Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
DEFINISI

DEFINISI

Ratings: (0)|Views: 147 |Likes:
Published by irny endriyana

More info:

Published by: irny endriyana on Apr 05, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/22/2013

pdf

text

original

 
http://suaraminda.wordpress.com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/
DEFINISI«
 Menurut Imam Ash-Shan¶ani, Kata walimah () diambil dari kata asal () yang bererti  perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagai mana yangdikatakan oleh imam az-Zuhri dan yang lainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menterjemahkan kegembiraan. Danwalimatul urus adalah walimah untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan.Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim: Al-Walimah ertinya adalah makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada pesta (majlis) pernikahan secara khusus.Dari dua penjelasan ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus ituadalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan(pernikahan) .Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas radhiyallahu µanhu, di mana beliau berkata:³Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Muhammad s.a.w menjadi seorang pengantin denganZainab bin Jahsy, beliau mengundang orang-orang, lalu mereka dijamu dengan makanan dansetelah itu mereka pun bersurai.´ (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1428)Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Hukum mengadakanmajlis kenduri kahwin ialah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam .Majlius kenduri kahwin mestilah tidak bercampur aduk dengan sebarang unsur maksiat dan perkara yang bercanhggah dengan syara¶Contoh :- majlis tari-menari, menyanyi, mengadakan majlis secara besar-besaran dengantujuan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan keluarga mahupun keturunan.Walaupun majlis kenduri kahwin amat digalakkan oleh agama Islam, namun ia mesti diadakandalam keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan hutang seterusnya menggugatmasa depan rumah tangga.
HUKUM WAL
I
MATUL URU
 Hukum mengadakan walimatul urus adalah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agamaIslam.. Terutamanya, bagi mengisytiharkan perkahwinan pasangan lelaki dan perempuan agar tidak timbul fitnah.Imam Ash-Shan¶ani rahimahullah menjelaskan: 
 
http://suaraminda.wordpress.com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/
³Imam Ahmad berkata, ³Walimah itu hukumnya sunnah´. Menurut jumhur, walimah itudisunnahkan (mandub). Ibnu Baththal berpendapat, ³Aku tidak tahu apabila ada ulama yangmewajibkan, mungkin dia tidak tahu perbezaan ulama tentang hukum tersebut´.Jumhur mengatakan hukumnya sunnah berdasarkan pendapat asy-Syafi¶i rahimahullah.´Ada pun pendapat yang terpilih adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamahrahimahullah:³Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari¶atkan (sangat dituntut), bukan wajib.´
HUKUM M
ENG
HA
DI
I
MAJL
IS
P
E
RKAHW
IN
A
N..
 Sesiapa yang diundang ke majlis perkahwinan ³wajib´ menghadiri majlis tersebut sekiranyatidak menghadapi sebarang masalah ataupun keuzuran syara¶. Selain itu, ³wajib´ untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sekiranya majlis itu tidak berunsurkan maksiat dan khurafat.
Siapa
Y
ang
Me
ngadakan
W
alimah
 Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh Suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabis.a.w sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.Dari Anas r.a beliau berkata:³Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.´ (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)Juga dari Anas r.a beliau menjelaskan:³µAbdurrahman berkata: ³Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah denganseorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)´. Rasulullah s.a.w bersabda:³Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelihseekor kambing´.´ (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan µAbdurrahman bin µAuf supayamengadakan walimah.Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi iadilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernahmelaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yangdicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk HadisRiwayat al-Bukhari, no. 2048)
 
http://suaraminda.wordpress.com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/
W
aktu
W
alimah
 Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi¶i menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesaiakad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.Ibnu as-Subki berkata:³Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi Shallallahu µalaihi wa Sallam bahawa walimah itudiselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadis pernikahan diantara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas ³di pagi harinya´(rujuk hadis di atas), iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundangkaum muslimin,Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, walimah tidak diadakan ketika perjalanan akadnikah berlangsung atau sebaik akad nikah, tetapi adalah setelah pasangan bersama (bersetubuh) .Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Amru Abdul Mun¶im Salim:³Seseorang hendaklah menyelenggarakan walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.´(Amru Abdul Mun¶im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar an-Naba¶)
E
P
EN
T
ING
A
N
END
UR 
I
KAHW
IN..
 1) Untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t2) Untuk memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut yakni hubungan yang telahmenghalalkan persetubuhan di antara pasangan tersebut.3) Bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad (mendapat pahala disisi Allah)4) Bagi meraikan dan memuliakan pasangan pengantin baru5) Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, kekeluargaan dan ukhuwah Islamiyah antarakedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.6) Mengeratkan hubungan Islamiyah antara masyarakat Islam dan jiran seluruhnya.7) Untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk daripada masyarakat terhadap pasangantersebut kiranya tidak diisytiharkan perkahwinan dan diadakan kenduri tersebut.
A
D
AT WAL
I
MATUL URU
S
YA
NG
HARAM
 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->