You are on page 1of 46

TAJUK 5

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM


KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA

MOHD IHSAN B. FAHAROL RAZI


NURUL SAKINAH BT MD ZULFAKAR
MUHAMMAD FAIZ B. RAHMAD
5.1
Pengenalan
5.5
Kerjasama Politik &
Hubungan Etnik
5.2 Konsep
TAJUK 5: Modenisasi &
PEMBANGUNAN Pembangunan
POLITIK DLM Politik 5.6
KONTEKS Pemupukan HE
HUBUNGAN Secara Formal
ETNIK DI 5.3 Perlaksanaan
MALAYSIA Modenisasi &
Pembangunan
Politik Di Malaysia 5.7 Hubungan Etnik
Selepas Penubuhan
Malaysia
5.4 Kemajmukan
Masyarakat Dalam
Proses Politik Di
Malaysia
5.2 KONSEP MODENISASI &
PEMBANGUNAN POLITIK
KONSEP MODENISASI
 Konsep modenisasi
 Merujuk kepada proses transformasi dan perubahan
berencana
 Dua aspek modenisasi:
 Pembangunan ekonomi
 Pembangunan politik
MODENISASI
PEMBANGUNAN POLITIK
 Matlamat- untuk membina negara-bangsa melalui
kaedah top-down seperti:
 Menghayatiideologi negara
 Menerapkan dasar-dasar awam
 Memupuk semangat nasionalisme

 Bagaimana untuk ukur kejayaan pembangunan politik?


 Melalui penilaian dasar-dasar awam.
PEMBANGUNAN POLITIK
 Juga melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan
budaya  sistem politik berubah.
 Tiga proses utama
 Perbezaan struktur politik
(∆ feudal/ autoritatian → trias politica)
 Sekularisasi budaya politik
(∆ [agama+negara] → [agama ↔ negara])
 Penyertaan politik yang besar oleh rakyat
(rakyat menentukan pemimpin mereka)
PEMBANGUNAN POLITIK
 Komponen-komponen bagi amalan demokrasi:
 Parti-parti
politik
 Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
 Perlembagaan negara
 Pilihanraya
5.3 PERLAKSANAAN
MODENISASI &
PEMBANGUNAN POLITIK
DI MALAYSIA
MODERNISASI
 Mula dari Eropah barat akibat daripada
 Revolusi Perancis
 Revolusi Perindustrian

 Disebarkan menerusi proses imperialisme dan


kolonialisme.
 Cabaran Malaysia
 Sejarah
penjajahan
 Kemajmukan etnik
 Gabungan wilayah dan kerajaan yang berbeza.
5.4 KEMAJMUKAN ETNIK
DALAM PROSES POLITIK DI
MALAYSIA
 Aspek demografi:
 Keunikankomposisi etnik
 Mewarnai wajah sosiobudaya, proses politik.

 Jumlah penduduk, 26.6 juta (2006)


 Melayu,Cina,India (Semenanjung): 55%, 25%, 7%.
 Dayak, Bidayuh, Melanau, Orang ulu (Sarawak)
 Kadazandusun, Murut, Bajau (Sabah).
INI DULU
Etnik Agama Penempatan Aktiviti Ekonomi

Melayu Islam Luar bandar Pertanian


Cina Budha, Kristian, Bandar Peniaga
dll
India Hindu Estet Buruh
Dayak Kristian, tradisi Luar bandar Pertanian

Melanau Islam, Kristian Luar bandar Pertanian


Kadazandusun Kristian Luar bandar Pertanian
Bajau Islam Luar bandar Pertanian
SEMENANJUNG
 Semenanjung
 Melayu (Islam, kampung, pertanian)
 Cina (Buddha dll., bandar, perdagangan)
 India (Hindu dll., estet, pelbagai subetnik)
 Lain-lain (Orang Asli, Baba-Nyonya, Portugis, Siam).
 Pulau Pinang, Melayu = Cina
 Melaka, Johor, Selangor, Melayu > 51%;
 Kelantan, Terengganu, Perlis, Melayu > 90%
SARAWAK
 Sarawak
 Dayak (Tradisi, Kristian, luarbandar, pertanian)
 Melayu (Islam, kampung, pinggir bandar, pertanian)
 Melanau (Islam, Kristian, luarbandar, petani, nelayan)
 Cina (bandar, perdagangan)
 Tiada kelompok etnik majoriti secara mutlak
 Dayak 44.3%
 Melayu 23.2%
 Melanau 5.7%
 Contoh pluraliti- etnik Dayak ada 20 sub-etnik
(Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Penan, dll)
SABAH
 Sabah
 Kadazandusun (trad, Kristian)
 Bajau, Murut, bumiputera Islam
 Cina

 Saiz penduduk antara etnik tidak jauh beza


 Kadazandusun 24.8%
 Peribumi lain 20.6%
 Bajau 18.5%
 Melayu 18.5%
ASPEK DEMOGRAFI POLITIK
 Majoriti Melayu, 125 kerusi
 Sabah dan Sarawak, 31 kerusi bumiputera
 Majoriti Cina di Semenanjung (23), Sabah (1) dan
Sarawak (6)
 33 kerusi plural
 Peratusan kerusi: Melayu/Bumiputera, 71.2%, Cina
13.7%, kawasan plural 15.1%.
 Barisan Nasional sebagai contoh perkongsian kuasa.
5.5 KERJASAMA POLITIK &
HUBUNGAN ETNIK
KERJASAMA SEMASA BRITISH
 Ciri-ciri strategi British ke arah negara-bangsa di Tanah
Melayu
 Berperingkat-peringkat
 peringkat awal, terhad
 meluas selepas Malayan Union, penyerahan Sabah dan Sarawak

kepada British
 Pemisahan dan pembahagian kuasa (kuasa Sultan dihadkan)
KERJASAMA SEMASA & SELEPAS
PENDUDUKAN JEPUN
 Mengajar pentingnya kerjasama antara etnik untuk
mencapai objektif politik
 Contoh kerjasama antara etnik
 AMCJA-PUTERA
 UMNO-MCA-MIC
 Kembalinya British ke Tanah Melayu membawa
Malayan Union.
 Malayan Union sebagai negara-bangsa bersifat unitary,
dan kesaksamaan.
CIRI-CIRI MALAYAN UNION
Ciri-ciri penting Malayan union
 Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat

 Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali hal berkaitan


Islam dan adat istiadat Melayu.
 Hak kerakyatan berasaskan prinsip jus soli.
KERJASAMA SEMASA & SELEPAS
PENDUDUKAN JEPUN
 Tentangan membawa kepada penubuhan UMNO
pada 11 Mei 1946 di bawah Dato’ Onn Jaafar.
 Penubuhan MIC (1946) dan MCA (1949)-
kesediaan untuk kerjasama dengan Melayu
 Hasil kerjasama UMNO, MCA, MIC, menang
51 drp 52 kerusi MPP 1956.
 Dato’ Onn keluar UMNO dan tubuhkan IMP
kerana cadangan untuk buka UMNO kepada
bukan Melayu tidak dipersetujui.
KERJASAMA SELEPAS
PENUBUHAN MALAYSIA
 Parti Perikatan → Barisan Nasional 1972
(ahli-ahli baru: PAS, Gerakan, dan SUPP)
 Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik dan
penubuhan parti politik seterusnya terus menepati garis
etnik.
KERJASAMA SELEPAS
PENUBUHAN
MALAYSIA
SARAWAK
 Di Sarawak, SUPP ditubuhkan 1959
 Sebagai persediaan untuk pemerintahan sendiri
 Asalnya multi-etnik, tetapi berubah setelah calon bukan Cina
kalah dalam Pilihanraya 1963
 Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pada awal tahun
1960 turut mendesak etnik bumiputera menubuhkan parti
masing-masing.

 Di kalangan Dayak dan Iban:


 SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party)
ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya dari kawasan Skrang-Saribas pada
1961.
 Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.

 Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tidak mendapat


tempat dlm SNAP, maka:
 Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) ditubuhkan
 Oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dr Rejang pada 1962.
 Bagi Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan
berasaskan etnik dan kawasan.

1. PANAS (Parti Negara Sarawak) ditubuhkan pada


tahun 1960
-dipimpin oleh golongan perabangan dari
Kuching iaitu Abang Mustapha.

2. Barjasa (Barisan Rakyat Jati Sarawak) 1961.


- ditubuhkan oleh Melayu/Melanau dari Lembah
Rejang atas dakwaan mereka tidak diwakili dalam
PANAS.
 Perubahan besar proses politik di Sarawak selepas Malaysia berlaku kepada etnik
Cina, Melayu dan Melanau.

 Bagi etnik Cina:


 Selepas tahun 1970 SUPP menjadi teman pilihan bagi Melayu dan Melanau
untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas pilihanraya umum tahun
1969/71.

 Di akhir 1970-an, DAP muncul di Sarawak sebagai pesaing kepada SUPP untuk
mendapat sokongan Cina.

 Etnik Melayu dan Melanau:


 Perpaduan politik semakin kukuh sejak penggabungan Berjasa dan PANAS dlm
Parti Bumiputera yg dipimpin oleh Abd Rahman Yakub dan Abd Taib Mahmud.

 Kekuatannya meningkat apabila Temenggong Jugah membawa Pesaka


bergabung dgn Parti Bumiputera utk membentuk PBB (Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu) pd pertengahan 1970-an.
 Kini, dalam konteks percaturan politik;

- Etnik Dayak dan Iban berpecah kepada PBB, SPDP, PRS dan SUPP yang
berada dlm Barisan Nasional,

- Juga di antara SNAP dan beberapa puak daripada peninggalan


pengharaman PBDS iaitu kumpulan Moggie-Tajeim dan MDC (Malaysian
Dayak Congress) yang masih menunggu pendaftarannya diluluskan.
Sabah

 Pelbagai etnik bumiputera di negeri Sabah seperti


Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-lain terpisah berasaskan
anutan agama.

 Justeru parti-parti yg ditubuhkan akan mendapat sokongan


daripada pribumi beragama Islam @ Kristian.

 Sejak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Sabah diperintah


oleh semua etnik utama negeri.
 Ini bermula dengan Donald Stephen:
 Menubuhkan parti UNKO (United Kadazan National
Organization) pada Ogos 1961.
 Bagi menyatupadukan Kadazandusun dan bumiputera
bukan Islam.

 Kemudian Mustapha Harun:


 Menubuhkan USNO (United Sabah National Organisation)
pd Disember 1961.
 Menyatukan Bajau, Murut dan etnik lain

 Cina bernaung di bawah SCA (Sabah Chinese Association).


 Antara beberapa parti politik di Sabah:

i. UNKO – Donald Stephen


ii. USNO – Mustapha Harun
iii. Parti Berjaya – Harris Salleh
iv. Parti Bersatu Sabah (PBS) – Joseph Pairin
Kitingan.
 Kejatuhan PBS membawa perubahan besar kepada proses politik di Sabah
daripada beberapa sudut.

1. UMNO telah berjanji sekiranya parti tersebut berjaya merampas


pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran di
antara bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina supaya
semua mempunyai peluang untuk memerintah.

2. Keruntuhan PBS melahirkan beberapa buah parti baru seperti PBRS


(Parti Bersatu rakyat Sabah), dan PDS (Parti Demokratik Sabah), yang
melibatkan pemimpin utama daripada PBS yang telah meninggalkan
parti tersebut.
5.6 PEMUPUKAN HUBUNGAN
ETNIK SECARA FORMAL
PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA
FORMAL

 Selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada Inggeris


pada tahun 1957, satu perjanjian - kontrak sosial dicapai antara
Melayu dan bukan Melayu.
 Kontrak sosial ini bertambah kompleks apabila Persekutuan
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 dengan kemasukan
Sabah dan Sarawak dan Singapura.
 Kewujudan Malaysia menambahkan lagi elemen-elemen
khasnya yang turut termaktub dlm Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
Kontrak Sosial 1957
 Berdasarkan perjanjian antara Raja-raja Melayu dan Raja British
(1948), Malayan Union telah dimansuhkan dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu.

 Ketuanya adalah Pesuruhjaya Tinggi (merupakan wakil Raja


British), yang mempunyai kuasa yang luas dlm hal membuat
undang-undang dan menjalankan pentadbiran negeri.

 Mempunyai Majlis Perundangan Persekutuan yang berhak


membuat undang-undang sebagaimana termaktub dalam Jadual
Perjanjian 1948 dan sehubungan itu lahirlah Perlembagaan
Malaya 1948.
 Perlembagaan Malaya 1948:
 Memusatkan kuasa perundangan tetapi memberi kuasa pentadbiran
kepada kerajaan-kerajaan negeri di Malaya.

 Mengandungi peruntukan khas yg bertujuan melindungi kuasa Raja-raja


Melayu dan kepentingan orang Melayu.

 Pilihanraya pertama (Jun 1955) telah diadakan untuk memilih ahli-ahli


Majlis Perundangan Persekutuan Malaya.

 Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah
memenangi pilihanraya tersebut dengan mendapat 51 kerusi, manakala satu
kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Tanah Melayu.
 Tahun 1956 satu persidangan telah diadakan di London antara
pemimpin Parti Perikatan dgn pihak British.

 Persidangan tersebut telah memutuskan bahawa Persekutuan


Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yang merdeka pd
31 Ogos 1957.

 Lanjutan daripada persidangan tersebut, satu Suruhanjaya yang


diketuai oleh Lord Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956.
 Tugas utama Suruhanjaya Reid:
 Merangka satu perlembagaan persekutuan bagi mewujudkan satu kerajaan pusat
yang kuat dan dapat memerintah dgn baik.

 Perkara yg dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid:


 kewarganegaraan
 kedudukan Raja-raja Melayu
 pembahagian kuasa antara negeri dan kerajaan pusat
 hak-hak istimewa orang Melayu

 Dalam usaha merangka perlembagaan, Suruhanjaya Reid turut meminta


pandangan dpd Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin parti-parti politik,
dan pandangan serta cadangan daripada org ramai.

 Antara perkara yang menjadi perhatian utama adalah tuntutan-tuntutan


daripada orang Melayu dan bukan Melayu.
 Di antara perkara penting “kontrak sosial” adalah seperti
berikut:

1. Kedudukan Raja-raja Melayu tidak boleh dipersoal.

2. Hak Istimewa Melayu tidak boleh dipersoalkan.

3. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi yang lahir


selepas Persekutuan Tanah Melayu.

4. Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain


boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan.

5. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi bahasa lain (Cina


dan Tamil) boleh digunakan.
Perjanjian Malaysia, 1963
 Tidak mengubah kontrak sosial.
 Merupakan persetujuan yang dicapai di antara para pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
semasa mereka sama-sama bersetuju utk menubuhkan
Persekutuan Malaysia.
 Mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak dan Singapura
yang dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia tahun 1963.
 Dua puluh perkara merupakan suatu dokumen yg mengandungi
tuntutan-tuntutan yg dikemukakan oleh Sabah sebagai syarat
negeri itu bersetuju menyertai Malaysia.
 Dua puluh perkara tersebut menyentuh:

 Agama.
 Bahasa.
 Perlembagaan.
 Imigresen.
 Kewangan.
 Bumiputera Sabah.
 Bg mengetahui perkara yg dipersetujui dan dimaktubkan dlm
Perlembagaan Persekutuan Malaysia utk Sabah dan Sarawak hasil
rundingan Malaysia, beberapa perkara harus dirujuk, di antaranya:

 Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak, dalam Senarai II


(Senarai Negeri), Jadual ke-9.

 Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak, dalam Senarai III


(Senarai Konkuren), Jadual ke-9.

 Perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak.

 Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak (dalam peruntukan


kewangan).

 Asas ini penting utk memahami proses politik antara etnik dan
hubungan antara kerajaan pusat serta negeri, khasnya berkaitan sabah
dan Sarawak.
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN
MALAYSIA

Bentuk

 Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan boleh berlaku
dgn sendiri apabila individu-individu yang terlibat melihat faedah
dpd proses tersebut.

 Di negara ini, proses perpaduan dan integrasi memerlukan


penglibatan langsung pihak kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-
down.

 Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yg selanjutnya, iaitu Dasar


Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan Wawasan
merupakan suntikan penting daripada kerajaan yang cuba
mewujudkan perpaduan
Pencapaian

 Dalam pembangunan ekonomi memang wujud ukuran tertentu


yg boleh dijadikan penanda aras pencapaiannya.

 Mengukur pencapaian perpaduan nasional boleh dilihat melalui


pelaksanaan dan prestasi setiap dasar kerajaan yang menyentuh
soal perpaduan negara.

 Dasar pelajaran kebangsaan misalnya, penggunakan Bahasa


Melayu sebagai bahasa pengantar ialah salah satu langkah
mewujudkan perpaduan.
KESIMPULAN

 Tiada satu etnik dapat menegakkan kerajaan sendiri kecuali


melalui kerjasama antara pelbagai etnik agar tiada kelompok
dianiayai kerana percaturan kuasa dan politik sempit.

 Cabaran terbesar terhadap pembangunan ekonomi dan


kestabilan politik boleh dilihat dalam keadaan timbal-balik
iaitu:
 Jika ekonomi merosot – akan menjejaskan kestabilan politik.
 Jika politik tidak stabil – membawa kesan negatif pada kemakmuran
ekonomi.

 Survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik bergantung


kepada integrasi nasional yang berpanjangan.

You might also like