Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bahasa Komunikasi

Bahasa Komunikasi

Ratings: (0)|Views: 853 |Likes:
Published by natra91

More info:

Published by: natra91 on Apr 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2013

pdf

text

original

 
Bahasa Komunikasi
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia adalah bahasa komunikasi rasmi utama di Malaysia. Tetapi nampaknyasekarang ini, bahasa Melayu semakin ditelan oleh Bahasa Inggeris. Mungkin ini adalah kerana strukturpembelajaran mengenai Bahasa Melayu tidak begitu menyerlah dan tidak kuat berbanding Bahasa Inggeris.Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan cara Kementerian Pendidikan Malaysia membuat garis panduanterhadap skop subjek Bahasa Melayu di setiap sekolah mahupun di peringkat IPT. Anda semua tentumengambil subjek Bahasa Melayu semasa anda menduduki peperiksaan SPM. Dan hampir setiap tahun,terdapat ramai desas-desus mengatakan bahawa kertas Bahasa Melayu adalah yang paling susah untukdijawab.Melalui apa yg kita belajar semasa di sekolah, saya dapati cara pengajaran untuk subjek Bahasa Melayu terlalubanyak menitik beratkan pembacaan daripada komunikasi atau pertuturan. Terlalu banyak teori daripadapertuturan. Ini berlainan dengan dengan Bahasa Inggeris yang selalu menekankan komunikasi dan"pronunciation". Akibatnya, ramai yang mendapati bahawa Bahasa Inggeris mudah dipelajari dan difahami.Saya juga berpendapat begitu.Bagi saya, komunikasi atau secara praktikal adalah lebih penting daripada belajar teori. Melalui komunikasi,barulah ada minat terhadap budaya & bangsa di samping dapat menghayati keindahan bahasa Melayu. Danseterusnya memartabatkan bahasa ibunda sendiri di negara sendiri. Seperti di Amerika Syarikat, mereka lebihmementingkan komunikasi dan praktikal daripada teori. Sebagai contoh, ramai rakyat Amerika mendapatkeputusan yang buruk apabila mereka mengambil subjek "ENGLISH LANGUAGE". Itu bahasa mereka sendiritetapi mereka tidak pandai dari segi teori. Tetapi kita sudah ada teori, hanya komunikasi & praktikal sahajadiperlukan untuk melengkapkannya.Dalam subjek Bahasa Melayu juga, terdapat beberapa perkara yang saya rasakan tidak begitu penting danhanya akan menyusahkan para pelajar dan seterusnya akan melenyapkan Bahasa Melayu itu sendiri. Sayarasa, adalah lebih baik jika "perkara-perkara" yg tidak penting itu dijadikan sebagai salah satu subjek utkmempraktikkan Bahasa Melayu secara praktikal supaya ianya lebih mudah difahami dan dihayati.Bagi saya juga, Kementerian Pendidikan harus mengolah semula subjek Bahasa Melayu supaya semua kaum diMalaysia akan menghargainya dan berkomunikasi sepenuhnya dengan menggunakan Bahasa Melayu.Kementerian Pendidikan seharusnya mewujudkan satu lagi subjek atau sub-subjek untuk Bahasa Melayu iaituBahasa Melayu-komunikasi di sekolah-sekolah terutamanya untuk golongan yang bukan Melayu. Mungkin takperlu bertutur dalam bahasa baku. Mungkin hanya bertutur seperti masyarakat Melayu biasa. Takkan nak jadiskema pulak kan?Hmmm...kalau kementerian tak buat jugak, aku taktau ape akan jadi terhadap Bahasa Melayu akan datang.
HURSDAY, OCTOBER 16, 2008
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAMMEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MASALAH YANG TIMBULDALAM MASYARAKAT KINI TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU 
Bahasa merupakan suatu wadah pertuturan yang digunakan sebagai medium komunikasi antara satusama lain. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa pertuturan yang digunakan oleh masyarakattanpa mengira warna kulit. Bahasa ini telah mula dipertuturkan oleh masyarakat di kepulauannusantara terutamanya Tanah Melayu. Bahasa Melayu pernah dikenali sebagai µlingua franca¶ ataudalam erti kata lain sebagai bahasa yang digunakan oleh para pedagang pada masa dahulu untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka di Tanah Melayu. Ini menyebabkan bahasa ini menjadi bahasa yang tersohor pada ketika dahulu. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi,
 
pertuturan dalam Bahasa Melayu semakin berkurangan. Hal ini disebabkanBahasa Inggeris telahmenjadi bahasa yang utama dalam pertuturan kerana bahasa ini mudah difahami oleh semua pihak. Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara Bahasa Melayu?.Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara Bahasa Melayu?Justeru, pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustakadalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan padaketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusiOrdinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi bagi menggubal dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasadan sastera, serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurutprinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalammemantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancanganmemupuk bahasa sastera dengan baik. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasakebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, denganadanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasakebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya,singkatan bagi sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulissurat bagi alamat dan kawasan.Perkembangan menakjubkan berkenaan dengan Bahasa Melayu dan DBP ialah dapat mengeratkanhubungan diplomatik dua negara. Peranan bagi membina dan memperkayakan bahasa kebangsaandalam segala bidang termasuk teknologi dan sains secara tidak langsung dapat menjalinkanhubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China yang terjalin sejak lebih tiga dekad yanglalu. Berdasarkan suatu rencana Berita Harian, 22 Ogos 2007 lawatan Universiti Pengajian Bahasa-
 
 bahasa Asing Beijing (BFSU) untuk membincangkan tentang projek sekolah bahasa antarabangsa yang dibina di Pulau Pinang. Di samping itu, DBP juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan satupenerangan seperti kuliah yang bertajuk ³Kesantunan Bahasa: Gelaran dan Rujukan´ yangdisampaikan oleh Munsyi Dewan kepada para pelajar BFSU. Hubungan diplomatik yang erat inidapat mengembangkan bakat kesusasteraan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Detik demi detik matlamat DBP makin hampir. Kejayaan 52 tahun dahulu mungkin mampu diulangidengan gemilang.Selain itu, DBP juga menjalankan pelbagai program dalam mengusahakan memperkembangkan bakatkesusasteraan. Menurut Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaituMinggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakanilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkansasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.Setiap suatu organisasi itu mesti mempunyai peranan-perananya yang tersendiri. Dewan Bahasa danPustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi memartabatkan maruah dan kepentinganBahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu daripada perhatian daripada pelbagai pihak akibatperkembangan era globalisasi yang hanya mementingkan penggunaan dan penguasaan BahasaInggeris khususnya dalam rutin harian setiap masyarakat. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka inisentiasa selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, BahasaIntelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk MembinaBangsa". Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan untuk membina dan memperkaya bahasakebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yangdigunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang barukhususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kitaiaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi.Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato¶ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa DewanBahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai mediumpenterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya.

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nor Fazila liked this
Syahirah Shaari liked this
Musrifah Sarjoni liked this
Lim Lay Sooi liked this
SUNDRAMNAGA liked this
Khai Nurin liked this
nazar mohd liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->