Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
32Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SENI MUZIK DALAM INSTITUSI RAJA MELAYU:

SENI MUZIK DALAM INSTITUSI RAJA MELAYU:

Ratings: (0)|Views: 7,802|Likes:
Published by aalazhar
Esei ini berfokus terhadap seni muzik istana dari aspek jenis, perkembangan, dan peralatan yang digunakan dalam institusi Raja Melayu di Malaysia. Maklumat diperoleh melalui kajian perpustakaan dan pemerhatian persembahan seni muzik istana Raja-raja Melayu. Antara seni muzik istana yang dikaji ialah muzik nobat, dramatari Makyung, Joget Gamelan, Tarian Asyik, Tarian Terinai, dan Wayang Kulit Melayu. Jenis seni muzik istana ini akan dilihat dalam konteks budaya dan masyarakat di Malaysia. Perkembangan seni muzik ini pula akan dilihat dari aspek sejarah dan perkembangan seni persembahan yang diiringinya. Turut dilihat ialah kepelbagaian alat muzik tradisional yang digunakan serta peranannya di dalam institusi Raja Melayu melalui tradisi istana. Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa seni muzik istana Raja Melayu wujud dalam dua bentuk iaitu sebagai muzik istiadat dan muzik hiburan. Kedua-dua bentuk muzik ini berkembang di dalam tradisi istana dan diiringi ensambel muzik yang terdiri daripada pelbagai jenis peralatan muzik seperti serunai, rebab, gendang, gong dan sebagainya yang memiliki potensi untuk dikaji dan dimajukan.
Esei ini berfokus terhadap seni muzik istana dari aspek jenis, perkembangan, dan peralatan yang digunakan dalam institusi Raja Melayu di Malaysia. Maklumat diperoleh melalui kajian perpustakaan dan pemerhatian persembahan seni muzik istana Raja-raja Melayu. Antara seni muzik istana yang dikaji ialah muzik nobat, dramatari Makyung, Joget Gamelan, Tarian Asyik, Tarian Terinai, dan Wayang Kulit Melayu. Jenis seni muzik istana ini akan dilihat dalam konteks budaya dan masyarakat di Malaysia. Perkembangan seni muzik ini pula akan dilihat dari aspek sejarah dan perkembangan seni persembahan yang diiringinya. Turut dilihat ialah kepelbagaian alat muzik tradisional yang digunakan serta peranannya di dalam institusi Raja Melayu melalui tradisi istana. Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa seni muzik istana Raja Melayu wujud dalam dua bentuk iaitu sebagai muzik istiadat dan muzik hiburan. Kedua-dua bentuk muzik ini berkembang di dalam tradisi istana dan diiringi ensambel muzik yang terdiri daripada pelbagai jenis peralatan muzik seperti serunai, rebab, gendang, gong dan sebagainya yang memiliki potensi untuk dikaji dan dimajukan.

More info:

Published by: aalazhar on Apr 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2013

pdf

text

original

 
SENI MUZIK DALAM INSTITUSI RAJA MELAYU:KAJIAN JENIS, PERKEMBANGAN DAN PERALATAN MUZIK DALAMKONTEKS TRADISI ISTANA
Oleh: Azhar Bin Abdul Latiff 
1.
 
Pengenalan
Institusi Raja Melayu melalui tradisi istana telah melahirkan pelbagai genre senipersembahan yang menjadi warisan dan kebanggaan bangsa Melayu pada masa kini. Senipersembahan yang lahir daripada tradisi istana ini kaya dengan pelbagai elemen persembahanseperti seni muzik, teater , tarian, dan peralatan persembahan yang memiliki nilai estetikayang unik dan amat tinggi nilainya. Antara seni muzik yang lahir daripada tradisi istana ialahNobat, muzik Makyung, dan Muzik Gamelan. Ciri-ciri unik kesenian ini dan nilai estetikanyaboleh dilihat melalui jenis, perkembangan, dan peralatan yang digunakan.Esei ini berfokus kepada perbincangan mengenai jenis, perkembangan dan peralatanmuzik di dalam institusi Raja Melayu. Perkembangan – dahulu – dapat dilihat melalui catatanmengenai tradisi istana Raja-raja Melayu. Jenis muzik istana dalam konteks budaya danmasyarakat di Malaysia. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk menghasilkan alat muzik di istana – sebagai artifak budaya dalam institusi Raja Melayu yang mendukung seni muzik di istana . Antara muzik tradisional yang akan dilihat ialah seni muzik yang berasal daripadatradisi istana Raja Melayu iaitu nobat, muzik makyung, muzik Gamelan, dan lain-lain senipersembahan.
2.
 
Latar Belakang Seni Muzik dan Institusi Raja-raja Melayu
Institusi Raja Melayu yang ada pada masa kini di Malaysia adalah hasil peninggalan warisankegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada kurun ke -15 yang
 
berpusat di negeri Melaka. Daripada kewujudan empayar berkenaan, lahirlah institusi RajaMelayu di sembilan buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kedah, Perak, Perlis,Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, dan Negeri Sembilan. Kesemua institusi-institusi inimenerima pengaruh sistem beraja dan tradisi istana yang diwarisi daripada EmpayarKesultanan Melayu Melaka.Institusi Raja Melayu telah melahirkan pelbagai jenis seni persembahan yang wujudhasil daripada tradisi istana seperti muzik Nobat, Joget Gamelan, Tarian Asyik, persembahanMakyung dan sebagainya. Seni muzik yang wujud hasil daripada tradisi istana ini bukansahaja berfungsi memberi hiburan kepada masyarakat istana, malah turut menjadi alatkerajaan dan menjadi simbol kepada sistem sosial dan politik institusi beraja melaluiaplikasinya di dalam upacara adat serta adat istiadat diraja. Fungsi simbolik perajaan institusiRaja Melayu berkait rapat dengan konsep ‘daulat’,Di dalam institusi Raja Melayu, konsep ‘daulat’ sangat penting dalam kontekssosiopolitik berkerajaan dan melambangkan kedaulatan seorang raja yang memerintah. Iaharus dilihat dari segi tradisi penerusan institusi berkerajaan Melayu pra-Melaka dan pra-Islam dalam periode Sriwijaya. Seorang tokoh yang memerintah dan digelar raja akandikaitkan kepadanya unsur kudus, luhur dan suci, dan mungkin juga seperti kedudukan raia-raja Jawa dahulu kala, unsur yang luar biasa menjadi sesuatu yang penting dalamkepercayaan rakyat atau orang kebanyakan dalam tradisi politik berkerajaan. Oleh yangdemikian wujudlah konsep dewa-raja. Konsep dewa-raja ialah kepercayaan dan salasilahraja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi (secara lisan ataupun tradisi tulisan) dikaitkandengan dewa-dewa dari kayangan; penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brahma,lelembut, mambang atau makhluk-makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudutasal usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka. Ini sebenarnya warisan dari tradisiHindu-Melayu. (Mohamad Yusof, 1987)Semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka, daulat di dalam institusi Raja Melayudibina dan dihubungkan dengan konsep dan peranan simbol dalam tradisi perajaan. Simbolini wujud untuk memberikan beberapa taraf dan hak istimewa kepada raja yang memerintah
 
berbanding dengan taraf dan hak rakyat. Antara simbol tersebut ialah i) peralatan budaya, ii)bahasa, iii) undang-undang, iv) warna, dan v) protokol dan adat istiadat. Peralatan budayamerupakan alat-alat yang boleh dilihat, dan diadakan untuk menjadi ‘penyokong’ kepadakarisma raja yang sedang memerintah. Dengan adanya alat-alat ini di samping kehadiran rajabagi semua upacara rasmi ialah untuk menunjukkan ia mempunyai nilai dan unsur kebesaransecara simbolik. Oleh itu alat-alat ini dinamakan sebagai alat kebesaran raja.Peralatan kerajaan juga termasuklah alat muzik tradisional yang dibunyikan untuk acara-acara dan adat rasmi yang berkaitan dengan istana dan yang berhubungan dengan adatistiadat kerajaan. Peralatan ini digunakan sebagai ‘alat kerajaan’. Alat bunyi-bunyian ini ialahseperti gendang, gong, serunai, nafiri, negara dan madeli. Alat-alat inilah yang membentuk kumpulan nobat. Raja sahaja yang berhak untuk memiliki dan menggunakan alat-alat tersebutuntuk upacara yang bercorak peribadi dan yang berhubungan dengan istiadat istana dankerajaan.Kepentingan alat muzik dalam istana Melayu lama memang tidak asing. Semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, satu set gendang nobat dimainkan sepanjang acarapertabalan. Malah beberapa jenis alat muzik – misalnya, dalam nobat yang meliputi gendang,nafiri, nagara, gong, serunai medali – telah menjadi sebahagian daripada perkakas raja ataualat kerajaan. Alat muzik nobat ini jugalah yang menyambut surat atau tetamu agung negarayang sama taraf. Misalnya, kerajaan Melayu Melaka akan menjemput wakil kerajaan Haru,Pasai dan Perlak dengan alat muzik tersebut. Selain itu, paluan peralatan muzik seperti tabuh,gong, dan canang juga digunakan sebagai cara perhubungan untuk memberitahu ataumenyampaikan berita secara langsung dari istana kepada rakyat jelata.Muzik umum yang membawa erti, ‘lagu, irama, bunyi-bunyian, pancaragam, tanji (ZainalAbidin, peny. 1980:1194) memang tidak terlepas juga dalam budaya Melayu Nusantara.Berdasarkan aspek persembahan kesenian tradisional Melayu, perkataan muzik tidak pernahtercatat dalam sebarang sumber tradisi, terutama dari sudut sastera lisan. Pemahaman palingasas dapat dikutip dalam teks Sastera Tradisi Melayu seperti
Sejarah Melayu, Hikayat HangTuah, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Tuhfat Ul-Nafis
, dan

Activity (32)

You've already reviewed this. Edit your review.
manusiakordi liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Chun Sing liked this
EzKeezE liked this
Alvina Mathew liked this
Igie Hendro liked this
raflesiamekar liked this
Kaisin Toh liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->