Professional Documents
Culture Documents
Tujuan tugasan ini dilakukan adalah untuk mengetahui cara yang terbaik untuk mendidik
anak-anak melalui pandangan tokoh-tokoh falsafah sama ada tokoh falsafah barat ataupun Islam
kerana dibarat atau ditimur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah pembinaan
sahsiah mulia dan keperibadian tinggi serta berhemah. Semua ibu bapa ingin melahirkan
generasi yang berfikiran mantap, kritis dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan.
Oleh itu,tokoh Imam Al-Ghazali dipilih kerana beliau terlebih dahulu mengupas begitu
dalam sekali mengenai untuk mengekalkan tingkah laku baik yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak dalam kitabnya Ihya Ulumuddin.
(1)
LATAR BELAKANG TOKOH IMAM AL – GHAZALI
Nama penuh Imam Al – Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad Ghazali
Ath Thus. Termasyhur dengan sebutan Hujjatul Islam. Beliau dilahirkan pada 450 Hijrah
bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri
Parsi.
Orang tua beliau adalah seorang yang hidup yang bersederhana dan shaleh yang sehari-
harinya bertenun dan memintal benang ari bulu.
Awal pertama beliau belajar agama pada waktu kecil, dengan seorang ulama yang
terkenal sesuai dengan wasiat ayahnya sebelum meninggal dunia. Kemudian beliau pergi ke
Nisabur untuk belajar di madrasah Syafi’I yang pada sangat itu merupakan salah satu pusat ilmu
pengetahuan yang terkenal di dunia Islam. Di Madrasah ini,beliau belajar ilmu fiqih dan Ushul
Fiqih, Tasawuf, Tauhid,Filsafat,dan Logika.
Pada tahun 484 Hijrah, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di
Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 Hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi
ke Syria dan ke Mekah.
(2)
PANDANGAN TOKOH IMAM AL –GHAZALI
Imam Al – Ghazali menyatakan seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir lagi.
Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain untuk menjaganya kecuali perempuan yang
kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab
sopan,adab makan dan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
Kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 6 tahun hendaklah diajar dari aspek rohani,
adab dan jasmani. Antara perkara yang perlu diajar dari aspek rohani ialah cara mengerjakan
solat dengan sempurna, melafazkan azan membaca wirid dan sembahyang berjemaah. Kanak-
kanak perlu dilatih berpuasa beberapa hari di dalam bulan Ramadhan serta kefahaman tentang
adab berpuasa. Mereka juga perlu membaca dan menghafal Al-Quran, diajar hadis dan ulama
besar supaya kanak-kanak itu mengenal dan mengasihi mereka.
Dalam aspek adab pula, semasa makan,makan serentak dalam satu keluarga. Basuh
tangan sebelum makan dan baca bismillah, doa serta makan menggunakan tangan kanan. Kanak-
kanak juga haruslah merendah diri dengan bersikap sederhana dalam perlakuan dan bertegas.
Disamping itu, bagi adab bercakap pula, jangan mengajar kanak-kanak bercakap bohong.
Latih menyebut perkataan dengan betul, lembut dan sopan. Bagi adab bergaul dalam masjid,
jangan meludah, menghingus, mengeliat, menguap dan membuat bising ketika berada dalam
masjid dan adab tehadap orang tua pula, taat dan menghormati orang tua terutama kepada kedua
orang tua.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang – senang, jangan
berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Di samping itu,tidak boleh
keterlaluan apabila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian
mereka. Memperelokkan fitrah dan dan membentuk naluri mereka.
(3)
Nasihat Imam Al –Ghazali kepada guru ialah mengajar mengikut kemampuan kanak-
kanak dan memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. Guru
tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi menunjukkan model tingkah laku yang baik.
(4)
PEBINCANGAN
Pandangan tokoh Imam Ghazali terhadap pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat
sesuai dijadikan ikutan. Antaranya ialah suruh kanak-kanak bermain. Pendidik kanak-kanak
begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu
pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada
ciri – ciri semulajadi kanak-kanak yag memang suka bermain.
Nama Froebel, Susan, Isaacs, Me Millan dan pelbagai lagi teori mengenai kepentingan
permainan dari perspektif barat disebut - sebut dan dijulang. Malah banyak hadis –hadis yang
menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan
kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak..
Selain itu, ibu bapa dan guru menunjukkan perlakuan yang baik. Umat Islam yang
mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif tentang teori-teori yang
dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan sebagainya. Antara idea utama
yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan mudah
meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh
seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi pengukuhan.
(5)
KESIMPULAN
Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering
melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah
dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya
mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Sedangkan, begitu banyak hadis dan
saranan ulama yang menyebut tentang betapa pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan
kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak
yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.
(6)
RUJUKAN
INTERNET
1. http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/
2. http://www.scribd.com/doc/25011438/pgsr-pra3101
BUKU
1. Prof. Madya Dr. Putri Zabariah Megat A. Rahman. Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-
kanak. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia, 2006.
2. Awang Sariyan. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn Bhd, 2007