Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
31Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengangguran Siswazah

Pengangguran Siswazah

Ratings: (0)|Views: 4,223 |Likes:
Published by Andis_Asfarman_9692

More info:

Published by: Andis_Asfarman_9692 on Apr 05, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/25/2013

pdf

text

original

 
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
1
MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH
Ringkasan Eksekutif Bab 1 Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah1.1 Pendahuluan
 
Meskipun kajian ini berfokus kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah,Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya suatu sampel graduan tahun 2001dikaji dan sampel ini merangkumi graduan yang sedang menganggur dan yang sudah bekerja.Pendekatan ini akan membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok graduan inidari segi perbezaan ciri-ciri peribadi/psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan dalammenentukan status bekerja/tidak bekerja seseorang siswazah.
1.2 Isu-isu utama kajian
 
Banyak yang telah diperkatakan tentang ciri-ciri siswazah yang diperlukan oleh majikan.Sehubungan dengan hal ini, tiga persoalan yang timbul ialah:-(a) Apakah hakikat ciri-ciri siswazah yang dimaksudkan?(b) Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan perlu diambil oleh IPT untukmenghasilkan graduan yang boleh bersaing di pasaran?(c) Selain peluang pekerjaan di sektor awam, di sektor swasta dan di sektor bekerja sendiri,adakah kemungkinan siswazah menceburkan diri dalam aktiviti sektor ketiga yangmerangkumi organisasi bukan kerajaan (
NGO),
badan-badan sukarela dan lain-lain?Potensi peluang pekerjaan dalam sektor ketiga, selain sektor awam dan swasta dan jugabekerja sendiri, perlu diterokai. IPT perlu menyediakan siswazah dengan kemahiranteras
(core skills)
dan kecekapan/kompetensi
(competencies)
yang bersifat umum yangdapat disesuaikan dengan keempat-empat sektor yang dimaksudkan.
1.3 Objektif kajian
 
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:-(a) Untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran di kalangan siswazahInstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) danIPT di luar negara yang telah berijazah pada tahun 2001.(b) Untuk menganalisis perkaitan profil siswazah yang menganggur dan yang berjayamendapat pekerjaan dengan variabel seperti gender, umur, etnik, bidang pengajian,institusi pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran, dan kecekapan.(c) Untuk menentukan profil siswazah mengikut perspektif majikan.
 
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
2(d)
 
Untuk menentukan tindakan yang perlu diambil oleh IPT bagi mengatasi masalahpengangguran di kalangan siswazah.
1.4 Skop kajian
 
Dalam konteks pengangguran di kalangan siswazah yang telah berijazah pada tahun 2001,kajian akan mengkaji perkara-perkara berikut:-(a) Isu dalaman IPT, iaitu perkara-perkara yang bersangkutan dengan pelbagai aktiviti danprogram IPT yang merangkumi program pengajian, pembentukan sahsiah, perwatakan,ketrampilan dan lain-lain.(b) Isu luaran, iaitu keperluan bagi memenuhi kehendak pasaran dan bidang-bidang yangboleh diceburi.(c) Polisi kerajaan, dalam hubungannya dengan pihak swasta dan pelanggan, yang bolehmembantu melaksanakan tindakan-tindakan yang bakal dicadangkan bagi menanganimasalah pengangguran di kalangan siswazah.
 
Seterusnya, kajian ini akan mencadangkan tindakan-tindakan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan IPT sertaagensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani masalah pengangguran di kalangansiswazah
1.5 Pendekatan kajian
 
Untuk melaksanakan kajian ini pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia,Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Swasta(Kementerian Pendidikan Malaysia), Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Kementerian Sumber Manusia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pertubuhan seperti
Federation of Malaysian Manufacturers
 
(FMM)
,
Malaysian Employers Federation (MEF), dan
KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri telah membekalkan maklumat yang diperlukan.
 
Data sekunder mengenai pembangunan kurikulum dan pelajar telah dibekalkan oleh beberapaIPT.
 
Memandangkan persoalan–persoalan yang telah disenaraikan sebelum ini tidak mungkin bolehdijawab sepenuhnya oleh data sekunder sahaja maka kajian ini juga telah mengumpul dataprimer daripada dua sumber utama iaitu siswazah dan majikan.
 
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
3
1.6 Metodologi kajian
Sampel kajian 
(a)
 
Untuk mendapatkan sample kajian, tinjauan melalui pos suatu sampel siswazah IPT yangtelah berijazah pada tahun 2001 telah dijalankan. Persampelan kajian untuk tujuan tinjauanmelalui pos telah dikenal pasti dengan cara mengambil 25 peratus daripada jumlah bilangansiswazah sarjana muda untuk tahun 2001. Seterusnya teknik persampelan pembahagianbertujuan (
purposive sampling
) digunakan. Daripada jumlah keseluruhan sampel, 78peratus terdiri daripada sampel bidang pengajian sastera tulen dan sastera gunaan; 16peratus sains tulen dan enam peratus bidang teknikal (termasuk sains gunaan, kesihatandan perubatan(b)
 
Temuduga dengan kumpulan kecil fokus seperti berikut:
 
Pihak majikan seperti badan profesional,
MEF
,
FMM
, dan badan korporat.
 
Pusat Latihan Kemahiran seperti
Penang Skills Development Centre (PSDC)
.
 
Siswazah menganggur yang berdaftar dengan Skim Siswazah Menganggur.(c)
 
Sampel-sampel utama untuk inventori profil atribut psikologi diambil daripada responden-responden kajian pos. Pecahan penghantaran adalah seperti berikut:-
 
384 inventori dihantar kepada sampel yang tidak bekerja.
 
397 inventori dihantar kepada sampel yang bekerja.
 
Selain penghantaran secara pos, inventori ini juga diberikan kepada siswazah kumpulan fokusyang ditemu bual. Sampel kumpulan fokus ialah mereka yang menyertai skim latihan siswazahmenganggur dan mereka ini berjumlah 34 orang. Untuk menambahkan lagi jumlah sampelresponden, sebanyak 100 inventori telah diedarkan kepada ahli-ahli
Malaysian Employer’sFederation (MEF)
yang menghadiri sesi temu bual kumpulan fokus majikan bersama ahlipasukan penyelidik. Majikan-majikan ini diminta menyampaikan inventori profil atribut psikologiini kepada pekerja mereka yang menepati ciri-ciri sampel yang dikehendaki.
1.7 Instrumen kajian
(a)
Soal selidik melalui pos
 
Soal selidik yang sebahagian besarnya berstruktur dan tertutup ialah instrumen yang telahdigunakan untuk mengumpul data primer daripada sampel siswazah 2001.(b)
Soal selidik untuk temu bual kumpulan fokus
 
 
Garis panduan temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulanfocus, seperti siswazah yang menganggur, pihak majikan dan pengelola program latihan.

Activity (31)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
geografipurun liked this
Pelangi Petang liked this
Syazana Azmi liked this
Zack Greed liked this
Rafidah Hakin liked this
Fad Zil liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->