalu lintas di kawasan itu yang selama ini dipegang oleh Kerajaan
Kantoli dan Melayu.Bagi mengukuhkan penguasaannya dalam bidang ekonomi, Srivijaya telah
menawan kerajaan-kerajaan Jambi (671-685)di Sumatera, Kedah (682-685M)hingga ke Ligor di
Tanah Melayu, Bangka, Tulang Bawang dan Minanga di Sumatera, Tarumanaga di Jawa Barat.
Penguasaan tersebut menjadikan Srivijaya amat berkuasa mengawal laluan perdagangan China-
India selama 3 abad. Pada abad ke-8M, Mataram di Jawa Tengah di bawah Dinasti Sailendra
telah mengancam Srivijaya hinggakan sejak tahun 775M kerajaan Srivijaya mula diperintah oleh
keturunan Sailendra dari Jawa itu.. Pada abad ke-8 hingga ke-10 M empayar Srivijaya telah
berpecah menjadi negeri-negeri kecil. Pada akhir abad ke-10M Srivijaya muncul kembali sebagai
pusat perdagangan. Pada tahun992M inilah Srivijaya menyerang Jawa untuk menguasai Selat
Sunda. Srivijaya telah berjaya menyekat kapal-kapal daripada singgah di Jawa. Dengan itu
Srivijaya dapat mengembalikan kuasanya ke atas bekas tanah jajahannya. Kejayaan Srivijaya
menguasai kerajaan-kerajaan lain memudahkannya menguasai perdagangan di Asia Tenggara.
Dasar perluasan kuasa telah memberi keuntungan kepada Srivijaya kerana ia telah dapat
memungut hasil cukai daripada kapal-kapal yang belayar melalui Selat Melaka dan Selat Sunda.
Srivijaya juga menerima ufti daripada tanah jajahannya serta mengawal/menguasai hasil
keluaran dari kawasan pedalaman Sumatera dan Tanah Melayu.Dengan barangan dagangan yang
banyak, Srivijaya mampu menarik ramai pedagang singgah di pelabuhannya. Untuk
memantapkan keselamatan negara dan kepentingan ekonominya, Srivijaya telah menjalin
hubungan baik dengan China dan India Selatan (Kerajaan Chola). Satu aspek yang patut juga
disentuh di sini yang menjadikan Srivijaya menjadi tumpuan masyarakat Nusantara ialah
kemunculannya sebagai pusat agama Buddha yang bertaraf antara bangsa dan pusat bahasa
sanskrit di Nusantara.Kerajaan Srivijaya nampaknya tidak dapat bertahan selama-lamanya
apabila kerajaan ini tidak putus-putus dicabar dan digugat oleh kuasa-kuasa luar. Serangan dari
Kerajaan Chola di Selatan India pada tahun 1025M telah melemahkan Srivijaya. Jajahan
Srivijaya di Kedah, Panei, Langkasuka dan Jambi telah dikuasai Raja Chola. Dengan kenaikan
kerajaan Sukhotai , orang-orang Thai memperluaskan kuasanya dengan menawan jajahan
Srivijaya di utara Semenanjung Tanah Melayu. Kebangkitan empayar-empayar Singhasari dan
Majapahit di Jawa Timur turut mengancam kegemilangan Srivijaya. Palembang yang menjadi
pusat pemerintahan Srivijaya telah ditawan Majapahit pada tahun 1377M. Pukulan muktamad
yang mempercepatkan kehancuran Srivijaya ialah dengan perkembangan Islam di Nusantara.
Menjelang akhir abad ke-13 M kebesaran Srivijaya hanya tinggal sebagai tinggalan sejarah
sahaja.Kerajaan Majapahit (1292 -1528M) pada zaman kegemilangannya (1293 -1389) telah
mewujudkan satu empayar yang penting, luas dan berpengaruh di Nusantara. Motif perluasan
empayarnya adalah untuk menguasai perdagangan Nusantara. Gajah Mada adalah Perdana
Menteri kepada pemerintah Hayam Wuruk (1350-1398M) yang berjasa dalam perluasan kuasa
Majapahit. Kuasanya meliputi Bali, Makasar, sebahagian Borneo, Temasik, Pahang, Selatan
Sumatera (termasuk Srivijaya) dan Sunda di Jawa Barat. Kejatuhan Srivijaya ke tangan
Majapahit membolehkan Majapahit menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka. Pedagang-
pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat bertumpu ke Majapahit. Kematian
Gajah Mada menjadi titik tolak keruntuhan kerajaan Majapahit. Di samping faktor dalaman
(ketiadaan pemimpin sehebat Gajah Mada, rebutan kuasa), kebangkitan Melaka dan
perkembangan Islam di Nusantara khususnya kebangkitan Islam di Demak ( Jawa)turut
membantu kemerosotan Majapahit. Kerajaan Melayu Melaka yang sedang berkembang mula
menguasai jajahan Majapahit di Sumatera. Jajahan takluknya yang lain mula membebaskan diri
daripada kuasa kerajaan Majapahit. Kerajaan islam Demak mula mengambilalih kekuasaan
Majapahit di Jawa.Kerajaan Funan Kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak abad pertama
Masihi lagi di Kemboja.Ia didirikan oleh seorang Brahmin yang bernama Kaundinya ( ada
pendapat mengatakan bahawa Kaundinya adalah orang luar, mungkin datang dari India, Tanah
Melayu atau pulau-pulau di sebelah selatan)). Inilah negeri kuasa besar yang pertama dalam
sejarah Asia Tenggara yang mempunyai beberapa daerah taklukan dalam masa keagungannya
(kerajaan Tun Sun, Tu-kun, Ciu Cih/Cu-li, Langkasuka). Pemerintah Funan yang paling masyhur
ialah Fan Shih-man yang dikatakan telah menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara
Tanah Melayu. Ia merupakan negeri perniagaan laut yang terawal sekali di Asia Tenggara yang
mempelopori Srivijaya kemudian. Ibu kotanya yang mula ialah Vyadhaputra dan bandar
pelabuhannya ialah Go-Oc-Eo yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Tapak peninggalan
pelabuhan itu menunjukkan bukti-bukti tentang perhubungan lautnya dengan pantai Teluk Siam,
Tanah Melayu, Indonesia, India, Parsi dan Mediterranean. Pada ketika itu pelabuhan itu terletak
di tengah-tengah perjalanan laut yang sibuk iaitu di antara China dengan Barat.Kerajaan ini
ditewaskan pada akhir abad ke-6 oleh seorang ketua pemberontak dari Chenla yang bernama
Bhavavarman. Kerajaan Chenla ini dianggap sebagai kerajaan pra-Angkor. Kerajaan Chenla
dikalahkan oleh Maharaja Indra (787-812), rajan Srivijaya dari keturunan Sailendra di Jawa.
Kerajaan ini menjadi jajahan Srivijaya selama 28 tahun hingga tahun 802M.Kerajaan Angkor,
Kejatuhan kerajaan Chenla menaikkan Kerajaan Angkor dengan Jayavarman II (802 – 850M) di
Barat Laut Kemboja sebagai rajanya yang pertama (atas bantuan kerajaan Srivijaya). Ibu kota
Angkor terletak di Indraputra.Di kalangan raja-raja Angkor, Raja Suryavarman 1 (1002-1050),
seorang putera raja Tambralinga merupakan raja yang terkenal dengan perluasan kekuasaan
Kemboja. Semasa empayar ini di bawah pemerintahan Suryavarman II, Angkor membentuk
empayar yang luas ( 1113 – 1150 M). Empayar angkor meluas hingga ke wilayah Mon di
Lembah Menon dan Tambaralinga di Selatan Thai. Empayar Angkor mencapai puncak
kekuasaan semasa diperintah oleh Jayavarman VII (1181 – 1218M). Champa dikuasainya
( 1203-1220M). Angkor juga meluaskan kuasanya ke atas Pagan di Myanmar. Kerajaan Angkor

mengalami kelemahan akibat migrasi orang-orang Thai dari utara dan pukulan yang membawa
kejatuhannya ialah serangan kerajaan Ayuthya pada tahun 1432.Kerajaan Sukhotai, Sebenarnya
orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunan, China. Apabila kerajaan mereka, Nanchao
ditakluki Mongol pada tahun 1253 mereka berpindah ke selatan. Perpindahan mereka ke selatan
itu telah menyebabkan penubuhan kerajaan Sukhotai dan melemahkan kerajaan Kemboja.
Pengasasnya ialah Rama Khamheng (1275-1317) , putera Sri Indrachtya yang menakluki
Sukhotai pada tahun 1238. Rama Khamheng telah meluaskan kawasannya ke utara Tanah
Melayu, Ligor dan Pattani. Kematian Rama Khamheng menjadikan kerajaan Sukhotai menjadi
lemah hinggalah munculnya kerajaan Ayuthya pada tahun 1350.

2.3 Pembentukan Negara Bangsa

Kawasan kajian : Barat

Kandungan Kajian: Ciri-ciri negara bangsa Dan Proses dan perkembangannya

Definisi Negara Bangsa (Nation State)::Negara Bangsa ialah entiti politik atau negara yang
dibentuk dan didiami oleh rakyat yang selalunya atau biasanya terdiri daripada mereka yang
mempunyai sejarah dan budaya yang sama, bertutur bahasa yang sama dan mempunyai asal atau
rumpun bangsa yang sama. Kedaulatan negara diasaskan kepada hasrat atau kehendak rakyat
yang telah bersatu di dalam negara-negara tersebut. Bila satu kesatuan bangsa itu muncul sebagai
negara berdaulat/merdeka dan menubuhkan kerajaan sendiri, negara baru itu dikenali sebagai
negara bangsa. 400 tahun dahulu, peperangan merupakan antara penyebab munculnya negara
bangsa. Contoh yang jelas tentang kewujudan negara bangsa ini ialah di Great Britain,
Switzerland dan Kanada. Negara-negara tersebut masing-masingnya mengandungi lebih
daripada satu bangsa. Di Kanada terdapat orang Kanada-Perancis dan Kanada-Inggeris. Orang
Kanada-Perancis bertutur menggunakan bahasa Perancis manakala orang Kanada-Inggeris pula
bertutur menggunakan bahasa Inggeris. Switzerland pula mengandungi tiga bangsa dan
menggunakan empat bahasa (Estonian, tatrian, Ukranian, Uzbek). Negara bangsa telah
menggantikan negara feudal, negara kota dan empayar. Proses ini terus menerus berlaku. Sejak
abad ke-17M banyak negara menjadi negara bangsa di Eropah. Negara bangsa juga lahir dari
kesedaran kebangsaan atau nasionalisme. Melalui kesedaran di kalangan orang yang serumpun
dan mempunyai tradisi kebudayaan yang sama, mulalah timbul perjuangan untuk menubuhkan
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat yang mengutamakan kepentingan warganegaranya.
Oleh kerana negara yang ditubuhkan itu berasakan bangsa, maka negara tersebut sering disebut
sebagai negara bangsa. Walau bagaimanapun, sebelum kemunculan nasionalisme, kekuatan
kerajaan-kerajaan besar di Eropah tidak tertakluk kepada ciri-ciri negara bangsa iaitu satu negara
untuk satu bangsa.
2.4 Bentuk Pemerintahan

2.4.1 Beraja (Mesir, India, China dan Melayu)

Kandungan Kajian: i. Ciri-ciri pemerintahannya

ii. Persamaan dan perbezaannya

iii. Struktur

Definisi:Beraja ialah sistem pemerintahan yang diperintah oleh raja dan biasanya secara monarki dan
mutlak. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat
daripada raja kepada maharaja seperti yang berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan di
India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang
dipilih oleh rakyat.

Tamadun Mesir:Pada asalnya Mesir dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara dan Mesir
Selatan.Pada tahun 3100 SM, Raja Menes telah menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan.Bagindalah
merupakan pengasas dinasti Mesir purba dan merupakan raja Mesir yang pertama.Dinasti pertama di
Mesir ialah Dinasti Thinite. Baginda telah mewujudkan sistem negara beraja dan dinasti di Mesir.
Memphis dijadikan ibu kotanya. Dalam sistem dinasti, raja-raja yang memerintah Mesir berasal dari satu
keluarga. Mesir telah diperintah oleh 30 buah dinasti untuk kira-kira 3000 tahun yang dibahagikan kepada
3 zaman iaitu Kerajaan Mesir Purba (3500 SM -2700 SM SM), Kerajaan Mesir Pertengahan (2400 SM –
1800 SM) dan Kerajaan Mesir Baru atau Empayar (1600 SM – 1000 SM). Pemerintah Mesir atau raja-
raja Mesir digelar ‘Firaun’ ( yang bererti Rumah Besar). Firaun yang paling masyhur ialah Ramses II
yang telah membina empayar Mesir dan piramid yang besar. Begitu juga dengan Tutmose III dan
Amenhotep III dan IV. Firaun berada pada kedudukan teratas dalam pemerintahan negara Mesir. Baginda
memerintah secara mutlak dan menguasai semua tanah dan air di Mesir..Firaun menguasai pentadbiran,
ekonomi dan angkatan tentera. Darjatnya begitu tinggi hinggakan dianggap sebagai anak kepada ketua
tuhan-tuhan atau anak tuhan Amon Re ( tuhan matahari). Rakyat sangat menghormati dan mentaati
Firaun.Rakyat dikenakan cukai dalam bentuk barang seperti gandum,felek, lembu, kayu kayan, arak dan
sebagainya. Dengan cukai begitu rupa, Firaun memiliki gudang-gudang yang besar. Baginda menjadi
ketua agama dan ketua angkatan tentera. Baginda juga menggubal undang-undang Di bawah Firaun ialah
putera-putera yang berhakj menaiki takhta. Mereka memiliki banyak harta dan kadang-kadang hampir
sama banyaknya dengan harta Firaun. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh golongan
bangsawan, gabenor (pegawai kerajaan) dan paderi. Golongan bangsawan berkuasa penuh dalam daerah
dan kuasa mereka kekal turun temurun. Kerajaan Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah dan ditadbir
oleh pegawai kerajaan.

Tamadun India:Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500
SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat teokrasi).Ini
bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja. Semasa India diperintah
oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India mengamalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.Gelaran raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan
kuasa ke kawasan-kekawasan sekitar dilakukan. Kerajaan ini kuat dengan bantuan 700,000 orang tentera
yang cekap tetapi tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat di bawah pengawasan
pegawai-pegawai raja yang sangat zalim. Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat. Empayar
dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai. Kerajaan ini
mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur.
Pentadbiran awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran,
kematian dan pendapatan. Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang
dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli. Ada ahli sejarah berpendapat,
Chandragupta Maurya ini menjelankan sistem pemerintahan awam untuk kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara dengan memperbaiki sistem keadilan dan pentadbiran. Ketika India diperintah oleh
Maharaja Asoka (273 SM atau 269 SM) , baginda menjalankan pemerintahan dengan baik dan
berperikemanusiaan berdasarkan titah perintahnya yang diukir pada tiang-tiang batu di sepanjang jalan
untuk dibaca oleh rakyat. Semua orang diberi hak dan peluang yang sama dalam pentadbiran.. Asoka
sangat benci kepada kemusnahan, kekejaman dan permusuhan. Baginda membawa semangat
kemanusiaan baru di kalangan raja-raja hasil dari ajaran agama Buddha yang bertindak atas rasa sensitif
dan tidak mementingkan diri sendiri.Beliau mengamalkan doktrin ‘Ahimsa’ yang melarang perbuatan
menyakiti atau melukai haiwan dan manusia. Asoka juga menjalankan reformasi dalam pentadbiran
melalui ‘Dharma-Mahamatra’. Sistem ini memastikan pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah
melaksanakan tugas berdasarkan arahan kerajaan pusat. Asoka memerintahkan gabenor-gabenor dan
pegawai-pegawainya supaya adil dan bersifat belas kesihan. Asoka juga menyediakan rumah-rumah rehat,
telaga dan pokok kayu untuk kemudahan pengembara dan menyediakan rumah sakit bagi merawat orang
dan haiwan yang sakit. Semasa India di bawah pemerintahan raja-raja Gupta, kerajaan ini juga tidak
mengganggu kehidupan rakyat kecuali untuk membasmi jenayah, tiada penganiaan terhadap agama.
Hukuman bunuh jarang dilakukan. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan dikenakan hukuman denda.

Tamadun China:Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah pemerintahan
Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak
secara monarki. Orang China percaya, Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman
Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China
mengamalkan sistem feudal. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika China diperintah
oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar menjadi maharaja semasa baginda memerintah
China. Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah)
yang diketuai oleh gabenor..Maharaja dibantu oleh golongan birokrasi yang terdiri daripada pegawai
kerajaan. Maharaja Shih Huang Ti mengamalkan undang-undang yang ketat. Undang-undang Dinasti
Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang ahli falsafah. Beliau menegaskan bahawa tingkah laku
manusia hanya dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas. Baginda menggelarkan
diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama ( Shih bererti pertama, Hwang Ti bererti maharaja) kerana
ingin mengasaskan satu dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu ( sistem feudal).Baginda
mahu dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap sebagai wakil ‘Raja di Atas’). Oleh
kerana baginda ada darah keturunan Tartar, baginda banyak dibantu oleh tentera berkuda Tartar dalam
usaha memperluaskan wilayah China. Dalam masa sepuluh tahun, semua wilayah China tertakluk di
bawah pemerintahannya. Baginda juga melatih kumpulan penjahat menjadi askar baginda.Dalam
menghadapi bahaya serangan pelanggar-pelanggar Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina
tembok besar negeri China. Anehnya,, jasa yang besar ini dikatakan oleh setengah-setengah ahli sejarah
tidak menjadikan orang China terhutang budi kepadanya kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda iaitu
‘pembakaran segala buku’. Dalam usaha menolak idea sarjana China dalam hal-hal pentadbiran , baginda
telah membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang mengandungi unsur-unsur politik dan membunuh
400 orang sarjana pada tahun 213 SM kerana menganggap mereka ‘menyusahkan’ baginda. Bagi orang
China peristiwa pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM – 220 SM) , Sistem Peperiksaan Awam bagi
perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan. Sistem ini mengutamakan kebolehan seseorang dan
terbuka kepada semua rakyat yang layak. Di bawah pemerintahan dinasti ini, pemimpin-pemimpin
wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan tidak dibenarkan memiliki kekayaan yang besar. Tujuannya ialah
supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar. Dinasti Han mengutamakan undang-undang yang
berasaskan ajaran Confucius. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang memperkenalkan satu Hukum Kanun
yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan
dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya. Jika dibandingkan dengan Dinasti
Chin, Dinasti Han ini melaksanakan pemerintahan yang kurang ketat. Baginda melonggarkan sistem
kerahan buruh dan menggantikan undang-undang China yang berat dan zalim dengan hukuman yang
ringan.

Tamadun Melayu :Di Alam Melayu, sistem pemerintahan berajanya merupakan campuran sistem
tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan yang mengamalkan kuasa
mutlak. Raja berkuasa membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Raja dianggap oleh
rakyatnya sebagai dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan
tindak tanduk raja. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara. Perlantikan para pegawai
secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh
astrologi Hindu. Begitu juga dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi
oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan raja,penggunaan alat-
alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan oleh tuhan-tuhan orang Hindu. Raja memainkan
peranan aktif dalam bidang ekonomi. Raja menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan
cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk
menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. Undang-
undang dipengaruhi oleh Kod Manu dan Dharmasastra. Sistem tataurus negarapula dipengaruhi oleh
karya Arthasastra.Kita boleh lihat contoh sistem pemerintahan beraja ini dalam kerajaan Angkor dan
Srivijaya. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Angkor, raja dianggap sebagai dewaraja. Raja menjadi
ketua negara dan ketua tentera. Raja mempunyai kata pemutus dalam hal perundangan.Raja dibantu oleh
sebuah majlis menteri ( yang terdiri daripada para menteri, pemimpin tentera dan hakim), gabenor
wilayah, ketua daerah dan ketua kampung. Para pegawai tinggi dikehendaki mengambil peperiksaan
kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan ilmu pengetahuan. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan
Srivijaya pula, raja juga berkuasa mutlak dan dianggap sebagai dewaraja. Dalam pentadbiran negara, raja
dinasihati oleh sebilangan menteri. Pentadbiran Kerajaan Srivijaya terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran
iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah. Pentadbiran diraja tertumpu
kepada pentadbiran pusat (seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman). Pentadbiran
ketenteraan diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu
yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada
pemerintah dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan. Kerajaan Kedah Tua juga
mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh menteri dalam mentadbir negara. Setiap
daerah diketuai oleh pembesar.

2.4.2 Republik ( Yunani dan Rom)

Tamadun Rom:Konsep republik di Rom bermaksud sebuah kerajaan yang rakyatnya memilih
wakil untuk melulus dan melaksanakan undang-undang. Sebelum tahun 509 SM, Rom diperintah
oleh raja-raja Etruscan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah
memberontak dan mewujudkan sebuah kerajaan bercorak republik. Kerajaan republik Rom
terdiri daripada Konsul, Dewan Senat dan dewan Perhimpunan/Centuriate. Dalam republik Rom,
dua orang konsul dilantik untuk memerintah negara. Perlantikan dua orang konsul ini bertujuan
menjamin kedaulatan dann kebajikan rakyat dan mengelakkan salah seorang daripada konsul ini
mempunyai pengaruh yang lebih kuat. Mereka merupakan ketua eksukutif negara dan dilantik
untuk tempoh setahun. Konsul ini pula dibantu oleh satu majlis yang dikenali sebagai senat yang
dianggotai oleh golongan bangsawan yang dilantik oleh konsul dan semua bekas konsul. Tugas
utamanya ialah menasihat konsul dan menguruskan hal ehwal luar negeri. . Dewan Senat pula
dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom. Dewan Perhimpunan
mempunyai kuasa yang terhad. Dalam Dewan Perhimpunan ini , rakyat Rom berkumpul dan
mendengar laporan tentang perkara yang telah dibincangkan dalam Dewan Senat. Fungsi Dewan
Perhimpunan hanya meluluskan atau mengesahkan undang-undang yang diputuskan oleh Dewan
Senat. Dalam republik Rom, wujud juga diktator. Semasa perang atau krisis, diktatorlah yang
menjalankan tugas konsul. Tempoh perlantikannya tidak melebihi 6 bulan. Menurut Undang-
undang Rom ( Papan Dua Belas), semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Seseorang itu
dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan. Pemerintahan bercorak republik tidak mempunyai
raja dan pada masa yang sama juga boleh mengamalkan prinsip demokrasi. Hari ini, negara-
negara yang mengamalkan kerajaan bercorak republik ini ialah Perancis dan India yang diketuai
oleh seorang presiden yang dipilih oleh rakyat. Beberapa konsep politik yang digunakan
sehingga hari ini seperti senat, veto, diktator dan censor adalah warisan daripada Rom.

Tamadun Yunani:Yunani mengamalkan sistem pemerintahan monarki sehingga tahun 750 SM.
Menjelang tahun 750 SM raja digulingkan dan Athens diperintah menerusi Majlis Bangsawan.
Pegawai utama ialah Ketua Majistret yang dipilih setiap tahun daripada golongan bangsawan.
Solon (Ketua Majistret) menubuhkan Majlis Empat Ratus, Perhimpunan Agung dan Mahkamah
Agung. Semua warganegara lelaki yang berumur 18 tahun ke atas merupakan ahli Perhimpunan
Agung yang berfungsi sebagai badan perundangan. Kuasa menjatuhkan hukuman berada di
tangan sekumpulan warganegara iaitu juri. Pemerintahan Yunani adalah berdasarkan sistem
demokrasi.

 2.5: Pentadbiran

Kawasan Kajian : Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China, Melayu dan Barat.

Kandungan kajian: i. Ciri-ciri pentadbiran

ii. Persamaan dan perbezaannya

iii.Struktur

Dalam tamadun awal, pentadbiran sesebuah negara itu boleh dalam bentuk pentadbiran pusat (dikawal
oleh pusat pemerintahan) dan pentadbiran wilayah (ditadbir oleh ketua wilayah). Pentadbiran wilayah itu
wujud apabila berlaku perluasan kuasa atau empayar. Sesebuah negara yang besar seperti China, India
dan Rom mempunyai banyak wilayah yang diperolehi melalui dasar perluasan kuasa dan kemudian
menyatukan wilayah-wilayah tawanan itu di bawah satu pemerintahan. Bagi negara yang menjalankan
kuasa mutlak seperti China mampu mengawal dan menjalankan pentadbiran berpusat manakala Rom
yang begitu luas empayarnya hingga menjangkau ke seberang Laut Mediterranean tidak mampu
mengawal sepenuhnya dari kerajaan pusat telah menyerahkan pentadbiran kepada gabenor-gabenor yang
dilantik.

Tamadun Mesopotamia:Mesopotamia agak berbeza dengan Mesir dari segi pentadbirannya. Setiap kota
dalam Mesopotamia mempunyai kerajaan yang berasingan dengan pemerintahannya sendiri. Setiap
negara kota di Mesopotamia mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri. Pada peringkat
tamadun awal, pentadbiran Mesopotamia bersifat teokrasi. Setiap negara kotanya mempunyai seorang
raja yang dibantu oleh seorang ketua agama dan gabenor. Pada tahun 2340 SM Sargon telah menyatukan
beberapa buah negara kota di Mesopotamia di bawah satu pemerintahan. Di bawah pemerintahan Sargon,
beliau menjalankan dasar perluasan wilayah hingga ke selatan dan berjaya menguasai dataran
Mesopotamia, Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Amorite dan Elam. Bagi mengendalikan sebuah empayar
yang besar, Sargon mengiktiraf pemerintah tempatan dengan syarat mereka mesti setia kepadanya.
Empayar dibahagikan kepada beberapa daerah yang diperintah oleh gabenor berketurunan Sumeria dan
Semitik. Hammurabi (1792-1750 SM) pula telah menyatukan seluruh lembah Tigris-Euphrates di bawah
satu empayar.

Tamadun Mesir:Di Mesir pula pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan wilayah. Rajanya
yang dipanggil Firaun itu mempunyai kuasa mutlak dan memerintah dengan kuku besi.serta berhak
sepenuhnya ke atas tanah dan air di Mesir. Rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan memaksa rakyat
membayar cukai. Kerajaannya terbahagi kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh pegawai-pegawai
kerajaan bagi menyenangkan pentadbiran. Setiap daerah diketuai oleh seorang gabenor yang terdiri
daripada golongan bangsawan yang bertugas sebagai pengutip cukai dan menjadi hakim. Golongan
bangsawan itu mewarisi jawatan tersebut secara turun temurun. Kuasa mereka terhad dan dikawal oleh
Firaun.

Tamadun Arab:Di negara Arab, pentadbirannya jelas sekali berbentuk pentadbiran pusat. Ini dapat
dilihat dalam pemerintahan kerajaan Yaman dan Hijaz. Di Yaman, kerajaan yang paling terkenal ialah
Kerajaan Saba’ (955SM-115SM). Pusat pemerintahan kerajaan ini di Sarwah yang kemudian dipindahkan
ke Ma’rib. Kerajaan ini terkenal dengan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Kerajaan ini didokong
oleh rakyat yang kuat dan berani Kerajaan ini menjadi masyhur semasa pemerintahan Ratu Balqis. Sistem
pemerintahannya amat teratur dan hak politik diberi kepada semua golongan termasuk hamba.. Saba’ ada
melakukan usaha-usaha penaklukan ke atas kawasan sekitar tetapi kerajaan ini tidak .begitu terkenal
sebagai kuasa penakluk. Selepas kerajaan Saba’ jatuh, kerajaan di Yaman ini diganti oleh Kerajaan
Himyar(115SM-525TM). Kerajaan Himyar lebih mementingkan usaha-usaha perluasan kuasa.Ia bukan
sahaja menjajah kawasan sekitar bahkan menguasai jajahan-jajahan Parsi seperti Iraq dan Khurasan serta
kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Sungai Jihun da membina bandar Samarqand. Secara
umumnya, kerajaan-kerajaan di Yaman lebih menekankan pemerintahan berpusat kerana mempunyai raja
yang kuat untuk menguasai seluruh kawasan pemerintahannya dan mempunyai sokongan yang kuat
daripada pembesar-pembesarnya.. Kerajaan Hijaz di Arab Tengah yang tidak mempunyai kawasan
taklukan lebih merupakan kerajaan berpusat yang diperintah oleh kabilah. Kabilah yang mula-mula
memerintah Mekah ialah puak Amaliqah, diikuti oleh puak Jurhum dan Quraisy. Semasa pemerintahan
Quraisy, pentadbiran Mekah begitu teratur dengan penubuhan beberapa buah jabatan dengan fungsi-
fungsi tersendiri. Kerajaan-kerajaan di Arab Utara lebih merupakan kerajaan penampan Rom dan Parsi
(ditubuhkan oleh Rom dan Parsi untuk kepentingan masing-masing ). Kerajaan-kerajaan seperti Kerajaan
Ghassan, Hirah, Nabatean dan Anbar dikawal oleh Rom dan Parsi.

Tamadun Graeco-Roman:Bagi negara Graeco-Roman (gabungan Rom, Etruscan dan Yunani) , sebelum
menjadi sebuah republik iaitu ketika diperintah oleh raja , sistem pentadbirannya adalah berpusat yang
dikatakan begitu berkesan , berlanjutan hingga berpuluh-puluh keturunan dan bangsa dengan bahasa-
bahasa yang berlainan. Kerajaan Rom telah mengasaskan undang-undang yang dikenali sebagai Kod
Undang-undang Rom yang diasaskan pada zaman Justinian. Rakyat disatukan di bawah undang-undang
ini dan tidak terdapat diskriminasi tindakan undang-undang terhadap pesalah. Apabila negara ini mula
membentuk empayar, kawasannya menjadi sangat luas iaitu sehingga merangkumi sebahagian besar
kawasan laut Mediterranean. Oleh itu setiap daerah di bawah Rom diletakkan gabenor untuk mentadbir
wilayah tersebut. Pada zaman pemerintahanAugustus, beliau telah memperkemaskan pentadbiran sebaik
sahaja menjadi pemerintah dengan mewujudkan lebih banyak jabatan. Augustus menggantikan gabenor-
gabenor wilayah yang tidak menjalankan tugas dengan baik dengan pegawai-pegawai yang dilantik oleh
maharaja dan bertanggungjawab terus kepada gabenor. Sesungguhnya Augustus mewujudkan satu sistem
birokrasi yang cekap di merata Eropah. Bukan semua wilayah Rom diletakkan secara langsung di bawah
pentadbiran Augustus dan agen-agennya. Wilayah yang tidak memerlukan perhatiannya di biarkan di
bawah pentadbiran pegawai-pegawai rasmi negeri. Pentadbiran augustus boleh dibahagikan kepada 3
bentuk pentadbiran iaitu peranan maharaja, pentadbiran di peringkat wilayah dan pentadbiran munisipal.
Pentadbiran wilayah terletak di bawah gabenor. Mereka berkhidmat sebagai prokonsul dan dibantu oleh
beberapa orang pegawai bawahan. Perlantikan direstui oleh senat. Namun begitu, kuasa mutlak masih
tetap di tangan Augustus. Di bawah pentadbiran wilayah ini, wang yang diterima dari pusat diagihkan
kepada tentera (legion), pasukan tentera tambahan wilayah dan pencen juga diberikan kepada tentera
bersara. Wang ini berpunca daripada perbendaharaan khas yang ditadbir oleh Augustus dan
sebahagiannya pula daripada hartanya sendiri dan cukai awam. Satu lagi sumbangan penting augustus
ialah tindakannya selalu menghantar tentera untuk membina jalan dan jambatan. Dia juga menempatkan
sebuah angkatan kecil untuk mengawal perairan daripada ancaman lanun. Di negeri-negeri tertentu yang
dijajah, kuasa pentadbiran tempatan dikekalkan. Di Asia Kecil umpamanya, mengekalkan sistem negara
penampan dan kerajaan-kerajaan naungan tidak menimbulkan masalah. Dasar-dasar Augustus
menyebabkan dia mula disembah bagaikan tuhan di merata empayarnya. Di semua wilayah termasuk
Greek, Asia Kecil, Syria dan kawasan-kawasan lain didirikan patung yang menyerupai Augustus
bersama-sama dengan tuhan-tuhan lain. Kedudukan Augustus disamakan dengan tuhan-tuhan tradisi
Rom. Bagi pentadbiran munisipal pula, dua unit pentadbiran tempatan yang penting iaitu civitas dan villa
diwujudkan. Civitas adalah sebuah pusat pentadbiran bandar yang menikmati kebebesan kerajaan sendiri,
manakala villa pula adalah estet golongan bangsawan. Kebanyakan pentadbir kerajaan adalah daripada
golongan bangsawan villa.

Tamadun India:India pada zaman tamadun awal mengamalkan sistem teokrasi. Setiap negara kota
diketuai oleh pendeta yang berkuasa mutlak. Tugas pemerintah ialah mengawal pembinaan , menetapkan
piawai timbangan dan ukuran, mengawal sistem tulisan, bentuk bangunan dan pola jalan-jalan raya. India
memasuki zaman empayar ketika diperintah oleh Dinasti Maurya. Dinasti Maurya dan Gupta merupakan
dua buah pemerintahan yang terkenal dalam sejarah India purba. Dinasti Maurya (324 SM –185SM)
merupakan dinasti yang unik dan empayar yang pertama di India. Dinasti ini diasaskan oleh
Chandragupta Maurya pada tahun 322SM. Pusat pemerintahannya bertempat di Pataliputra. Dalam
sejarah kerajaan Maurya terdapat 8 orang raja yang memerintah empayar itu. Ia bermula dengan
Chandragupta Maurya (322-289SM) dan berakhir dengan Brihadratha (191-184SM). Walau
bagaimanapun, raja yang paling masyhur ialah Chandragupta Maurya dan Asoka. India mengamalkan
pemerintahan pusat.ketika di bawah pemerintahan Dinasti Maurya terutamanya ketika di bawah
pemerintahan Asoka. Dinasti Maurya memberi sumbangan yang besar kepada India dalam menyatukan
kawasan-kawasan yang berpecah belah. Chandragupta Maurya telah menyatukan India Utara dan India
Selatan melalui penaklukan.,Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya ialah Afghanistan, Pakistan dan
kawasan Indus. Pengganti Chandragupta Maurya iaitu Binduasara telah berjaya memasukkan Deccan ke
dalam empayar Maurya. Asoka pula telah berjaya menyatukan Kalinga di dalam empayar Maurya. Ini
merupakan proses pemusatan kuasa yang paling berjaya dalam sejarah tamadun India.Empayar India
dibahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpin oleh wizurai. Asoka menjalankan reformasi dalam
pentadbiran melalui ‘Dharma-Mahamatra’. Menurut sistem ini, pegawai kerajaan di wilayah-wilayah
melaksanakan tugas mengikut arahan pusat. Empayar Maurya merupakan sebuah empayar yang cekap
dan tersusun. Raja merupakan ketua pentadbir kerajaan. Raja juga merupakan ketua hakim, penasihat dan
penggubal undang-undang dan juga ketua tertinggi angkatan tentera dan kuasa raja tidak terhad. Beliau
melantik penasihat-penasihat untuk dijadikan pembantu dalam pentadbiran. Di samping itu wujud juga
Majlis Menteri. Beberapa jabatan diwujudkan yang diketua seorang penagawas. Di samping itu terdapat
kelas-kelas pegawai penting yang akan membantu raja semasa berlaku hal-hal kecemasan. Kelas pegawai
ini dikenali sebagai Mantri atau Mantri Parishad. Terdapat juga badan-badan (Mikaya) yang tediri
daripada pegawai-pegawai yang terlatih yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran biasa. Kelas pegawai
tersebut ialah Pegawai Daerah (Agronomi), pesuruhjaya bandaran (Astynomi) dan badan-badan yang
mengendalikan hal ehwal ketenteraan. Pegawai daerah bertanggungjawab dalam memungut cukai,
mengukur tanah, mengawasi kerja-kerja pengairan, mengawal paras-paras air, krja-kerja pendaftaran
kelahiran dan kematian, mengawasi pengeluaran barang-barang perdagangan, penipuan dalam
perdagangan, urusan denda dan hal ehwal orang asing. Oleh kerana tanah jajahan Dinasti Mauryam
sangat luas, maka Chandragupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah.
Beliau telah membahagikan empayar Maurya kepada 4 buah wilayah penting iaitu Barat Laut, Barat
Kalinga dan Selatan. Setiap wilayah diletak seoran wizurai yang biasanya terdiri daripada putera-putera
raja. Wilayah itu dipecahkan pula kepada beberapa kawasan tertentu. Pada peringkat ini ia ditadbir oleh
gabenor (Mahatmatra). Kawasan itu dipecahkan pula kepada beberapa daerah yang lebih kecil. Daerah itu
dipecahkan lagi kepada beberapa kampung. Ketua kampung ialah penghulu (gramini) yang dibantu oleh
dua orang pegawai iaitu ‘accountant’ dan ‘tax collector’. Pegawai di peringkat atas dipanggil stanika yang
mengawasi sepertiga daerahnya. Samadharti merupakan pengawas kepada stanika. Di samping itu
ditubuhkan juga pasukan khidmat rahsia yang menjadi agen-agen kepada raja. Ahli-ahlinya terdiri
daripada askar-askar pelopor rahsia dan juga para hakim yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat
untuk memastikan rakyat setia kepada raja tanap pemberontakan. Kejatuhan Dinasti Maurya tahun
185SM diganti oleh Dinasti-dinasti Sungas,Kanva dan Andra yang menyaksikan kekacauan politik dan
keruntuhan perpaduan rakyat selama 5 abad. Selepas itu barulah muncul Dinasti Gupta. Dinasti Gupta
diasaskan oleh Chandragupta pada tahun 320SM dengan ibu kota Pataliputra. Empayar ini terletak di
tebing sungai Ganges. Empayar ini telah menyatukan semula bahagian utara India. Samudragupta ,
pengganti chandragupta telah meluaskan empayar Gupta ke Barat hingga ke Sungai Indus dan ke selatan
hingga ke Deccan.

Tamadun China:Di China pembentukan kerajaan Shang adalah dari beberapa buah kerajaan kecil di
Lembah Sungai Hwang Ho. Raja Shang berjaya meluaskan wilayah beliau dari kawasan Steppe di China
Utara ke lembah yang-Tze di China Selatan..Dinasti Shang mengamalkan pemerintahan pusat. Rajanya
yang berkuasa mutlak itu mengawal pentadbiran dari ibu kotanya di Anyang Padaq zaman Dinasti Chou,
sistem feudal diperkenalkan. Pemerintahan beraja ini dikuasai oleh golongan bangsawan. Kaum
bangsawan ini diberi kuasa mutlak memerintah kawasan masing-masing. Pembesar dan orang bangsawan
memusatkan kuasa kepada sebuah bandar. Semua pembesar menjadi tuan tanah atau pemegang tanah.
Mereka mewujudkan sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan seperti kewangan, undang-
undang dan pasukan bersenjata bagi memudahkan pentadbiran.. Mereka dikehendaki memberi taat setia
dan mereka terpaksa berkhidmat untuk kerajaan mereka. Umpamanya mereka patut mengikuti raja pergi
berperang, menjaga sempadan, membiayai cukai dan mengurus tenaga buruh supaya buruh dapat menjadi
askar dalam masa perang dan bekerja dalam projek-projek umum dalam masa aman. Raja pula bertugas
mengawal dan menyokong pembesar-pembesar di luar pusat pemerintahan dan pembesar-pembesar
dikatakan pelindung-pelindung bagi raja. Ini bermakna bahawa raja harus menolong wakil-wakil atau
pembesar-pembesar dalam kes-kes mereka diserang musuh. Kuasa politik raja berdasar kepada kuasa
agamanya. Pergaduhan antara pembesar-pembesar sering berlaku kerana ingin memperluaskan
kuasa.Semasa China diperintah oleh Dinasti Chin (221SM-206SM) yang terletak di Sungai Wei itu iaitu
semasa diperintah oleh Shih Huang Ti, negara China telah muncul sebagai sebuah empayar.
Pemerintahannya bercorak autokratik dan mengikut unsur-unsur legalisme (berdasarkan konsep bahawa
rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak). Beliau telah menubuhkan ibu kota di Siang Yang dan
memulakan sistem pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kuasa negeri di bawah kerajaan pusat
dan menghapuskan sistem feudal. Pada teorinya, Maharaja Chin mempunyai kuasa tertinggi kerana beliau
dianggap sebagai anak syurga. Kuasanya tidak terbatas kerana tidak boleh mengatasi undang-undang atau
kuasa yang lain. Beliau merupakan maharaja China yang pertama berjaya menyatukan negeri China
daripada keadaan berpecah belah. Caranya ialah dengan menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan yang
berpecah belah itu dan diletakkan di bawah kekuasaannya. Shih Huang Ti menubuhkan satu sistem
kerajaan berdasarkan kepada undang-undang sejagat/legalisme. Akibatnya, undang-undang di negeri
China adalah keras iaitu melalui sistem pengurniaan dan hukuman. Semua pegawai dalam negeri
bertanggungjawab kepada maharaja. Raja melantik wakil untuk mentadbir kerajaan.Penasihat utama
maharaja terdiri daripada Canselor (ketua pusat pentadbiran), Marshall (bertanggungjawab dalam hal
ehwal tentera) dan Recoder (setiausaha maharaja). Pusat pentadbiran Chin mengandungi 9 buah jabatan
menteri. Kerajaan tempatan terdiri daripada bandar dan kampung. Pusat pentadbiran menguruskan
kerajaan tempatan. Laporan dihantar ke ibu kota . Cara pemerintahan Dinasti Chin yang keras
membuatkan rakyat memberontak selepas kematian Shih HuangTi. Liu Pang iaitu pemimpin
pemberontakan telah menubuhkan Dinasti Han pada tahun 206SM. Pemerintahannya selama 4 abad itu
berperanan menyatukan China dengan melakukan perubahan-perubahan sosial, ekonomi, pentadbiran,
ideologi dll. Kekuasaannya meliputi sehingga ke bahagian sempadan dengan Barat dan India. Semasa
Shih Huang Ti memerintah China, beliau telah membahagikan negara kepada 40 buah wilayah kecil yang
diperintah oleh keluarga dan askar-askar yang berjasa kepadanya. Gabenor yang dilantik mengetuai
wilayah itu dikawal dari pusat pemerintahan oleh raja. Di pusat ia telah membentuk sebuah badan
pemerintahan yang kakitangannya terdiri dariapda pegawai-pegawai. Semasa China diperintah oleh
Dinasti Han pula, pada awal pemerintahan Liu Pang (atau gelarannya Kao Tsu), beliau telah memdapat
sokongan politik daripada pemimpin tentera melalui proses feudalisme. Sistem ini telahpun dihapuskan
oleh Dinasti Chin tetapi ia muncul semula di kalangan pengikut-pengikut dan keluarga Liu Pang. Beliau
menubuhkan semula sistem tanah feudal dan dalam sistem itu beliau mencipta 8 buah kaunti(county),
principaliti (kerajaan-kerajaan kecil) dan kemudian memberi prinsipaliti tersebut kepada penyokong-
penyokong yang mempunyai kuasa yang lebih besar. Beliau telah membina ibu kota yang baru di
Changan kerana ibu kota di Siang Yang telah dimusnahkan oleh pemberontak Chin selepas kematian Shih
Huang Ti. Di bawah Liu Pang dan pengganti-penggantinya terutamanya di bawah Wu Ti sistem
pemusatan Han dan pusat pentadbiran lebih kuat daripada pentadbiran di bawah Chin. Pemimpin-
pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luasdan tidak dibenarkan memiliki kekayaan yang besar.
Tujuannya ialah supaya kuasa pusat menjadi teguh dan tidak dicabar.Dalam kerajaan Han, pentadbiran
pusat diketuai oleh Censelor. Censelor merupakan Ketua Pegawai Pentadbir dan di sebahagian kawasan,
dia adalah pemerintah yang mutlak. Censelor mengetuai kakitangan di ibu kota dan pegawai-pegawai
wilayah yang mengetuai hal ehwal pentadbiran dan melaporkan kegiatan mereka kepada Ketua Censelor.
Di bawah Censelor terdapat seorang Marshall atau Ketua Komandan . Ketua Komandan adalah pegawai
tentera sementara. Di bawah Marshall terdapat Ketua Censelor. Di peringkat bawahan terdapat 9 orang
menteri yang ditugaskan dalam bidang-bidang tertentu. Pentadbiran tempatan diawasi oleh kerajaan
pusat. Ini termasuklah dalam soal perlantikan pegawai dan pemindahan ketua-ketua pegawai. Pegawai-
pegawai yang memerintah dikehendaki menghantar laporan tahunan ke atas kaunti yang berada di bawah
pengawasannya. Maharaja Han juga meneruskan sistem perkhidmatan awam berdasarkan kepada sistem
peperiksaan umum dan usaha mengambil serta melatih pegawai-pegawai baru.

Tamadun Barat:Di Barat ( Eropah), zaman pertengahan ( yang bermula pada kurun kelima Masihi iaitu
selepas keruntuhan empayar Rom) yang berlangsung selama kira-kira 1,000 tahun menampakkan satu
zaman gelap. Pada ketika itu Eropah mengalami perpecahan politik. Raja dan golongan bangsawan adalah
golongan pemimpin. Setiap golongan bangsawan mempunyai wilayah sendiri dan berkuasa ke atas rakyat
biasa yang tinggal di wilayahnya itu. Sekitar tahun 1500 M, zaman pertengahan berakhir dan zaman
Eropah Moden mengambil tempat. Pada masa ini muncul beberapa orang raja yang dikenali sebagai
golongan Monarki Baru. Bagi mewujudkan unit politik yang utuh, pemerintah harus mengawal golongan
pentadbir, bangsawan, tentera. Menjelang pertengahan kurun ke-15, kerajaan bentuk baru mula wujud di
Eropah Barat. Raja sesebuah negara bangsa memantapkan kedudukannya melalui golongan pentadbir
(yang dilantik dan diberi gaji), tentera tetap (tentera upahan) dan sistem cukai yang berkesan.

Tamadun Melayu:Di Alam Melayu pentadbiran dijalankan melalui pentadbiran pusat dan wilayah. Ini
ternyata dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu.(kecuali Negeri Sembilan) yang
diwarisi dari sistem politik Kesultanan Melayu Melaka. Unit politik yang terbesar ialah negeri yang
diketuai oleh raja/sultan. Apabila sesebuah negeri itu meluaskan empayarnya seperti kerajaan Melayu
Melaka, Srivijaya, Majapahit dan Acheh, negeri dibahagikan kepada beberapa jajahan/daerah yang
diketuai oleh para pembesar. Pembesar diberi hak memerintah oleh raja. Tugas mereka ialah menjaga
keamanan wilayah pentadbirannya dan mengutip cukai daripada penduduk di wilayahnya. Sebahagian
cukai itu diserahkan kepada raja. Wakil raja yang memerintah di wilayah jajahan dikehendaki memberi
taat setia kepada raja.Bagi wilayah-wilayah yang jauh dari pusat pentadbiran, kuasa mentadbir diberi
kepada pemerintah tempatan tetapi kesetiaan dan mematuhi perintah raja di pusat pentadbiran hendaklah
diberikan.Di Melaka, ketua pentadbir ialah sultan. Pentadbiran bagi tanah jajahan Melaka ialah ‘raja’ atau
‘pemerintah’ kawasan itu sendiri yang memerintah dengan restu istana Melaka. Mereka mengakui
kedaulatan raja Melaka selepas negeri mereka dikalahkan. Kawasan yang ada hasil bijih timah,
Mandulika dilantik menjadi pentadbir dan bertanggungjawab terus kepada raja Melaka. Kawasan
taklukan Melaka diberi kuasa hak memerintah, kuasa undang-undang, kuasa awam dan jenayah dan kuasa
peraturan dan adat tempatan masing-masing. Walau bagaimanapun untuk hukuman bunuh, ia tetap di
tangan raja Melaka.Srivijaya juga diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh
sebilangan pembesar dalam pentadbiran negara. Di sini, pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran
pusat seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh
datu. Beliau bertanggungjawab bagi hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada
raja dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan.

Tema 3 : Ketahanan dan Pertahanan

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China, Melayu dan Barat

3.1 Konsep: Konsep Ketahanan Dan Konsep Pertahanan

Berdasarkan contoh amalan dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India,
China, Melayu dan Barat tunjukkan bagaimana ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui
latihan dan amalan menguatkan mental dan psikologi dan fizikal serta peralatan senjata tentera
(Tamadun Yunani – melalui sukan/olimpik, Rom – gladiators, lumba kuda dll)

3.2 Organisasi:Tunjukkan jenis organisasi yang wujud di dalam satu-satu tamadun dalam aspek
pertahanan (Rom – ‘legions’, Viking – perahu, Norman – ‘knights’ dll , Srivijaya – Orang Laut)

Tunjukkan taktik dan strategi pertahanan dan peperangan ( Rom – testudo (kura-kura),
China – (The Great Wall)Huraikan ciri-ciri tentera dalam satu-satu tamadun (Rom
–‘legions’, Norman –‘knights’, tentera bergajah dll)

3.1 Konsep

Ketahanan: Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran dalam menghadapi


sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam perjuangan. Ketahanan terdiri
daripada ketahanan rohani/spiritual dan ketahanan fizikal. Ketahanan rohani/spiritual
meliputi aspek-aspek agama dan moral. Ketahanan fizikal merangkumi aspek-aspek lahiriah
termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan
pelaksanaan yang betul merupakan asas-asas yang penting dalam pembinaan ketahanan fizikal
dan rohani bagi sesebuah masyarakat dan negara. Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina
secara seimbang dan sepadu. Ketahanan diri, masyarakat dan negara merupakan persediaan yang
wajar dan perlu diambil perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan.

Pertahanan :Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara
daripada serangan musuh Membela golongan yang lemah, teraniaya dan dizalimi juga
termasuk dalam erti pertahanan Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan
pengorbanan yang besar dari segi harta,, masa, jiwa dan nyawa.

3.2 Organisasi
Tamadun Mesopotamia:Orang Sumeria adalah orang yang pertama di kalangan manusia awal
yang mengetahui tentang taktik-taktik peperangan walaupun mereka bersifat.kemanusiaa, bijak
membuat ramalan berdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita berperang yang
bersungguh-sungguh. Mereka berperang dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat.
Senjata mereka ialah tombak dan lembing dan memakai topi kulit.Pemerintah membina tembok
pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh dan melindungi penduduknya. Dalam masa-
masa mereka berhenti bertelingkah sesama sendiri, orang Sumeria ini bersatu pula memerangi
puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran subur dan menjadi ancaman besar kepada
peradaban Sumeria. Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang berpindah randah bahkan
juga oleh orang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utara dataran
Sinnar). Orang Semitik berperang dengan cara terbuka, menggunakan panah dan buat beberapa
abad tidak dapat ditandingi oleh orang Sumeria.Permusuhan dan peperangan sering berlaku di
antara negtara-negara kota di Mesopotamia atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi
punca kekayaan. Contohnya ialah peperangan yang berlaku antara negara kota Ur dan Urech
adalah kerana hendak menguasai hilir Sungai Euphrates. Akibat daripada peperangan demi
peperangan di antara negara-negara kota, maka berlakulah pertukaran pemerintah, kemusnahan
negara-negara kota dan keruntuhan tamadun Mesopotamia. Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja
Sargon dari Akkadia telah menguasai tamadun Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara
kota dan meluaskan empayarnya dari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean. Pada kira-
kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah menyerang Mesopotamia dan
berjaya menawan Babylon. Babylon telah berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah,
kuat dan masyhur di bawah pemerintahan Hammudrabi (1709SM – 1669SM). Hammurabi telah
mendirikan kubu di setiap kota. Kubu-kubu itu dikawal oleh angkatan tentera. Kubu Babylonlah
yang paling terkenal di antara kubu-kubu yang dibina.

Tamadun Mesir:Pada zaman empayar Mesir ( Zaman Pertengahan) kira pada tahun 1600 SM –
1000SM iaitu ketika diperintah oleh Amhose, tentera Mesir disusun rapi dan menggunakan
pedati kuda yang beroda besar dan bertayar mati yang dibuat dari kulit. Tentera dibahagikan
kepada beberapa bahagian seperti bahagian tengah dan bahagian tepi. Serangan menggunakan
taktik gerak rusuk.Pada zaman pemerintahan Tutmose, beliau sendiri mengetuai angkatan
tentera. Serangan dibuat pada setiap musim bunga menggunakan jalan darat dan laut. Dengan itu
menunjukkan Mesir telah mempunyai angkatan tentera darat dan laut. Peralatan yang digunakan
oleh Mesir ialah pedang, panah, baju besi dan kuda.

Tamadun Arab:Kegiatan ketenteraan dan peperangan pada zaman Arab pra-Islam merupakan
satu profesyen yang dnpandang mulia dan sangat diminati.Setiap kejayaan yang diperoleh dalam
satu-satu peperangan boleh membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah
yang berjaya.Orang-orang Arab telah dilatih dan diasuh berperang sejak kecil lagi kerana
peperangan antara kabilah merupakan satu daripada kehidupan mereka. Kaum lelaki memainkan
perananyang besar dalam peperangan jika dibandingkan dengan kaum wanita. Meeka dilatih
bermain senjata dan bermain kuda.Setiap peperangan biasanya melibatkan seluruh anggota
kabilah termasuk perempuan dan kanak-kanak. Seluuruh harta benda dibawa bersama ke medan
peperangan. Mereka juga membawa pakar bedah (untuk memotong bahagian yang tercedera).
Alat-alat bunyi- bunyian seperti gendang, serunai serta lagu-lagu bersemangat dimainkan dalam
perjalanan menuju medan peperangan.Perempuan-perempuan yang ditawan dalampeperangan
akan dijadikan gundik atau harta milik sendiri yang boleh diperdagang sebagai hamba abdi.
Pihak lelaki bertanggungjawab mempertahankan kaum wanita. Jika mereka gagal, wanita itu
akan menjadi milik musuh. Biasanya mereka berusaha memiliki semula wanita mereka dengan
cara tebusan atau berperang.Harta-harta rampasan perang diagih sama rata kepada tentera setelah
¼ daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Ketua kabilah boleh memilih harta
rampasan perang yang disukainya, selepas itu barulah diagihkan kepada orang lain. Alat-alat
senjata yang digunakan ialah pedang, tombak ,panah dan baju besi. Dari segi jenis tentera,
tenteranya terdiri daripada tentera infantri (tentera berjalan kaki) dan tentera berkuda/cavalry
(sebahagian keciol sahaja). Tentera berkuda hanya digunakan pada masa peperangan ‘serang
lari’.Tentera bergajah juga digunakan iaitu semasa Abrahah menyerang Mekah iaitu semasa Nabi
dilahirkan.Dari segi organisasi tentera, ada perbezaan antara tentera golongan Badawi (penduduk
padang pasir) dan Hadari (penduduk bandar). Organisasi tentera puak Badawi kurang tersusun
dan menggunakan taktik ‘serang lari’, sebaliknya kaum Hadari lebih .tersusun dan lebih banyak
dipengaruhi oleh Rom dan Parsi terutamanya bagi Arab Hadari yang tinggal di bahagian utara
dan selatan Arab.Contoh organisasi yang tentera Rom dan Parsi yang mereka tiru ialah tentera
dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu depan, tengah, belakang, kiri dan kanan yang dikenali
sebagai ‘al-khamis’. Ketua kabilah diletakkan dibahagian tengah untuk menjaga
keselamatannya.Orang Arab juga mendirikan kota pertahanan. Contohnya, di selatan Arab kota
pertahanan dibina di Ghumdam (di Yaman),Hadramaut, Mahrah dan Oman. Di utara Arab dibina
beberapa buah benteng pertahanan di kota Petra/Batra’, al-Khawarnaq (berhampiran al-Hirah)
dan al-Sadir (di tengah kota al-Hirah).Motif peperangan yang berdasarkan semangat asabiyah
(kesukuan) adalah bertujuan untuk mencari nama dan kemegahan. Peperangan boleh
berlarutan hingga berpuluh tahun seperti Peperangan al-Basus antara suku Taghlib dan suku Bakr
yang memakan maa selama 40 tahun.

Tamadun Greek:Sejarah awal Greek yang bermula d ibeberapa buah pulau termasuk Create ,
terletak di Laut Mediterranean menjadikan orang greek sebagai tentera laut yang kuat. Malah
tuan kapal pertama di Laut Aegean adalah orang Greek – terkenal dengan kecekapan dalam
pelayaran.Raja Mycenae (sebuah dari kota di Greek) telah membina sistem berkubu untuk
menahan serangan penyerang dari laut. Bandar Troy yang merupakan sebuah daripada negara
kora di Greek terkenal sebagai kota berkubu. Istana di bandar Troy dikelilingi tembok setebal 15
kaki dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah berjaga-jaga dari
sebarang serangan.Orang Achaean (satu dari kaum Greek) menggunakan senjata tombak untuk
mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu kuda, memakai
baju besi atau kulit, sarung kaki yang dibuat dari gangsa, perisai besar yang dibuat dari kulit
lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara
berlawan ialah berlawan seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak
mempunyai senjata yang lengkap. Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek
mempunyai angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai alat kenderaan
perang yang disamakan dengan kereta kebal masa ini. Di tanah besar Greek, orang-orang Greek
membina benteng/kubu pertahanan bagi menghadapi serangan dari utara.Ketahanan diri dan
fizikal orang-orang Greek dicapai melalui latihan olahraga. Latihan dalam olahraga menjadi
sebahagian daripada pelajaran seseorang murid di Athens. Berlari, bergusti, melontar lembing
dan bertinju yang dipelajari oleh orang Greek semasa di sekolah gusti, kekal menjadi hobi dalam
hidupnya. Empat tahun sekali pertandingan olahraga secara besar-besaran yang terbuka kepada
semua orang Greek diadakan di Olympia. Pemenang pertandingan disanjung oleh warganegara
lain sebagai seorang yang mengharumkan nama kota mereka. Di setiap kota di Greek terdapat
sekurang-kurangnya sebuah jimnasium umum untuk aktiviti olahraga dan olahraga merupakan
satu bentuk hiburan yang tetap bagi orang lelaki. Athens memang terkenal dengan acara
marathonnya. Sukan Olimpik pertama diadakan sebagai menghormati dewa Zeus. Selain
membantu melahirkan individu yang cergas, kegiatan sukan ini juga secara tidak langsung
menyatukan masyarakat Greek empat tahun sekali dan melupakan perselisihan politik. Sewaktu
sukan ini diadakan, gencatan diisytiharkan oleh semua pihak.Di Greek, terdapat perbezaan dari
segi ketahanan dan pertahanan antara Sparta dengan Athens. Di Sparta, orang lelaki diberi
latihan tentera yang berterusan sejak dari kecil lagi. Bayi yang lemah dibunuh. Kaum wanita
diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka ialah melahirkan perajurit yang berdarah tulin
Sparta. Kaum wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar
menjadi ibu yang sihat (ini berbeza dengan wanita Greek di tempat lain). Budak lelaki yang
berumur 7 tahun ke atas tinggal d iberek di bawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan
juga di bawah jagaan pemuda-pemuda Sparta yang bergelar ‘tukang sebat’. Di situlah mereka
diajar menanggung kesakitan tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik dan senaman,
ditanam dengan semangat suka melawan melalui permainan ganas yang disediakan. Ketika
permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa terkorban. Bagi menambahkan daya usaha mereka,
mereka digalakkan mencuri jiran mereka. Bila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat
dalam polis rahsia. Bila mereka berumur 30 tahun mereka mesti berkhidmat sebagai tentera
dengan disiplin yang lebih keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani. Kerja
begini diserahkan kepada helot dan warganegara diharamkan memegang wang. Keindahan dan
sifat lemah lembut tidak terdapat di kalangan orang Sparta. Mereka memang terkenal sebagai
pejuang terbaik. Mereka ditanamkan dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Orang Sparta
hanya bertuan kepada satu iaitu undang-undang mereka. Kekuatan tentera darat mereka jelas
apabila mereka berjaya mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek tahun 480SM.Di
Athens, berkhidmat di dalam tentera adalah satu perkara biasa dalam kehidupan orang Athens.
Daripada umur 18 tahun hingga 20 tahun mereka menerima latihan tentera. Pada tahun kedua
latihan, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan sempadan di Attica. Daripada umur 20 hingga
umur 60 tahun, mereka boleh dikerah berkhidmat. Pada bila-bila masa sahaja, Dewan
Perhimpunan akan membuat keputusan melancarkan perang ke atas jiran yang tidak disukai
mereka. Arahan menjalankan kerahan akan dilekatkan di pasar-pasar dan orang-orang lelaki akan
segera menyediakan pedang dan perisai, mendapatkan catuan makanan dan melaporkan diri
dalam tentera warganegara. Semuanya akan bersedia bergerak dengan segera. Semasa
peperangan askar-askar yang terdiri daripada warganegara itu dengan kelengkapan senjata yang
berat akan berdiri rapat-rapat dalam satu barisan, perisai bertemu perisai dan mereka akan mara
menemui barisan musuh. Cara mereka ialah dengan berdiri berselindung di belakang perisai,
menghunusksn tombak dan cuba mengundurkan tentera musuh. ‘Musim’ peperangan akan
berakhir dalam bulan April dan Mei kerana mereka perlu pulang untuk menuai hasil tanaman
mereka. Inilah bezanya dengan tentera Sparta yang mempunyai tentera tetap. Berbanding dengan
orang Sparta, orang Athens terkenal dengan kehandalannya di laut. Kapal perangnya mencecah
sebanyak 200 buah dan untuk menempatkannya tidak menjadi masalah kerana Athens telah
membina beberapa buah pelabauhan.

Tamadun Rom :Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom
sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa sahaja mengancam
Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan disempadan dan yang paling terkenal
ialah Tembok Hadrian yang dibina dari Tyne ke Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan
angkatan lautnya. Ini jelas apabila rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan
angkatan laut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom juga
menggunakan kapal laut. Pada zaman pemerintahan Constantine, Rom telah menggunakan
meriam sebagai satu daripada alat perangnya. Alatan perang Rom terdiri daripada baju besi,
helmet, pedang, tombak, pisau belati, panah, lembing, dan artillery (senjata pemusnah yg. dibuat
dari batu dan kayu, seakan bom). Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti
seperti bergusti, pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liar
serta lumba kuda. Gimnasiun dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan tersebut. Orang tahanan
dilawankan dengan binatang liar seperti singa. Jika menang, akan dibebaskan.Dalam usaha
meluaskan empayarnya, Rom bergantung kepada bilangan dan kekuatan tenteranya. Pada zaman
pemerintahan Augustus, beribu-ribu orang tentera diambil untuk mempertahankan negara dari
serangan musuh. Tentera yang jumlahnya hampir 400 ribu orang biasanya ditempatkan di
sempadan yang terdedah dengan serangan luar. Augustus menempatkan tentera pengawal di luar
Itali dan mengadakan pengawalan untuk dirinya sendiri di Rom . Tempoh perkhidmatan bagi
tentera Rom ialah antara 20-25 tahun. Bagi menambahkan bilangan tentera warganegara,
Augustus telah mewujudkan tentera bukan warganegara yang diberikan taraf warganegara
setelah 25 tahun berkhidmat. Tentera Rom juga berjasa dalam mengembangkan budaya Rom di
kawasan jajahan. Tentera Rom juga boleh berfungsi sebagai jurutera, pembina jalan, jambatan,
petani dan menjadi hakim di daerah-daerah tertentu.Taktik yang digunakan oleh Rom terutama di
Arab Utara dan Selatan ialah dengan membahagikan tenteranya kepada 5 bahagian iaiatu
bahagian depan, belakang, kanan, kiri dan tengah. Ketika melawan orang-orang Islam dalam
Perang Yarmuk tahun 635 M, Heraclus sebagai ketua tentera Rom telah mengikat tenteranya
dengan besi antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka lari .Rom juga menggunakan
taktik dan strategi testudo (kura-kura). Jenis tentera Rom dikenali sebagai ‘legions’ (unit/batalion
yang mengandungi 3,000-6,000 askar berjalan kaki/infantri dan 100-200 askar berkuda) dan
‘tentera bergajah’ (semasa menyerang Mekah melalui panglimanya, Abrahah).

 Tamadun India:Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja


yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan. Plini
menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan tentera yang terdiri
daripada 600,000 orang askar berjalan kaki, 30,000 orang tentera berkuda dan 9,000 orang
tentera bergajah di samping tentera-tentera berkereta kuda. Raja merupakan pegawai tertinggi
angkatan tentera. Untuk mengendalikan tenteranya yang begitu ramai, beliau membahagikan
kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Tiap-tiap lembaga mengandungi 5
orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera berjalan kaki, tentera berkuda,
tentera bergajah, tentera berkereta kuda dan tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat
senjata. Tenteranya juga terdiri daripada berbagai kelas masyarakat dan bertugas semasa berlaku
peperangan sahaja. Tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa
terdapat juga jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang ikut serta dalam peperangan untuk
membantu tentera yang tercedera. Di Mohenjo Daro dan Harappa dibina kubu dengan dinding
yang tingginya 400 meter panjang dari utara ke selatan dan lebarnya ½ km. Tembok kubu
Harappa dibuat daripada batu lumpur dengan batu terbakar yang tebalnya 18 meter. Sebenarnya
di setiap bandar dalam Tamadun Indus dibina kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada
musuh.
Tamadun China:Pada dasarnya negeri China adalah sebuah negeri ketenteraan. Pada zaman
awal, Raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang sebagai kejadian yang
menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam peperangan menjadikannya kaya dan
berkuasa. Kadang kala Raja Shang menawan musuhnya sebagai korban kepada dewanya. Tentera
Shang terdiri daripad tentera berjalan kaki dan berkereta kuda. Dinasti Shang kemudian
digulingkan oleh Wu Wang dari Dinasti Chou pada tahun 1027SM kerana kezaliman raja Shang
terakhir iaitu Shang Chau Hsin. Semasa pemerintahan kerajaan Chin, mereka berperang
menggunakan angkatan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki dan bukan kereta kuda untuk
berperang. Pada masa awal pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah mengarahkan askar
mencari alat-alat perang di dalam setiap rumah. Semua alat itu dirampas dan dihantar ke ibu kota
Siang Yang dan dileburkan menjadi loceng besar dan patung besi. Melalui cara itu Shih Huang Ti
berharap rakyatnya atau wakil lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap
kerajaannya malah kerajaan pusat cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera.
Tenaga buruh bagi tentera diperolehi dari sistem kerahan dalam berbagai-bagai daerah tentera
yang dikatakan sebagai Chun. Apabila kerajaan Chin hendak mengerahkan askarnya, beliau
mengambil golongan pemimpin tentera dalam Chun tersebut. Kerajaan pusat juga melantik
pegawai sebagai pemimpin tentera bagi kempen peperangan. Dari segi taktik peperangan, Shih
Huang Ti berperang menggunakan taktik orang Tartar (ganas),dan menggunakan tentera berkuda.
Beliau juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar berperang ke
sempadan. Beliau juga telah membina rangkaian jalan tentera dan terusan untuk memudahkan
pergerakan/serangan.Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang
tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai Tembok Besar
Negeri China. Tembok ini dibina dari tahun 228SM hingga 210SM yang merentasi bukit bukau
dan lembah. Panjang tembok ini ialah 2250 batu dengan ketinggigan 15 kaki hingga 20 kaki.
Tembok ini dibina lengkap dengan menara pengawal. Terdapat sebanyak 20,000 menara
pengawal. Setiap satunya di tempatkan sepasukan tentera yang mengandungi 100 orang. Mereka
mengawal dengan menggunakan panah. Di samping menara pengawal yang besar tadi, terdapat
juga menara pengawal yang lebih kecil sebanyak 10,000 buah. Alat-alat peperangan yang
digunakan di China ialah panah, pedang, lembing dan perisai. Pada zaman Monggol memerintah
China, Marco Polo yang melawat China pada abad ke-13 melaporkan bahawa China
menggunakan serbuk letupan dalam peperangan.Bagi menguatkan ketahanan fizikal, orang
China menjalanii latihan ketenteraan termasuk seni mempertahankan diri secara tradisional.

 Tamadun Melayu:Kerajaan-kerajaan Melayu juga mempunyai angkatan tentera yang kuat


terutama kerajaan-kerajaan yang terkenal dengan perluasan empayarnya seperti Srivijaya,
Majapahit, Melaka Acheh dan Funan. Srivijaya mempunyai angkatan laut yang kuat. Kerajaan
ini menggunakan angkatan lautnya untuk memaksa kapal-kapal dagang singgah di
pelabuhannya. Dalam aspek pertahanan ini, organisasi tentera yang ditubuhkan oleh Srivijaya
dipanggil Orang Laut. Orang Laut melindungi pedagang dari serangan lanun. Orang Laut inilah
juga yang melindungi Parameswara ketika menyelamatkan diri ke Tanah Melayu dari serangan
Majapahit. Dengan angkatan tentera yang ramai, Srivijaya telah menawan beberapa buah
kerajaan di utara Tanah Melayu dan Sumatera. Kerajaan Srivivjaya telah mewujudkan satu unit
pentadbiran ketentraan yang diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava.Kerajaan Melaka
semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan organisasi tentera yang dipanggil Orang
Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi pedagang dari lanun. Pada peringkat awal Melaka
ditubuhkan, Melaka sering diancam oleh Siam dan Majapahit. Bagi mempertahankan Melaka
dari ancaman-ancaman luar, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China.
Beberapa jawatan diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin keselamatan negeri
Melaka. Jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka berfungsi sebagai ketua angkatan tentera,
sementara Laksamana pula merupakan ketua angkatan laut. Temenggong
dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan
pasukan keselamatan. Kekuatan tentera Melaka terutama semasa di bawah Bendahara Tun Perak
membolehkan Melaka meluaskan empayarnya meliputi beberapa buah kawasan di Tanah Melayu
dan Sumatera.Majapahit juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dirantau ini.
Dengan angkatan tentea yang besar dan kuat, kerajaan ini telah memperluaskan empayarnya
dengan menawan beberapa buah kerajaan di Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera, Jawa dan
Bali. Kerajaan Funan pula memperluaskan empayarnya dengan menawan Indo-China, Siam,
Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Alat-alat yang digunakan dalam pertahanan di Alam
Melayu ialah keris, tombak dan pedang. Perahu dan kapal turut membantu membawa angkatan
laut.Bagi menguatkan ketahanan mental dan fizikal, silat merupakan cara mempertahankan diri
secara tradisional.

Tamadun Barat :Di Barat, ketahanan diri dan fizikal diperolehi melalui latihan ketenteraan
yang berdisiplin. Latihan dalam tempoh tertentu diberi secukupnya sebelum diambil bertugas
sebagai tentera. Latihan yang diberi termasuklah latihan bermain pedang, memanah dan
menunggang kuda. Peralatan tentera yang digunakan lebih canggih seperti meriam (seperti
Portugis gunakan untuk menyerang Melaka), perisai, pedang, senapang bersumbu, panah,
pakaian seragam perang (termasuk baju besi, topi, kasut). Pasukan tentera dibahagikan kepada
batalion yang terdiri daripada tentera darat dan laut. Alat yang digunakan semasa berperang ialah
kuda (bagi tentera berkuda) dan kapal laut (bagi angkatan laut). Kubu-kubu pertahanan banyak
didirikan. Dari segi organisasi, orang Norman terkenal dengan pasukan ‘knight’ (memakai baju
besi seluruh tubuh termasuk muka). Pasukan knight juga teridiri daripada kaum bangsawan.
Orang Norman yang berasal dari Britain itu memang terkenal dengan tentera berkudanya.
Manakala orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark merupakan pelaut dan
pahlawan yang terkenal. Mereka mula belayar ke Barat pada abad ke-9 TM untuk mencari
daerah baru. Orang Viking selalunya dikaitkan dengan kapal dan laut. Kapal mereka dikenali
sebagai ‘knorr’ digunakan oleh orang Viking untuk ekspedisi perdagangan. Dengan itu organisasi
pertahanan orang Viking dikenali sebagai perahu atau kapal.Satu lagi cara untuk menguatkan
ketahanan mental dan psikologi orang Barat ialah dengan bersumpah dan berjanji. Ini dapat
dilihat dalam Perang Salib yang berlaku antara orang Krisitian dengan orang Islam pada akhir
abad ke-11 TM. Sebelum melancarkan serangan, orang-orang Kristian telah bersumpah untuk
merampas kembali Makam Suci (Holy Sepulchre) untuk mendapatkan kembali Baitul Maqdis
yang ditawan oleh tentera Islam pada tahun 673 Masihi. Di atas alasan untuk masuk/menziarahi
Baitul Maqdis semakin sukar (menurut ajaran mereka, menziarahi tanah suci adalah cara untuk
mendapatkan keampunan dosa dan untuk masuk syurga), telah menaikkan semangat untuk
berjuang menentang orang Islam. Pihak gereja telah berjanji akan membebaskan mereka dari
membayar cukai, memberi pengampunan dosa, dan akan dibebaskan dari penjara jika mereka
pergi berjuang menentang orang Islam.

 Tema 4: Ekonomi

Kawasan Kajian: Mesopotamia,Mesir, Arab,Graeco-Raman, India, China, Melayu dan Barat


4.1 Konsep dan sistem ekonomi:Kegiatan ekonomi dalam kehidupan manusia di dunia ini telah mula
kelihatan pada zaman Mesolitik ( di setengah-setengah tempat) iaitu apabila manusia mula menunjukkan
tanda-tanda awal ke arah mengusahakan pertanian. Ini lebih jelas lagi apabila manusia memasuki era
Neolitik. Orang-orang Neolitik telah giat dalam bidang pertanian, penternakan malah telah pandai
menggunakan alat-alat teknologi seperti penggunakan roda (untuk bergerak) dan bajak dalam pertanian.
Zaman ini mengalami kemajuan dalam bidang ekonomi , lebih-lebih lagi apabila manusia telah mula
pandai bergiat dalam bidang perdagangan. Selepas zaman Neolitik, manusia bergerak lagi ke tahap pandai
membuat dan menggunakan alat-alat daripada gangsa dan besi. Zaman prasejarah akhir inilah dianggap
sebagai permulaan kegiatan ekonomi manusia di dunia ini yang nantinya memperlihatkan kemajuan yang
pesat pada zaman tamadun awal manusia.Dalam membicarakan konsep dan sistem ekonomi pada zaman
tamadun awal, kita haruslah menyorot tahap-tahap perkembangannya iaitu dari ekonomi sara diri,
menuju kepada komersial, perdagangan dan kapitalisme. Konsep sara diri bermaksud ekonomi yang
diusahakan itu adalah semata-mata untuk menyara diri dan keluarga sahaja. Apabila manusia memerlukan
barang yang tidak ada padanya, berlakulah komersil atau perniagaan yang dimulakan dengan sistem
barter/tukar barang. Apabila wang telah dicipta bagi memudahkan urusan perniagaan, sistem barter
beransur-ansur ditinggalkan. Apabila penduduk di sesebuah bandar itu semakin ramai, perniagaan
semakin banyak dijalankan dan keperluan kepada barang-barang luar berlaku, maka hubungan dengan
masyarakat atau negara luar tidak dapat dielakkan lagi. Di sini satu lagi poroses ekonomi berkembang
iaitu perdagangan. Apabila pedagang menjadi kaya hingga mampu untuk melabur kekayaannya, wujudlah
golongan kapitalis.

Tamadun Mesopotamia:Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada
peringkat awal, masyarakat dalam tamadun Mesopotamia mengusahakan tanah untuk kegiatan pertanian
(sememangnya Lembah Tigris dan Euphrates amat subur untuk pertanian), mereka menanam gandum dan
barli. Di kawasan tanah tinggi mereka nenanam bijirin. Tanaman utama ialah jagung, kurma, sayuran-
sayuran (bawang putih, daun salad, bunga bawang, kunyit, ubi sengkuang, lobak, thyne dan lobak putih).
Bajak digunakan dalam kerja-kerja pertanian. Tambak dibina untuk mengelakkan banjir.Pada peringkat
awal iaitu sebelum mereka mengenal teknologi moden, mereka mengisar menggunakan tangan..Mereka
juga menternak kambing biri-biri, lembu, kerbau dan keldai. Keldai digunakan untuk kenderaan. Di
samping itu mereka juga menangkap ikan menggunakan kail dan jala. Dari segi perusahaan, Mesopotamia
mengusahakan tembikar, pertukangan kayu, membuat patung, membuat alat-alat perhiasan, membina
kapal dan pakaian. Kegiatan ekonomi pada peringkat awal hanyalah untuk menyara diri mereka sendiri.
Konsep sara diri di sini bermaksud mengusahakan pertanian dan ternakan untuk menyara diri dan
keluarga sendiri dan tidak diperdagangkan. Apabila tanah pertanian itu diusahakan secara giat iaitu
apabila mereka telah menggunakan bajak, membina tambak dan membuat sistem pengairan, hasil
bertambah dan apabila mereka mula membuat perhubungan dengan orang luar dan memerlukan barang
yang tidak terdapat di tempat mereka, perdagangan mula dijalankan... Konsep komersil mula mengambil
tempat. Barang-barang dagangan dijual kepada orang padang pasir yang berpindah randah. Pada mulanya
mereka menggunakan sistem barter (tukar barang) tetapi apabila mereka telah pandai menggunakan wang
perak, perdagangan menjadi bertambah pesat dan di sini sistem komersil digantikan dengan perdagangan.
Konsep perdagangan merujuk kepada sistem perniagaan yang melibatkan orang luar atau peringkat antara
bangsa. Mesopotamia membuat hubungan dagang dengan India,Mesir dan Mediterranean. Barang-barang
eksportnya ialah kain, barang kemas dan senjata. Import utama Mesopotamia ialah kayu balak, logam dan
batu ( dari Mesir), tembaga (dari Turki dan Parsi), walnut, gam dan emas.

Tamadun Mesir:Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Mesir terkenal
dengan kegiatan pertanian kerana Lembah Sungai Nil memberikan tanah yang subur dan anugerah Allah
yang tidak ternilai memandangkan kawasan sekitarnya yang lain merupakan kawasan padang pasir yang
tidak memberikan apa-apa hasil. Pada mulanya penduduk tamadun Sungai nil ini mengusahakan rami,
gandum, barli, fleks, sayur-sayuran, kacang, lobak, kurma, menanam pokok pyprus (untuk membuat bot,
tali dan sender), ternakan kambing, biri-biri dan lembu hanya untuk sara diri. Lama kelamaan kegiatan ini
bertukar menjadi komersil apabila hasil bertambah hingga melebihi keperluan diri dan keluarga. Ini
berlaku apabila mereka mula menggunakan teknologi dalam bidang ekonomi ini. Bagi menambahkan
hasil, bajak,dan syaduf (alat mengangkut air dari Sungai Nil) digunakan. Terusan bagi mengairi tanaman
juga dibina. Perusahaan utama yang dijalankan ialah pembinaan kapal, menguari, membuat bir dari barli
dan wain dari anggur, membuat tembikar, gelas dan membuat kain dari rami. Perlombongan tembaga juga
diusahakan. Pada mulanya perniagaan dijalankan melalui sistem barter, kemudian berkembang kepada
perdagangan hingga ke peringkat antara bangsa menggunakan jalan darat (melalui Sinai) menggunakan
sistem kafilah dan jalan laut.. Mesir telah mengeksport gandum, kain linen, tembikar, barang-barang
kemas dan mengimport kayu perabut (kayu gergaji), emas, perak,dan gading. Urusan perdagangan
dijalankan dengan Babylonia,Syam, Crete (Yunani), Afrika, Asia dan Rom.

Tamadun Arab:Di semenanjung Tanah Arab, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi
yang utama. Ini dapat dilihat di Yaman (Selatan Arab). Pada zaman sebelum kedatangan Islam lagi,
Yaman telah muncul sebagai sebuah negara yang maju dalam pertanian. Tanahnya yang subur ditambah
lagi dengan pembinaan Empangan Maarib menjadikan Yaman sebagai pengusaha pertanian yang maju
sekali. Berbagai jenis buah-buahan ditanam. Yaman juga ada mengusahakan bidang pertukangan. Yaman
telah mengeksport bulu biri-biri, kulit binatang, patung-patung berhala dan buah tamar melalui
pelabuhan-pelabuhan Adanah dan Aden ( di Yaman), Ubullah dan Siraf ( di Teluk Parsi) dan Syuaibah (di
Laut Merah). Barang-barang importnya terdiri daripada batu permata, garam, emas, sutera ( dari Teluk
Parsi) dan rempah (dari Habsyah). Selain dari Yaman, perniagaan juga wujud di Hirah dan Mekah
( Mekah terkenal dengan pasar-pasar Zul Majaz, Ukaz dan al-Majannah). Sebenarnya, pada peringkat
awal, ekonomi tanah Arab dipegang oleh orang Yaman. Mereka memasarkan hasil-hasil dari Hadhramaut,
Zofar, India dan membawanya ke Syam dan Mesir. Walau bagaimanapun, mulai abad ke-6 M, kedudukan
mereka diambilalih oleh orang-orang Hijaz yang menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan yang
baru kerana Yaman masa itu telah dijajah oleh Habsyah/Rom dan kemudiannya oleh Parsi menyebabkan
perdagangan di laut dikuasai oleh mereka manakala perdagangan di darat berpindah ke tangan orang-
orang Mekah. Pedagang-pedagang Hijaz itu menbeli barang-barang dari Yaman dan Habsyah, kemudian
dijual di pasar-pasar Syam dan Mesir. Walau bagaimanapun, Mekah juga mempunyai barang-barang
dagangannya sendiri seperti berhala yang dijual pada musim haji. Perdagangan Hijaz dijalan kan pada dua
musim. Pada musim panas mereka berdagang ke utara seperti ke Syam, manakala pada musim sejuk
mereka berdagang ke selatan iaitu ke Yaman.Perdagangan melalui laut telah membawa orang Arab
sampai ke India dan China. Kerajaan-kerajaan Saba’ dan Himyar di Yaman mempunyai armada yang
besar untuk membawa barang-barang perniagaan dari India, China, Somali dan Sumatera ke pelabuhan-
pelabuhan Yaman. Perniagaan di tempat-tempat tersebut dimonopoli oleh mereka. Barang-barang
dagangan yang dibawa balik dengan kapal telah dikumpulkan di Yaman, dibawa ke Hijaz dan ke Syam
untuk dipasarkan ke Eropah menggunakan jalan darat (sistem kafilah). Kebijaksanaan orang Yaman
berniaga atau menyimpan rahsia perniagaan terbukti dengan sangkaan orang Barat bahawa barang-barang
yang didagangkan itu datangnya dari Yaman sendiri. Golongan Badawi yang mendiami kawasan padang
pasir (kawasan pedalaman) bergantung hidup kepada hasil ternakan seperti unta, kambing, biri-biri, keldai
dan kuda. Bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan subur (wadi) mereka menanam kurma, jagung,
delima, zaitun, gandum dan sayur-sayuran. Mereka mengamalkan sistem barter dalam urusan
perdagangan. Bagi mendapatkan pakaian dan makanan, mereka menukarkannya dengan binatang
ternakan mereka. Dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka merompak barang orang lain untuk memenuhi
keperluan mereka. Pendek kata ekonomi di kalangan orang Badawi adalah setakat sara diri sahaja. Satu
lagi barang dagangan yang menjadi sumber ekonomi Arab ialah penjualan hamba. Hamba ini adalah dari
bangsa Arab dan bukan Arab.

Tamadun China:Pada zaman Dinasti Shang (1500-1100SM), jelai dan gandum merupakan bijirin utama
di tanam di negara China. Petani juga memelihara lembu, kerbau, kuda, dan kambing. Kemajuan dalam
bidang ekonomi di negara China dapat dikesan semasa dinasti Chou dan Han. Tamadun awal China di
Lembah Sungai Hwang Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan sekoi,
barli, padi dan gandum. Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan dan latan pertanian yang
diperbuat daripada besi. Mereka juga mengusahakan penternakan seperti lembu, Khinzir, kambing dan
ulat sutera. Pada mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi
komersil apabila industri tenunan telah wujud. Mereka mengusahakan tekstail dan bulu secara komersil.
Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan dalam sistem pengairan
dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi.
Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han telah membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang
menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi mengawal banjir. Dinasti
Han juga telah membuat dasar memindahkan penduduk untuk membangunkan kawasan yang kurang
subur di wilayah-wilayah utara dan sempadan Mongolia. Pada tahun 198SM seramai 100,000 orang
terlibat dalam pemindahan ini. Perusahaan yang dijalankan ialah membuat tembikar, barangan ukiran
daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil dan bulu. Pada zaman Dinasti Han, China menjalin
hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom. China mengeksport sutera,
tembikar, barang-barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed. Barang-barang
buatan tangan China mendapat permintaan yang menggalakkan dari luar negeri. Sutera dieksport ke Rom
dengan jumlah yang banyak. Selain dari Rom, sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan
Timur Tengah. Barang-barang importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negara-negara
tropika), kaca, kain bulu dan linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia Tengah), mutiara dan
karang-karangan (dari Laut Merah). Sebenarnya, China lebih banyak mengeksport dari mengimport,
menyebabkan China bertambah kaya.

Tamadun India:Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada zaman
tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas diusahakan. Kemudian muncul perusahan memintal
kapas. Di kawasan Harappa penduduk telah menanam barli, kacang, gandum dan kapas. Mereka juga
menternak ayam, kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan khinzir.Roda digunakan sebagai kincir air
untuk mengangkut air dari sungai. Empayar Maurya di bawah Chandragupta Maurya telah membenarkan
petani-petani menggunakan tanah milik kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil
perkapita mestilah diserahkan kepada kerajaan. Beliau juga membina sistem pengairan untuk
meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian. Semasa pemerintahan Asoka, sistem ekonomi
diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra membersihkan tanah baru untuk dijadikan
kawasan pertanian.

Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan
tembikar (tanah liat). Di peringkat antara bangsa, India telah membuat hubungan perdagangan dengan
Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport
kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan
Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini
di samping alat-alatan daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya,
perdagangan peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara Greek,
Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia Barat ialah melalui laut.
Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga. Di laut mereka mengusahakan kutipan
mutiara, berlian dan garam. Orang India Selatan merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan
dengan dunia luar.

Tamadun Greek:Greek merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Laut Mediterranean dengan
muka bumi yang bergunung ganang. Sebahagian kecil sahaja dari kawasannya boleh diusahakan
pertanian. Di dataran-dataran yang sempit mereka mengusahakan tanaman jagung, anggur dan zaitun. Di
lereng-lereng gunung mereka menternak kambing dan biri-biri. Menjelang abad ke-4, Athens (Greek)
terpaksa mengimport 75 peratus daripada gandum yang digunakannya. Gandum dan ternakan datangnya
dari Thrace dan kawasan Laut Hitam. Athens mengimport ikan, daging bergaram,buah-buahan, arak ,
bahan galian, kain bulu, pakal yang dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks.
Dari timur dibawa bahan-bahan mewah dan hamba. Athens pula mengeksport minyak zaitun, perak, batu
marmar, bahan buatan dan lukisan. Dengan keadaan muka bumi yang menyempitkan peluang pertanian,
orang Athens beralih kepada laut menjadi pedagang. Keadaan berbeza dengan di Sparta. Orang Sparta
tidak digalakkan berdagang walaupun buminya subur.dan mempunyai hasil galian bijih besi kerana
mereka lebih condong untuk melatih warganya dalam bidang ketenteraan.

Tamadun Rom:Rom mengusahakan bidang pertanian dan perdagangan. Dalam bidang pertanian,
iklimnya membolehkan negara ini mengusahakan tanaman gandum,. anggur dan zaitun. Akueduk (saliran
air) dan empangan telah dibina. Mereka juga menternak biri-biri dan kambing. Dari segi perdagangan,
Rom merupakan pusat perdagangan yang penting dan maju terutama ketika di bawah pemerintahan
Maharaja Augustus iaitu apabila wang syiling digunakan. Rom menjadi pusat perdagangan antarabangsa
yang sibuk, mengimport sutera dan lada putih dari China, mutiara, kosmetik, minyak wangi, batu
permata, kulit penyu, rempah ratus, pokok jati, ebony, lada hitam, sutera China dan tekstil dari India .
Dari Timur Afrika dibawa gading, emas, bulu binatang, batu ambar, lilin dan hamba pula dibawa dari
Rusia dan Jerman. Dati Britain dibawa timah hitam, besi, tiram dan anjing perburuan. Gelas yang tebaik
dibawa dari Mesir atau sidon di Phoenicia. Dari Sepanyolmkapal-kapalnya membawa logam, emas,
perak, bahan pencelop, linen dan minyak zaitun. Afrika Utara menghantar hamba, serbuk emas, batu
marmar Afrika, gading dan binatang liar untuk pertunjukan. Asia Kecil dan Syria membekalkan kain bulu,
fabrik, permaidani, kain bertekat, barang-barang kulit dan keluli. Industri dijalankan oleh beberapa orang
artisan tempatan yang memiliki kedai-kedai sendiri. Rom telah mengeksport wain, gelas, emas dan kain
linen .

Tamadu Barat:Di Eropah, pada zaman Pertengahan Awal atau Zaman Gelap (500-1050M)
perkembangan ekonominya merosot sekali tapi mulai pulih pada penghujung zaman Pertengahan (1050-
1300M). Ketika itu orang gasar telah membuka kawasan baru untuk petempatan dan pertanian. Akibatnya
ialah berlaku perubahan dalam bidang ekonomi dengan bertambahnya penduduk, bandar-bandar baru
berkembang, perdagangan maju dan wang digunakan dengan meluas menggantikan sistem barter.
Pertanian dan ternakan yang diusahakan secara sara diri telah berkembang secara komersial. Kehadiran
kuasa Islam di Afrika Utara pula telah meningkatkan perdagangan antara bangsa. Perang Salib yang
berlaku di Timur Tengah selama 200 tahun telah membuatkan masyarakat Eropah bersatu. Keadaan ini
telah mengukuhkan kedudukan raja dan raja telah memerosotkan kedudukan golongan bangsawan dan
gereja Feudalisme sebenarnya telah berkembang secara beransur-ansur pada tahun 900-1300M di
Eropah). Pada zaman Pertengahan Lewat ekonomi Eropah merosot kembali. Ketika Eropah mengalami
zaman Renaisssance/Zaman Pemulihan (revolusi intelektual berasaskan pemulihan ilmu pengetahuan
tamadun purba Yunani dan Rom antara tahun 1350-1550M),perdagangan telah wujud antara Itali Utara
dengan pedagang Islam di Iskandariah dan Baghdad. Ini bermakna ketika itu perdagangan antara bangsa
telah rancak dijalankan. Selepas gerakan Renaissance, sistem ekonomi kapitalis semakin penting.Akibat
dari gerakan Reformation ( gerakan pembaharuan agama yang berlangsung antara tahun 1517 hingga
pertengahan kedua kurun ke-16) yang melanda Eropah , golongan menengah memperolehi banyak harta
rampasan tanah gereja. Golongan pedagang yang sebelum itu tertekan dengan undang-undang gereja
( gereja melarang pinjaman wang berdasarkan faedah) kini telah berupaya bergiat dalam perdagangan
apabila amalan riba dibenarkan. Apabila pedagang bertambah kaya, muncullah golongan kapitalis
( golongan yang ada modal untuk dilaburkan). Mereka terdiri daripada pemilik kilang, tanah dan
lombong. Mereka ingin mendapat keuntungan dari pelaburan mereka di kawasan-kawasan baru. Mereka
telah menaja beberapa ekspedisi untuk menjelajah di kawasan luar Eropah. Sehubungan dengan
penubuhan negara-negara bangsa, raja-raja bangsa telah mengamalkan suatu dasar ekonomi baru yang
dikenali sebagai Mercantilisme. Mercentilisme ialah sistem yang mementingkan kekayaan dan dalam
usaha itu ia membawa kepada penguasaan koloni, pembebasan individu daripada kongkongan
abstemiouness (kesederhanaan) dan ‘accesticm’ yang mendominasi pemikiran zaman pertengahan. Pada
awal zaman Pertengahan (500-1000M) adlah menjadi satu kesalahan mengumpul kekayaan. Dalam
ekonomi wang atau kapitalisme (Mercantilisme), pengumpulan wang tidak dapat dielakkan.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang baru berbanding dengan zaman Pertengahan yang menyeru kepada
kesederhanaan. Pemikiran St.Augustine melalui ‘City of God’ mendominasi fikiran masyarakat Eropah
untuk satu jangka masa yang lama. Sebaliknya zaman Renaissance telah menyemai ciri-ciri
individualisme, humanisme, kritikal yang menghalalkan pengumpulan kekayaan. Raja-raja negara bangsa
mula menjadi pelopor perkembangan kapitalisme untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Di bawah
dasar ini setiap negara bangsa mula berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan. Kekuatan sesebuah
negara ditentukan oleh jumlah emas dan perak yang dikuasai. Pemimpin negara pada zaman ini
mempercayai yang kekayaan dapat menjamin politik. Untuk tujuan tersebut, pelayaran-pelayaran ke
seberang laut digalakkan oleh raja-raja negara bangsa. Permulaan pelayaran-pelayaran ini telah
memulakan sejarah dunia Eropah.Penemuan-penemuan kawasan baru ini telah memulakan persaingan di
kalangan negara bangsa untuk mengukuhkan kedudukan dan supremasi mereka. Ini membawa kepada
pengenalan beberapa akta dan undang-undang. Antaranya Akta Perkapalan 1650, ‘Apprentice Act’ 1563,
‘Poor Law’ 1600 dan lain-lain. Kesemuanya bermotif untuk melindungi industri dan perkapalan negara
induk daripada persaingan negara-negarajiran. Ini menyebabkan peperangan menjadi satu fenomena biasa
pada zaman ini. Penemuan-penemuan geografi ini juga membawa kepada kemerosotan bandar-bandar
Itali seperti Venice dan Genoa. Sebaliknya negara-negara di blok Atlantik mula menjadi penting.
Antaranya ialah negara Sepanyol. Portugal, England, Perancis dan Belanda. Selari dengan perubahan-
perubahan dari segi erbandaran yang berlaku di Eropah, peranan nstitusi bank juga turut berubah. Pada
awal zaman Pertengahan,urusan bank adalah secara eksklusif menopoli bandar Itali. Selepas tahun 1500,
bangsa Perancis, Inggeris dan Jerman menyertai Itali dalam merebut peranan ini. Pelayaran-pelayaran ke
seberang laut ini seterusnya mencetuskan perebutan untuk menguasai tanah jajahan antara negara-negara
Eropah untuk membina empayar di merata dunia. Sepanyol mula membina empayarnya di barat, Portugas
pula bertindak ke timur. Pada tahun 1494 Pope membuat garisan dalam peta dunia membahagikan tanah-
tanah untuk kuasa Portugal dan Sepanyol melalui Perjanjian Tordessillas. Namun begitu cara ini tidak
berjaya menyelesaikan perselisihan mereka, sebaliknya permusuhan negara-negara Eropah berlanjutan.
Sesungguhnya perubahan-perubahan dalam bidang ekonomi ini telah menyediakan Eropah untuk
bergerak ke zaman yang lebih mencabar pada abad-abad seterusnya. Berhubung dengan penjelajahan
kuasa-kuasa Eropah ke Asia Tenggara, beberapa faktor telah mendorong mereka berbuat demikian.
Antaranya ialah kewujudan zaman Rennaissance di Eropah itu sendiri telah menimbulkan rasa ingin tahu
di kalangan bangsa Eropah terhadap dunia luar. Begitu juga dengan kesan Perang Salib iaitu apabila
pengaruh tamadun Islam meresapi tamadun Eropah menyebabkan bangsa Eropah bersemangat untuk
menjelajah. Penawanan Konstantinople oleh orang-orang Turki pada tahun 1453 telah menyekat
perjalanan orang-orang Kristian ke timur telah menimbulkan azam kepada mereka untuk mencari jalan
baru dan memecahkan monopoli perdagangan orang-orang Islam dan saudagar Itali.

Tamadun Alam Melayu:Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu tediri daripada kerajaan


agraria (kerajaan ini terletak di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang ekonominya
berasaskan pertanian) dan kerajaan maritim ( kerajaan yang terletak di pesisiran pantai yang
memberi tumpuan kepada perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut).Kerajaan
agraria (seperti Kerajaan Dvaravati di Lembah Sungai Chao Phraya, Kerajaan Funan di Lembah
Mekong dan Kerajaan Angkor di Lembah Mekong) menghasilkan hasil pertanian (seperti padi) ,
hasil hutan (seperti damar, kapur barus, rotan, pencelup) dan perlombngan.Perdagangan
dijalankan secara tukar barang.Kerajaan maritim pula memperolehi barangan dari kerajaan
agraria dan kemudiannya menjalankan perdagangan entrepot. Perdagangan antarabangsa
dijalankan melalui pelabuhan entrepot seperti pelabuhan Oc-eo di Funan, pelabuhan Ko-ying di
Sumatera dan pelabuhan lembah Bujang di Kedah. Barangan yang didagangkan ialah rempah
ratus, hasil hutan, cendana, damardan ubat-ubatan. Perdagangan dijalankan secara tukar barang
dengan pedagang India, China, Arab dan Eropah.Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan
ekonominya melalui pelabuhannya di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang
dagangan tempatan seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan. Kerajaan ini membuat
hubungan perdagangan dengan China (barang seramik), Timur Tengah seperti Arab, Parsi
(barangan gelas kaca dan manik) dan India.Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti
perdagangan ialah Srivijaya, Majapahit dan Melaka apabila kerajaa-kerajaan tersebut menguasai
jalan laluan timur-barat iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda.

4.2 Pembangunan Ekonomi

Pembangunan ekonomi di sini merujuk kepada prasarana ( perhubungan, pengangkutan, institusi


kewangan, gudang, limbungan, kemudahan-kemudahan pelabuhan dan bazar) dan juga sistem kewangan
( cukai, dan perbendaharaan).

Tamadun Mesopotamia ;Mesopotamia membuat perhubungan perdagangan dengan kawasan berdekatan


menggunakan jalan darat iaitu menggunakan keldai, manakala hubungan dengan negara luar seperti India
dan Mesir melalui jalan perhubungan laut. Sejak tamadun awal lagi, Mesopotamia memang terkenal
sebagai pencipta roda yang pertama dan membuat kapal layar. Sungai juga merupakan jalan
pengangkutan untuk ke utara. Dalam urusan perniagaan, mata wang syiling tidak digunakan tetapi
menggunakan ketul-ketul perak (nilai berdasarkan berat). Emas juga digunakan (nilainya 15 kali ganda
dari perak). Sistem bank telah wujud dalam tamadun Mesopotamia dan urusannya dijalankan di rumah
berhala. Kadar faedah/bunga dikenakan sebanyak 20%. Mesopotamia juga mengenakan cukai ke atas
hasil ekonomi dan pedagang-pedagang. Cukai kerajaan dibayar di rumah berhala dan cukai boleh dibayar
dalam bentuk barang dan ia disimpan di dalam stor yang disediakan berhampiran rumah berhala.

Tamadun Mesir :Perdagangan banyak dilakukan melalui laut kerana kedudukannya berhadapan dengan
Laut Mediterranean. Lagipun, sejak dahulu kala lagi orang Mesir mahir menggunakan jalan air melalui
Sungai Nil dan mahir dalam membuat kapal..Buat beberapa lama, orang Mesir hilir mudik di Sungai Nil
dengan sampan-sampan (dibuat dari kayu dengan kain layar dan dayung; belayar dengan mendayung)
hingga ke Laut Mediterranean. Memandangkan bumi Mesir yang tandus kecuali di Lembah Nil,
perhubungan secara darat memang terhad. Pada zaman Kerajaan Purba/Lama, barang-barang diangkut
cara darat melalui Sinai (tembaga dan kayu dan dari Nubia dibawa gading, emas, gam wangi dan bulu
kasyawari. Pada zaman empayar, kapal-kapal digunakan. Dari selatan dibawa masuk gading, kayu arang,
emas, setanggi, celak, baboon, anjing, kera, kulit binatang dan orang asli. Pelabuhan Iskandariah adalah di
antara pelabuhan perdagangan utama di Mesir. Mesir memang terkenal dengan limbungan kapalnya.
Kemudahan-kemudahan kapal disediakan. Bazar-bazar juga muncul bagi memenuhi keperluan
perdagangan. Ketika Mesir diperintah oleh raja-raja Ptolemy, bank-bank telah dimiliknegarakan. Tkstil
dan minyak dimonopoli oleh golongan diraja. Semua tanah tanaman jagung dikehendaki membayar
cuckai kepada raja.. Pada zaman itu, apa sahaja yang boleh dikenakan cukai telah dikenakan cukai seperti
cukai mati, cukai jualan hamba abdi, cukai lembu, cukai pengundian, cukai eksport dan import di
pelabuhan.

Tamadun India :Sistem pengangkutan pada peringkat awal ialah dengan menggunakan unta, gajah,
kuda, keldai iaitu secara kafilah menggunakan jalan darat. Apabila perdagangan berkembang, jalan laut
yang menggunakan kapal digunakan. Perdagangan dijalankan dengan Mesopotamia. India terkenal
dengan sistem timbangannya yang seragam sejak zaman tamadun awal lagi. Dari segi cukai, pada zaman
Asoka dari Dinasti Maurya, Asoka telah memperkenalkan cukai tanah dan cukai ke atas hasil seperti
cukai pengeluaran pertanian, cukai pengeluaran barang-barang dagangan, cukai jalan, dan cukai
pinjaman. Cukai-cuckai itu ditetapkan dengan kadar tertentu. Misalnya, cukai pengeluaran ditetapkan 1/6
daripada jumlah pengeluaran dan mungkin akan berubah kadarnya. Hasil cukai itu digunakan untuk
pembinan sistem pengairan, jalan raya, bangunan-bangunan, tempat-tempat adat di samping sebagai
sumber kepada raja.

Tamadun China. :Alat pengangkutan yang digunakan di negara China bagi mengangkut barang-barang
ialah kuda dan gajah. China dapat menjalankan perdagangan dengan negara-negara sebelah barat melalui
jalan darat yang merentangi Asia Tengah (jalan sutera). Perdagangan melalui jalan laut di selatan
dilakukan apabila jalan darat didapati tidak selamat dan China banyak menggunakan jalan laut semasa
berdagang dengan Alam Melayu. China juga mengenakan cukai dalam perdagangannya iaitu ketika di
bawah pemerintahan Shih Huang Ti. Liu Pang, pengasas Dinasti Han pula telah mengurangkan cuckai-
cukai ke atas hasil pertanian dalam usaha menggalakkan perkembangan pertanian. Semasa China
diperintah oleh Han Wu Ti dari Dinasti Han, beliau telah mewujudkan kembali sistem monopoli kerajaan
atau sistem lesen ke atas pembuatan dan penjualan barang-barang tertentu yang pernah dipraktikkan pada
zaman Dinasti Chin. Pada tahun119SM Wu Ti memperkenalkan kembali monopoli kerajaan ke atas
garam dan besi yang merupakan kegunaan utama. Beliau kemudian menambah monopoli atau sistem
lesen ke atas minuman keras. Maharaja Dinasti Han turut membina jalan raya untuk memajukan bidang
ekonomi China. Dari segi penggunan mata wang, pada peringkat awal, china dmenggunakan wang kulit
siput. Ekonomi wang yang diperkenalkan pada zaman Dinasti Chou itu telah meningkatkan lagi
perdagangan dan kegiatan perindustrian China. Maharaja Shih Huang Ti dari Dinasti Chin pula telah
memperkenalkan mata wang dari tembaga. Pada zaman Dinati Han, mata wang yang digunakan ialah
wang emas dan perak..

Tamadun Greek:Athens mengenakan cukai import dan eksport yang rendah.. Sebahagian besar
perdagangan Athens dilakukan melalui jalan laut kerana jalan-jalan darat ketika itu amat mundur.

Tamadun Rom:Rom terkenal dengan sistem jalan rayanya yang baik dan ini membolehkan perdagangan
berjalan lancar. Di setiap daerah, maharaja membaiki dan membina rangkaian jalan raya yang diturap.
Pada zaman Augustus iaitu zaman Rom berada dalam keadaan aman, perdagangan berjalan dengan baik.
Perdagangan berlaku antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Bandar-bandarnya berbentuk kosmopolitan.
Bandar-bandar di Rom menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika.
Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom.
Pelabuhan-pelabuhan Rom menyediakan limbungan kapal dan kemudahan pelabuhan yang baik untuk
kapal-kapal yang berlabuh. Rom telah mengenakan cukai ke atas kawasan-kawaan yang ditawan.

Tamadun Arab :Di Semenanjung Tanah Arab , bazar-bazar tempat menjalankan aktiviti ekonomi telah
muncul. Antara yang terkenal di Hijaz ialah Zul Majaz, Ukaz dan al- Majannah. Begitu juga dengan
kemudahan-kemudahan pelabuhan di Yaman (pelabuhan Adanah dan Aden), Teluk Parsi (pelabuhan
Ubullah dan Sirah) dan Laut Merah(pelabuhan Syuaibah). Orang-orang Arab menggunakan jalan laut
untuk berdagang ke India, China dan Asia Tenggara. Di Semenanjung Arab sendiri mereka menggunakan
jalan darat cara kafilah (menurut al-Tabari, besarnya satu-satu kafilah itu ialah antara 500 hingga 1,000
ekor unta) kerana muka buminya yang berpadang pasir dan untuk keselamatan. Kafilah-kafilah ini keluar
dengan kelengkapan, persediaan dan kewaspadaan yang besar didahului dengan pengintip-pengintip yang
lebih dahulu menyelidik keadan-keadaan di jalan, disertai oleh petunjuk-petunjuk jalan dan pengawal-
pengawalnya yang menjaga keamanan kafilah-kafilah. Semasa Mekah di bawah pimpinan Qusai bin
Kilab, cukai yang dikenali sebagai Rafadah telah dikenakan ke atas orang-orang yang berkemampuan
yang datang menunaikan haji. Kutipan cukai itu digunakan untuk memberi makanan kepada orang-orang
miskin yang datang menunaikan haji atau lain-lain upacara agama di Kaabah. Satu lagi bentuk cukai yang
dikenakan ke atas sesatu puak atau orang perseorangan yang inginkan jaminan keselamatan dipanggil
Amwal Muhajjarah. Bayaran itu dikenakan semasa memasuki Mekah untuk mengunjungi Kaabah.
Bentuk cukai yang dipanggil Harim pula dikenakan kepada orang asing yang mengerjakan haji. Cukai ini
bukanlah dalam bentuk wang tapi mereka dikehendaki memberi beberapa helai pakaian/jubah atau
binatang korban. Selain dari cara tersebut, orang Arab juga memperolehi hasil cukai dengan mengenakan
bayaran ke atas pedagang-pedagang yang melalui kawasan mereka. Ini banyak dilakukan oleh orang-
orang Mekah dan Yamamah kerana tempat tersebut terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara
Yaman, Syam dan Hirah.Orang-orang Arab juga mengamalkan riba dalam aspek pinjaman dan berjudi
bagi mendapatkan wang cara mudah.

Tamadun Barat:Di kawasan Barat pula, selepas berakhirnya zaman gelap iaitu menjelang pertengahan
kurun ke-15,raja memantapkan kedudukannya dengan mengenakan cukai. Apabila ekonomi berkembang,
pelbagai jenis cukai dikenakan. Sebelum zaman gerakan Reformation (1517 hingga ke-pertengahan kedua
abad ke-16) telah wujud institusi kewangan. Semasa golongan gereja begitu berkuasa di Eropah, undang-
undang gereja telah menetapkan larangan amalan meminjam wang berdasarkan faedah. Ini menimbulkan
rasa tidak puas hati di kalangan golongan pedagang . Mereka berasa iri hati terhadap gereja yang
memiliki harta dan tanah yang banyak. Mereka bersedia menyokng sebarang gerakan yang dapat
mengurangkan kuasa dan kekayaan gereja..Golongan reformis telah bangkit memperjuangkan tuntutan
golongan pedagang bagi membenarkan semula amalan riba itu. Perjuangan itu berjaya dan pedagang-
pedagang dapat menjalankan perdagangan mereka dengan luas hingga ke tempat-tempat baru (dengan
menaja peneroka). Penggunaan wang dalam urusan perdagangan telah memesatkan lagi ekonomi Eropah.
Institusi bank telah berkembang pesat di Itali . Bank yang terbesar dikuasai oleh keluarga Medici di
Florence. Bentuk pinjaman bank adalah serupa pajak gadai (contohnya, raja meminjam dengan cagaran
mahkota permata). Saudagar di bahagian utara Itali yang kaya telah bangun menentang larangan gereja
terhadap riba bank.Venice dan Genoa mempunyai bank mereka sendiri yang kemudian membiayai
pelayaran-pelayaran penjelajahan. Di Lombardy, England urusan bank antara bangsa telahpun
berkembang secara besar-besaran menjelang kurun ke-14. Pada kurun ke-14 dan 15 pusat perdagangan
Eropah telah beralih ke utara apabila orang Turki memutuskan sebahagian perdagangan di Venice.
Contohnya, di Belanda telah muncul keluarga Fuggers pada kurun ke-16. Mereka paling terkenal dengan
perniagaan bank yang merupakan pengasas kepada Bank Rothschilds. Pada tahun 1609 Belanda telah
menjadi tumpuan para pedagang. Pada tahun 1694 England mengorak langkah menubuhkan lebih banyak
bank.

Tamadun Melayu:Di Alam Melayu , pelabuhan-pelabuhannya dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan


asas seperti tempat penginapan, bekalan air, membuat dan membaiki kapal,gudang dan kawasan berniaga.
Perdagangan dengan China menggunakan jalan laut kerana jalan darat tidak selamat. Sememangnya
perdagangan di alam Melayu ini banyak bergantung dengan jalan perhubungan laut. Bukti-bukti
menunjukkan bahawa orang-orang di rantau ini mahir dalam pelayaran dan membuat kapal.Dari segi
sistem kewangan, Kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka umpamanya telah mengenakan cukai ke atas
pedagang yang melalui Selat Melaka dan Selat Sunda dan cukai perniagaan. Pada peringkat awal
perdagangan, sistem barter digunakan tetapi kemudian kulit siput geweng dijadikan mata wang. Nilainya
bergantung kepada saiz dan jenis siputnya. Selepas itu bahan-bahan logam seperti bijih timah, emas dan
perak dalam bentuk ketulan digunakan. Mata wang emas diperkenalkan oleh pedagang-pedagang China,
India dan Arab di Melaka pada abad ke-16. Wang Syiling digunakan selepas kedatangan orang-orang
asing.

Tema 5: Pendidikan Tamadun


Greek:Greek mempunyai dua buah bandar besar iaitu Sparta dan Athens yang mempunyai dasar
pendidikan yang berlainan. Di Sparta, pendidikan adalah tugas negara. Kaum lelaki adalah menjadi milik
negara. Setelah seorang ibu melahirkan anak, bayi itu akan diserahkan kepada suatu Jemaah Kaum Tua
( Council of Older People). Di sini bayi itu akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan sama ada akan
menjadi seorang yang tegap, kuat dan sihat bila dewasa nanti. Mereka berpendapat bahawa orang yang
lemah tidak boleh menjadi benteng negara. Jika seseorang bayi itu tidak dapat memenuhi syarat-syarat
tertentu , maka bayi itu akan dibunuh atau akan dibuang di pergunungan atau tempat yang terpencil
dengan tujuan kanak-kanak itu akan menemui ajalnya dengan sendiri atau dimakan oleh binatang buas.
Sebaliknya, jika kanak-knak itu memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dan dijangka akan menjadi
seorang yang berguna kepada untuk masa hadapan, kanak-kanak itu akan diserahkan semula kepada ibu
bapanya untuk dijaga hinggalah berusia 6 tahun. Bila telah mencapai umur 6 tahun dia akan dihantar ke
tempat pendididkan khas yang dinamakan ‘Badan Kebajikan Masyarakat’. Di situlah dia diberi makan
dan pendidikan yang secukupnya. Dari umur 8 tahun hingga 18 tahun, kanak-kanak yang tinggal diberek
awam itu diberi latihan fizikal seperti berlari, melompat, bergusti, bertinju dan sebagainya. Dari umur 18
tahun hingga 20 tahun, dia akan diberi latihan-latihan untuk menghadapi peperangan. Apabila umurnya
meningkat ke-30 tahun, dia diberi tugas untuk mengawal tempat-tempat yang telah ditentukan oleh
pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan atau ancaman kepada negara. Kanak-kanak
perempuan juga diberi pendidikan menguatkan fizikal supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat
melahirkan keturunan yang sihat dan kuat bila berkahwin nanti.Tujuan pendidikan di Sparta jelas sekali
untuk mendidik kanak-kanak supaya menjadi seorang yang berani, tunduk kepada tatatertib, taat kepada
pemimpin dan dapat menahan nafsu dan cinta kepada negara. Bagi mencapai tujuan tersebut, cara yang
dilakukan ialah:

a. memberikan pendidikan jasmani yang keras bagi membentuk tubuh yang kuat dan tahan
menderita
b. memberikan pendidikan bidi pekerti untuk mendapatkan sifat-sifat taat, patuh, sederhana, tahu
menahan nafsu dan cinta kepada negara.
c. Mengabaikan pendidikan rohani.

Di Athens pula peluang pendidikan diberikan kepada semua golongan, cuma bagi golongan kelas
bawahan mereka hanya berpeluang mendapat pendidikan membaca dan jasmani sahaja. Warga Athens
menitikberatkan pendidikan ilmu pengetahuan. Seseorang itu akan menjadi warganegara yang baik jika
dia mempunyai ilmu pengetahuan. Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil berat dalam
mendidikan sekolah dan membiayai kanak-kanak miskin dan juga membayar gaji guru. Pendidikan
kanak-kanak diusahakan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Dari lahir hingga berumur 7 tahun kanak-
kanak itu dijaga oleh ibu bapanya. Bila berumur 7 tahun, mereka mula berguru mengikut bidang yang
dipelajari. Seorang guru untuk satu bidang. Corak pengajaran terpulanglah kepada guru itu sendiri.
Pelajaran diberi di bilik khas yang disediakan oleh guru mereka. Gaji guru dibayar oleh ibu bapa mereka
dan nilai bayaran itu terpulanglah kepada taraf kedudukan dan kemampuan ibu bapa. Bila berumur 11
tahuyn, mereka menduduki ujian yang berupa ujian jasmani dan akal. Jika berjaya, mereka akan
diletakkan dalam golongan warganegara dalam latihan (Citizen-cadet). Pada tahap ini mereka menjalani
latihan tentera selama 2 tahun. Pada akhir latihan ini mereka akan menduduki ujian dan jika lulus, mereka
akan disahkan menjadi warganegara penuh ( full citizenship), sistem pendidikan begini telah melahirkan
ramai ahli falsafah. Dengan itu jelaslah bahawa tujuan pendidikan di Athens adalah untuk mencapai
keseimbangan antara rohani dan jasmani – hidup dengan harmonis. Setiap warganegara hendaklah setia
kepada negaranya.

Tamadun Rom:Sejarah pendidikan Rom mempunyai 3 peringkat iaitu:

a. pendidikan zaman kuno (530 SM – 250 SM)


b. pendidikan zaman peralihan (250 SM – 159 SM)
c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman kemerosotan)

Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi pendidikan. Kanak-kanak dididik di
rumah. Mereka belajar mematuhi dan mencontohi orang tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan.
Pada kira-kira tahun 450 SM barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama
dan undang-undang negara ( yang terkenal pada masa itu ialah Undang-Undang Dua Belas). Setiap
kanak-kanak dikehendaki menghafal dan mengingat kandungan undang-undang itu dan pelajaran undang-
undang itu menjadi asas bagi perkembangan kesusasteraan Roman masa itu. Pada zaman peralihan iaitu
pada peringkat permulaannya, sekolah rendah mula didirikan yang dipanggil juga sebagai ‘Sekolah
Sastera’. Sekolah ini belum dipengaruhi oleh pengaruh Greek. Di sekolah ini kitab Odisa diajar kepada
kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa Latin. Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah
pidato dan pelajaran nahu Greek. Akhirnya sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin. Pada
zaman baru/moden Rom iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan, cara pendidikan Greek
telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah nahu/berasaskan bahasa dan retorik yang
dihasilkan dari kebudayaan Greek itu telah berkembang pesat di Itali (hingga kezaman pemerintahan
Julius Ceasar) dan akhirnya telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan dari
pemerintah. Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan secukupnya
dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab karangan penulis-penulis terkenal
Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato juga didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda
yang meningkat umur 15 tahun dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka yang belajar
di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin bekerja sebagai peguam, ahli politik
dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau bagaimanapun pendidikan serupa ini terhad di kalangan
sedolongan kecil orang Rom sahaja. Selain dari latihan pidato, terdapat juga pelajaran lain seperti
pelajaran mekanik, ilmu falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.Perlu ditekankan di sini bahawa pada
zaman republik Rom, kanak-kanak diajar membaca, menulis, bermain pedang dan berenang oleh ibu bapa
secara peribadi. Pengajaran membaca biasanya dipertanggungjawabkan kepada paedagogus (seorang
hamba yang berfungsi sebagai pembimbing, penjaga dan hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan
mereka). Secara keseluruhannya, pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada tiga kemahiran iaitu
membaca, menulis dan mengiraPada zaman kemerosotan Rom iaitu pada kurun Pertama Masihi (zaman
keruntuhan kerajaan republik), pendidikan turut merosot akibat kelemahan kerajaan. Kerajaan yang lemah
mengakibatkan kurang penekanan atau perhatian terhadap bidang pendidikan.

Tamadun Mesir:Pendidikan dalam zaman tamadun Mesir purba telah wujud sejak 1000 tahun sebelum
Masihi lagi atau lebih ketara pada Zaman Pertengahan Mesir, Pendidikan pada masa itu terbahagi kepada
peringkat rendah dan menengah. Ia dikelolakan oleh golongan agama. Dalam erti kata lain, sekolah
terletak dalam kuil yang juga dikenali sebagai ‘Sekolah Kuil’ yang dikatakan ada kaitan dengan rumah
kehidupan ( maksud rumah kehidupan ialah bangunan yang di dalamnya disimpan dan tempat menyalin
buku). Sekolah dalam tamadun Mesir purba hanya untuk orang lelaki sahaja. Sekolah banyak terdapat di
Memphis dan Thebes. Selain dari padri, tenaga pengajar juga terdiri daripada penulis yang ingin
menambahkan pendapatan. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak Mesir tidak suka ke sekolah.
Kebanyakan mereka lebih gemar belajar berniaga daripada bapa mereka. Kanak-kanak perempuan pula
menolong ibu membuat kerja-kerja rumah. Bagi anak-anak kaum bangsawan, mereka diberi pelajaran di
rumah. Bila mereka remaja, mereka didedahkan dengan pelajaran intelektual, sosial dan rohani oleh orang
dewasa untuk menjaga reputasi sebagai orang yang lebih pandai.Tujuan pendidikan ialah menyediakan
dan memberikan berbagai pelajaran tentang kehidupan sehari-hari. Mata pelajaran yang dipelajari ialah
matematik, mekanik, binaan, ukiran, lukisan, muzik dan lain-lain lagi. Pada peringkat Pendidikan
Rendah, umur 6 tahun merupakan permulaan bagi seseorang kanak-kanak menimba ilmu. Mereka belajar
selama 6 jam sehari sama ada di rumah ( guru dijemput datang) atau dihantar ke sekolah. Pendidikan
peringkat ini meluas sekali di Mesir. Ada ramai guru yang sanggup mengajar secara sukarela dan telah
berpuas hati dengan mendapat ganjaran yang sedikit. Pelajaran yang diajar ialah membaca, menulis, dan
mengira ..Mereka mempelajari tiga bentuk tulisan Mesir dengan cara menyalin sahaja. Alat yang
digunakan untuk menulis ialah batu atau kepingan kayu yang diseliputi plaster yang boleh dibasuh (guna
semula)Pada peringkat Pendidikan Tinggi, hanya golongan bangsawan dan atasan sahaja yang berpeluang
belajar pada peringkat ini.Kanak-kanak yang berusia 9 dan 10 tahun layak untuk memasuki peringkat
tinggi ini.Pusat pendidikan ialah di kuil-kuil yang terrdapat di bandar-bandar. Antara kuil yang masyhur
ialah Minfitah, Ra’, Amoon dan Musion. Musion merupakan sebuah sekolah tinggi di Iskandariah dan
menjadi tumpuan ahli falsafah dan ulamat dari Timur Tengah dan Greek. Tujuan pendidikan peringkat
tinggi ini ialah untuk membolehkan penuntutnya menjalankan tugas sehari-hari di samping mendapat
ilmu dalam bidang pertukangan tangan dan kesenian. Penekanan diberi kepada pelajaran tentang
bagaimana hendak menulis surat, dokumen undang-undang dan belajar mata pelajaran Sejarah,
Kesusasteraan, Agama, Bahasa, Ukuran, Kejuruteraan, Geografi, Simpan kira, Matematik, astronomi dan
Perubatan. Bukti menunjukkkan bahawa peperiksaan telah diadakan tapi tidak pasti di peringkat mana.
Penuntut-penuntut akan mengambil pelajaran yang ada kaitan dengan kecenderungan atau minat mereka.
Umpamanya, jika mereka meminati bidang kesusasteraan, mereka akan belajar tulisan-tulisan Mesir
purba seperti Hiroglafi, Hiratiqi dan Demotiqi di samping Ilmu Falsafah dan Undang-undang. Bagi yang
meminati lapangan teknikal.. mereka haruslah mempelajari Ilmu Matematik, ilmu berkaitan dengan alat-
alatan, Sejarah dan Agama. Bagi yang meminati bidang perubatan, mereka akan belajar Ilmu tubuh
Badan, Jampi dan Sihir. Penuntut yang meminati bidang agama, mereka akan mendalami kitab-kitab suci,
hukum-hukum agama, Ilmu Falak dan Matematik. Bagi pelajar yang tidak mampu, mereka hanya
mengambil satu atau dua mata pelajaran sahaja. Pelajar yang miskin boleh mencari penaja dari kalangan
orang kaya ubagi membiayai pelajaran mereka.

Dalam soal menuntut ilmu ini, seseorang kanak-kanak itu dikehendaki belajar menulis dan membaca.
Oleh kerana tulisan Mesir purba merupakan lambang-lambang, bagi menguasai tulisan tersebut kanak-
kanak itu belajar dengan cara meniru tulisan gurunya dengan menggunakan papan batu. Apabila mereka
mencapai tahap mahir barulah mereka menggunakan kertas.Sebagai latihan, kanak-kanak itu dikehendaki
menyalin rangkap-rangkap syair, potongan hikayat-hikayat lama, ayat-ayat dari kitab-kitab suci dan lain-
lain lagi. Penuntut-penuntut itu dilayan dengan keras. Pelajar yang mengabaikan tugasan akan dihukum
dengan berbagai siksaan seperti dirotan atau dibelantan. Guru-guru pula bersifat bengis. Dengan
kesalahan yang kecil sahaja pelajar itu akan ditengking dan dimaki hamun. Bagi kaum wanita, mereka
hanya berpeluang belajar membaca, menulis dan mengira pada peringkat rendah sahaja. Bagi wanita
golongan atasan, mereka didedahkan dengan pelajaran urusan rumah tangga. Lulusan peringkat tinggi itu
akan menjadi juru tulis, pengarang dan pedagang. Menjadi juru tulis merupakan profesyen yang
dipandang tinggi di Mesir kerana kebanyakan penduduk Mesir adalah buta huruf dan juga kerana sistem
kerajaan masa itu yang mementingkan penyimpanan rekod. Juru tulis ini bekerjaan dengan kerajaan dan
diberi gaji yang tinggi.

Tamadun Mesopotamia:Dalam tamadun awal Mesopotamia, kuil bertanggungjawab terhadap


penyebaran pendidikan. Sekolah-sekolah wujud di dalam kuil. Di situlah kanak-kanak belajar berbagai
simbol dalam tulisan. Orang Sumeria menghantar anak-anak lelaki mereka ke sekolah-sekolah. Kanak-
kanak itu diajar membaca, menulis dan mengira. Mereka menulis di atas tanah liat yang lembut ( yang
boleh dikepal, dibentuk semula dan diguna semula). Masa persekolah sangat panjang dan disiplin amat
ketat. Kanak-kanak itu dipukul jika tidak belajar. Pada zaman kegemilangan Baylon di bawah
pemerintahan Hammurabi mereka mengkaji ilmu nujum dan dari ilmu ini mereka banyak mengetahui
tentang ilmu bintang. Khatulistiwa dibahagi kepada 360 darjah dan mencipta lambang 12 bintang. Mereka
amat percaya kepada pengaruh bintang ke atas kehidupan manusia. Pusat-pusat memerhati bintang
ditubuhkan di seluruh negeri dan buku-buku yang popular tentang bintang sangat dikehendaki oleh orang
ramai. Orang Sumeria terkenal dengan kepakaran dalam matematik, astronomi, dan ukuran. Mereka juga
telah membuat kod undang-undang. Kalendar mereka berdasarkan kepada bulan dan sebulan
mengandungi 28 hari. Melalui kemahiran matematik, mereka melahirkan dua sistem kiraan iaitu sistem
decimal ( berdasarkan unit 10) dan berdasarkan unit 60. Melalui sistem unit 60 mereka mengira bulatan
dan masa. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta satu pusingan jam mengandungi 60 minit
dan bulatan 360 darjah.. Dalam ilmu perubatan, mereka lebih jauh maju dari orang yang sezaman dengan
mereka. Sekurang-kurangnya 500 jenis ubat telah digunakan pada masa itu. Doktor-doktornya
menggunakan alat-alat yang dibuat daripada gangsa. Kain ataupun kulit digunakan untuk menuam.
Tamadun India:Tamadun Indus adalah tamadun terawal yang muncul di India ( berkembang antara
tahun 3000 SM hingga 25000 SM dan lenyap pada kira-kira tahun 1500 SM). Tujuan pendidikan pada
masa itu ialah melahirkan manusia yang alim.Pendidikan pada zaman itu berteraskan pelajaran yang
terkandung di dalam beberapa veda. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan agama.
Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan pendidikan ini dikendalikan oleh
pendeta. Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang dianggap suci, dia akan diletakkan di
bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun. Pada masa itu pelajar tersebut akan menghafal semua veda
dan belajar tentang astronomi. Apabila dia tua maka pengetahuan itu ditinggalkan dan hiduplah dia dalam
alam pertapaan untuk mendapatkan tingkat nirvana. Bahasa yang digunakan ialah Sanskrit. Apabila
tamadun Indus runtuh pada kira-kira tahun 1500 SM ( ada beberapa sebab seperti kerana banjir dan
pemusnahan hutan yang menambahburukkan lagi bencana banjir dan juga serangan dan pembinasaan
oleh orang-orang Arya) muncul pula tamadun Vedik orang Aryan (1500 SM hingga 450 SM). Bangsa
Aryan yang datang dari Lembah Ganges dan tersebar ke selatan dan barat India itu telah memperluaskan
lagi pengetahuan tentang agama dan sains. Semua pengetahuan ini terkumpul dalam sutra-sutra yang
ditulis dengan mudah, pendek dan menarik untuk dihafal oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.
Pendidikan ini menolong meluaskan pengetahuan tentang kesusasteraan, agama dan hal-hal yang
berkaitan dengan kehidupan manusia. Hasil kesusasteraan yang paling terkemuka ialah Dharma Sutra
yang menyentuh tentang adat istiadat, tingkah laku dan undang-undang semasa. Perkara ini menjadi asas
kepada buku perundangan Manu moden. Apabila agama Buddha berkembang di India, kuil-kuil
memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Buddha khususnya semasa diperintah oleh
Asoka. Perkemabangan pesat dalam bidang agama ini telah memunculkan sebuah universiti di Nalanda,
India Selatan yang menjadi tumpuan pengkaji agama ini bukan sahaja di sekitar India malah dari luar
India seperti dari Nusantara .

Tamadun China:Tamadun awal China yang telahpun mempunyai tulisannya yang tersendiri itu
membolehkan orang-orang China pandai menulis dan membaca tetapi tehad di kalangan golongan
bangsawan sahaja. Orang-orang China tamadun awal juga mempelajari dan percaya kepada ilmu nujum .
TamadunChina sangat menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan dan membenci peperangan.
Ibu bapa China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum yang bercorak akademik dan apabila
lulus terus memasuki peperiksaan awam untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan. Peperiksaan ini
dijalankan di bawah kawalan yang amat ketat dan jika berlaku penipuan, hukumannya ialah hukuman
mati. Perkembangan pendidikan di negara China membawa kepada kemunculan ahli-ahli falsahanya dan
sebab itulah sering dikaitkan dengan ajaran dan pemikiran-pemikiran ahli-ahli falsafah mereka seperti
Confucius, Lao-tze, Chuang-tzu dan pendeta-pendeta agama Buddha. Dengan penyebaran agama Buddha
di negara China, terdapat segolongan yang berminat terhadap pengkajian ilmu agama Buddha ini.
Pengkajian dilakukan di kuil-kuil dan kemudian cuba mendalaminya dengan menjelajah hingga ke India
seperti Hsuan-tsang. Pada zaman Dinasti Han, perkembangan ilmu menjadi bertambah pesat. Di sinil
muncul sarjana yang mengkaji buku-buku lama dan cuba menghidupkan kembali kesusasteraan purba
terutamanya oleh penyelidik-penyelidik sejarah sarjana Han. Ahli-ahli sejarah juga membuat kajian
tentang zaman lampau melalui catatan-catatan yang tersimpan di istana. Dinasti Han juga turut
menghasilkan 3 buah kamus. Kelemahan Dinasti Han dan serangan orang-oang tartar menyebabkan
kemerosotan pendidikan di negara China.

Tamadun Arab:Masyarakat Arab terdiri daripada orang Badawi ( pedalaman) dan Hadhari (kota). Bagi
masyarakat Badawi, tujuan pendidikan ialah untuk melatih dan menyediakan diri untuk kehidupan sehari-
hari. Kanak-kanak dilatih membuat pekerjaan orang tuanya seperti membuat tempat kediaman, melawan
musuh dan binatang buas.Pendidikan rumah tangga amatlah dipentingkan. Mereka mempelajari cara-cara
mencari makanan, membuat pakaian, bertukang dan kesenian. Mereka juga diberi didikan akhlak dan
belajar tentang syair, mengenal keturunan, ilmu mengecam bumi, perubatan dan mengenal arah mata
angin. Oleh kerana masyarakat Badawi itu buta huruf, ilmu-ilmu itu dipelajari melalui pengalaman dan
percubaan sendiri serta meniru dari orang yang berhampiran dengan mereka. Kaum wanita Badawi juga
diberi peluang belajar bersyair, berpidato, kesenian, rumah tangga dan lain-lain lagi.Di kalangan
masyarakat Hadhari, puak Amaliqah di negeri Iraq lebih terkenal dengan pendidikannya. Tujuan
pendidikan dalam masyarakat itu ialah untuk melatih kanak-kanak dalam berbagai jenis pekerjaan dan
pelajaran pertukangan tangan sebagai punca mata pencarian pada masa akan datang. Terdapat dua
peringkat pendidikan di kalangan masyarakat ini iaitu pendidikan permulaan dan pendidikan tinggi.
Pendidikan permulaan dijalankan di semua tempat dalam kota di Iraq.Kanak-kanak diajar membentuk
tulisan dengan cara meniru apa yang ditulis oleh guru mereka. Bentuk tulisan ialah gambar-gambar benda
dan lambang-lambang tertentu. Sekolah tinggi pula biasanya didirikan di rumah-rumah berhala. Pada
peringkat sekolah tinggi, penuntutnya diajar pelajara mekanik, matematik, Ilmu Falak Ketuhanan, Ilmu
Kejadian, Kediktiran, Seni bangunan, Ukiran, lukisan, Kesusasteraan dan Sejarah. Di tempat-tempat lain
di tanah Arab seperti di Hijaz, tradisi penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada. Majoriti masyarakatnya
buta huruf. Dianggarkan hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis..Mereka hanya
mementingkan ilmu tentang kehidupan sehari-harian seperti ilmu mengesan air, berperang, menilik nasib
dan seumpamanya.

Tamadun Melayu :Sebelum kedatangan Islam, Alam Melayu menampakkan kejahilan dari segi
pendidikan. Ilmu tidak dipentingkan. Pengaruh Hindu dan Buddha meresap ke dalam kehidupan sehari-
hari masyarakat di samping pengamalan kepercayaan animisme. Pelajaran tidak formal diajar di rumah
tentang kehidupan sehari-hari. Pendidikan di sini lebih kepada pendidikan tidak formal ke arah
penguasaan cara hidup atau mendapatkan kemahiran menerusi pengamatan dan latihan. Kanak-kanak
mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan dalam bidang pertanian,
perikanan, pertukangan dan kraftangan. Kanak-kanak juga diajar perkara-perkara yang berkaitan dengan
agama dan kepercayaan, kelakuan, adat resam, sopan santun dan cara berkawan. Nilai-nilai budaya murni
diajar kepada kanak-kanak melalui cerita-cerita lisan. Kanak-kanak mempelajari tentang pantang larang
dan adat istiadat melalui pergaulan sosial. Kanak-kanak diajar supaya tidak bersikap sombong, tamak atau
berbohong. Pendidikan informal juga diberi melalui pantun, peribahasa dan teka teki..Ada juga yang
mendalami agama Buddha di kuil. Srivijaya pernah muncul sebagai pusat agama Buddha di rantau ini dan
menjadi tapak untuk melangkah ke pusat pengajian tinggi di India. Pendidikan secara formal mula
diperkenalkan apabila Islam berkembang di rantau ini dan ditegaskan lagi semasa Barat menguasai
tempat ini.

Tamadun Barat:Kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 telah membawa Eropah kepada Zaman Gelap
atau dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Zaman ini berlangsung selama 1000 tahun. Pada awal Zaman
Gelap ini berlaku perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atas
masyarakat. Agama Krisitian semakin berpengaruh dalam masyarakat Eropah. Pihak gereja telah
membekalkan ilmu pengetahuan terutama tentang kerohanian dan persediaan untuk akhirat. Rakyat tidak
digalakkan mementingkan keduniaan.Menjelang kurun ke-11 dan 12 beberapa perubahan besar telah
berlaku ke atas masyarakat Eropah pada Zaman Gelap itu termasuklah dalam bidang pendidikan.
Pertembungan dengan orang Islam di Sepanyol banyak mempengaruhi pendidikan di Eropah. Pada kurun
ke-11 telah wujud universiti di Cordova, Sepanyol. Dalam kurun ke-12 kebanyakan orang Sepanyol boleh
membaca dan menulis, berbeza dengan England atau Perancis pada masa yang sama. Pada abad ke-13
pelajar-pelajar dari seluruh pelusok Eropah yang ingin menuntut ilmu telah pergi ke gereja besar lama dan
sekolah biasa. Para guru telah menubuhka persatuan untuk mengendalikan pelajar mereka yang ramai itu,
sementara di kalangan pelajar juga telah menubuhkan persatuan untuk meminjam guru-guru bagi
membantu mereka. Persatuan ini dikenali sebagai universiti. Dalam erti kata lain, konsep universiti di
Barat pada peringkat awal lahir sebagai kesatuan ahli-ahli akademik, guru dan murid. Di Perancis,
Universiti Paris (sekolah gereja) adalah sebuah sekolah yang dipandang tinggi.Sekolah ini telah
menetapkan peraturan untuk mengawal kelakuan pelajarnya dan maktab yang berasingan disediakan
sebagai tempat tinggal. Dengan mencontohi Universiti Paris, Universiti Oxford di England telah
ditubuhkan yang kemudian telah menubuhkan cawangannya, Universiti Cambridge. Di universiti ini dan
universiti-universiti lain, gereja mengekalkan kuasa mengawalnya. Semua tenaga pengajar di universiti-
universiti itu adalah ahli gereja kerana pada Zaman Pertengahan pendidikan terhad kepada golongan
gereja. Mereka ini sering dikenali sebagai ‘schoolmen’. Di semua universiti di Eropah, mata pelajaran
utama adalah sama. Tiga subjek utama yang diajar ialah tata bahasa (cara membuat ayat), logik (cara
untuk berfikir) dan retorik (cara untuk berucap). Ini dinamakan ‘trivium’ atau ‘threefold course’. Di
samping 3 mata pelajaran asas itu terdapat juga ‘fourfold course’ (quardrivium), mata pelajaran yang
berkaitan dengan nombor seperti aritmetik, geometri, astronomi dan muzik. . Kemudian barulah diajar
tentang perundangan dan perubatan. Fakta yang diperolehi amat terhad yang diambil dari pendapat
penulis agung zaman lampau seperti Aristitledan juga dari kitab Injil. Universiti Bologna di Itali berbeza
dari universiti-universiti tadi. Universiti ini diasaskan oleh penuntut sendiri dan bebas dari gereja. Sumber
semua ilmu dicedok dari zaman lampau. Penekanan kepada pelajaran undang-undang, bukan
teologi.Menjelang tahun 1500 M, Zaman Moden Awal Eropah bermula dengan berakhirnya Zaman Gelap.
Benua Eropah mula menempuh perubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Kebudayaan
Eropah menempuh satu tahap perkembangan dan peningkatan hasil daripada perhubungan dengan
masyarakat Islam di Timur Tengah. Pencapaian intelektual orang Arab dalam pelbagai bidang seperti
perubatan, algebra,astronomi dan geografi telah mempengaruhi masyarakat Eropah.Dalam abad ke-16
sekolah-sekolah telah diatur dan didisiplinkan mengikut cara tradisi.Sekolah-sekolah banyak mengajar
bahasa klasik yang begitu popular di kalangan pelajar. Sekolah Grammer (satu-satunya sekolah
kepunyaan Inggeris) wujud di kebanyakan bandar. Selepas penindasan biara, setengah-setengah gereja
dan sekolah agama tua diterima semula oleh Raja Edward IV. Pedagang-pedagang, orang profesional,
anggota keluarga bangsawan dan gereja menghantar anak lelaki mereka belajar di sekolah-sekolah ini. Di
negeri-negeri Katholik, biara-biara mengambil tempat mendidik kanak-kanak; golongan Jesiut
menganggap ini sebagai usaha penyebaran yang penting. Mereka juga menubuhkan sekolah-sekolah yang
tinggi standardnya. Dalam abad ke-17 satu perubahan berlaku. Orang kaya dan berdarjat menghantar
anak-anak mereka kepada tutor persendirian. Kompromi antara tutor persendirian dan guru sekolah
grammer akhirnya telah melahirkan sebuah sekolah istimewa yang dipanggil ‘sekolah publik’ iaitu
sekolah untuk kanak-kanak kelas pemerintah. Orang miskin tinggal mengikut cara mereka sendiri. Di
setengah-setengah bandar, anak lelaki buruh yang bijak mendapat pendidikan di sekolah murah melalui
derma tetapi cara ini bukanlah mudah. Umumnya pedagang-pedagang mahukan anak lelaki mereka
menerima biasiswa yang diberikan oleh dermawan-dermawan.

 Tema 6 : Intelektual
6.1 Konsep Ilmu
Pendapat ahli-ahli falsafah Yunani:Ahli-ahli falsafah dan pendidikan Yunani yang terkenal
ialah Pythagoras, Socrates, plato dan Aristotle.
Pythagoras (580 SM – 500 SM) menekankan latihan budi pekerti yang baik . Katanya, budi
pekerti yang baik lebih penting dari ilmu pengetahuan kerana baginya semua orang cenderung
kepada kejahatan. Beliau berpendapat, budi pekerti diperolehi melalui pendidikan agama, seni
suara dan ilmu pasti.. Pythagoras juga menekankan bahawa harmonis harus ada di mana-mana
sahaja dalam alam ini, antara Tuhan dan manusia, antara rakyat dengan pemerintah, antara suami
dengan isteri,antara orang tua dengan anaknya, antara jiwa dengan raga, fikirann, perasaan dan
kemahuan.
Socrates (470 SM – 399 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens yang amat masyhur. Beliau
menekankan pendidikan budi pekerti. Beliau juga mementingkan fikiran(ilmu
pengetahuan).Socrates mengjar menusia supaya berkelakuan dan berakhlak baik, berfikir dengan
bijak dan mengjar dengan cara yang menarik.
Plato (427 SM – 347 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens dan anak murid Socrates. Ideanya
dapat ditimba melalui bukunya , ‘Republic’ Plato berpendapat, manusia dijadikan Tuhan dengan
kebolehan tertentu untuk mempelajari sesuatu. Alam sekeliling penting untuk pendidikan. Untuk
mendidik kanak-kanak, haruslah disediakan alam sekeliling/ persekitaran yang sesuai kerana
melaluinya kebaikan boleh diperolehi. Dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak,
kanak-kanak itu mestilah dilatih mengikut pelajaran yang disukainya. Guru tertentu mengikut
bidang harus disediakan. Umpamanya, jika kanak-kanak itu ingin menjadi tukang kayu, dia
hendaklah belajar dengan orang yang pakar dalam pertukangan. Menurut Plato, pendidikan
haruslah menghasilkan tiga golongan manusia iaitu Lehr, Nehr dan Wehr. Bila seseorang itu telah
tamat pengajiannya, orang yang dari golongan Lehr menjadi pemimpin, golongan Nehr menjadi
pekerja dan golongan Wehr pula menjadi tentera.Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada
pembawaan bakat. Plato menginginkan perkara itu supaya tiap-tiap golongan membuat sesuatu
yang sesuai dengan potensi yang ada pada individu tersebut sehingga akhirnya terbentuklah
sebuah negara yang sejahtera dan masyhur.Dari segi organisasi sistem pendidikan, Plato
membahagikannya kepada 3 peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi.Bagi peringkat rendah,
beliau menyarankan agar diajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan, muzik dan latihan
jasmani. Bagi peringkat menengah, kanak-kanak itu haruslah didedahkan dengan pelajaran yang
lebih luas lagi yang bersifat ilmu pengetahuan dan logik. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah
Matematik, Geometri, Astronomi, Muzik dan Kesusasteraan. Bagi peringkat tinggi yang
merupakan lanjutan peringkat menengah, pelajar-pelajarnya diberi latihan mentaakul
(reasoning),mengguna dan menganalisis kebenaran idea-idea yang diperolehinya. Pada peringkat
inilah ahli seni dan falsafah mendapat pendidikan. Matlamat pendidikan di sini ialah untuk
melahirkan ahli fikir yang bijak dan berguna kepad masyarakat.Dari segi guru, Plato
menyarankan agar diwujudkan jawatan guru ( pada masa itu tiada jawatan guru khas. Yang ada
hanya ahli falsafah/Sophist) dan diberi gaji oleh pemerintah. Saranannya ini tidak diendahkan.
Aristotle (384 SM – 322 SM) merupakan anak murid Plato dan pernah menjadi guru kepada
Iskandar Zulkarnain. Pendapatnya berbeza dengan gurunya, Plato. Beliau seorang yang berfaham
realist sedangkan Plato berfaham idealis . Menurut pendapat Aristotle, semua pengetahuan
diperolehi dari luar iaitu melalui pancaindera kerana padanya, manusia dilahirkan sebagai ‘tabula
rasa’. Aristotle berpendapat bahawa pemerintah hendaklah memerhati dan mengambil berat
tentang keadaan jasmani tiap-tiap orang kanak-kanak yang dilahirkan. Kanak-kanak yang
dilahirkan cacat hendaklah ditanam hidup-hidup kerana tidak akan menguntungkan negara.
Keluarga bertanggungjawab memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6
tahun. Selepas itu kerajaan harulah mengmbilalih mendidik kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak
itu akan bersekolah dari umur 7 tahun hingga 21 tahun.Beliau menyarankan mata pelajaran yang
diajar kepada pelajar yang belum meningkat remaja ialah Latihan Jasmani, Kesusasteraan dan
Nyanyian/Muzik.
Pendapat ahli falsafah Rom:Falsafah orang Rom berdasarkan ajaran Stoisisme yang dibawa
oleh Zeno dari Yunani. Stoisisme menitikberatkan keadilan, keberanian, perikemanusiaan dan
tanggungjawab. Menurut falsafah ini, segala yang berlaku di alam semesta ini dirancang oleh
suatu kuasa ghaib. Baik dan buruk nasib sesaorang dipengaruhi oleh dua unsur iaitu hubungan
harmoni dengan alam.
Pendapat ahli falsafah China:Kemajuan kebudayaan bangsa Chicna yang berkembang pada
zaman sebelum masihi hingga ke hari ini benyak dipengaruhi oleh fikiran-fikiran dan ajaran-
ajaran ahli-ahli falsafahnya dan pendita-pendita agama Buddha.Ajaran Confucius/Kung Fu-tze
(551 –479 SM) menekankan tentang harga diri dan perasaan kemanusiaan. Perasaan
kemanusiaan menganjurkan 5 kebaikan di dunia iaitu amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi
bahasa dan bermurah hati. Rukun kemasyarakatan yang diajar Confucius ini telah menjadi
falsafah rasmi negara China. Ajaran Confucius dimuatkan dalam buku ‘Analekta’ yang ditulis
oleh pengikutnya.Confucius berpendapat bahawa :
Kebajikan yang sempurna hendaklah menjadi cita-cita pada seorang Chun-tze. Hal ini boleh
dicapai melalui sifat sopan santun, ikhlas, murah hati dan rajin.

1. Segala tingkahlaku hendaklah sederhana, mengikut jalan pertengahan. Tiap-tiap orang harus
bertindak mengikut peraturan.
2. Untuk negara hendaklah ada taat setia, untuk keluarga hendaklah ada hormat dari yang muda
kepada yang tua, untuk diri perseorangan hendaklah dia mendidik diri sendiri.
3. Raja-raja pada zaman dahulu dapat memerintah dengan jayanya kerana mengikut teladan yang
baik. Oleh itu sekiranya kita mahukan sebuah masyarakat yang sempurna kita hendaklah
berpandukan masa lampau.

Dari pendapat Confucius tadi, beliau mahu menghasilkan:

1. Bapa yang jujur


2. Ibu yang setia
3. Anak yang menurut perintah
4. Pegawai yang rajin
5. Pemerintah yang jujur
6. Raja yang bijaksana
7. Perajurut yang berani.

Mencius/Meng-tze (372SM – 289SM) , murid Confucius berpendapat bahawamanusia adalah


semula jadinya baik dan boleh hidup bukan sahaja dengan membuat kebajikan tetapi juga dengan
rasa tanggungjawab.Hsun-tzu yang juga murid Confucius agaka berlawanan pendapatanya
dengan Mencius. Dia berpendapat bahawa manusia semula jadinya adalah jahat dan hanya boleh
mencapai kesempurnaan melalui didikan akhlak dan pengawasan manusia.
Lao Tzu dan Chuang Tzu telah membawa ajaran Taoisme. Ajaran ini dimuatkan dalam buku
‘Tao Te Ching’ dan ‘Chuang Tzu’.Ajaran Taoisme menyarakan supaya menusia tidak
mementingkan keduniaan. Seseorang perlu mencari jalan kebahagiaan dengan mengasingkan diri
daripada peraturan duniawi. Dengan cara itu seseorang akan hidup dengan aman tanpa gangguan.
Menurut ajaran ini, manusia harus hidup secara sederhana, memakan makanan tertentu,
menghafal kitab Taoisme dan melakukan meditasi. Taoisme berpendapat, kerajaan yang paling
kurang diperintah ialah kerajaan yang berkesan kerana tidak banyak masalah. Fahaman yang
menekankan perdampingan dengan alam semulajadi mendorong pengikutnya meneroka ilmu
sains dan teknologi. Pendapat ahli agama:Gautama Buddha yang menjadi pengasas ajaran
Buddha mempunyai pendapat tersendiri tentang hdiup. Ajaran Buddha memilih jalan antara
keseronokan dunia dan hidup zahid yang berlebih-lebihan. Mementingkan diri sendiri adalah
asas kejahatan dan Buddha mengajar manusia supaya hapuskan keinginan mereka kepada
kesenangan material, memuaskan nafsu syahwat dan keagungan diri yang kekal. Dia meletakkan
‘Lorong Lapan Lapis" untuk diikuti oleh muridnya. Yang terpenting di dalamnya dipanggil
‘Lorong Arya’ iaitu pemikiran yang baik, keinginan yang baik, perkataan yang baik dan kelakuan
yang baik. Seorang Buddha sejati menerima hidup yang suci, mengelakkan diri daripada
membunuh,menipu, berzina dan mencuri. Sebaliknya memberi sedekah dan mencari ilmu
pengetahuan dan kesucian sebagai cita-citanya.Martin Luther (1483-1548M) berbangsa Jerman
dan terkenal sebagai pembaru agama Krisitian dalam gerakan reformasi di Eropah. Beliau
banyak memberi pendapat yang berkaitan dengan rumah tangga. Beliau berpendapat, dalam
pendidikan rumah tangga, ibu bapalah yang mempunyai tanggungjawab yang penuh dan tidak
sepatutnya diserahkan kepada orang gaji. Ibu bapa harus mendidik supaya kanak-kanak itu
pandai dalam hal keagamaan. Ibu bapa juga mempunyai hak menghukum anak-anak mereka jika
anak-anak itu tidak mendengar nasihat mereka. Luther juga berpendapat bahawa pemerintah
haruslah memaksa tiap-tiap warganegara dalam negeri itu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah.John Calvin (1507 – 1569M) juga merupakan seorang pembaharu Protestan di Geneve.
Ajaran-ajarannya adalah mengenai agama, dan sopan santun yang keras. Pokok ajarannya ialah
manusia diselamatkan atau dihukum mengikut pilihan Allah; semua pujian hanyalah kepada
Allah. Pendapat golongan secular:Francis Bacon (1561-1626M) adalah seorang ahli falsafah
berbangsa Inggeris. Dasar pendidikan beliau menekankan kepada pengalaman dan induksi. Bagi
beliau, alam ini dipelajari melalui pancaindera untuk mendapatkan realiti. Dalam erti kata lain,
sesuatu realiti itu diperolehi melalui pemerhatian dan pendengaran.
John Amos Comenius (1592-1670) berbangsa Chekoslovakia . Dasar pengajarannya berfokus
kepada bagaimana menarik perhatian kanak-kanak supaya minat kepada pelajaran dan
menekankan tentang aktiviti murid-murid seperti menyelidik dan mengalami sendiri, seterusnya
mengamalkan apa yang telah dipelajari.
J.John Locke (1632-1734M) merupakan seorang ahli falsafah dan pendidik berbangsa Inggeris.
Pendidikan baginya bertujuan untuk membentuk peribadi yang bebas dan sesuai dengan
kehendak-kehendak manusia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melatih akal dan fikiran
supaya manusia dapat mengawal nafsunya. Beliau berpendapat, seorang anak yang baru lahir itu
diumpamakan sebagai ‘sehelai kertas putih yang belum ditulis apa-apa, keadaannya putih
bersih’. Keadaan sekelilinglah terutamanya pendidikan yang diterimanya yang menentukan apa
yang akan terjadi kepadanya. Teori beliau ini dikenali sebagai ‘tabula rasa’. Seterusnya beliau
berpendapat bahawa semua bahan ilmu pengetahuan adalah berasaskan pengalaman.
Jean Jacquues Rousseau (1712- )berbangsa Perancis berpendapat bahawa semua kanak-kanak
adalah baik seperti yang diterima dari Maha Pencipta; semuanay menjadi jahat di tangan
manusia. Sebab itulah pendidikan yang baik akan mengembangkan individu yang baik mengikut
bakat masing-masing.
6.2 Sumber ilmu:Ilmu dalam tamadun awal diperolehi melalui akal dan pancaindera iaitu
melalui penelitian, pengamatan,pencerapan dan penyelidikan.Ini dengan jelas dapat dilihat
melalui ilmu-ilmu falsafah, astronomi, undang-undang dan pertukangan. Seorang ahli falsafah
umpamanya, banyak menggunakan akal dan pancaindera sebelum mengeluarkan sesuatu
pernyataan. Begitu juga dengan ilmu astrologi (ilmu peramalan berdasarkan kajian bintang-
bintang) dan ilmu astronomi, ahli-ahli bidang-bidang ini akan membuat pemerhatian dan
pengamatan terhadap binatang-bintang di langit dan hasil dari penyelidikan yang dibuat itu akan
terhasillah suatu keputusan tentang pengaruh peredaran bintang-bintang terhadap kehidupan
seperti musim atau angin.Ini jelas dapat dilihat di Mesopotamia pada zaman Hammurabi.
Melalui penyelidikan terhadap bintang-bintang, mereka membahagikan Khatulistiwa kepada 360
darjah dan mencipta lambang 12 bintang (berkaitan dengan nasib).Begitu juga dengan ilmu
pertukangan, seorang anak akan memerhati dan mengamati apa yang dibuat oleh bapanya dan
kemudian dia akan menjadi tukang yang berkebolehan sama seperti bapanya itu. Ilmu
pertukangan membuat kapal orang Rom yang diperolehi dengan membuat penyelidikan terhadap
bangkai kapal orang Phonecia juga boleh dikategorikan dalam sumber akal dan
pancaindera.Hammurabi di Mesopotamia, sebelum membuat kod undang-undangnya, telah
membuat penyelidikan terhadap undang-undang yang wujud sebelumnya.Ilmu juga diperolehi
melalui sumber lisan dan tulisan. Umpamanya, ilmu pertukangan di Alam Melayu pada zaman
sebelum wujud sistem pendidikan formal diperolehi melalui lisan dari seorang bapa.Pada masa
itu sistem pendidikan yang wujud adalah secara tidak formal. Seseorang anak itu diharapkan
akan mewarisi kemahiran yang ada pada bapanya. Ilmu yang sumbernya dari tulisan dapat dilihat
melalui Ilmu Perubatan, Matematik, dan Undang-undang. Di Mesopotamia, melalui sumber
tulisan masyarakat dapat mengkaji kod undang-undang Hammurabi. Di Mesir pula, ilmu
perubatannya dapat dipelajari melalui buku yang dihasilkan.Selain dari itu, ilmu juga diperolehi
melalui kajian sejarah.Di Greek umpamanya, pada zaman pemerintahan Pericles telah lahir ahli-
ahli sejarah yang terkemuka seperti Herodotus dan Thucydides. Herodotus dikenali sebagai
‘bapa sejarah’. Dia menulis sejarah serangan Parsi ke atas Greek dalam 9 buah buku. Thucydides
pula menulis tentang sejarah Perang Peloponnese.Rom juga mengembangkan ilmunya melalui
penulisan sejarah. Antara penulis-penulis sejarah Rom yang terkenal ialah Livy dan Tacitus.
Beberapa orang penulis Greek pada zaman Rom turut menambahkan hasil kajian sejarah.
Mereka ialah Plutarch dan Arrian. Plutarch merupakan penulis sejarah yang terkenal pada
zaman Pax Romana. Beliau telah menghasilkan karya Lives yang mengisahkan kehidupan
masyarakat Rom dan Yunani. Arrian pula telah menulis tentang kisah hidup Iskandar Zulkarnain
dalam karyanya Anabasis of Alexander.Di China, ahli sejarahnya yang terkenal dengan jolokan
‘Bapa Sejarah China’ bernama Ssu Ma Chien telah menghasilkan karya ‘Shih Ching’ yang
mencatatkan tentang peristiwa-peristiwa dan personaliti-personaliti penting yang merangkumi
tempoh 2000 tahun. 6.3 Perkembangan dan sumbangan
Ilmu Undang-Undang:Dalam bidang undang-undang, ketika Mesopotamia di bawah pemerintahan
Hammurabi, beliau amat terkenal dengan ‘Kanun Hammurabi’ nya. Kanun ini diterbitkan setelah
Hammurabi mengumpul dan menyusun semula undang-undang lama negerinya serta meluluskan undang-
undangnya sendiri. Hukuman yang dikenakan mengikut undang-undang ini adalah berat, ada
kemungkinan hukuman ini tidak dilaksanakan. Seorang padri perempuan yang dijumpai masuk ke kedai
arak akan dikenakan hukuman bunuh. Hukuman yang sama juga dikenakan ke atas isteri yang boros dan
orang yang melakukan kesalahan yang lebih berat. Satu sistem keadilan termasuk mahkamah majistret,
mahkamah hakim dan mahkamah ulang bicara telahpun wujud pada zaman itu. Seseorang itu boleh
membuat rayuan terakhir kepada raja.

Di Rom kanak-kanak diajar ‘Undang-Undang Dua Belas’. Dengan itu jelaslah bahawa Rom juga
menyalurkan ilmu undang-undangnya melalui pendidikan dari peringkat kanak-kanak lagi. Ilmu
Astrologi dan Ilmu Astronomi:Pada zaman kegemilangan Babylon di Mesopotomia, ilmu bintang telah
berkembang melalui ilmu astrologi/nujum. Mereka juga mencipta lambang 12 bintang. Kalender yang
dicipta oleh orang Sumeria mengandungi 12 bulan dan tiap-tiap bulan pula mengandungi 30 hari. Hari
pula dibahagikan kepada siang dan malam yang tiap-tiap satunya mengandungi 12 jam. Planet-planet
yang ditemui dinamakan menurut nama tuhan-tuhan mereka.Mereka menaruh kepercayaan penuh kepada
pengaruh bintang terhadap kehidupan manusia. Pusat-pusat pemerhatian bintang ditubuhkan di seluruh
negeri. Ekspedisi-ekspedisi Iskandar melalui Asia telah membuka bidang-bidang baru kepada orang
Greek dan telah membangunkan minat terhadap penyelidikan saintifik termasuklah bidang astronomi.
Orang Greek mempelajari ilmu astronomi melalui perjumpaan orang Babylon; mereka belajar mengira
sukatan dunia dan setengahnya pula mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi matahari.Di
Mesir , ilmu Astronomi turut berkembang. Mereka berjaya mencipta kalender 365 hari setahun dengan
berdasarkan bulan dan matahari. Mereka jugalah yang mengasaskan 24 jam sehari. Mereka mencipta jam
yang menggunakan bayangan matahari dan air. Orang Mesir menggunakan ilmu astronomi untuk
memastikan masa banjir Sungai Nil.Di Rom mata pelajaran astronomi diajar di sekolah-sekolah.Di China
pada zaman Dinasti Han telah dicipta sistem membahagikan hari kepada siang dan malam dengan
seragam. Tiap-tiap hari bermula dengan tengah malam. Orang Han mencipta jam matahari untuk
mendapatkan masa yang lebih tepat. Ahli-ahli sainsnya mengkaji matahari, bulan dan bintang untuk
mendapatkan kalender yang tepat. Kalender China telah digunakan untuk lebih kurang 2000 tahun. Ahli
astronomi dan matematik China yang bernama Chang Heng telah mencicpta alat seismograf yang
berfungsi mengukur gegaran gempa bumi.
Ilmu Perubatan:Dalam ilmu perubatan, Mesopotamia dikatakan jauh lebih maju dari orang-orang
sezaman dengan mereka. Sekurang-kurangnya 550 jenis ubat telah digunakan pada masa itu. Doktor-
doktornya menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada gangsa. Kain atau kulit digunakan untuk
menuam.Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang pembedahan dan anatomi (kajibina
tubuh).Mesirjuga terkenal dengan ilmu perubatan. Kajian-kajian mengenai perubatan (termasuk
menghasilkan ubat, mengawet mayat dan bagaimana tubuh manusia berfungsi) telah dijalankan.Dari segi
latihan, mereka dilatih oleh doktor yang sedia ada dalam keluarga mereka. Besar kemungkinan telah
wujud sekolah perubatan di Mesir. Bukti menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat sebuah sekolah
untuk bidan. Kebanyakan doktor Mesir berkhidmat untuk masyarakat. Mereka bekerja di kuil. Ada di
kalangan mereka menjadi doktor bedah dalam tentera. Doktor yang berjaya akan dilantik sebagai doktor
penasihat dalam Majlis Raja-raja. Doktor Mesir diajar untuk memerhati tanda-tanda penyakit, bertanya
dan menyiasat. Mereka banyak menggunakan pemerhatian dan mencium bau,dan rasa. Mereka disuruh
membuat nota secara terperinci terhadap penyelidikan rawatan yang dibuat bagi kegunaan akan datang.
Pembedahan telahpun dijalankan pada masa itu. Pakar bedah membersihkan peralatan bedah
menggunakan api sebelum digunakan dan memastikan persekitaran pesakit sentiasa bersih. Ubat pelali
yang digunakan kemungkinan jenis opium. Kuil menjadi tumpuan orang bagi mendapatkan rawatan dari
sami/doktor. Sebuah buku mengenai pembedahan telah dihasilkan. Kandungannya ialah tentang cara-cara
merawat kecederaan badan.Greek juga terkenal sebagai pengembang ilmu perubatan. Teori sains dan
perubatan mereka telah diterima di Eropah Barat. Kemajuan dalam bidang perubatan dan pembedahan
dapat dilihat pada abad ke-13. Dengan memotong binatang dan membedah mayat-mayat, doktor-doktor
dapat mengetahui fungsi-fungsi saraf dan otak yang sebelum ini mereka tidak mengetahui. Mereka juga
dapat menentukan bagaimana darah mengalir ke seluruh tubuh. Antara tokoh perubatan Greek yang
masyhur ialah Hippocrates dan Herophillus. Hippocrates berpendapat bahawa penyakit adalah
disebabkan faktor-faktor semula jadi. Beliau telah menulis peraturan yang harus diikuti oleh doktor-
doktor. Peraturan ini dikenali sebagai Sumpah Hippocrates. Atas kejayaan beliau, Hippocrates diberi
gelaran Bapa Perubatan. Herophilus pula telah berjaya menemui saraf optik dalam tubuh manusia. Di
Rom juga ilmu perubatan diajar di sekolah-sekolah.
Ilmu Matematik:Orang Sumeria di Mesopotamia dikatakan bertanggungjawab memulakan disiplin
matematik. Semasa Mesopotamia di bawah tamadun Sumeria, bidang-bidang algebra dan geometri
dimulakan. Melalui kemahiran matematik mereka telah melahirkan/mengasaskan dua sistem kiraan iaitu
sistem decimal (berdasarkan unit 10 atau perpuluhan ) dan berdasarkan unit 60. Melalui sistem unit 60
mereka mengira bulatan dan masa. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta satu pusingan jam
mengandungi 60 minit, satu minit mengandungi 60 saat. Mereka lah yang mencipta satu bulatan
mengandungi 360 darjah yang digunakan hingga ke hari ini, begitu juga dengan Khatulistiwa yang
dibahagikan kepada 360 darjah. Mereka juga mencipta kira bahagi, kira darab, kuasa dua dan kuasa tiga.
Mereka juga mahir dalam mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu.Mesir purba telah mengasaskan
unsur-unsur penting dalam matematik dan geometri. Mereka telah mencipta sistem timbangan dan
ukuran. Melalui matematik, mereka dapat dapat mengira dengan tepat segi tiga, trapezium dan bulatan.
Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang kira bahagi dan kira tambah. Melalui ilmu matematik ini,
mereka dapat menyediakan senarai cukai.Namun mereka tidak memperkembangkan ilmu ini yang
mengakibatkan ketidakselarasan antara bidang sains dan kesusasteraan. Walau bagaimanapun, penciptaan
tersebut menjadi bahan kajian oleh penyelidik-penyelidik Greek kemudiannya dan mengembangkan ilmu
ini ke Eropah. Mereka menggunakan ilmu matematik untuk tujuan pembinaan seperti pembinaan piramid.
Sebab itulah kita dapati ukuran piramid dibuat bukan secara sembarangan.Greek juga terkenal dengan
ilmu matematik. Ahli-ahli falsafah mereka adalah di antara yang mengembangkan ilmu ini. Greek telah
menyaksikan perkembangan bidang matematik. Antara tokoh terkenal dalam bidang ini ialah Thales,
Pythagoras, Archimedes, Democritus dan Hipparchus. Thales telah mengasaskan kepentingan geometri.
Beliau telah menunjukkan bahawa bulatan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama oleh
diameternya. Beliau juga mendalami bidang astronomi dengan memberi anggaran saiz matahari dan
mengatakan bahawa bulan mendapat cahayanya dari matahari. Pythagoras merupakan pengembang
prinsip-prinsip geometri dan mengasaskan Teorem Pithagoras. Beliau berpendapat bahawa dunia adalah
bulat. Archimedes pula merupakan orang yang bertanggungjawab mecita Hukum Archimedes. Beliau
telah menjalankan kajian penting dalam geometri. Beliau menemui cara mengira luas dan isi padu bentuk-
bentuk sfera, silinder dan kon.. Cara yang digunakan seakan-akan sama dengan kalkulus iaitu satu cara
pengiraan yang digunakan dengan meluas dalam bidang sains dan matematik hari ini. Hipparchus
memperkenalkan peraturan sinus dan kosinus yang digunakan dalam trigonometri.Sekolah-sekolah di
Rom turut mengajar mata pelajaran matematik dan geometri.India juga tidak ketinggalan dalam bidang
matematik. Semasa diperintah oleh Dinasti Gupta (320-500M),sistem nombor iaitu 0 hingga 9 telah
dicipta. Ilmu Falsafah:Greek memang terkenal sebagai pengembang ilmu falsafah di samping
ilmu penulisan sejarah, sains, matematik,dan perubatan. Dalam bidang falsafah, falsafah Greek wujud
lebih awal dari falsafah Islam. Zaman keemasan Greek telah menyaksikan kebangkitan ahli falsafah yang
dipanggil ‘sophist’/sofis(orang bijak pandai). Mereka mengembara dari kota ke kota mengajar falsafah,
matematik, bahasa dan astronomi kepada murid yang sanggup membayar. Ahli-ahli sofis ini
menggerakkan orang bijak pada zamannya dan mengkaji masalah-masalah hidup dengan lebih rasional.
Mereka mengajar manusia supaya jangan menerima sahaja tetapi hendaklah mengkritik dan menyoal
tentang idea-idea dan institusi sosial atau politik dan menyelidik serta menganalisis tabiat manusia.
Socrates yang hidup pada zaman Pericles merupakan seorang ahli falsafah Greek yang terkenal di dunia.
Karya-karya falsafah dan kerajaan seperti ‘Republic’ oleh Plato dan ‘Politics’ oleh Aristitle masih dikaji
hingga ke hari ini. Pericles merupakan pemerintah Greek yang terkenal dengan usaha-usahanya
memajukan bidang falsafah..

Rom juga memberi perhatian terhadap ilmu falsafah. Ini terbukti dengan adanya ajaran Stoisisme Zeno
yang diasaskan oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Zeno ( Zeno sebenarnya berasal dari keturunan
Phonesia. Beliau mengajar di Stoa atau Porch di Athens dan pengikutnya dipanggil orang Stoik.)
Di China pula, falsafah tamadun awal China dipengaruhi pertukaran musim (Yin dan Yang). China juga
tidak ketinggalan dengan kemunculan ahli-ahli falsafah. Di antara yang terkenal ialah Confucius dan Lao
Tzu telah memperkembangkan faham Confucianisme dan Taoisme pada zaman Dinasti Han.
Confucianisme telah dijadikan agama rasmi Empayar Han. Karya-karya ahli falsafah Confucius menjadi
bahan kajian utama di sekolah-sekolah pada zaman Han. Ia juga menjadi asas kepada Peperiksaan
Perkhidmatan Awam untuk memilih pegawai-pegawai baru. Pengaruh Cocnfucius meluas hingga
menghasilkan sekumpulan bijak pandai yang sangat berpengaruh dalam bidang pentadbiran.
Di India, Buddha dianggap sebagai ahli falsafah. Ajarannya berkembang pesat semasa pemerintahan
Asoka dan telah meluas hingga ke China. Ilmu
Kejuruteraan:Greek telah membuktikan wujudnya ilmu ini dalam tamadunnya dengan kemunculan
tokoh seperti Archimedes yang telah memperkenalkan alat-alat seperti skru, takal dan tuil.Rom juga
terkenal dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan. Ini dalam dilihat melalui peninggalan bandar lama
dengan bangunan-bangunan seperti istana, gimnasium, perpustakaan, kuil dan dewan. Begitu juga dengan
saluran air (aqueduct), jambatan, terowong dan jalan raya.Pertembungan antara Rom dan Greek telah
menyebabkan asimilasi ilmu. Banyak bangunan besar dibina oleh Rom berpandukan ilmu yang diperolehi
dari Greek. Mesir juga mempunyai ilmu Kejuruteraan yang boleh dilihat
melalui pembinaan piramid. Pembinaan kuil di India, Mesir, Greek, Rom dan Mesopotamia ada kaitan
dengan perkembangan ilmu kejuruteraan. Begitu juga dengan pembinaan roda untuk pertanian di
Mesopotamia dan penciptaan pedati (kenderaan beroda) bagi memudahkan binatang menarik bajak pada
zaman Dinasti Han di China..Petani zaman Dinasti Han juga mencipta roda air yang berfungsi untuk
menghancurkan bijirin.
Ilmu Pertukangan:Alam Melayu dan Arab banyak menyaksikan perkembangan ilmu ini. Ilmi ini
dikembangkan dari jenerasi ke jenerasi oleh bapa kepada anaknya Pembinaan kapal laut oleh orang Mesir
awal dengan menggunakan kayu bermutu tinggi bagi tujuan perdagangan dan peperangan menunjukkan
bahawa orang Mesir purba telah mengembangkan ilmu pertukangan.Pembinaan kapal telah meningkat ke
satu taraf yang bermutu dan pada abad ke-6 SM, pelaut-pelautnya telah meredah Laut Hitam, Laut Merah
dan Teluk Parsi malah telah mencuba belayar ke Lautan Hindi dan lebih jauh dari Selat Gibraltar.
Kebangkitan dan perkembangan intelektualisme dalam tamadun awal telah membawa kepada kelahiran
aliran-aliran intelektual berbentuk humanisme, nasionalisme, rasionalisme, individualisme dan
absolutisme dalam tamadun-tamadun tertentu.Pada penghujung Zaman Pertengahan di Eropah, timbul
usaha-usaha untuk membebaskan ilmu pengetahuan dari kongkongan agama Kristian yang menjurus
kepada penafian kehidupan keduniaan. Cerdik pandai masa itu mula mengkaji semula ilmu-ilmu lama
Greek, Mesir dan Rom. Gerakan itu dinamakan Humanisme. Pada kira-kira tahun1500M, unsur-unsur
faham Humanisme ini telah menular dalam pengajaran dan fahaman gereja. Pendapat-pendapat Quintilian
tentang pendidikan telah diperbaharui dan dikaji semula. Menurut Quintilian,’Tiap-tiap manusia
dilahirkan bersama dengan bakat tertentu. Oleh itu, tujuan pendidikan haruslah mengembangkan bakat
yang dibawa dengan kelahirannya itu’. Di antara pendidik golongan gereja yang mewakili aliran
Humanisme ini ialah Vittorino da Feltre dan Johnners Ludovicus Vives.Rasionalisme adalah daripada
perkataan Perancis, ‘rational’ yang diambil dari bahasa Latin, ‘ratio’ (pertimbangan fikiran atau
perhitungan akal). Menurut faham ini, akal fikiran sahajalah yang menjadi punca untuk mendapatkan
berbagai ilmu pengetahuan dan akal fikiran sahajalah yang dapat mengemukakan sesuatu kebenaran.
Menurut faham ini, kesanggupan akal manusia tidaklah terhad, segala-galanya dapat diketahui oleh
manusia.

Tema 7 : Penjelajahan dan Penerokaan

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir. Arab, Graeco-Roman, India, China Melayu, Barat.

1. Tunjukkan tarikh berlakunya penjelajahan dan penerokaan tersebut.

Sifat ingin tahu adalah salah satu daya penggerak yang terbesar dalam kehidupan manusia. Dalam
tempoh lebih kurang 100,000 tahun yang lalu, manusia telah berulang kali menanyakan soalan
‘bagaimana’ dan ‘mengapa’? Pada sepanjang zaman, sifat ingin tahu tentang dunia sekeliling
telah mendorong manusia untuk menjelajah. Bentuk penjelajahan telah berubah mengikut masa.
Manusia awal keluar mencari kawasan perburuan yang lebih baik dan tempat tinggal yang
selamat. Petani awal mencari lembah subur tempat terdapatnya bekalan air yang boleh diharap.
Persaingan untuk mendapatkan makanan memaksa nenek moyang kita mengembara ke pelbagai
arah bagi meneruskan penghidupan baru. Pedagang mengembara ke tempat baru untuk mencari
pelanggan baru bagi barang-barang mereka dan untuk mencari bahan dagangan baru untuk dijual
di tempat sendiri. Empayar yang luas dan berkuasa pada zaman tamadun awal seperti yang
dilakukan oleh orang Mino, orang Mesir, orang Phoenik, orang greek dan orang Rom dibina
menerusi perdagangan dan penaklukan.Apabila pembelajaran dan pengetahuan mula disanjung
dalam tamadun purba Mesopotamia, China, Mesir dan Yunani, suatu penjelajahan baru pun wujud
iaitu mencari pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. Pengembara akan mengembara untuk
mencari jawapan kepada soalan-soalan yang menarik minat mereka. Apakah yang terdapat di
sebalik gunung ganang itu? Dari manakah punca sungai ini? Di manakah sungai itu bertemu
dengan laut? Hanya melalui pengembaraan sahajalah dapat menjawab soalan-soalan
tersebut.Golonan penjelajah ini dikenali sebagai penjelajah amatur yang ingin melihat tempat
baru. Mereka ini termasuklah Ibn Batuta,, Hsuan-tsang dan Richard Burton. Yang lain seperti
Alexander Humboldt dan Charles Darwin mengetuai ekspedisi sains dengan tujuan mempelajari
sebanyak mungkin tentang tempat baru yang diterokai.Agama memainkan peranan penting dalam
penjelajahan dunia baru . Seawal abad ke-5 M, paderi dari Iceland telah mula mengembara untuk
mengkristiankan orang Wales, Cornwall dan Perancis. Walau bagaimanapun, ekspedisi yang
terkemudian banyak mengakibatkan keganasan dan kemusnahan walaupun ekspedisi itu
kononnya atas nama agama.Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa penjelajahan ialah pergi ke
satu-satu tempat untuk tujuan-tujuan tertentu seperti ekonomi, peningkatan ilmu, penyebaran
agama dan memenuhi kehendak ingin tahu tempat-tempat baru, dilakukan sama ada melalui jalan
darat atau laut dengan merempuh berbagai kesukaran . Penerokaan pula merujuk kepada
pembukaan sesatu kawasan baru dengan tujuan untuk mencari sumber ekonomi atau membuat
petempatan baru seperti yang berlaku kepada orang-orang Yunani. Terdapat beberapa orang tokoh
penjelajah dan peneroka yang masyhur seperti Christopher Columbus, Ferdinand Magellan,
Vasco da Gama, Marco Polo, Cheng Ho dan I Ching. Christopher
Columbus:Christopher Columbus atau Cristobal Colon (1451-1506) adalah antara penjelajah
yang terkenal tetapi penemuannya yang terbesar iaitu benua Amerika adalah secara tidak sengaja.
Beliau dilahirkan pada tahun 1451 di Genoa, Itali dan mula turun ke laut sejak kecil lagi. Beliau
menetap di Lisbon pada tahun1479 dan berkhidmat dengan kerajaan Portugis selama 10 tahun.
Beliau telah berkahwin dengan anak perempuan seorang bangsawan Portugis. Dari Lisbon beliau
melakukan banyak pengembaraan laut dan memperoleh kemahiran yang cemerlang sebagai ahli
pelayaran.

Cita-cita Columbus adalah untuk belayar ke Timur Jauh. Alasannya selalu diringkaskan
dalamungkapan, "Emas, Tuhan dan Cathay". ‘Emas’ yang dimaksudkan ialah kekayaan yang
diperoleh dengan membawa balik rempah ratus dan sutera dari China dan Jepun. ‘Tuhan’ merujuk
kepada keinginan Columbus untuk menyebarkan agama Kristian di negara bukan Kristian dan
menjajah tanah baru dengan nama Tuhan. Ini merupakan motif biasa di kalangan orang Eropah
ketika itu. ‘Cathay’ adalah nama purba bagi China. Columbus begitu tertarik dengan Timur Jauh
dan ingin mengetuai ekspedisi ke sana.Pada abad ke-15 kebanyakan orang berpendapat bahawa
dunia ini rata. Bagi Columbus pula, dunia ini bulat. Beliau berhasrat untuk membuktikan
pendapatnya dengan belayar ke arah barat merentasi Atlantik untuk pergi ke Timur seperti yang
disarankan oleh peta Ptolemy dan bukan mengikut jalan biasa (dari Eropah ke selatan menyusuri
pantai Afrika yang telah dilakukan oleh orang Portugis dalam mencari jalan ke Timur
Jauh).Columbus mengambil masa bertahun-tahun bagi mengumpulkan wanguntuk membiayai
ekspedisinya kerana ramai tidak yakin dengan kejayaan usahanya. Beliau gagal mendapat
pertolongan Raja Portugis tetapi akhirnya pada tahun 1492 Permaisuri Isabella dan Raja
Ferdinand dari Sepanyol memberikan wang yang diperlukannya.Columbus meninggalkan
Sepanyol pada bulan Ogos 1492 bersama-sama tiga buah kapal. Pada 6 September mereka
belayar dari Pulau Canary ke laut lepas. Pada masa itu jarang kapal belayar jauh dari daratan
sehingga pantai tidak kelihatan. Selepas belayar beberapa hari tapi pantai masih tidak kelihatan,
anak-anak kapalnya ingin berpatah balik tapi Columbus memujuk mereka supaya meneruskan
pelayaran. Pada 12 Oktober mereka menemui tanah daratan ( Pulau Watling di Bahamas)
berhampiran dengan pantai Amerika.Columbus menyangka beliau telah sampai ke Timur Jauh
dan telah hampir dengan kekayaan India dan China Columbus menamakan penduduk di pulau itu
sebagai ‘Indian’ dan pulau itu dinamakan ‘Indies’( setengah-setengah ahli sejarah menyatakan
beliau menamakannya San Salvador). Penduduknya berminat untuk berdagang tapi Columbus
tidak menemui bukti kekayaan Timur. Walau bagaimanapun Columbus tetap yakin bahawa
sasarannya telah hampir. Melalui panduan penduduk tempatan, beliau mengetuai rombongan itu
untuk terus mencari Cathay dan kekayaannya. Beliau melawat Cuba yang ketika itu diberi nama
La Espanola ( sekarang Hispanola).Selepas itu iaitu pada bulan Disember beliau kembali ke
Sepanyol untuk melaporkan pelayarannya. Belaiu disambut sebagai wira dan dilantik sebagai
gabenor pulau-pulau baru yang beliau temukan. Namun beliau tidak sesuai dengan
tanggungjawab ini. Hal ini jelas apabila dalam eksepedisi-eksepedisi terkemudian beliau telah
melayan peneroka-peneroka bangsa Sepanyol dengan kejam dan juga memaksa puak Indian
menyerahkan emas mereka dan menghantar ramai orang Indian sebagai hamba ke
Sepanyol.Columbus melancarkan 3 pelayaran lagi pada tahun-tahun 1493-1496, 1498-1500 dan
1502-1504. Beliau melawati dan menamai sebilangan besar pulau di Caribbean serta juga pantai-
pantai Amerika Selatan dan Tengah. Namun beliau gagal menemui timbunan emas yang diharap-
harapkan dan beliau tidak pernah memahami sepenuhnya bahawa penemuannya itu bukanlah
Timur Jauh. Dalam pelayaran ketiganya pada tahun 1498, beliau ditangkap, dirantai dan dihantar
pulang ke Sepanyol. Dalam pelayaran keempatnya pada tahun 1502 Ratu Isabella
menugaskannya mencari selat yang mungkin menghubungkan Laut Caribbean dengan Lautan
Pasifik. Ekspedisi itu gagal kerana kapal-kapal beliau rosak akibat cacing marin dan Columbus
terpaksa diselamatkan dari Jamaica. Beliau kembali ke sepanyol dengan kecewa.

Ferdinand Magellan:Ferdinand Magellan (1480-1521) merupakan penjelajah pertama yang


mengelilingi dunia. Beliau merupakan seorang ahli aristokra Portugis dan ahli pelayaran
berpengalaman yang pernah mengiringi Alfonso de Albuquerque ke Asia Tenggara pada tahun
1511. Beliau telah membuat beberapa pelayaran untuk mencari jalan perdagangan bagi kerajaan
Portugis tetapi apabila berselisih faham dengan raja Portugis, beliau belayar bagi pihak Sepanyol
pula. Kerajaan Sepanyol ingin mencari jalan perdagangan ke timur dan menuntut sebahagian
Pulau Maluku (Pulau Rempah) mengikut Persetiaan Tordesillas (perjanjian antara Portugis dan
Sepanyol pada tahun 1494 untuk mengelak pergaduhan antara kedua-duanya dalam usaha
mencari tanah jajahan). Magellan percaya beliau boleh sampai ke Pulau Maluku dengan belayar
ke arah barat, mengelilingi hujung bahagian selatan Amerika, tanpa mengikut jalan laut Portugis
ke timur yang mengelilingi Afrika. Raja Sepanyol bersetuju untuk membiayai pelayarannya.Pada
bulan September 1519 Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-sama 260 orang dan 5 buah
kapal.Kapal ini membawa banyak barang dagangan tetapi tidak membawa barang makanan yang
mencukupi kerana Magellan tidak pandai menganggar jarak pelayaran. Kapal ini menyeberangi
Lautan Atlantik dan berhenti seketika di Pulau Canary. Kemudian mereka belayar ke Brazil dan
menyusur turun pantai timur Amerika Selatan.Magellan menghadapi banyak masalah seperti
makanan yang tidak mencukupi, cuaca buruk, dan pemberontakan orang-orangnya. Beliau
meneruskan lagi pelayarannya melalui satu selat yang sempat (kemudian dinamakan Selat
Magellan) di selatan Amerika Selatan . Dari situlah mereka menemui jalan ke Pasifik. Mereka
telah berjaya membuktikan bahawa ada jalan ke Timur melalui Amerika Selatan.Setelah
mengambil bekalan makanan di Pulau Marshall, mereka meneruskan peyaran ke Filipina. Di situ
Magellan terlibat dalam satu pergaduhan dengan ketua tempatan. Beliau dan 40 orangnya telah
terbunuh. Anggota ekspedisi yang terselamat meneruskan pelayaran di bawah arahan Kaptan Juan
Sebastian del Cano.Dengan anak kapal seramai 115 orang mereka telah sampai ke Pulau Maluku
pada tahun 1521. Di situ mereka membeli rempah ratus yang memang menjadi matlamat utama
mereka. Akhirnya hanya sebuah kapal sahaja dari 5 buah kapal yang melakukan pelayaran
selamat sampai ke Sepanyol melalui Lautan Hindi dan mengelilingi tanjung di selatan Afrika
pada tahun 1522 dengan membawa hanya 18 orang anak kapal setelah mengelilingi dunia selama
3 tahun..

Marco Polo:Marco Polo berasal dari Venice, Itali. Beliau menyertai bapanya, Noccolo Polo dan
bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 ketika berusia 17 tahun. Ekspedisi
keluarga Polo ini berkait rapat dengan keadaan yang berlaku masa itu. Pada awal abad ke-13,
puak Mongol bersatu di bawah pimpinan Genghis Khan (1167-1227). Mereka cuba menceroboh
China dan utara Asia. Menjelang tahun 1241 Genghis Khan menubuhkan empayar yang
merentang hingga ke sempadan Eropah ( dari China hingga ke Timur Tengah dan sampai ke
Poland dan Hungry). Beberapa orang duta beberapa buah negara Eropah yang terdiri daripada
paderi-paderi diutus ke Karakorum, ibu kota Monggolia ntuk berbincang dengan ketua Mongol
dengan harapan puak Mongol dapat dipujuk untuk menyertai Eropah Kristian dalam peperangan
menentang Empayar Islam di bawah kuasa Turki. Namun usaha mereka gagal untuk menjalin
hubungan diplomatik dengan Mongol. Jalan laluan mereka inilah digunakan oleh saudagar-
saudagar seperti dua adik beradik dari Venice, Maffeo dan Niccolo Polo. Dalam perjalanan
mereka, mereka telah bertemu dengan utusan dari Mongol yang menjemput mereka ke China.
Mereka sampai ke Beijing ( masa itu dikenali sebagai Khanbalik) menjelang tahun 1265.Mereka
dilayan dengan baik oleh Maharaja China masa itu iaitu Kublai Khan ( cucu Genghis Khan).
Tahun 1269 mereka kembali ke Venice dengan membawa surat persahatan dari Kublai khan untuk
Paus. . Mereka menjadi penghubung hubungan diplomatik antara Kublai Khan dengan Eropah.

Pada tahun 1271 Marco Polo menyertai bapa dan bapa saudaranya ke China. Inilah salah satu
pelayaran penjelajahan yang teragung pada sepanjang zaman yang memakan masa selama 24
tahun. Marco Polo membawa cerita tentang kekayaan, keindahan dan perkara-perkara ganjil pada
penglihatannya sepanjang penjelajahannya itu tetapi tidak dipercayai orang. Marco Polo menemui
banyak perkara di China yang belum diketahui oleh orang Eropah. Umpamanya, orang China
telah mencipta serbuk letupan yang digunakan untuk membuat bunga api, membuat buku
bercetak dengan menggunakan blok kayu berukir, mereka membuat wang kertas ( idea yang tidak
masuk akal bagi orang Eropah). Marco Polo juga melaporkan tentang batu hitam misteri yang
dikorek dan dibakar seperti kayu api ( batu arang). Marco Polo juga mencatatkan perkara pelik
yang dilihatnya seperti mata air yang mengeluarkan minyak yang panas, kambing biri-biri besar
yang mempunyai tanduk bergulung. Catatannya juga menyentuh tentang pertanian, pertukangan
di tempat yang berlainan, penduduk, agama dan adat resam ( termasuklah tentang sutera, halia
sebagai bahan rempah yang pedas, kunyit sebagai perasa makanan dan pencelup asli, tanah yang
digunakan untuk membuat tembikar). Hanya beberapa abad kemudian barulah barangan ini
sampai ke Barat.Kublai Khan tertarik dengan Marco Polo lalu mengambilnya menjadi wakil
istana. Marco membuat misi diplomasi ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Ceylon bagi pihak
Kublai Khan. Beliau juga melawat India dan Burma dan membuat catatan tentang negara-negara
tersebut. Ketika beliau berada di Sumatera Marco Polo telah membuat beberapa catatan. Beliau
sampai di Pasai pada tahun 1292. Pasai pada masa itu diperintah oleh raja Pasai yang ke-12 iaitu
Sultan Abdul Jalil al-Malikul Saleh (1276-1300). Selain singgah di Pasai, beliau juga melawat
Perlak. Beliau mencatatkan bahawa ‘penduduk bandarnya mengamalkan ajaran Muhammad,
sedangkan mereka yang hidup di kawasan bukit (hillside) masih hidup sebagai haiwan (liar,
gemar makan daging manusia dan pelbagai jenis daging lain, halal atau haram)’. Kemudian
beliau mengunjungi Basman yang penduduknya dianggap tidak mengenal undang-undang kecuali
undang-undang rimba dan mereka mengaku berada di bawah pemerintahan Kublai Khan, tetapi
tidak pernah menghantar ufti kepadanya oleh kerana mereka tinggal jauh dan tidak mungkin
orang Mongol akan datang ke negeri mereka. Di bandar Samara pula, Marco Polo sempat tinggal
selama enam bulan untuk menanti putaran angin. Di sana beliau menikmati sejenis minuman
‘tuak’ yang dibuat dari pokok anau. Kononnya selama di Samara itu dia dan rombongannya
ditempatkan dalam sebuah kem dan dikawal ketat supaya mereka terselamat daripada gangguan
penduduk yang gemar makan daging manusia. Selepas itu beliau melawat bandar Dagroin (Pedir
sekarang) yang menurutnya pernah dilihatnya upacara ‘cannibalistic’ (makan daging sesama
manusia) di bandar itu. Kemudiannya dia tiba di Lambri, sebuah bandar pelabuhan yang katanya
mempunyai rakyat yang amat aneh iaitu mereka mempunyai ekor. Akhirnya beliau mengunjungi
bandar Fansur, sebuah bandar yang terkenal dengan kapur barusnya yang bermutu tinggi.Sebagai
seorang Kristian yang hidup pada Zaman Pertengahan dan lebih-lebih lagi pada zaman-zaman
akhir Perang Salib (1097-1292), pandangannya yang begitu buruk terhadap penduduk Sumatera
tersebut tidaklah menghairankan sangat. Rupa-rupanya dari catatan-catatan Marco Polo lah yang
telah membuka mata bagi orang-orang Barat untuk menjelajah Nusantara.Keluarga Polo
berkhidmat untuk Kublai Khan selama 17 tahun. Pada tahun 1292 mereka kembali ke Venice
melalui Parsi dengan menaiki jong China. Dari Hormus mereka mengikut jalan darat ke
Trebizond dan kemudian belayar ke Venice melalui Konstantinople. Perjalanan pulang ini
memakan masaselama 3 tahun dan semasa sampai di Venice mereka telah mengembara selama 24
tahun. Marco telah berumur 39 tahun ketika itu.Bila berlaku peperangan antara Venice dan
Genoa, Marco Polo ditawan semasa mempertahankan bandarnya. Semasa dipenjara, Marco Polo
menceritakan pengalamannya kepada Rustichello yang kemudian menerbitkan buku bertajuk
‘The Travels or Marco Polo’.Buku ini banyak mempengaruhi penjelajah kemudian seperti
Christopher Columbus.Pada tahun 1368 orang China memberontak melawan pemerintah Mongol
dan melantik maharaja sendiri dan menghalang kemasukan pelawat Eropah. Jauh di bahagian
Barat orang Mongol telah memeluk Islam dan tidak menyambut baik kedatangan orang Kristian.
Dengan itu jalan darat ke Timur terhalang semula.Meskipun wujud laporan Marco Polo, namun
tindakan tidak diambil sehinggalah abad ke-15 apabila orang Portugis mula gigih berusaha untuk
mencari punca kekayaan di Timur yang menjadi legenda terutamanya rempah.

Vasco da Gama:Vasco da Gama ( 1460-1524) adalah seorang kapten tentera laut Portugis .
Beliau ditugaskan oleh raja Portugis untuk menyiasat sama ada wujud laluan ke India dengan
mengelilingi hujung selatan Afrika yang ditemuiBartholomeu Dias pada tahun 1487. Sebenarnya
berikutan sampainya Pedro da Covinha di India pada tahun 1487dengan menyeberangi Laut
Mediterranean dan melayari Laut Merah orang Portugis menanam tekad untuk mencari jalan ke
timur (selepas membaca laporan da Cavinha yang menceritakan bagaimana beberapa buah negara
kecil yang ditemuinya telah menjadi kaya hasil perdagangan mereka negara-negara tersebut
dengan dunia Arab). Vasco da Gama bertolak dari Lisbon dengan 4 buah kapal dan 170 orang
anak kapal. Beliau belayar ke Malindi di pantai timur Afrika . Melalui pertolongan beberapa
orang Arab sebagai pemandu, mereka sampai ke pelabuhan Kalikat di pantai barat daya India
pada bulan Mei 1498. Malangnya pedagang Islam tidak tertarik dengan barang dagangan da
Gama dan tidak suka orang Eropah Kristian campur tangan dalam perdagangan mereka. Vasco da
Gama hanya dapat membeli sedikit rempah dan barangan lain untuk dijadikan sebagai bukti yang
beliau telah menemui jalan ke timur. Selepas 3 bulan berada di India, beliau kembali ke Portugal
dengan 55 orang anak kapal dan disambut sebagai wira. Perjalanan pulangnya ke Portugas
mengambil masa 3 bulan lebih lama dari pelayaran semasa pergi. Vasco da Gama melancarkan
satu lagi ekspedisi perdagangan ke India pada tahun 1502 . Pada tahun 1524 beliau kembali ke
India sebagai wizurai untuk memerintah koloni Portugal yang baru tetapi malangnya beliau
meninggal dunia sejurus sampai ke situ.

 ChengHo:Cheng Ho atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang penjelajah China yang


sangat masyhur. Kemasyhurannya sering dikaitkan dengan armadanya yang dianggap terbesar
yang pernah dilancarkan atas nama penjelajahan. Beliau mengetuai 27,000 orang anak kapal dan
317 buah kapal (sebenarnya dipanggil jong )dan ekspedisi beliau mengandungi sehingga 63 buah
kapal yang belayar bersama-sama. Ketujuh-tujuh pelayaran beliau mengambil masa kira-kira 2
tahun setiap satu. Penjelajahannya dilakukan antara tahun 1405 hingga tahun 1433. Armada ini
belayar ke sebahagian besar Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera, Siam, Tanah Melayu, dan
Borneo. Eksepedisi lain telah ke India, Kepulauan Maldives, Teluk Pars, negara Arabi dan pantai
timur Afrika (1415). Ada kemungkinan mereka juga telah mengelilingi Tanjung Harapan pada
kira-kira 70 tahun sebelum orang Eropah melakukannya. Ini dikaitkan dengan adanya satu peta
China pada tahun 1420 dengan jelas menunjukkan sebahagian pantai barat Afrika. Tujuan mereka
ialah untuk berdagang, mengutip cukai daripada koloni China dan mengumpul
maklumat.Beberapa buah kapal telah dihantar untuk meninjau eksepedisi di Lautan Pasifik dan
ada kemungkinan mereka sampai di pantai utara Australia.Selepas kemangkatan Maharaja Cheng
Tsu, kemasyhuran Cheng Ho mulai merosot. Beliau dibenarkan membuat satu sahaja lagi
pelayaran iaitu pada tahun 1433 iaitu sebelum China membuat dasar tutup pintu kepada dunia
luar. Seratus tahun kemudian orang Eropah telah tiba ke sebahagian besar dunia yang sebelum ini
pernah dijelajahi Cheng Ho. Sekiranya pencapaian Cheng Ho telah diteruskan, maka sejarah
penjelajahan mungkin amat berbeza sekali.

I Ching:Beliau merupakan seorang lagi penjelajah China yang masyhur pada abad ke-7 M.
Beliau merupakan seorang sami Buddha.Antara tempat-tempat yang pernah dilawatinya ialah
Tanah Melayu dan India. Semasa melawat Tanah Melayu iaitu ketika singgah di Kedah pada
tahun 671 beliau mendapati kerajaan Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan yang masyhur dan
makmur. Dalam catatannya semasa singgal ke Kedah sekambalinya dari India menyebut bahawa
Kedah masa itu dijajah Srivijaya. I Ching juga telah melawat Srivijaya sebanyak dua kali untuk
mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab suci agama Buddha.
7.2 Asal usul:Susur galurkan sejarah penjelajahan dan penerokaan yang berlaku dalam tamadun
awal
.Tamadun Mesopotamia:Mesopotamia merupakan tamadun awal yang terkenal dengan
penggunaan roda sebagai alat pengangkutan. Melalui sistem pengangkutan yang ada di tamadun
ini mereka menjalin hubungan perdagangan dengan kawasan-kawasan jiran.Selama beribu-ribu
tahun saudagar dan pengembara mengharungi jalan perdagangan yang merentasi Asia. Sebab
itulah banyak barang dari negara luar boleh ada di Mesopotamia, begitu juga barang-barang dari
Mesopotamia dijual ke negara-negaraluar.

Tamadun Mesir:Tamadun Mesir Purba yang berkembang kira-kira 5000 tahun dahulu di lembah Sungai
Nil yang subur telah menjalin hubungan dengan kerajaan dan penduduk lain di Timur Tengah. Namun
begitu, ekspedisi ke bahagian Afrika yang lain di selatan nampaknya amat jarang sekali. Ekspedisi yang
pernah dilakukan dicatat secara terperinci dalam inskripsi di dinding sebuah kuil di barat Thebes. Satu
contoh yang masyhur ialah ekspedisi besar yang dilancarkan ketika Mesir di bawah pemerintahan Ratu
Hatshepsut (ratu ini memerintah antara tahun 1501 SM – 1479 SM) pada tahun 1492 SM ke ‘Tanah Punt’
yang dipercayai terletak di kawasan Somalia moden. Ekspedisi ini bermatlamatkan perdagangan. Catatan
mengisahkan tentang banyak barang dagangan seperti dupa, eboni, gading, emas, perak dan monyet hidup
dibawa balik oleh kapal-kapal ekspedisi. Ekspedisi itu mungkin telah menggunakan jalan darat dari
Thebes untuk menaiki kapal-kapal di Laut Mereah. Kapal-kapal itu kemudian belayar kira-kira 2000 km
dari Laut Merah ke Punt.Phonecia pernah menjadi wilayah Empayar Mesir pada masa-masa yang
berbeza. Pada kira-kira tahun 600 SM, Firaun Necho II mengasaskan armada Phonecia untuk mencari
jalan dari Laut Merah ke Mediterranean.Ekspedisi berani Firaun Necho mengelilingi Afrika adalah
didorong oleh keinginan baginda untuk mencari jalan perdagangan yang boleh menghubungkan Laut
Merah dengan Delta Nil. Mereka nampaknya berjaya mencapai tujuan ini dengan belayar mengelilingi
Tanjung Harapan. Mereka melaporkan kedudukan matahari yang berada di sebelah kanan sambil mereka
belayar dari timur ke barat mengelilingi hujung selatan Afrika . Malangnya ramai dari penduduk di
sebelah utara yang tidak pernah mengalami keadaan ini tidak percaya dengan laporan tersebut. Orang
Phonecia merupakan pelaut yang pakar pada zaman itu. Menjelang abad ke-7 SM, mereka telah belayar
melepasi Selat Gibraltar ke Madeira dan Kepulauan Canary. Di situlah mereka telah berdagang bahan
pencelup. Pada tahun 470 SM, Jeneral Hanno dari Carthage mengetui satu angkatan armada besar menuju
arah ini dan meneruskan pelayaran di sepanjang pantai barat Afrika. Dalam tempoh seribu tahun,
penjelajahan orang Mesir berkembang dengan perlahan dan tumpuan terutamanya pada patai Afrika atas
tujuan perdagangan. Juga dikatakan bahawa ekspedisi itu tidak diulang oleh sesiapa pun selama 2000
tahun selepas itu.

Pada kira-kira pada tahun 2300 SM, seorang pegawai bernama Harkhuf telah dihantar untuk membawa
ekspedisi ke Yam, Nubia. Tatkala melepasi Riam Pertama di Sungai Nil, beliau pun melintasi sempadan
terjauh dalam dunia yang diketahui orang Mesir Purba. Catatan perjalanan beliau dapat dilihat pada
inskripsi di makam beliau di Pulau Elephantine, Sungai Nil. Sejarah Mesir juga mencatatkan bahawa
ketika Mesir di bawah pemerintahan Kerajaan Pertengahan iaitu di permulaan abad ke-20 SM,
Amenemhet III telah menghantar kapal-kapal jauh ke luar negari untuk mencari barang dagangan. Mereka
membuat perhubungan dengan Crete, Syam, Babylon dan kawasan-kawasan selatan. Tidak hairanlah
orang Mesir dengan mudah memperolehi bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet mumia seperti
myrrh dan kemenyan dari luar negeri kerana telah wujud penjelajahan waktu itu.
Tamadun Graeco-Roman:Orang-orang Greek melakukan penjelajahan dan penerokaan kerana tanah
Greek tidak subur untuk menampung penduduk yang kian bertambah. Bagi mengelakkan daripada
berlakunya pembahagian tanah milik mereka, pemerintahnya telah menghantar penduduknya ke negara
lain terutama ke kawasan selatan Greek. Inilah punca penerokaan secara besar-besaran yang telah
merobah bentuk dunia Mediterranean dalam beberapa generasi.Tanah jajahan Greek dibuka untuk
perdagangan dan sebagai tempat pertemuan perniagaan antara kota-kota. Kawasan-kawasan itu terletak di
pesisiran laut Mediterranean dan Laut hitam. Berita tentangnya dibawa pulang oleh pengembara yang
menjelajah secara perseorangan sebagai pedagang atau perompak laut. Mereka menemui lombong-
lombong emas di Tartessus.Ekoran dari penjelajahan dan penerokaan orang-orang Greek itu, petempatan-
petempatan Greek ditubuhkan di Pulau Sicily, Pulau Cyprus, Corsica dan pesisiran Laut Mediterranean,
Laut Aegeann dan Laut Hitam. Mereka seterusnya telah menyebarkan kebudayaan dan pemikiran Greek.
Antara faktor-faktor pemilihan sesatu tanah jajahan itu ialah pelabuhan yang baik, terdapat air untuk
minuman dan tanah yang subur.Menjelang kira-kira tahun 750 SM, bangsa-bangsa Yunani dan Phoenicia
telah menjelajah sebahagian besar kawasan Mediterranean dan mewujudkan koloni perdagangan. Orang
Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang amat arif di Mediterranean.Orang Rom telah
mempelajari cara membuat kapal berpandukan rangka kapal orang Phoenicia. Menjelang tahun 702 SM
orang Phoenicia telah menubuhkan koloni di seluruh Mediterranean. Tamadun Yunani Purba merupakan
yang pertama di Eropah yang cuba menganalisis dunia dari sudut sains. Antara tahun 310-306 SM
penjelajah Yunani yang bernama Pytheas telah menyusuri pantai –-Atlantik ( Portugal) dan dikatakan
telah mengelilingi Britain sebelum belayar pulang. Pelayaran Pytheas bukanlah atas dorongan
perdagangan tetapi atas minat sains yang sebenar. Ahli geografi dan astronomi pula menggunakan
pencerapan serta maklumat daripada penjelajah untuk membuat peta kawasan Mediterranean dan peta
dunia. Ptolemy (seorang ahli astronomi Mesir-Yunani ) telah menghasilkan peta dunia yang terbaik
sehingga abad ke-15 hasil dari maklumat yang diperolehi dari ahli geografi yang diperolehi
penjelajah.Iskandar Zulkarnain Agung (356-323 SM) yang berasal dari Makedonia pernah menjadi
penguasa Greek yang diwarisi dari ayahnya, Philip II merupakan seorang penjelajah dan peneroka yang
hebat sekali. Baginda telah menjelajah dan menawan wilayah Parsi, Mesir, Mesopotamia. Dalam proses
penjelajahannya, baginda telah mengumpulkan maklumat tentang geografi kawasan yang jatuh ke tangan
baginda. Tenteranya diiringi sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli astronomi. Ahli
geografinya memetakan wilayah taklukan yang merentang dari Sungai Indus ke timur Mediterranean.
Orang Rom terus mengembangkan pengetahuan dunia yang diasaskan oleh orang Yunani. Namun tujuan
mereka agak berbeza. Pada dasarnya, pembuat peta dan juruukur Rom berperanan untuk mewujudkan dan
mengekalkan Empayar Rom.Semasa Rom sebuk meluaskan penjajahannya, Empayar Rom merangkumi
kesemua kawasan yang bersempadan dengan Mediterranean dan menuju ke timur hingga Mesopotamia
dan meliputi keseluruhan barat Eropah hingga ke utara (Britain). Dengan itu, penjajahan Rom menjadikan
bangsanya menjelajah jauh sekali ke negara-negara lain.Orang Rom juga mengetahui tentang India
melalui kempen penjajahan Iskandar Zulkarnain dan mereka juga mengetahu serba sedikit tentang Timur
Jauh ekoran barang dagangan yang tiba dari China ke dunia Rom melalui Jalan Sutera. Namun orang
Rom jarang mengembara melepasi sempadan mereka. Mereka banyak mengembara di dalam kawasan
empayar mereka. Orang Yunani Purba dan Rom telah menerbitkan buku serta panduan pelancongan untuk
pelancong. Salah sebuah buku yang masyhur ialah ‘Hellados Periegesis" ( Panduan Melawat Yunani)
yang ditulis pada abad ke-2 M oleh penulis Yunani yang bernama Pausanias.Bagi melicinkan perjalanan,
orang Rom telah membina jalan-jalan bagi menghubungkan antara bandar-bandar di dalam empayarnya.
Orang Rom memang terkenal sebagai pembina jalan raya dan jalan raya yang dibina itu sangat lurus
dengan jarak yang begitu jauh. Jalan-jalan lurus ini bertujuan mempercepatkan penghantaran bekalan dan
utusan serta askar jika berlaku kekacauan. Bagi mempercepatkan perjalanan melalui laut, orang Rom
telah mempelajari cara-cara membuat kapal berdasarkan rangka kapal orang Phonecia. Dengan itu
penjelajahan melalui jalan laut di sekitar Laut Mediterranean itu membawa kepada kegiatan menjajah,
telah memunculkan Rom sebagai perampas perdagangan di seluruh Laut Mediterranean dan menjadi
kuasa besar di situ.Menjelang abad ke- 5 M, Empayar Rom mula merosot akibat serangan tentera gasar
dari Eropah Timur ( German). Menjelang tahun 476 M Empayar Rom runtuh. Walau bagaimanapun,
maharaja Kristian Rom yang pertama iaitu Constantine 1 ( 306-337 M) telah mengasaskan Constantinople
( Istanbul, Turki). Constantinople menjadi pusat Empayar Byzantine Kristian (Rom) yang wujud hingga
abad ke-15.Melalui penjelajahnya yang juga mubaligh, agama Kristian disebarkan ke kawasan-kawasan
yang dijelajahi. Penjelajahan dan pejajahan Rom ke bumi Arab ( Arab Utara dan Selatan) juga
menampakkan motif perdagangan & penyebaran agama Kristian.
Tamadun China:Tamadun China bermula pada kira-kira tahun 1700 SM, namun China mengambil masa
kira-kira 1000 tahun untuk menjalin hubungan tetap dengan tamadun Asia Barat dan Asia Selatan. Pada
tahun 138 SM Chang Chien telah diutus ke Asia Tengah oleh Maharaja Han Wu Ti untuk cuba membuat
perjanjian dengan penduduk di sempadan barat China bagi menentang puak Hun yang menceroboh.
Dalam tempoh 12 tahun beliau mengembara , 10 tahun dihabiskan sebagai tawanan Hun. Selepas berjaya
melepaskan diri, beliau cuba kembali ke China melalui Tibet tetapi ditawan semula. Walau bagaimanapun
akhirnya beliau berjaya kembali ke China dengan 2 orang sahaja daripada 100 orang yang mengikutnya
dahulu. Misi beliau gagal tetapi beliau berjaya membawa balik berita tentang peluang perdagangan
dengan Asia Barat. Hasilnya, tidak lama kemudian ( kira-kira pada tahun 105 SM) jalan perdagangan baru
dibuka untuk membawa barangan seperti rempah ratus, batu permata, mutiara, sutera, kulit penyu
melintasi Gurun Gobi dan gunung ganang tinggi di Asia Tengah ke Timur Tengah dan Eropah. Mereka
mengembara melalui Asia ke Antioch dan kemudian menaiki kepal ke Rom. Terdapat beberapa batang
jalan yang secara amanya dikenali sebagai ‘ Jalan Sutera’ iaitu laluan perdagangan antara China dan Barat
. Ramai pengembara China yang awal ke Asia Tengah dan Selatan adalah penganut agama Buddha yang
sedang mencari pengetahuan agama di dalam dan di sekitar India Utara iaitu tempat asalnya agama
Buddha. Pengembara yang termasyhur ialah Hsuan- tsang (596-664M). Beliau mengembara selama 16
tahun bermula pada tahun 629 SM tanpa menghiraukan larangan Maharaja atas tujuan medalami bidang
agama. Beliau merentasi Asia Tengah melalui Gurun Gobi, melalui jalan yang berbahaya dan gaung yang
gelap ke Bactria, mendaki Hindu Kush dan mendaki ke timur untuk ke Kashmir dan India. Beliau belajar
selama 2 tahun di India, melawat perpustakaan di biara yang terdapat di Lembah Sungai Ganges. Beliau
melawat Allahabad dan di situ beliau ditangkap lanun tapi dapat melepaskan diri. Dalam perjalanan
pulang ke China, beliau terpaska meredah pelbagai bahaya dan selepas meninggalkan China selama 16
tahun, akhirnya beliau tiba di Chang-an dengan membawa 700 buah buku agama, patung dan peninggalan
Buddha. Ekspedisinya dianggap sangat penting hinggakan hukuman ke atasnya telah ditarik balik malah
beliau dihujani penghormatan termasuk dari Maharaja.. Ini agak luar biasa kerana pengembaraan di luar
sempadan China tidak digalakkan manakala bangsa asing tidak dibenarkan masuk. Atas sebab itu
kemajuan tamadun China langsung tidak diketahui dunia Barat sehinggalah pengembaraan Marco Polo
pada abad ke-13.Saudagar China telah sampai ke Zanzibar ( salah sebuah pelabuhan perdagangan yang
kaya di pantai Afrika Timur, tempat pedagang Arab menetap dan menyebarkan agama Islam) dan
Madagascar menjelang tahun 1180-an ( mereka sebenarnya telahpun melawat Timur Tengah melalui jalan
laut sejak tahun 360 M lagi). Sebenarnya orang China hanya dibenarkan keluar dari negara China dalam
tahun-tahun tertentu sahaja dalam sejarah China. Salah satu zaman yang membenarkan ialah pada masa
China di bawah pemerintahan Maharaja Cheng Tsu pada awal Dinasti Ming (1368-1644). Baginda
menugaskan seorang pembesar Islam yang bernama Laksamana Cheng Ho (1371-1435) untuk mengetuai
seangkatan armada besar yang telah melancarkan satu siri tujuh pelayaran penjelajahan yang bermula
pada tahun 1405 hingga tahun 1433. Mereka sampai di Afrika tahun 1415Pada awal abad ke-13 puak
Mongol bersatu di bawah Genghis Khan (1167-1227). Mereka menceroboh China dari Utara Asia.
Menjelang tahun 1241 Genghis Khan berjaya mewujudkan empayarnya merentang hingga ke sempadan
Eropah.Pada masa ini mereka enggan melayan lawatan diplomatik dari wakil-wakil Eropah hinggalah
kedatangan keluarga Polo. Marco Polo diambil sebagai wakil China ke Tanah Melayu, Sumatera, Ceylon
dan Tibet. Pada tahun 1368 pemberontakan orang China terhadap pemerintah Mongol berlaku. Kejatuhan
kerajaan Mongol di China membuka lembaran baru dalam sejarah China apabila China menjalankan
dasar menutup pintunya kepada pelawat-pelawat Eropah.
Tamadun Barat :Barat atau Eropah selepas kejatuhan Rom pada menjelang abad ke-5 M menyaksikan
peranan gereja dalam usaha mengembangkan agama Kristian. Pada ketika itu sebilangan pengembara
yang agung adalah mubaligh Kristian yang mengembara untuk menyebarkan Gospel kepada penduduk di
sebahagian besar Empayar Rom Lama. Walau pun Ireland tidak pernah dijajah Rom namun telah menjadi
negara Krisitian selepas kira-kira tahun 440 M. Ramai mubaligh mengembara dari Ireland untuk
menyebarkan agama Kristian kepada penduduk benua Eropah. Malah St Brendan pernah sampai ke
Amerika.Orang Eropah mula menunjukkan minat terhadap Afrika pada Zaman Pertengahan. Mereka mula
menggemari benda mewah dari Timur seperti rempah ratus, sutera, gula, mutiara dan batu berharga.
Namun pada masa itu jalan perdagangan darat dikuasai oleh orang Turki yang ketika itu sedang berperang
dengan orang Eropah. Keadaan ini menjadikan barangan ini sangat sukar diperolehi dan mahal harganya
sedangkan orang Eropah ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Mereka bertekad untuk
mencari jalan laut yang mengelilingi Afrika untuk membolehkan mereka berdagang secara terus dengan
India, China dan Pulau Rempah (Pulau Maluku) di Lautan Pasifik tanpa bertembung dengan orang
Turki.Sebenarnya Eropah menyaksikan banyak penjelajahan dan penerokaan terutamanya untuk mencari
jalan ke Timur Jauh bagi mendapatkan rempah ratus. Salah sebuah negara Eropah yang giat melakukan
penjelajahan dan penerokaan ialah Portugal. Pada awal abad ke-15 orang Portugis memulakan suatu siri
pelayaran ke selatan pantai barat Afrika untuk mencari jalan laut ke Timur Jauh. Salah seorang yang
sangat berminat dalam penerokaan ini ialah Putera Henry (1394-1460). Beliau dikenali sebagai ‘Henry
Pelayar’ walaupun sepanjang hayatnya beliau tidak pernah belayar! Beliau terkenal sebagai penjelajah
yang duduk diam di rumah sahaja. Beliau tertarik dengan kekayaan di timur dan mendapat inspirasi
daripada cerita tentang paderi raja agama Kristian iaitu Prestor John yang dipercayai tinggal di suatu
tempat di Afrika. Henry membina sebuah sekolah untuk melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping
membina limbungan kapal. Beliau mengambil cendikiawan, ahli geografi, ahli astronomi dan pelaut.
Beliau mendorong orangnya mengetuai ekspedisi . Selama 12 tahun beliau telah menghantar sebanyak 14
ekspedisi tetapi apabila sampai di Tanjung Bojadur, ekspedisinya berpatah balik kerana dihantui oleh
kepercayaan bahawa di Khatulistiwa , suatu kawasan yang dikenali sebagai ‘Laut Hijau Yang Gelap’,
matahari berada sangat hampir dengan bumi sehingga kulit manusia terbakar hitam, laut menggelegak
dan terdapat kolam berpusar dan kabus hijau yang tebal, tempat tinggal raksaksa yang menunggu untuk
membaham mereka. Salah satu ekspedisi yang dihantar Henry ialah yang diketuai oleh Gil Eannes. Pada
tahun 1434, Gil Eannes menjadi ahli pelayaran yang pertama berani belayar ke selatan iaitu ke Tanjung
Bojadur. Lima puluh tahun kemudian iaitu pada bulan Ogos 1487 Maharaja John II menghantar satu
ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal diketuai oleh Bartolomeu Dias atas tujuan membuka jalan
laut di hujung Afrika Selatan. Maharaja John II percaya bahawa jalan ke Timur akan menjadi mudah jika
Lautan Hindi dapat diterokai.Pada tahun 1487 juga Pedro da Covilha bersama-sama Alfonso de Paiva
membuat satu misi rahsia. Covilha diarahkan mencari maklumat sebanyak mungkin tentang jalan ke India
sementara Paiva pula diarahkan mencari kerajaan Prestor John di Afrika. Mereka menyeberangi Laut
Mediterranean dan belayar ke selatan Laut Merah. Paiva telah hilang, sementara Covilha sampai ke India
dan kemudiannya menetap di Habsyah (Abyssinia/Ethiopia) Covilha telah melaporkan pelayarannya ke
India kepada kerajaan Portugal.Vasco da Gama (1460-1524) pula dihantar oleh Raja Manuel, raja
Portugal untuk memastikan sama ada jalan ke India dengan mengelilingi Afrika seperti yang dilaporkan
sebelum ini benar-benar wujud. Pada tahun 1497 Vasco da Gama telah menyusuri bahagian atas pantai
timur Afrika dan akhirnya menemui jalan laut ke India yang selama ini cuba dicari-cari oleh pengembara
Eropah.. Angkatannya meredah Lautan Hindi selama 23 hari dan setelah 10 bulan belayar barulah beliau
sampai di Calicut, India. Dalam perjalanan mereka ke Timur, orang Portugis telah bertemu dengan
peluang perdagangan yang lumayan di Afrika Barat terutama sekali emas, gading dam hamba.
Perdagangan hamba berkembang pesat antara abad ke-16 hingga 19. Orang Portugis kemudiannya
melancarkan ekspedisi tentera laut secara agresif . Mereka menubuhkan kubu di Ceylon pada tahun 1505
dan menawan Goa pada tahun 1510. Namun mereka masih belum menemui sumber rempah ratus.
Dengan itu mereka pun terus belayar ke arah timur. Pada tahun 1511 satu ekspedisi yang terdiri daripada
3 buah kapal di bawah pimpinan Antonio de Abreu telah belayar dari Melaka (masa itu Portugis telah pun
menawan Melaka). Pada tahun 1512 mereka telah sampai ke Pulau Banda. Ini membuka jalan ke
Kepulauan Maluku yang merupakan satu-satunya sumber buah pala dan bunga cengkih di dunia pada
masa itu. Akhirnya orang Portugis berjaya sampai di Kepulauan rempah yang selama ini menjadi legenda
itu. Selepas itu .mereka menuju ke utara iaitu ke China dan menjelang tahun 1540-an menjadi orang
Eropah pertama sampai di Jepun.Sepanyol juga tidak ketinggalan dalam usaha mencari jalan ke Timur.
Melalui Christopher Columbus, Sepanyol cuba mencari jalan ke Timur Jauh melalui arah Barat iaitu arah
yang bertentangan dengan jalan sebelum ini (menyusuri pantai Afrika) tetapi gagal menemui negara
China. Sebaliknya, diluar tujuan sebenar, atau tanpa sengaja dia menemui benua Amerika!.Pada tahun
1511 pula Sepanyol membiayai pelayaran Magellan untuk mencari jalan perdagangan ke timur dan
menuntut Pulau Maluku. Dia hanya sampai di Filipina setelah menyusuri Amerika Selatan. Kematiannya
di Filipina menyebebkan rakannya yang bernama Sebastian del Cano mengambilalih mengetuai pelayaran
kembali ke Sepanyol.Seperti orang Sepanyol, orang Inggeris dan Perancis juga ingin mencari kekayaan di
Timur dengan cara belayar ke arah Barat. Mereka tidak mengikut jalan orang Sepanyol mengelilingi
Amerika Selatan, sebaliknya mereka mencari jalan baru mengelilingi Amerika Utara. Mereka
berkeyakinan menemui selat yang boleh dilalui oleh kapal mereka. Jalan ini dikenali sebagai Laluan Barat
Laut.Satu ekspedisi yang diketuai oleh Martin Frobisher bersama 3 buah kapal bertolak dari London pada
tahun 1576 tetapi gagal menemui Laluan Barat Laut. Beberapa ekspedisi lain yang dihantar seperti yang
diketuai oleh John Davis ( antara tahun 1585 hingga 1587),Henry Hudson (1610), William Baffin dan
Robert Bylot (1616) semuanya gagal menemui Laluan Barat Laut. Sejak itu hingga berabad-abad
lamanya orang Inggeris masih gagal menemui Laluan Barat Laut hinggalah pada abad ke-20 nanti.
Seorang lagi ahli pelayaran Inggeris yang terkenal ialah Francis Drake (1545-1596). Dia dianggap
sebagai penjelajah kedua yang mengelilingi dunia. Penjelajahannya dilakukan 50 tahun selepas pelayaran
Magellan.. Orang Sepanyol menganggapnya sebagai lanun kerana beliau banyak kali menyerang
petempatan orang Sepanyol di Caribbean dan Amerika Tengah. Pelayarannya berlangsung antara tahun
1577 hingga 1580.Pada tahun 1577 beliau dihantar oleh Ratu Elizabeth I ke Selat Magellan (menjelajah
laut-laut selatan) atas tujuan untuk mengaut kekayaan dan rempah dengan membawa lima buah kapal.
Setelah mengelilingi dunia selama 3 tahun, akhirnya beliau pulang ke England dengan sebuah kapal
sahaja.Perancis turut cuba mencari laluan terus ke Timur. Pada tahun 1534 Raja Francois I mengarahkan
Jacques Cartier mencari jalan barat ke Pasifik dan mendapatkan kawasn baru bagi Perancis tapi usaha-
usahanya gagal. Usaha itu diteruskan oleh orang-orang Perancis yang lain yang akhirnya menemukan
mereka dengan Amerika dan membina empayar Perancis di Amerika.Orang Viking yang berasal dari
Norway, Sweden dan Denmark yang sering dikenali sebagai penyerang itu juga merupakan penjelajah dan
pedagang. Mereka mula belayar ke Barat pada abad ke-9 untuk mencari kawasan baru. Menjelang tahun
860 ada di kalangan mereka telah sampai ke Iceland dan menetap di situ. Dalam perjalanan yang kerap ke
Barat, mereka telah menjadi orang Eropah pertama yang menemui Amerika. Menjelang abad ke-11
terdapat petempatan Viking merentasi utara Eropah dari Rusia ke Ireland. Ekspedisi perdagangan
membawa mereka jauh hingga ke Laut Mediterranean dan menghilir Sungai Volga ke Laut Kaspia.

Tamadun Arab:Penjelajahan orang Arab lebih bermotifkan perdagangan. Zaman sebelum kedatangan
Islam lagi iaitu zaman jahiliah telah ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa mereka telah menjelajah
sampai ke India, Asia Tenggara dan China (jalan laut). Ketika Yaman terkenal sebagai pusat perdagangan
utama di semenanjung Tanah Arab, pelabuhan di Yaman telah menjadi pusat persinggahan kapal-kapal
dari Timur dan tempat memulakan pelayaran ke Timur. Orang-orang Arab bukan sahaja terkenal sebagai
pelayar bahkan pengembara padang pasir melalui sistem kafilah. Mereka telah memonopoli perdagangan
Timur dan menjadikan saudagar-saudagar Venice dan Genoa sebagai orang tengah mereka dalam
memasarkan barang-barang ke Eropah. Hal ini berterusan sehingglah mereka memeluk agama Islam.
Inilah antara sebab orang-orang Eropah ingin sangat mencari jalan ke timur iaitu ingin memecahkan
monopoli perdagangan orang arab.

Tamadun Melayu:Alam Melayu tidak banyak menyaksikan penjelajah dan peneroka tetapi
sering dijelajah dan diteroka. Namun begitu ketika Srivijaya muncul sebagai pusat agama
Buddha di Nusantara, Srivijaya telah menghantar penuntut-penuntutnya ke Nalanda, India
Selatan bagi menyambung pengajian agama Buddha di situ. Dengan itu mereka juga dianggap
sebagai penjelajah atas motif menuntut ilmu. Berkaitan dengan menuntut ilmu ini, kerajaan
Srivijaya telah membina sebuah kuil di Nagapatnam, India Selatan pada tahun 1005M. Selain
dari itu Srivijaya juga menghantar banyak rombongannya ke China untuk mengeratkan
perhubungan diplimatik dan perdagangannya dengan China. Dengan itu dapat didkatakan
bahawa penjelajahan orang Srivijaya lebih kepada motif perdagangan dan menimba ilmu.
Tamadun India:Penjelajahan orang India dalam tamadun awal kurang didedahkan oleh ahli-ahli
sejarah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud penjelajahan orang-orang India
terutamanya atas motif perdagangan dan agama. Orang-orang India telah menjelajah ke bahagian
timut tengah dan Asia Tenggara sebelum penjelajahan orang-orang Barat lagi atas tujuan
perdagangan. Ini terbukti dengan adanya kapal-kapal orang India di pelabuhan Yaman. Mereka
juga menjelajah ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan dan menyebarkan agama
Hindu sejak sebelum abad pertama Masihi lagi. Penjelajahan atas tujuan perdagangan ini
kemudiannya telah mewujudkan penjajahan. Ini dapat dibuktikan dengan penjajahan Raja
Rajendra I (Raja Chola dari India Selatan) ke atas kerajaan-kerajaan Srivijaya di Semenanjung
Tanah Melayu (seperti Kedah dan Ligor) dan di Sumatera (seperti Palembang) pada sekitar tahun
1025M.
7.3. Pencapaian dan Sumbangan:Penjelajahan dan penerokaan telah mengembangkan ilmu
pelayaran dan geografi. Zaman Hellenistik (percampuran budaya Yunani dan bukan Yunani khususnya
Parsi) dalam sejarah Greek telah menggalakkan penyelidikan sains. Ekspedisi-ekspedisi Iskandar
Zulkarnain merentasi Asia telah membuka bidang-bidang pengetahuan baru kepada orang Greek dan telah
membangunkan minat terhadap penyelidikan saintifik.Semasa Iskandar Zulkarnain membuat penjelajahan
ke Asia, tenteranya diiringi oleh sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli astronomi.
Pakar-pakar tersebut telah memetakan wilayah taklukan yang merentang dari Sungai Indus ke timur
Mediterranean. Peta Eropah yang dibuat pada lebih 1500 tahun selepas penjelajahan Iskandar telah
menggunakan maklumat tentang Asia yang diperolehi dari Iskandar. Orang Rom mengembangkan
pengetahuan mereka tentang dunia melalui orang Yunani dan pengetahuan tentang India melalui
penjelajahan Iskandar Zulkarnain. Ahli kaji bintang telah membuat penyelidikan melalui perjumpaan-
perjumpaan zaman dahulu di Babylon; mereka belajar mengira sukatan dunia. Ada di kalangan mereka
mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi matahari. Ahli geografi yang terkenal iaitu
Erotosthenes (275 – 200 SM) adalah orang yang mula-mula mengajar tentang lautan di dunia dan
memulakan lukisan peta dengan menggunakan garis bujur dan garis lintang. Ptolemy, seorang ahli
astronomi Mesir-Yunani yang bertugas di Perpustakaan Iskandariah, Mesir dari tahun 127 hingga 150M
telah mengumpulkan pelbagai ilmu Yunani tentang Geografi bagi menghasilkan peta dunia yang terbaik
sehingga abad ke-15. Selepas pelayaran Kapten Cook (1780) ke Hawaii barulah peta dunia yang lebih
sempurna dihasilkan ( pada abad ke-18). Penjelajahan dan penerokaan juga telah mengembangkan ilmu
pelayaran. Orang Rom belajar membuat kapal berdasarkan bangkai kapal orang Phoenicia. Orang
Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang terpakar di Mediterranean dan telah menubuhkan
koloni di seluruh kawasan Mediterranean pada abad ke-8.SM. Pada abad ke-15, Putera Henry (1394-
1460)yang terkenal dengan jolokan ‘Henry Pelayar’ ( Henry the Navigator) telah menubuhkan sebuah
sekolah pelayaran yang masyhur di Sagres, Portugal. Di akademi tersebut beliau mengumpulkan
kemahiran ahli pelayaran, ahli geografi, pembuat peta, ahli astronomi dan pembina bot. Beliau
menganjurkan beberapa ekspedisi Portugis ke timur walaupun beliau sendiri tidak pernah menyertai
pelayaran-pelayaran yang dianjurkannya itu. Ekoran usaha beliau, sekolah-sekolah pelayaran telah
ditubuhkan di tempat-tempatlain di Eropah.Berkait dengan penjelajahan dan penerokaan melalui laut,
pelbagai jenis alat pandu arah digunakan dengan luasnya pada abad ke-15 seperti kompas, alat bahagi,
jam pasir, carta bintang dan jadual. Sesiku laut pula digunakan untuk mengukur sudut matahari bagi
mengira latitud kapal.

You might also like