Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
21Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SINOPSIS CERPEN ANTOLOGI

SINOPSIS CERPEN ANTOLOGI

Ratings: (0)|Views: 1,737 |Likes:
Published by zakzaku

More info:

Published by: zakzaku on Apr 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/21/2013

pdf

text

original

 
SINOPSIS CERPEN TINA
Cerita ini mengisahkan pelajar yang bernama Haidi. Haidi bertemu dengan Kursiah yang miripdengan wajah adiknya iaitu Tina (Sutina). Tina telah meninggal dunia kerana menghidapi penyakit jantung berlubang. Kemunculan Kursiah menyebabkan Haidi terkenang semula peristiwa semasa ia bersama-sama dengan Tina bermain layang-layang di padang. Haidi berusaha untuk berkenalandengan Kursiah. Akhirnya Haidi berkesempatan berbual-bual dengan Kursiah pada waktu rehat dikantin sekolah. Haidi tidak kecewa walaupun pada mulanya Kursiah tidak melayannya denganmesra.Pada hari sukan, barulah Haidi mengetahui nama budak perempuan yang mirip dengan adiknyaTina itu. Secara kebetulanKursiah serumah sukan dengan Haidi. Kursiah merupakan pelari jarak  jauh rumah Hijau. Dia mengambil bahagian dalam acara 5 000meter larian perempuan terbuka. Haidi membayangkan sekiranya Tina masih hidup, pasti diasebaya dengan Kursiah. Haidi memberi kata-kata perangsang kepada Kursiah dan berjanji akanmemberinya wang sebanyak lima ringgit jika dia mendapat tempat pertama dalam acara tersebut.Kursiah mendapat tempat pertama dalam acara larian itu, tetapi dia jatuh pengsan selepasmelepasi garisan penamat. Haidi tergamam beberapa orang ahli PBSM mengusung Kursiah di atastandu. Haidi tidak dapat mengawal perasaan lalu menjerit menyuruh Kursiah segera dihantarkan kehospital. Dia tidak mahu Kursaih menerima nasib yang sama seperti adiknya Tina. Rakan-rakannyayang lain tercegang melihat kelakuan Haidi. Haidi berdoa agar Kursiah tidak mati supaya Kursiahdapat menjadi pengganti adiknya Tina.
SINOPSIS CERPEN BATUSewaktu berada di kaki lima sebatang jalan, Iskandar bertemu dengan Mazlan yangsedang mencari arah ke Jalan Raja Angkasa. Iskandar menyatakan bahawa dia tidak tahuakan arah jalan itu. Zainol mencelah dan bertanyakan tujuan Mazlan ke sana. Kata Mazlan,dia ingin menyerahkan batu gandapuri kepada seseorang. Zainol memujuk Mazlan agar menjualkan batu gandapuri itu kepadanya. Dia mengajak Iskandar dan Mazlan ke RestoranHeng Ah See.Di restoran itu, Mazlan menunjukkan keistimewaan batu gandapuri itu. Batu itu dapat bergerak sendiri setelah terkena perahan air limau. Zainol beminat untuk membeli batu itu.Dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang. Selepas Zainol pergi, Mazlan menyatakanrasa curiganya terhadap Zainol lalu menawarkan batu ajaib itu kepada Iskandar. Hargayang ditawarkan jauh lebih murah, Iskandar meminta izin untuk menemui kawannya yangsedang menunngu di Jalan Melaka bagi mendapatkan wang.Iskandar menceritakan kehebatan batu gandapuri itu kapada Malik. Malik pulamenjelaskan pergerakan batu itu berpunca daripada tindak balas kimia apabila batu ituterkena perahan air limau. Iskandar sedar bahawa dia telah tertipu. Iskandar kembalisemula ke Restoran Heng Ah See sementara Malik melaporkan hal itu kepada ababg Nordin. Tidak lama kemudian, Malik dating bersama-sama dengan seorang pemuda.Pemuda itu berpura-pura ingin membeli batu hikmat tersebut. Dia menahan Mazlan ataskesalahan menipu. Rupa-rupnya pemuda itu ialah kawan Malik, Inspektor Hussin
 
SINOPSIS CERPEN BUKU CATATAN FARID BADRULCuti sekolah penggal ketiga telah bermula. Farid berasa bosan tinggal di rumah keranaPapa dan Mama sangat sibuk. Farid teringat akan keluarga bapa saudaranya, Pak Cik Saniyang tinggal di Kampung Buluh Perindu. Farid menyatakan hasratnya untuk bercuti di sanakepada Papa dan Mama. Mama mendesak Papa supaya mengambil cuti untuk menghantar Farid ke kampong kerana Mama akan menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Kaum Ibudi Johor Bahru selama seminggu. Akhirnya Papa mengalah.Di kampung, Farid banyak menhabiskan masa dengan sepupunya, Hamzah. Diamengikut Pak Cik Sani dan Hamzah ke surau untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Farid berasa serba salah kerana tidak membawa baju melayu untuk dipakaikesurau. Dia terpaksa meminjam baju melayu Hamzah walaupun saiznya agak kecil. Dia juga berasa malu kerana tidak tahu menunaikan ibadat dengan betul.Keesokan harinya, Pak Cik Sani dan Mak Cik Som membawa Farid ke bandar. Merekamembeli songkok dan kain baju melayu. Farid berasa sangat gembira. Dia disuruh memilihwarna yang digemarinya. Mak Cik Som sendiri yang akan menjahit baju itu. Kepadakedua-dua ibu dan bapa saudaranya, Farid menyatakan keinginannya untuk mengikutHamzah ke kelas agama yang dikendalikan oleh ustaz Ramli. Banyak perkara yang ingindipelajarinya.Seminggu kemudian, Papa dan Mama dating untuk membawa Farid pulang ke KualaLumpur. Farid memberitahu bahawa dia ingin menghabiskan masa cuti persekolahannyaitu di kampong kerana dia mahu menghadiri kelas agama sampai tamat. Papa dan Mama berasa serba salah tetapi mereka akur dengan keputusan Farid.SINOPSIS CERPEN MAMAMama menyediakan makanan untuk anak-anaknya yang akan balik dari sekolah.Kemudian, mama berehat di amben sambil menyapu dadanya yang sakit dengan ubat.Mama terkenang akan peristiwa ketika dia sakit di rumah Dr. Safuan, majikan tempatmama bekerja.Selepas dirawat, mama dinasihati supaya bercuti dan berehat selama dua minggu.Mama bimbang jika dia cuti, Cik Puan Mona akan susah kerana tidak ade orang akanmenjaga anaknya. Dr. Safuan membeitahu mama bahawa dia dan isterinya akan bergilir-gilir mengambil cuti untuk menguruskan perkara itu.Mama teringat akan detik awal di diambil bekerja oleh Cik Puan Mona. Mama teringatabah juga. Abah berniaga di pasar malam dibantu oleh anak-anak. Manakala tugas mama dirumah Dr. Safuan tidaklah berat mana kerana keluarga itu mempunyai seorang pembanturumah lagi, iaitu Mak Cik Mariam.Mama jatuh sakit pada suatu hari minggu. Mama diberikan rawatan dan disuruh bercuti. Keteka berpatah balik ke bilik rawatan khas untuk mengambil beg duitnya yangtertinggal, mama terdengar perbualan antara Dr. Safuan dengan isterinya. Menurut Dr.Safuan, mama dijangka hidup untuk tempoh tiga bulan sahaja. Mereka berhasrat untuk membawa mama berubat di luar negara.
 
SINOPSIS CERPEN ERTI KASIH RASA SAYANGCerpen ini memaparkan kisah sebuah keluarga dengan dua ekor mawas. Keluargatersebut ialah Ungin, abangnya Sengabti, adiknya Indusai, dan emaknya Antagi. IbuMawas itu diberi nama Busut, manakala anaknya, Cendawan.Busut tercedera sebagai akibat perbuatan manusia. Busut dijumpai oleh Ungin didalam karung guni yang akan diseludup ke luar Negara. Dalam serba kepayahan dankesakitan, Busut tetap mahu memberikan kasih sayang kepada anaknya. Ungin sekeluargaamat bersimpati dan kasihan melihat mawas tersebut. Ungin mengancam tindakan manusiayang tidak berperikemanusiaan sehingga tergamak melakukan penyeludupan mawas secaraharam.Untuk memastikan mawas tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya, Ungin,Seganti, Indusai dan Antagi sepakat menghantar Busut dan Cendawan ke PusatPemuliharaan Hidupan Liar Lanjak-Entimau melalui Pak Cik Piyot yang bekerja di pusat pemuliharaan tersebut. Walaupun keberatan, Busut dan Cendawan terpaksa diserahkandemi kebaikan mawas tersebut. Ungin mengalirkan air mata apabila anak mawas itumenghulurkan tangan seolah-olah ingin menjalinkan hubungan persahabatan SINOPSIS CERPEN TANGAN KANAN,KIRI ATAU KEDUA-DUANYAEe Nah ingin menjadi pemuzik, manakala abangnya, Ha Lim ingin menjadi penulis.Bakat kedua-dua adik beradik ini terhalang kerana ayah mereka menghalang cita-citamereka. Beliau menghendaki anak-anaknya menjadi ahli perniagaan.Konflik berlaku dalam diri Ee Nah, iaitu dia tidak mahu melanggar perintah ayahnyadan pada masa yang sama dia menginginkan kebebasan untuk memilih jalan hidupnyasendiri. Ha Lim pula bertekat memilih cara hidup sendiri, iaitu menjadi penulis. Diaterpaksa keluar dari rumah.Ee Nah dan sepupunya, Lisa giat berlatih untuk memantapkan vocal dan tarian bagimemasuki sayembara. Mereka khuatir sekiranya mendapatkan tentangan daripada ayah Ee Nah. Ayah Ee Nah juga seniman veteran mengubah fikirannya. Beliau merestui hasrat Ee Nah untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang yang diminati. Kegembiraan Ee Nahsemakin bertambah apabila pada masa yang sama, Ha Lim pulang semula ke pangkuankeluarga.SINOPSIS DRAMA PENUNGGU PUSAKACerita ini memaparkan perselisihan dalam sesebuah keluarga. Perselisihan berpuncadaripada perebutan harta pusaka yang diwasiatkan oleh seorang ayah. Terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati (anak tiri) denagn wasiat pengagihan harta pusaka yangdibacakan oleh seorang peguam.Anak tiri itu telah menggunakan pelbagai tipu muslihat bagi membolehkan merekamendapat harta pusaka itu. Niat jahat anak tiri dapat dikesan oleh salah seorang wariskeluarga itu. Salah seorang waris itu telah berpura-pura dirasuk oleh penunggu tanah pusaka tersebut. Akhirnya, tanah pusaka tersebut berjaya diselamatkan dan menjadi milik waris sepenuhnya sebagaiman yang telah diwasiatkan

Activity (21)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Masitah Yusof liked this
Joyce Wong liked this
Efasha Elmedwahy liked this
kaijian2010 liked this
Shahrul Nizam liked this
Soo Sheng Cheong liked this
Joen Tang liked this
Huzairie Hairuzi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->