You are on page 1of 33

Hubungan Etnik

Masyarakat Pluralistik Alam


Melayu
Pengenalan
 Pluraliti budaya bukan fenomena baru.
• Interaksi Alam Melayu dengan
Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan
Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda,
British).
 Dua tahap utama
– Pluraliti budaya di Alam Melayu
– Pluraliti budaya di Malaysia
• Pluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan
kepercayaan dan pegangan yang berbeza
dalam masyarakat.

• Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa,


agama di suatu tempat pada satu masa secara
semulajadi
– masyarakat Melaka.

• Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa,


agama di suatu tempat pada satu masa secara
dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak
tertentu yang berkepentingan
– era penjajah British.
Pluralisme Alam Melayu

• Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg


asas utk memahami masyarakat plural.

• Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah


memberi sumbangan terhadap pembentukan
masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama
dalam kepelbagaian.

• Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama


iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan
dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu.
• Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman
sebelum kedatangan orang Eropah
terbentuk melalui proses semula jadi tanpa
sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya

• Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan


interaksi harmoni dengan penduduk, alam
sekitar dan sistem sosial, politik dan agama
telah sedia ada dalam dunia baru mereka.

• Mereka secara suka rela sanggup berkahwin


dengan penduduk tempatan.
 Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha
tidaklah begitu mendominasi masyarakat di
Alam Melayu berbanding dengan kekuatan
pengaruh ajaran Islam.

• Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab


klasik mereka yang membincangkan secara
meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah,
metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

• Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya


agak jelas, seperti dalam aspek
kesusasteraan dan pemerintahan
 Faktor perdagangan menjadi punca wujud
hubungan dua hala antara Cina dan India.

• Alam Melayu telah menjadi tempat utama


persinggahan bagi kedua-dua pihak.

• Keadaan ini tanpa disengajakan telah


mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.

• Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke


7M, telah menjadi pusat pengajian dan
perkembangan ilmu pengetahuan
 Orang-orang Cina dan India terutamanya
dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi
kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

 Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa


disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak
mereka.

• Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan


mereka ialah untuk memenuhi keperluan
ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi
budaya dan cara hidup di antara
masyarakat tidak berlaku.
Perubahan konsep ilmu (epistemologi)

 Sebelum penjajahan, berasaskan


metafizik (ilmu bersumberkan alam
ghaib, di luar pengalaman pancaindera
manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)

• Penjajahan British membawa konsep


ilmu berteraskan kaedah rasional dan
saintifik (boleh dibuktikan menerusi
pancaindera manusia- statistik, peta, dll.)
Kemuncak Pluraliti Alam Melayu
Kesultanan Melaka
Pemerintahan:

• Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan


Melayu, dianggap Venice of The East.

• Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan


aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan yang
adil.

• Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-


Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu
memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka
pada waktu tersebut.
Perdagangan:

• Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan


dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan
Islam.

Kependudukan:

• Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari


pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam
suasana aman dan damai.

• Penghijrahan semjulajadi, tanpa paksaan.

• Akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan


penduduk tempatan.
Kebudayaan:

• Kedatangan para pedagang antarabangsa ke


Melaka juga telah menyumbang kepada multi
budaya yang tersendiri.

• Wujud masyarakat baru seperti masyarakat


Baba.

Melaka adalah kemuncak pluraliti Alam Melayu


Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh
Penjajah
• Perdebatan ilmu di Eropah, membawa kepada
pemisahan besar antara ilmu dan sains moden

• Stephen Jay Goul dalam bukunya ‘Rocks of


Ages: Science and Religion’- masyarakt
terbahagi kepada dua:
– Menyokong agama
– Menyokong sains moden (diterima
Eropah)
• Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu
membawa konsep pemikiran pemisahan negara
dan agama, ‘negara kolonial sekular’

• Agama dianggap penyumbang kepada


perselisihan, manakala sains dianggap
penyumbang kepada kemajuan.

• Inggeris turut memperkenalkan sistem


pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu:
Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan
Bernard Cohn, pengkaji India British berpendapat
Kolonialisme:

• Bukan hanya melibatkan penaklukan ruang,


tetapi juga epistemologi atau sistem pemikiran
penduduk peribumi.

• Melibatkan proses penggantian sistem


pemikiran tempatan dengan sistem pemikiran
sistematik ‘modus penyiasatan’
Pembentukan Masyarakat Pluralistik di
Malaysia
• Kedatangan orang China dan India ke Tanah
Melayu untuk memenuhi peluang-peluang
pekerjaan seperti perlombongan, perladangan
dan perniagaan yang disediakan oleh pihak
penjajah British.

• Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak,


kekalutan ekonomi dunia serta galakan
daripada British menjadi faktor penggerak
kedatangan orang-orang China dan India ke
Tanah Melayu.
• Berlaku interaksi yang baik di antara orang-
orang China dan India yang datang dengan
orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi
cara hidup yang harmoni.

• Kolonialisme British memberi impak sangat


besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia
sama ada dalam bentuk material mahu pun
non- material.

• Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat


membawa dasar memisahkan orang Islam
daripada agama mereka
• British mula bertapak kukuh menerusi satu
campurtangan secara tidak langsung pada
tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperolehi
dari Kedah.

• Bagi memastikan penaklukkan mereka


berjalan lebih tersusun dan sistematik
penasihat British kemudiannya turut di
tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NMTB).

• Perjanjian Pangkor pada tahun 1874


merupakan titik permulaan penguasaan British
di Tanah Melayu.
• Perkembangan ini dengan jelas
memperlihatkan agama dipisahkan daripada
urusan politik, pentadbiran, undang-undang,
ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

• Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat


Melayu terletak di bawah urustadbir dan kuasa
sultan.

• British kemudiannya gagal kotakan janji tidak


campurtangan dalam urusan agama dan adat
istiadat Melayu.
Masyarakat Pluralistik Selepas
Merdeka

 Politik
 Perlembagaan
 Pendidikan
 Ekonomi
Politik:
 Malaysia dianggap sebagai sebuah negara
yang berupaya melaksanakan sistem
demokrasi dengan berkesan.

• Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar


terutamanya semenjak pilihan raya umum
pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan
etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah
bersatu untuk mendesak British memberikan
kemerdekaan
 Selepas era 1960an perjalanan politik terus
berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti
politik dalam pakatan parti pemerintah telah
berkembang dengan peningkatan keahliannya,
- penubuhan Barisan Nasional 1974.

• Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik


melalui formula tolak ansur telah berjaya
mengekalkan keharmonian masyarakat di
Malaysia
Perlembagaan:

 Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang


telah dirunding, pembentukan parti-parti politik etnik
sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan,
Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif).

 Perlembagaan merupakan panduan asas kepada


perlaksanaan sistem politik di negara ini.

 Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui


bersama antara kaum di negara ini.
• Sebagai panduan asas kepada perlaksanaan sistem
politik di negara ini.

• mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara


kaum di negara ini.

• Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di


Alam Melayu.

– Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat


setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji
taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai
wa’ad.

– Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural


hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk
memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
• Kontrak sosial pertama:
- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba
mewakili raja atau pemerintah.

• Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk


kemerdekaan Tanah Melayu:
– Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan
kepada orang bukan Melayu
– Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan
hak-hak istimewa orang Melayu

• Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan


mencapai persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai.

• Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liaison


Committee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1949,
usaha Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.
Pendidikan:
 Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran sistem pendidikan, iaitu
aliran-aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India.

 Semasa zaman penjajahan boleh dibahagikan kepada 3


peringkat:

 Pertama : Pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri


oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina
dan India

 Kedua : Sekolah Melayu peringkat rendah (dibantu oleh British)


untuk menjadi ‘petani yang pandai sikit’ daripada ibu bapa
mereka. Terdapat juga sekolah agama/Quran

 Ketiga : Sekolah vernakular Cina dan India. Bahasa pertuturan


sesuatu golongan
• Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk
berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata
pelajaran dan orientasi.
– Laporan Razak 1956
– Laporan Rahman Talib 1960.

• Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua


laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak
daripada berbilang etnik di bawah satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu
bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu.

• Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam


Perlembagaan 1957, Bahasa Inggeris masih bahasa
rasmi.
 Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai
kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan
Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:

– (i) sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan


pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing
dibenarkan

– (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan


bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil
wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu
daripada mata pelajaran.

– (iii) pendekatan dalam mata pelajaran sejarah,


geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah
berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan
negara Cina dan India.
Ekonomi:
• Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk
mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik.
Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada
empat peringkat :

– Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan


Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)

– Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan


Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian
daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

– Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.

– Dasar Pembangunan Negara.


• Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua
orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak
seiringan dengan garis etnik:

– Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi


keseluruhan organisasi pengeluaran (cth getah, bijih
timah).

– Kedua, sistem ekonomi tradisional yang


diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian.
Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik
pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal
adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya
luar bandar.
• Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan
iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk
merapatkan jurang yang sedia ada.

• Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi


ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai
salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama
antara etnik.

• Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan


etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi
sumber pencetus konflik (cth peristiwa 13 Mei 1969).
kesimpulan
• Memahami pluraliti adalah asas penting ke arah
memahami pembentukan masyarakat plural.

• Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu.

• Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan


dalam sistem masyarakat sepadu.

• Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui


dasar-dasar negara yang dibentuk berteraskan
persetujuan bersama.
 Disediakan oleh :

 Anthiri A/P Ramachandran


 Lylia Shazwani Binti Mohd Yamin
 Nurulhayana Binti Abdullah

You might also like