You are on page 1of 10

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN

NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

PANDUAN PENGHASILAN
* TESIS
* PROJEK ILMIAH HASIL KAJIAN MAKMAL
* PROJEK ILMIAH HASIL KAJIAN
STATISTIK
* PRODUK SENI
* PRODUK REKA CIPTA

Disusun & disediakan oleh


Shuhaimi bin Sulaiman
JAWATANKUASA SEM 2007
MRSM TRANSKRIAN
PULAU PINANG
THE SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL (SEM)
TYPE III

PENGAYAAN TYPE III


• Aktiviti penyelidikan pelajar setelah mendapat pendedahan dalam Pengayaan
Type I dan Type II.
• Gerak kerja pelajar dalam bentuk kumpulan untuk mengembangkan minat
kajian mereka sama ada melalui penyelidikan, uji kaji, kajian kes atau reka
cipta . Setiap kumpulan memilih skop tugasan masing-masing dan hasil akhir
aktiviti pengayaan ini berupa sama ada tesis, projek ilmiah atau produk seni
dan reka cipta.
• Setiap kumpulan akan diselia oleh seorang guru penasihat yang dipilih oleh
kumpulan sendiri.
• Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil kerja masing-masing untuk dinilai
oleh jawatankuasa penilai SEM dan untuk ditatap oleh rakan pelajar, pihak
media, ibu bapa dsb pada hari khas yang dikenali sebagai Pesta Type III atau
dengan nama lain yang lebih sesuai.

OBJEKTIF PENGAYAAN TYPE III


• Menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar mengaplikasikan minat,
pengetahuan, idea kreatif dan komitmen terhadap masalah atau bidang kajian
yang dipilih oleh mereka sendiri .
• Pelajar membina pemahaman yang tinggi tentang pengetahuan dalam bidang
yang dikaji dan prosedur yang digunakan semasa kajian atau projek dijalankan.
• Menghasilkan produk yang asli dan berkualiti untuk kepuasan kerja kumpulan
dan kegunaan umum.
• Membina kemahiran belajar kendiri dalam bidang perancangan, organisasi,
penggunaan sumber, pengurusan masa, membuat keputusan dan penilaian
kendiri.
• Membina komitmen terhadap tugas, keyakinan kendiri, pemupukan kreativiti
dan kebolehan berinteraksi secara berkesan dengan rakan sebaya, guru atau
pakar dalam bidang yang dikaji.

PRODUK PENGAYAAN TYPE III


Produk dalam Pengayaan Type III sama ada berbentuk tesis, projek ilmiah, hasil seni,
hasil reka cipta atau hasil uji kaji mestilah mempunyai krietria-kriteria berikut:
• Penjanaan idea-idea baru .
• Mencabar konsep atau idea yang sedia ada.
• Penggunaan teknik-teknik terkini.
• Kaedah penyelesaian yang baru.
• Produk baru/ yang belum ada di pasaran/ mempunyai kelainan.
BIDANG / ISU KAJIAN PENGAYAAN TYPE III

Sains Kemasyarakatan
• Antropologi
• Arkeologi
• Kerjaya
• Kebudayaan
• Jenayah
• Isu Semasa
• Warisan Etnik
• Kekeluargaan
• Tokoh
• Dasar-Dasar Kerajaan
• Kajian Masa Depan
• Remaja
• Geografi
• Orang Kurang Upaya
• Warga Tua/ Warga Emas
• Sejarah
• Pencemaran Alam/ Budaya
• Psikologi
• Masalah-Masalah Sosial
• Pembangunan
• Pelancongan
dan pelbagai lagi……

Bahasa/ Komunikasi/ Seni


• Apresiasi Karya
• Penyiaran
• Pengiklanan
• Permainan Komputer
• Seni Grafik
• Jurnalisme
• Linguistik
• Penulisan Skrip Drama/ Filem
• Tokoh Bahasa/ Seni
• Puisi
• Penerbitan
• Laman Web
• Kajian Sastera
• Seni Bina
• Kaligrafi
• Sinematografi
• Fotografi
• Animasi
• Perkembangan Seni Lukis
dan pelbagai lagi……

Sains
• Anatomi
• Astrologi
• Bioteknologi
• Botani
• Kimia
• Fizik
• Ekologi
• Evolusi
• Perubatan dan Kesihatan
• Genetik
• Ciptaan
• Sumber Asli

dan pelbagai lagi……

CONTOH TAJUK TESIS/ PROJEK ILMIAH

‘Perak Man’: Satu Kajian Terhadap Perkembangan Kependudukan di kawasan


Lenggong

Kajian Keberkesanan Program NTV7/Astro/ 8TV/TV9 terhadap golongan remaja

Kewujudan Kampus Kejuruteraan USM dan kesannya terhadap masyarakat setempat

Cadangan Reka bentuk Taman dan Kawasan Rekreasi di kawasan Transkrian untuk
pihak MPSP.
GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/ PROJEK ILMIAH PENGAYAAN TYPE
III

1. PENGENALAN
Panduan ini menjelaskan garis panduan yang mininum bagi format dan bentuk akhir
penulisan tesis / projek ilmiah (T/PI)

2. SUSUNAN KANDUNGAN
Pada asasnya, T/ PI ini mengandungi tiga bahagian iaitu:
1. Pendahuluan
2. Teks / Laporan
3. Tambahan

Penyusunan setiap bahagian ini adalah mengikut budi bicara kumpulan selepas
berbincang dengan penasihat.

2.1 Pendahuluan
Pendahuluan mengandungi yang berikut:

Halaman Judul
Judul/tajuk seperti yang telah dipersetujui bersama penasihat, nama ahli
kumpulan dan kenyataan ‘…diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi pengayaan
Schoolwide Enrichment Model Type III …’ dan tarikh penyerahan.

Abstrak
Biasanya ditulis kemudian tetapi diletakkan di bahagian hadapan T/PI selepas
halaman judul. Kegunaan abstrak ialah
a. meringkaskan struktur asas T/PI
b. membantu pembaca mengingat fakta-fakta penting.
Abstrak selalunya ditulis tidak melebihi 200-250 perkataan untuk T/PI

Penghargaan
Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan T/PI memasukkan
satu kenyataan yang ringkas untuk menyampaikan penghargaan terhadap sebarang
bantuan istimewa.

Isi Kandungan
Tajuk, bab dan pecahan kecil yang utama hendaklah disenaraikan. Sebaiknya tajuk
dinomborkan (contoh: 1), tajuk kecil ( contoh: 1.3) dan tajuk yang kecil kepada
tajuk kecil (contoh: 1.3.7). Huruf kecil di dalam kurungan [ contoh: 1.3.7(a)] boleh
digunakan untuk membahagikan tajuk kecil menjadi lebih kecil lagi. Sistem
pernomboran ini dapat memberikan gambaran tentang tajuk besar dan tajuk kecil
dan perkaitan antaranya.
Senarai Rajah
Senarai ini menggunakan nombor dan penerangan yang sama dengan yang terdapat
pada sebelah bawah rajah di dalam teks atau apendiks. Sistem pernomboran
seperti [contoh: Rajah 1, Rajah 1.3, Rajah 1.3.7 dan Rajah 1.3.7(a)] bolehlah
digunakan.

Senarai Jadual
Senarai ini juga menggunakan nombor dan penerangan yang sama dengan yang
terdapat pada sebelah atas jadual di dalam teks atau apendiks. Sistem
pernomboran [contoh: Jadual 1, Jadual 1.3, Jadual 1.3.7 dan Jadual 1.3.7 (a)]
patut digunakan.

Senarai Simbol, Kependekan atau Tatanama (Jika ada)


Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan jadual.

2.2 Teks/Laporan
Format am yang disarankan untuk teks adalah seperti berikut:
a. Font: Times New Roman ; saiz 12 bagi teks isi kandungan
b. Tajuk bagi setiap bahagian hendaklah ditulis di dalam bold

Susunan teks secara umumnya mengandungi bab-bab berikut:


Pengenalan
Pengenalan mengemukakan masalah yang diselidiki, menghuraikan objektif atau
matlamat kajian, hipotesis kajian, kajian-kajian lain yang pernah dijalankan dan
menggariskan rancangan tindakan penyelidikan.

Metodologi
Satu huraian yang mendalam tentang kaedah penyelidikan dan bahan/instrumen
yang digunakan. Kaedah-kaedah percubaan hendaklah dijelaskan dengan satu cara
yang memungkinkan orang lain juga boleh menjalankannya tanpa masalah.

Keputusan dan analisis data


Keputusan yang didapati boleh dibentangkaitkan dalam bentuk rajah, jadual dan
sebagainya.

Perbincangan
Membincangkan keputusan dan analisis data yang didapati dengan lain-lain
penyelidik atau perbandingan dengan hipotesis awal yang telah dibuat dan
sebagainya.

Ringkasan dan kesimpulan


Ini merupakan bahagian penting yang terakhir di dalam teks. Kumpulan membuat
kesimpulan hasil penyelidikan yang diperoleh.
Cadangan
Bahagian ini tidak wajib dan dicetak selepas ringkasan dan kesimpulan hanya jika
sesuai dengan kajian.

2.3 Tambahan
Bahagian tambahan terdiri daripada:

Instrumen Penyelidikan
Instrumen penyelidikan seperti borang soal-selidik, peta ,program komputer dan
sebagainya

Apendiks
Apendiks mengandungi bahagian ilustrasi tambahan, data asal dan petikan yang
terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks. Bahagian ini dapat
menghindarkan pembaca melencong daripada perbincangan utama.Apendiks
dibahagikan kepada Apendiks A, B, C dan sebagainya. Tiap-tiap apendiks serta
tajuknya, jika ada, hendaklah disenaraikan secara berasingan di dalam Isi
Kandungan.
Semua jadual dan rajah di dalam Apendiks hendaklah bernombor dan bertajuk
serta disenaraikan di dalam Senarai Jadual dan Senarai Rajah.

Bibliografi
Sebarang T/PI yang menggunakan karya-karya lain, sama ada di dalam petikan
secara langsung atau melalui rujukan, haruslah mengandungi bibliografi yang
menunjukkan puncanya. Bibliografi ini dimulakan pada muka surat yang baru dan
ditaip dengan huruf besar. Senarai rujukan dimulakan tiga jarak di bawah tajuk itu.
Tiap-tiap rujukan ditaip dengan dua jarak di antara satu sama lain dan satu jarak
di dalam rujukan yang sama. Senarai rujukan adalah tidak bernombor.
Senarai rujukan boleh ditulis mengikut Sistem Harvard .

3. FORMAT
3.1 Penjilidan
Dua salinan T/PI hendaklah dijilidkan dengan kulit yang berkualiti, satu daripadanya
mestilah merupakan naskah asal yang mengandungi hasil kerja dan kajian kumpulan
yang asli. Tajuk yang lengkap, nama kumpulan dan ahli-ahli, nama MRSM Transkrian
dan tahun penyerahan mestilah ditaip pada kulit depan.
Penjilidan menggunakan gegelung (ring bind) tidak digalakkan.

3.2 Panjang Tesis


T/PI mestilah tidak melebihi 200 muka surat (termasuk bahagian Tambahan). Projek-
projek yang melibatkan pengaturcaraan komputer digalakkan memberi program yang
dibina di dalam disket,cakera padat. Disket/cakera padat ini hendaklah disertakan
bersama semasa T/PI yang dihantar.

3.3 Kertas dan Penduaan


Gunakan kertas putih saiz A4 (210 x 297 mm) yang bermutu baik (80 g/m2) sahaja.
Kertas pendua atau kertas komputer "pin-feed" tidak boleh digunakan. Hanya sebelah
muka surat sahaja yang boleh dicetak.
Semua naskah mestilah bersih dan dapat dibaca dengan jelas.

3.4 Penaipan
3.4.1 Kualiti Penaipan
T/PI mestilah ditaip 1½ jarak. Hanya satu jenis corak taip yang perlu digunakan iaitu
Times New Roman untuk teks dan persamaan matematik. Tulisan skrip tidak diterima.
Saiz huruf pada keseluruhannya ialah 12 font.
Pemotongan huruf atau perkataan tidak dibenarkan. Sebarang pemadaman mestilah
bersih. Penggunaan pita lutsinar untuk sebarang tampalan juga tidak dibenarkan.

3.4.2 Jarak
1½ jarak bagi teks am mestilah digunakan pada keseluruhannya. Satu jarak pula
bolehlah digunakan semasa membuat jadual yang panjang, petikan yang panjang,
nota, catatan kaki, keterangan yang mengandungi beberapa banyak baris dan senarai
bibliografi.

3.5 Birai
Birai yang ditetapkan bagi teks am adalah seperti yang berikut:
Tepi sebelah atas : 2.5 cm.
Tepi sebelah kanan : 2.5 cm.
Tepi sebelah kiri : 4.0 cm.
Tepi sebelah bawah : 2.5 cm.

3.6 Penomboran Muka surat


Semua nombor muka surat dicetak tanpa tanda bacaan. Nombor dicetak 1.0 cm dari
sebelah bawah muka surat di sebelah kanan barisan teks. Keseragaman di dalam
pengaturan adalah penting.
Bahagian Permulaan diberi nombor kecil Roman secara berturutan (i, ii, iii dan
seterusnya). Muka surat Judul pada muka hadapan tesis dianggap sebagai muka surat i,
tetapi nombornya tidak ditaip. Nombor Roman ii terletak pada muka surat pertama
selepas muka surat judul.
Teks dan semua muka surat Bibliografi termasuk Apendiks diberi nombor Arab berturut-
turut (1, 2, 3, dsb.), bermula dengan 1 pada muka surat pertama teks itu.
Tiap-tiap muka surat yang telah ditaip atau yang mengandungi lukisan mestilah
mempunyai satu nombor kecuali muka surat Judul.

3.7 Nota dan Catatan Kaki


Calon-calon hendaklah meminta nasihat penyelia masing-masing tentang hal ini.
Contohnya, dalam bidang Sains dan Teknologi, catatan kaki tidak digalakkan. Saiz
huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah lebih kecil daripada saiz
huruf yang digunakan di dalam teks am iaitu font 8.

3.8 Jadual
Jadual memang lazim dimuatkan di dalam teks. Jadual-jadual ini mestilah dimuatkan
betul-betul di tengah muka surat di dalam birai yang telah ditetapkan. Setiap jadual
mestilah mengandungi satu nombor rujukan dan keterangan. Nombor ini mestilah
seiring dengan nombor bab yang di dalamnya jadual itu terdapat. Ada kebaikannya
semua jadual di dalam satu bab dikumpulkan dan diberi nombor secara berturutan.
Sebagai contoh, jadual-jadual yang terdapat di dalam Bab 3 dapat diberi nombor
Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3, dan seterusnya.
Perkataan 'Jadual', nombor dan keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual itu.
Jika sesuatu jadual bersambungan pada muka-muka surat berikutnya, baris atas
mukasurat baru hendaklah berbunyi (sebagai contoh: "Jadual 3.7, sambungan").
Keterangan tidak perlu diulangkan. Jika sesuatu jadual merupakan petikan, rujukannya
mestilah dicatat.

3.9 Rajah
Rajah mungkin merupakan gambar foto yang dilekatkan pada muka surat, ilustrasi atau
graf. Perkataan ‘Rajah’, nombor rajah dan keterangannya diletakkan di bawah rajah
itu. Lazimnya sesuatu rajah tidak melebihi satu muka surat. Jika rajah itu bersambung
pada muka surat yang berikutnya, peraturan yang sama dengan peraturan menulis
jadual hendaklah diikuti. Seperti jadual, rajah juga dapat dikumpulkan dan diberi
nombor mengikut turutan.
Gambar foto yang lebih kecil daripada ukuran satu muka surat hendaklah dilekatkan
dengan teguh. Gambar foto boleh juga dicetak sebesar kertas A4. Garis pada rajah
hendaklah dibuat dengan kemas.

4. NOTA MAKLUMAT LAIN


4.1 Etika Penyelidikan (Plagiarisme)
Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-perkataan dari karya orang lain
yang telah diterbitkan digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis.
Dalam penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat
mengikut kebiasaan yang dinyatakan di bawah ini:
• Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan
dalam teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam
Bibliografi.
• Sebarang penggunaan perkataan sebenar daripada tulisan atau pendapat orang
lain perlu diakui dengan menggunakan tanda petik serta dengan menyatakan
sumbernya di dalam teks. Contohnya,

‘Civic education turned away from concentrating on the founding to


concentrating on openness based on history and social sciences’
(Bloom, 1987, p. 29)
APENDIKS
Sistem Harvard
• Mengikut Sistem Harvard, sesuatu rujukan dibuat dengan menyebut nama
pengarang dan tahun penerbitan. Di dalam teks, tahun pernerbitan diletakkan
di dalam kurungan selepas nama pengarang sekiranya nama ini menjadi
sebahagian ayat. Sebagai contoh : Maimun (1986) atau Saleh & Yusof (1987)
ataupun, jika ada lebih daripada dua orang pengarang, Noor Hassan et al.
(1990)
• Jika beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di dalam tahun yang
sama, abjad a, b, c, dan lain-lain hendaklah diletakkan selepas tahun
penerbitan; sebagai contoh : Karel & Labuza (1988b)
• Dalam sistem Harvard, judul buku ditulis dalam huruf condong (ataupun
digarisi pada sebelah bawah) diikuti pula dengan nama bandar dan nama
penerbit. Sebagai contoh:
Conn, E.E., Stumpf, P. K., Bruening, G,. & Doi, R.H. (1987). Outlines of
Biochemistry, 5th edn. New York: John Wiley & Sons.

© UHDT/ JK SEM MRSM TRANSKRIAN

You might also like