berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota. Di peringkat inilah orangSumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakatSumerialah yang telah membina bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar diSumer disebut kota dan negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhanantara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur, Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina secara terancang. KotaSumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapan dengan hutan yangmengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dan anggur.Di sebalik hutan initerdapat tanaman gandum dan barli dan seterusnya terdapat padang-padang rumput untuk binatang ternakan mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang perairanyang rumit. Setiap kota mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah
ziggurat
( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memujadewa-dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungimereka daripada serangan musuh.Sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanian yang pesat. Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatankecil telah berkembang menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota muncul.Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina. Contohnya, Karnak dan Luxor. Bagitamadun Indus, terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah Sind danPunjab. Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang denganteratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah.. Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya, dalam pembinaansesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut tahan lama.Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yangtersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawahtanah ( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dandihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappasangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuatuntuk melindungi bandar daripada serangan musuh. D tengah-tengahnya bandar terdapatsebuah tempat mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian tamadun Indus.
DI
lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang,Loyang dan Changgan kerana penduduk yang bertambah ramai. Anyang merupakan bandar yang besar di negara China. Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho, muncul kira-kira pada tahun 1800SM,merupakan bandar tertua di negeri China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang.
3. Organisasi Sosial:
Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yangtertinggi dikenali sebagai
amelu
atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah
mushkinu
(kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiridaripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dantentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golonganagama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli