Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Suara Serunai Kelantan: Seni Bunyi Di Alam Melayu

Suara Serunai Kelantan: Seni Bunyi Di Alam Melayu

Ratings: (0)|Views: 1,404 |Likes:
Published by aalazhar
Esei ini berfokus terhadap analisis suara Serunai Kelantan yang digunakan di dalam permainan wayang kulit Kelantan, gendang silat, muzik rebana ubi, makyung, tari asyik, main puteri, dan lain-lain seni persembahan yang berkaitan dari aspek kejuruteraan akustik muzik dan sifat-sifat bunyi. Pendekatan Akustik Muzik digunakan untuk mengkaji i)penghasilan bunyi, ii)perambatan bunyi, dan iii)persepsi bunyi yang dihasilkan daripada permainan Serunai Kelantan. Ketiga-tiga perkara ini menghasilkan sifat-sifat bunyi yang boleh diinterpretasikan melalui bentuk gelombang keamatan bunyi melawan, kesan sampul bunyi ADSR, dan spektrum akustik. Maklumat kajian diperoleh melalui kaedah pemerhatian, turut serta permainan, dan ujikaji makmal akustik terhadap sampel Serunai Kelantan yang terpilih. Analisis teknikal suara Serunai Kelantan dapat dilaksanakan melalui kajian yang dijalankan. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak yang terlibat terutama khalayak Industri Kreatif Seni Budaya dan Warisan (IKSBW) yang berkaitan untuk memajukan alat muzik tradisional di Malaysia.
Esei ini berfokus terhadap analisis suara Serunai Kelantan yang digunakan di dalam permainan wayang kulit Kelantan, gendang silat, muzik rebana ubi, makyung, tari asyik, main puteri, dan lain-lain seni persembahan yang berkaitan dari aspek kejuruteraan akustik muzik dan sifat-sifat bunyi. Pendekatan Akustik Muzik digunakan untuk mengkaji i)penghasilan bunyi, ii)perambatan bunyi, dan iii)persepsi bunyi yang dihasilkan daripada permainan Serunai Kelantan. Ketiga-tiga perkara ini menghasilkan sifat-sifat bunyi yang boleh diinterpretasikan melalui bentuk gelombang keamatan bunyi melawan, kesan sampul bunyi ADSR, dan spektrum akustik. Maklumat kajian diperoleh melalui kaedah pemerhatian, turut serta permainan, dan ujikaji makmal akustik terhadap sampel Serunai Kelantan yang terpilih. Analisis teknikal suara Serunai Kelantan dapat dilaksanakan melalui kajian yang dijalankan. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak yang terlibat terutama khalayak Industri Kreatif Seni Budaya dan Warisan (IKSBW) yang berkaitan untuk memajukan alat muzik tradisional di Malaysia.

More info:

Published by: aalazhar on Apr 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/18/2012

pdf

text

original

 
1
SUARA SERUNAI KELANTAN: SENI BUNYI DI ALAM MELAYU.KAJIAN ASPEK AKUSTIK MUZIK DAN SIFAT-SIFAT BUNYI.
 Oleh: Azhar Bin Abdul Latiff 
1
 
1.0
 
Pengenalan
Serunai Kelantan
2
merupakan alat muzik tradisional yang digunakan untuk membawa melodiseni persembahan masyarakat Melayu Kelantan seperti muzik wayang kulit Kelantan, muzik makyung, muzik main puteri, muzik tari asyik, muzik gendang silat dan muzik rebana ubi.Alat muzik ini merupakan artifak teknologi seni muzik yang dibangunkan oleh masyarakatMelayu di Kelantan. Kewujudannya dipercayai berasal daripada timur tengah (Curtis Sach,1940) dan telah wujud di negeri Kelantan hasil daripada difusi budaya seawal kewujudankesenian wayang kulit Kelantan iaitu pada kurun ke 14 (Ghulam - Sarwar Yousof, 2004).Walau bagaimanapun kini warisan budaya ini semakin dilupakan oleh masyarakat dandikhuatiri akan pupus sekiranya tiada langkah proaktif yang diambil untuk membangunkanalat muzik ini. Antara penyelesaian kepada masalah ini ialah kajian aspek teknikal SerunaiKelantan. Usaha ini dapat memastikan alat muzik dan seni muziknya akan terus
survival
danrelevan dalam konteks sosiobudaya masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat Melayudalam mengharungi cabaran pemodenan dan globalisasi dunia.Penulisan ini berfokus kepada analisis aspek teknikal suara yang dihasilkan SerunaiKelantan di dalam permainan wayang kulit Kelantan, gendang silat, muzik rebana ubi, danlain-lain seni persembahan yang berkaitan menggunakan pendekatan kejuruteraan akustik muzik dan sains fizik. Dapatan yang diperoleh daripada penyelidikan ini dijangka dapatdijadikan panduan bagi membantu ahli-ahli industri pembuatan alat muzik tradisional, parapenggiat seni muzik tradisional, ahli-ahli akademik, agensi-agensi kerajaan dan lain-lainpihak yang berkaitan dalam usaha pembangunan alat muzik tradisional di Malaysiakhususnya Serunai Kelantan.
1
Penulis telah menyempurnakan tesis M.A. yang bertajuk ‘Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi’ pada 2007di Universiti Malaya. Sekarang sedang menyempurnakan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Persembahan Senidi Universiti Kebangsaan Malaysia dengan subjek kajian Rebab, alat muzik Makyung di Kelantan.
2
Fisiologi Serunai Kelantan terdiri komponen-komponen seperti pipit, menali, batang serunai dan kecopongseperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
 
2
2.0
 
Serunai Kelantan dan Seni Muzik Melayu
Kewujudan serunai di Kelantan di dorong oleh keperluan masyarakat untuk menjalankankegiatan kesenian mereka. Sebagai sebuah artifak teknologi seni muzik Melayu, SerunaiKelantan memiliki perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu Kelantan didalam bidang seni persembahan. Peranannya sebagai pembawa melodi menjadikan SerunaiKelantan sebagai sebuah alat muzik yang penting dalam ensambel muziknya. Antara senipersembahan tradisional yang menggunakan Serunai Kelantan ialah wayang kulit Kelantan,makyung, menora, tari Asyik, rebana ubi, gendang silat dan main puteri.Wayang Kulit Kelantan merupakan seni persembahan tradisional negeri Kelantanyang tidak asing lagi. Kesenian ini juga dikenali dengan nama Wayang Siam, kesenian inidipercayai telah wujud di negeri Kelantan di akhir kurun ke-14, penghujung Zaman HinduMajapahit (Ghulam Sawar Yusouf, 2003: 25). Di dalam kesenian ini patung wayang kulitdigerakkan di antara kelir dan lampu oleh Tok Dalang bagi menghasilkan pemahaman visualmelalui kombinasi cahaya dan bayang. Secara tradisinya cerita-cerita yang dimainkanberdasarkan kisah raja-raja seperti Hikayat Seri Rama, cerita yang diadaptasi daripada epik Hindu Ramayana. Antara elemen yang mencorak dramatik persembahan wayang kulitKelantan ialah ensambel muziknya.Muzik wayang kulit Kelantan yang dimainkan oleh ensambel muzik wayang kulityang terdiri daripada Serunai Kelantan sebagai pembawa melodi diiringi dengan alat-alatmuzik lain seperti Geduk, Gedombak, Canang, Kesi dan Tetawak yang memberi elemenrentak dan kalatomik 
3
(Patricia Martusky: 1993). Ensambel muzik ini memainkan lagu-lagu
4
 sama ada secara instrumental ataupun mengiringi nyanyian Tok Dalang sepanjangberlangsungnya permainan wayang kulit.
3
Kalatomik ialah penanda masa dan pembahagian frasa lagu dalam bentuk dan tekstur muzik Gamelan Melayudan Gamelan Jawa. Sistem ini digunakan oleh Patricia Martusky (1993) untuk menganalisis muzik wayang kulitKelantan.
4
Senarai lagu-lagu umum wayang kulit Kelantan ialah Lagu Bertabuh, Lagu Tuk Maha Siku, Lagu Perang, LaguDewa Panah, Lagu Dalang Berkhabar, Lagu Seri Rama Berkhabar, Lagu Seri Rama Berkhabar Belas, LaguHulubalang, Lagu Seri Rama Berangkat Masuk Anjung,Lagu Blai-blai Berjalan, Lagu Tukar Dalang, Lagu PakDogol, Lagu Mengulit, Lagu Dewa Berjalan, Lagu Binatang, Lagu Maharaja Rawana, dan Lagu Mati Geduk(Mohamed Ghouse Nasaruddin, 2003:15-22).
 
3
Secara keseluruhan lagu-lagu wayang kulit Kelantan boleh dibahagikan kepada 4kategori mengikut fungsi masing-masing (Mohamed Ghouse Nasaruddin, 2003:23). Fungsi-fungsi ini bukan sahaja mencorakkan dramatik persembahan malah mengiringi upacara-upacara ritual seperti upacara ‘Buka Panggung’ dan upacara ‘Tukar Dalang’. Empatkumpulan tersebut ialah:i) Kumpulan Pertama - Kumpulan lagu yang dimainkan untuk mengiringi upacara-upacara ritual dan watak-watak mistik seperti Tuk Maha Siku, Dewa Panah dan TukarDalang.ii) Kumpulan Kedua Lagu-lagu yang nenandakan watak-watak tertentu seperti laguSeri Rama, Pak Dogol, Tok Maha Siku dan Maharaja Rawana.iii) Kumpulan Ketiga Lagu-lagu yang menandakan aksi dan melambangkan situasiseperti Perang, Hulubalang, Blai-blai Berjalan dan Seri Rama Berkhabar.iv) Kumpulan Keempat– Lagu-lagu yang menandakan emosi seperti lagu Seri RamaBerkhabar Belas dan lagu MengulitSelain daripada lagu-lagu di atas terdapat juga kumpulan-kumpulan Wayang KulitKelantan yang memainkan lagu-lagu persembahan Makyung dan lagu-lagu moden. PakyungMuda, Sedayung Pakyung dan lagu Barat merupakan di antara lagu-lagu Makyung yangmengisi turut repertoir lagu-lagu Wayang Kulit Kelantan. Lagu-lagu moden ada kalanyadisadur daripada lagu-lagu Hindustan yang terkenal seperti ‘Sanggam’ dan lagu-lagu popularrakyat seperti Joget Kelantan.Melodi merupakan antara elemen yang penting di dalam muzik wayang kulitKelantan. Melodi muzik wayang kulit Kelantan datang daripada Serunai Kelantan ataudinyanyikan oleh Tok Dalang (Patricia Martusky dan Tan Sooi Beng, 1997:21). Dalamensambel muzik wayang kulit, dua buah serunai akan digunakan untuk membawa melodiiaitu Serunai Ibu dan Serunai Anak. Kedua-duanya memiliki kesamaan dari segi konstruksifizikalnya serupa, cara menghasilkan bunyi ialah dengan menggunakan dua lelidah,dimainkan dengan cara meniup dengan berterusan (circular breathing) serta manipulasilubang–lubang pada batang dan diiringi dengan alat-alat pukulan (tabuh) dari jenis perkusi.Perbezaan yang wujud pula adalah dari segi saiz, suara bunyi dan peranannya dalam gubahanmuzik wayang kulit kerana Serunai Anak digunakan untuk mengiringi secara berselang-selidengan vokal Dalang Wayang Kulit manakala Serunai Ibu memainkan melodi secara

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
merahdobel8007 added this note
Salam..saya mady sedang membuat proposal berkaitan Main Pateri sebagai Muzik Terapi, semoga kita dapat bertukar-tukar idea. Wassalam. merahdobel@yahoo.com
Zurrita Tahir liked this
Igie Hendro liked this
Igie Hendro liked this
aalazhar added this note
Saya ada rekebentuk 2D Serunai Kelantan yang dilukis menggunakan perisian AUTOCAD...
nazyan added this note
salamm.....bentuk dan rekacorak serunai kelantan ada x???

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->