Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAMADUN DUNIA

TAMADUN DUNIA

Ratings: (0)|Views: 1,238 |Likes:
Published by ZULHILMI MAT ZAIN

More info:

Published by: ZULHILMI MAT ZAIN on Apr 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/03/2013

pdf

text

original

 
TAMADUN DUNIA:TEMA1:MANUSIA DANMASYARAKAT
Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro dan Harapa, Arab,Yunani,Rom,Melayu dan Barat.Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :Lembah Tigris - Euphrates : TamadunMesopotamia atau Sumeria (3500 SM-2000 SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM- 1075SM), Lembah Indus : Tamadun Indus ( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho :Tamadun Shang (1800SM), Di Amerika Selatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, DiYunani: Tamadun Crete, Di Tanah Arab : Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, DiTanah Melayu : Tamadun Melayu, Di Barat ( Eropah) : Tamadun BaratPetempatan Tamadun Mesopotamia:Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun3500 Sm hingga 2000 Sm itu terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negaraIraq. Nama Mesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orangSumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeriadipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphratesmembolehkan penduduknya mengusahakan pertanian secara besar-besaran.Petempatan Tamadun Mesir  :Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di LembahSungai Nil, Negeri Mesir. Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripadaSungai Nil’. Ini adalah kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasangurun yang tidak subur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muaramembawa tanah hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai.Tanah yang subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanahsubur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistem pengairan.Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean.Petempatan Tamadun Indus / India:Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga1500SM ini terletak di Lembah Sungai Indus, negara India.. Seperti tamadunMesopotamia dan Mesir, tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertanian telah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun3000SM lagi.Petempatan Tamadun China:Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai olehTamadun Shang (1500SM - 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembah Sungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China.Dari China Utara ini pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yangkemudian aspek-aspek ini berkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara.Petempatan Tamadun Yunani:Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempenanama Pulau Crete yang merupakan salah sebuah pulau Greek merupakan tamadunterawal di Eropah. Tamadun ini tidak seperti tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir,Indus dan China yang kesemuanya wujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanah dikawasan Pulau Crete ini tidak subur untuk pertanian. Penduduknya bergantung kepada perdagangan. Hubungan lebih kepada laut. Dengan itu aktiviti mereka condong kepada pengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-tanah baru di samping berniaga. Sebabitulah mereka membuat hubungan dengan tempat lain seperti dengan tamadun Nil, Parsidan Sumeria.Petempatan Tamadun Rom:Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber,
 
Itali. Di selatannya terbentang Laut Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-pendatang seperti orang-orang Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orangEtruscan (sebelah utara dari kawasan kediaman orang Aryan) dan orang-orang Yunani( di selatan Itali dan Pulau Sicily).Petempatan Tamadun Arab :Ia berkambang di negara Arab yang terletak di kawasanTimur Tengah. Konsep tamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarahBarat. Bagi sarjana Islam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dantidak teratur dalam semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agama sebagai petunjuk dan panduan hidup. P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Barat berpendapat,masyarakat Arab Zaman Jahiliah hanya jahil dari aspek agama dan moral sahaja tetapi bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan ( tamadun Sabak diSelatan Semenanjung Arab dan Mekah di kawasan Tengah Semenanjung Arab)Petempatan Tamadun Barat / Eropah :Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermulamenjelang tahun 1500 M dan dikenali sebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman Gelap Eropah ( Zaman Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) BenuaEropah mula menempun perubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan.Bermula zaman inilah kuasa-kuasa Eropah menjelajah, meneroka dan berinteraksi dengankuasa-kuasa lain di luar Eropah.Perbandaran Tamadun Mesopotamia:Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasantempat tinggal. Dari hidup berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandar dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadunMesopotamia. Selepas 2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnyamenjadi kota. Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membina bandar- bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dan negara kotakerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas dengan raja dan dewanyasendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash ( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur, Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar- bandar metropolis yang dibina secara terancang. Kota Sumeria terletak di tebing sebuahterusan atau sungai berhadapan dengan hutan yang mengandungi rumpun-rumpun pohonkurma, delima, fig dan anggur.Di sebalik hutan ini terdapat tanaman gandum dan barlidan seterusnya terdapat padang-padang rumput untuk binatang ternakan mereka. Setiapkota mempunyai peraturan dan undang-undang perairan yang rumit. Setiap kotamempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah ziggurat( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memuja dewa-dewa.Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungi merekadaripada serangan musuh.Perbandaran Tamadun Mesir  :sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanianyang pesat. Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatan kecil telah berkembang menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota muncul sepertiKahirah dan Memphis. Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina. Contohnya,Karnak dan Luxor.Perbandaran Tamadun Indus / India:Terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah Mohenjo Daro ( di Sind) dan Harappa (di Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan
 
 bandar yang dibina dan dirancang dengan teratur dan merupakan bandar terancang yangterawal dalam sejarah.. Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikutgrid. Umpamanya, dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakansupaya bangunan tersebut tahan lama.Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebutialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyaisistem saluran najis di bawah tanah ( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa sangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Tiap kota mempunyaisebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan musuh.D tengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacarakeagamaan).Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkanketinggian tamadun Indus.
TAMADUN DUNIA:TEMA 4 SISTEM EKONOMI EROPAH
Di Eropah, pada zaman Pertengahan Awal atau Zaman Gelap (500-1050M) perkembangan ekonominya merosot sekali tapi mulai pulih pada penghujung zamanPertengahan (1050-1300M). Ketika itu orang gasar telah membuka kawasan baru untuk  petempatan dan pertanian. Akibatnya ialah berlaku perubahan dalam bidang ekonomidengan bertambahnya penduduk, bandar-bandar baru berkembang, perdagangan majudan wang digunakan dengan meluas menggantikan sistem barter. Pertanian dan ternakanyang diusahakan secara sara diri telah berkembang secara komersial. Kehadiran kuasaIslam di Afrika Utara pula telah meningkatkan perdagangan antara bangsa. Perang Salibyang berlaku di Timur Tengah selama 200 tahun telah membuatkan masyarakat Eropah bersatu. Keadaan ini telah mengukuhkan kedudukan raja dan raja telah memerosotkankedudukan golongan bangsawan dan gereja Feudalisme sebenarnya telah berkembangsecara beransur-ansur pada tahun 900-1300M di Eropah). Pada zaman PertengahanLewat ekonomi Eropah merosot kembali. Ketika Eropah mengalami zamanRenaisssance/Zaman Pemulihan (revolusi intelektual berasaskan pemulihan ilmu pengetahuan tamadun purba Yunani dan Rom antara tahun 1350-1550M),perdagangantelah wujud antara Itali Utara dengan pedagang Islam di Iskandariah dan Baghdad. Ini bermakna ketika itu perdagangan antara bangsa telah rancak dijalankan. Selepas gerakanRenaissance, sistem ekonomi kapitalis semakin penting.Akibat dari gerakan Reformation( gerakan pembaharuan agama yang berlangsung antara tahun 1517 hingga pertengahankedua kurun ke-16) yang melanda Eropah , golongan menengah memperolehi banyak harta rampasan tanah gereja. Golongan pedagang yang sebelum itu tertekan denganundang-undang gereja ( gereja melarang pinjaman wang berdasarkan faedah) kini telah berupaya bergiat dalam perdagangan apabila amalan riba dibenarkan. Apabila pedagang bertambah kaya, muncullah golongan kapitalis ( golongan yang ada modal untuk dilaburkan). Mereka terdiri daripada pemilik kilang, tanah dan lombong. Mereka inginmendapat keuntungan dari pelaburan mereka di kawasan-kawasan baru. Mereka telahmenaja beberapa ekspedisi untuk menjelajah di kawasan luar Eropah. Sehubungandengan penubuhan negara-negara bangsa, raja-raja bangsa telah mengamalkan suatudasar ekonomi baru yang dikenali sebagai Mercantilisme. Mercentilisme ialah sistemyang mementingkan kekayaan dan dalam usaha itu ia membawa kepada penguasaankoloni, pembebasan individu daripada kongkongan abstemiouness (kesederhanaan) dan‘accesticm’ yang mendominasi pemikiran zaman pertengahan. Pada awal zaman

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Khomathy Mathy liked this
Nurhani Sadrina liked this
Fara -tiey liked this
hazryle liked this
arika_djae liked this
manda xavier liked this
Violetfang Chai liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->