You are on page 1of 5

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software

http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Terjemahan Fatwa Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi Mengenai Kes Fitnah


(liwat) Anwar Ibrahim
Soalan:

Bolehkah Syaikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan keatas sdr Anwar Ibrahim
seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya dilakukan tanpa bukti dan saksi.
Apakah pandangan syara’ mengenai hal ini?

Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.

Segala pujian untuk Allah, Selawat dan salam untuk Rasul Nya serta keridaan Allah buat
orang yang mengikut Sunnah dan bimbingan baginda.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa,
harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat
syara`) dimana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta,
keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh
nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara2
tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah
orang lain. Malah jika benarpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut
agar ia tidak dihebahkan atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah
seseorang itu.

Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati Mai’z agar
datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:

“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau
sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”

Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang


beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang
mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah
menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain
iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual. Firman Allah
dalam surah An-nur 24:4 -

1
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

“Orang yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak mengemukakan
empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan janganlah kamu terima
persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu orang yang fasiq”

Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan
tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah
sama dengan zina.

Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada
sesiapa yang menuduh oang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijmak ulama ia
termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial
ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan
bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan
berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama
pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan
memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.

Sehubungan dengan ini al-Quran menceritakan dengan agak terpeinci sebuah peristiwa yang
dikenal sebagai “Hadith al-Ifk” (kisah fitnah). Peristiwa yang berlaku di Madinah ini
melibatkan isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri, anak Abu Bakar as Siddiq Khalifah
pertama dan sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah Ummul Mukminin
(ibu kaum mukminin) Aisyah r.a.. Aisyah telah dituduh secara jahat oleh orang yang tidak
bertanggungjawab yang kononnya ia telah berzina dengan seorang sahabat yang soleh serta
terkenal baik dan tidak pernah bersikap serong serta berbuat jahat.

Cerita palsu ini berkembang dengan cepat dari bibir ke bibir dan menjadi perbualan ramai.
Hampir sebulan lamanya perkara ini merebak di Madinah sehinggalah Allah menurunkan
ayat-ayat al-Quran membersihkan nama baik Aisyah dari angkara fitnah ini. Ayat tersebut
menyelar golongan munafiq yang melakukan kerja jahat tersebut. Ayat ini juga menegur
masyarakat umat Islam ketika itu kerana tidak bertindak membendung fitnah yang menular
itu di peringkat awal dengan tegas.

Allah berfirman dalam surah al-Nur 24:11 -

“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu
juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan untuk kamu.
Setiap orang akan memikul dosa perbuatannya. Manakala orang yang paling besar
peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti akan mendapat balasan azab yang
paling besar pula.”

Yang memikul dosa besar dalan hal ini adalah kepala mereka iaitu Abdullah Bin Ubai Bin
Salul, bapa kaum munafiq. Dialah yang mengheboh-hebohkan khabar angin ini. Dialah yang
menyebutkan -

2
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

“Demi Allah! Aisyah tidak selamat dari rangkulan orang itu dan orang itu pun tidak selamat
dari godaan Aisyah.”

Fitnah ini berterusan memamah nama baik Saidatina Aisyah untuk beberapa lama hinggalah
Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Nur 24:12 -

“Sepatutunya apabila kamu mendengar cerita seperti ini, orang mukmin lelaki dan
perempuan perlu menyangka yang baik dan sopan terhadap sesama sendiri lantas
mengatakan; ini adalah pembohongan yang nyata.”

Ertinya - sepatutnya kamu menolak fitnah itu sejak awal-awal lagi dengan menekankan
tentang dosanya dan perlunya orang berkenaan membawa dan menampilkan 4 orang saksi.
Allah menegaskan dalam ayat berikutnya juga di surah an-Nur 24:13 -

“Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka orang orang itu adalah golongan
pendusta.”

Al-Quran mensyaratkan 4 orang saksi dalam kes yang berkaitan dengan maruah dan
kehormatan diri. Dan sememangnya Islam bersikap keras dan tegas dalam hal yang
melibatkan maruah serta nama baik orang lain. Berbeza dengan kes berkaitan dengan harta
maka Islam memada dengan dua orang lelaki sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua
orang perempuan sebagai saksi.

Dalam kes berkaitan dengan maruah seperti fitnah ini, Islam mensyaratkan mesti dibawa
empat orang saksi. Quran menjelaskan “Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi
maka merekalah golongan pembohong”.

Al Quran menjelaskan lagi dalam ayat berikutnya (an-Nur 24:14) -

“Kalaulah tidak kerana kurnia Allah dan rahmat Nya kepada kamu di dunia dan akhirat
nescaya kamu ditimpa azab yang besar akibat perbuatan kamu itu.”

Maksudnya - Kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada kamu maka kamu tidak digegar
dan ditelan bumi ataupun di landa dengan bencana taufan dan sebagainya sepertimana yang
dialami oleh umat-umat sebelum ini.

Al Quran menegaskan lagi (al Nur 15) -

“Ketika kamu menerima fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya
dengan pertuturan mulut kamu sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu
menyangkanya perkara kecil (menyambung cerita fitnah) pada hal di sisi Allah perkara itu
adalah suatu yang amat besar.”

Al-Quran memberikan pertunjuk yang cukup indah - Alangkah baiknya ketika mula kamu
mendengar fitnah itu, kamu mengatakan ‘tidak wajar kita menghebahkan perkara ini… Maha
suci Allah. Ini semata-mata pembohongan yang besar”. Allah menegaskan (an-Nur 24:16-17)
-

Allah ingatkan : “Alangkah baiknya ketika kamu mula mendengar khabar angina atau fitnah
3
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

seperti itu kamu lantas berkata: Tidak wajar kita membicarakan perkara seperti ini; maha
suci engkau (Ya Allah) Ini memang pendustaan dan pembohongan yang besar. Allah
menasihatkan kamu agar jangan sekali-kali mengulangi perbuatan seperti ini buat selama-
lamanya, seandainya kamu benar-benar orang yang beriman.

Dalam ayat berikutnya Allah berfirman (an-Nur 24:18) -

”Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat hukumnya. Allah Maha Mengetahui Maha
Bijaksana”.

Kes pertuduhan seperti ini adalah suatu yang serius dan besar dalam ajaran syariat Islam;
lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan melimparkan pertuduhan palsu seperti ini
menurut Islam adalah merupakan dosa besar dan haram hukumnya.

Umat Islam perlu mengelak diri dari mencemarkan maruah dan nama baik orang lain yang
tidak bersalah. Kecuali jika benar benar ada bukti dan keterangan yang sah dan nyata
dengan membawa saksi-saksi yang cukup seperti yang dikehendaki oleh syara’.

Inilah nasihat saya kepada umat Islam di Malaysia . Mereka perlu takut kepada Allah.
Janganlah menuduh, memfitnah secara membuta tuli, merosakkan maruah dan nama baik
orang kerana menurut hawa nafsu atau menurut dorongan politik dan golongan tertentu
yang suka mendorong orang lain melakukan kejahatan seperti itu dengan menggunakan
media massa dan sebagainya.

Kalau tidak, mereka harus ingat bahawa pengawasan Allah terhadap kejahatan seperti itu
tidak pernah luntur atau luput. Allah mungkin membiarkan atau memberi tempoh dan
penangguhan masa untuk menjatuhkan hukuman Nya; namun Allah tidak pernah lupa atau
cuai untuk berbuat demikian bila sampai masanya. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim
14:42 -

“Jangan kamu menyangka Allah lalai tentang apa yang dilakukan oleh golongan yang zalim
itu”.

Saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia lelaki dan perempuan agar jangan
mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang
memang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia dan luhur, seorang pendakwah yang
berbudi pekerti mulia di dunia Islam; seperti sdr. Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Amat jelas, bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat politik serta
dilakukan oleh orang-orang yang memandang ringan perbuatan mengaibkan orang dengan
tuduhan jahat seperti itu. Allah berfirman dalam surah al-An’am 6:144 -

“Siapakah yang lebih zalim dari orang yang melakukan pembohongan terhadap Allah untuk
menyesatkan orang ramai tanpa ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada golongan yang zalim”

Saya berdoa agar Allah mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya mohon agar Allah
menangkan yang hak serta benar dan menumpaskan kebatilan yang batil. Saya berdoa agar
4
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Allah menyatakan kebenaran sdr Anwar Ibrahim. Agar Allah bebaskan beliau dari
pertuduhan jahat ini. Biarlah Allah dedahkan konspirasi orang-orang yang memburuk-
burukkan beliau dan menyibarkan pembohongan dan fitnah di kalangan orang ramai secara
tidak bertanggongjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaan yang nyata
kepada Allah.

Insyaallah! Ketahuilah bahawa kebenaran tidak akan hilang atau tumpas, justeru Allah pasti
akan memenangkan yang hak dan benar, Allah akan menumpaskan kebatilan walaupun
golongan petualang tidak suka dan benci. Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ 17:81 -

“Dan katakanlah: Telah tiba kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan
itu pasti akan lenyap”.

Sekian , wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh..

Diterjemahkan oleh Dr.Badrul Amin:

http://drbadrulamin.blogspot.com/2010/03/teks-penuh-fatwa-dr-yusuf-sebaran.html

You might also like