You are on page 1of 12

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN KES

Kisah stealing time ini telah ditulis oleh Robert Carter, seorang guru yang
mempunyai pengalaman mengajar selama 7 tahun. Sebagai seorang guru tahun 4,
Robert telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun iaitu dengan
memastikan semua pelajar tahu akan had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku
yang dapat diterima di dalam bilik darjahnya (baris 1-3, para 1). Robert percaya
kepada ketegasan tetapi perlulah dikuatkuasakan bersama undang-undang yang
adil, dan dia dapati murid-muridnya dapat mematuhi standard yang beliau tetapkan
(baris 4-5, para 1). Robert juga percaya, jika dia berlaku adil dengan murid-
muridnya, maka mereka juga akan berlaku adil dengannya (baris 5-6, para 1).
Kesannya, bilik darjah tersebut menjadi seperti sebuah komuniti kecil di mana setiap
ahlinya tahu apa yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik
pada setiap masa. Robert juga dapati murid-murid yang sentiasa mendatangkan
masalah di dalam kelas turut berubah seperti yang dia harapkan (baris 6-10, para 1).

Semester musim luruh berlangsung seperti yang Robert harapkan. Dia sangat
gembira apabila Andy dan Matin, murid yang mempunyai latar balakang dan tingkah
laku bermasalah serta lemah dalam akdemik telah menunjukkan peningkatan
terhadap kemampuan mereka. Kara, seorang murid yang juga bermasalah tingkah
laku turut menunjukkan kemajuan atas bantuan guru pendidikan khas. Begitu juga
David, seorang murid daripada kelas bermasalah pembelajaran telah disahkan
normal bagi mata pelajaran harian pendek yang bukan akademik. David akan
datang ke kelas Robert pada waktu pagi untuk roll-call, kutipan wang makan tengah
hari, ikrar taat setia dan sebagainya. David juga menghadiri kelas seni, muzik dan
PJ bersama murid kelas Robert. Tidak lama kemudian, selepas, cuti Krismas, David
telah layak untuk ditempatkan di dalam kelas biasa sekurang-kurangnya 51 peratus
setiap hari. Kini, Robert menjadi guru matematik David (baris 4-7, para 3).

Tidak lama kemudian, Robert dapat menghidu permulaan kepada pengakhiran apa
yang dirasakan tahun persekolahan yang menarik. Bagi subjek matematik, David
tidak menghantar tugasan dan tidak menyiapkan kerja yang Robert berikan. Semasa
Robert mengajar, David akan membuat bunyi yang pelik dan mengganggu Robert
dan pelajar lain. (David akan menghempas buku dengan kuat atas lantai, mengetuk-

EDU 3104 Halaman 1


ngetuk pensil di atas meja, dan membuat bising di mejanya). David tidak
menghiraukan teguran Robert. Robert menganggap tingkah laku David itu sebagai
satu gangguan serangan yang kejam dan tidak sopan (para 4). Tingkah laku David
menjadi bertambah teruk. dia selalu menjerit bahawa dia mahu kembali ke kelas
‘sebenar’ bersama guru yang ‘sebenar’. Dia lansung tidak memberi Robert peluang
untuk menjadi gurunya. Hubungan David dengan murid-murid lain menjadi
bertambah buruk (para 5). Robert menjalankan pengajaran matematik
menggunakan kaedah pengajaran korperatif. Keengganan David untuk menyiapkan
tugasan menyebabkan markah kumpulannya merosot. Apabila ada rakan yang
mahu membantunya, dia akan menolak dengan kasar usaha mereka. Hal ini
menyebabkan rakan-rakan sekelasnya mula mengadu tentang perbuatannya itu
(para 6).

Pada hari David mengambil tugasan yang diberikan oleh Robert, dia telah
mencampakkannya di atas meja. Hal ini menyebabkan Robert marah padanya
sehinggalah waktu rehat tiba (para 7). Selepas waktu rehat, tingkah laku David
menjadi bertambah teruk. Robert telah mengenakan ‘time-out’ kepada David. Walau
bagaimanapun, setelah tiba di tempat yang David perlu duduk, dia telah
menghempaskan barang-barangnya dengan kuat menyebabkan Robert menjadi
marah padanya. Robert kemudiannya membawa David ke meja pelajar di dalam
pejabat pengetua (para 8). David berhasrat mahu bercakap sesuatu kepada Robert.
Namun setelah bertemu Robert, dia hanya berkata,”lupakan saja”. Namun setelah
sekian lama berdiam diri, akhirnya David meminta maaf atas segala perbuatannya
tetapi dia tidak mahu semua rakan dalam kelasnya, merenungnya. Robert
menjelaskan kepada David mengapa rakan-rakannya merenungnya. Namun, David
yakin dia akan melakukan kerja dengan lebih baik jika mereka tidak merenungnya
dan dia tidak suka Kevin menyibuk tentang dirinya. Semasa perundingan itu, David
berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Tingkah laku David menjadi bertambah
baik untuk beberapa hari selepas itu (para 10).

EDU 3104 Halaman 2


Bagaimanapun, sekali lagi David menunjukkan tingkah laku seperti sedang marah
pada semua orang. Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana dia tidak
menyiapkan tugasan dan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik pengetua.
Robert telah menjelaskan kepada pengetua tentang David (baris3-11, para 11).
Suatu hari semasa David tiada di dalam kelas, Robert telah berbincang dengan
pelajar-pelajar lain tentang tingkah laku David. Robert merasakan dia telah berlaku
jujur terhadap para pelajarnya. Para pelajarnya merasakan David seperti seorang
pembelot dan mereka tidak suka dia berada di dalam kelas tersebut (para 12). Suatu
tengah hari, Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana dia tidak
menyiapkan tugasan yang diberikan. David dibiarkan bersendirian di dalam kelas.
Selepas waktu rehat, sekembalinya para pelajar ke dalam kelas, Bob mendapati jam
tangannya telah hilang (para 13). Keesokan harinya, David berlari ke meja Robert
dan memberitahu bahawa bapanya telah memberikan dia jam tangan. Robert
meminta David menanggalkan jam tersebut. Setelah diteliti, Robert berasa begitu
marah dan kecewa. Dia begitu yakin jam tangan tersebut milik Bob (para 14).

EDU 3104 Halaman 3


2.0 ANALISIS KES
2.1 Mengenalpasti isu atau masalah kes

Dapatan kajian iaitu isu utama yang menjadi pokok persoalan daripada kisah
stealing time ini adalah pemikiran yang lahir dari akal fikiran David itu sendiri di
mana memberi impak yang negatif terhadap dirinya serta orang lain. Hal ini sekali
gus mempengaruhi sikap serta nilai yang ada pada David. Apa yang menjadi
masalah utama ialah corak pemikiran David terhadap kelas itu sendiri. Oleh kerana
sikapnya itulah menyebabkan emosinya terhadap persekitaran bilik darjah yang
baharu terjejas. David tidak dapat menerima keadaan persekitarannya yang baharu,
rakan-rakan serta guru yang baharu. Ini ditunjukkan melalui tingkah lakunya yang
kurang menyenangkan di dalam bilik darjah terutama ketika sesi pembelajaran cikgu
Robert iaitu guru Matematik di kelas David. Tingkah laku David menjadi semakin
teruk. Dia selalu menjerit bahawa dia mahu kembali ke kelas ‘sebenar’ bersama
guru yang ‘sebenar’. Dia langsung tidak memberi Robert peluang untuk menjadi
gurunya. Hal ini dibuktikan dalam perenggan kelima. Ini jelas menggambarkan
bahawa pemikirannya masih lagi berada di kelasnya yang dahulu. David mungkin
merasakan bahawa rakan-rakan di kelasnya sekarang adalah lebih baik daripadanya
berbanding semasa di kelas lamanya dahulu. David juga turut berfikiran bahawa dia
tidak akan mendapat perhatian khas dalam kelas tersebut seperti mana perhatian
yang diperolehnya sewaktu berada di kelas aliran khas.

2.2 Kesan masalah

Berdasarkan bacaan serta pemahaman saya dalam kajian ini, saya telah
mengenalpasti beberapa masalah yang timbul akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan oleh David. Oleh kerana David beranggapan bahawa dia kekurangan
perhatian semasa di kelas itu, maka dia sering memberontak sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sikap serta tingkah laku yang dipamerkan oleh David
semakin hari semakin bertambah buruk sehinggakan semua rakan-rakan kelas
David merasakan David seperti seorang pembelot dan mereka tidak suka dia berada
di dalam kelas tersebut dan mereka sentiasa merenungnya. Hal ini menambahkan
lagi rasa ketidakselesaan David untuk terus berada di kelas tersebut.

EDU 3104 Halaman 4


Pada suatu hari, cikgu Robert telah menjalankan pembelajaran menggunakan
kaedah pengajaran koperatif di mana semua pelajarnya akan bekerjasama dalam
satu kumpulan. Namun, apa yang ditunjukkan oleh David adalah tidak wajar kerana
dia tidak memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulannya menyebabkan
markah kumpulannya merosot. Ini adalah kerana David tidak mahu berkawan serta
bekerjasama bersama rakannya.

Tingkah laku yang sering ditunjukkan oleh David adalah tingkah laku disruptif, iaitu
tingkah laku yang mengganggu. David sering membuat bunyi-bunyi yang pelik,
menghempas buku yang kuat di atas lantai, mengetuk-ngetuk pensil di atas meja
dan membuat bising di atas mejanya. Ini akan mengganggu cikgu Robert dan pelajar
yang lain di dalam kelas. Kemungkinan tingkah laku ini berlaku adalah disebabkan
oleh keinginan David untuk mendapatkan perhatian daripada gurunya.

Disamping itu, David juga tidak membuat dan menghantar tugasan yang telah
diberikan oleh gurunya. malahan, David langsung tidak menghiraukan teguran cikgu
Robert. David telah mencampakkan tugasan yang diberikan oleh cikgu Robert di
atas mejanya. Hal ini menyebabkan cikgu Robert telah mengenakan ‘time-out’
kepada David. Namun, apabila tiba di tempat sepatutnya diduduki David, dia telah
menghempaskan barang-barangnya dengan kuat sehingga menyebabkan Robert
menjadi marah padanya. Robert kemudiannya membawa David ke meja pelajar di
dalam pejabat pengetua. Kesannya, tingkah laku David menjadi baik selepas
beberapa hari.

Selain itu, David telah bertindak mencuri jam tangan milik rakan sekelasnya, Bob.
Tindakan cikgu Robert adalah meminta David menanggalkan jam tersebut kerana
yakin bahawa jam itu kepunyaan Bob, yang telah memberitahu cikgu Robert akan
kehilangan jam tangannya.

EDU 3104 Halaman 5


2.3 Punca-punca masalah

Saya berpendapat bahawa punca yang menyebabkan David bertindak begitu adalah
kerana inginkan perhatian daripada gurunya. Seperti mana yang kita ketahui, kanak-
kanak yang bermasalah pembelajaran memerlukan perhatian yang khusus daripada
gurunya. Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurology. Ia tidak
berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada
tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir
sebagai pemalas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin
menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.
Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain,
masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir (Haliza Hamzah, et.al,
2009).

Berkemungkinan, faktor yang mempengaruhi masalah serta tingkah laku David


adalah faktor persekitaran. Ini adalah kerana, apabila David berada di kelas aliran
khas, David akan diberi perhatian yang lebih berbanding di kelasnya sekarang. Ini
menyebabkab David seolah-olah merasa terpinggir dan tidak diberikan perhatian
seperti dahulu. Mungkin juga, David merupakan antara pelajar yang terbaik di dalam
kelas khas, namun apabila dia memasuki kelas aliran perdana, dia tidak akan
merasakan dirinya terbaik lagi kerana ramai rakannya di kelas tersebut lebih baik
daripadanya. Hal ini menyebabkan David bertingkah laku yang tidak diingini.

EDU 3104 Halaman 6


3.0 CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
3.1 Cadangan berdasarkan rujukan

Seterusnya, saya akan mengaitkan kajian kes ini dengan model pengurusan bilik
darjah, iaitu Model Akibat Logikal atau lebih dikenali sebagai Model Disiplin Sosial.
Alasan yang menyebabkan saya mengaitkan model ini dengan kajian kes adalah
kerana David cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran, menghempas buku di lantai dan mengetuk pensel di
meja. Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat
demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan
bilik darjah yang baik, tidak seharusnya menggunakan hukuman. Menurut beliau,
masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh motif-motif murid iaitu
inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam, dan memaparkan
kekurangan (Choong Lean Keow, 2009).

Sikap David lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara
cadangan yang disyorkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan
perhatian murid berkenaan. Cikgu Robert hendaklah mengubah strategi atau aktiviti
pembelajaran seperti menyanyi, bersoal jawab yang lebih menarik minat David serta
meninggalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, mengubah kedudukan murid yang
berkenaan. Cikgu Robert meminta David duduk di tempat lain atau pergi ke “Sudut
Berfikir”. Guru juga perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan
memberi peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja. Malahan, untuk
mengelakkan tingkah laku David berterusan, lakukan sesuatu yang bersifat luar
jangkaan seperti memasangkan lampu, atau mainkan alat muzik.

Berdasarkan kajian, saya berpendapat bahawa kajian ini berkait dengan Teori
Pelaziman Operan Skinner. Skinner telah menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati. Melalui kajian ini, Skinner mendapati
gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika
diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan
diberikan untuk memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan dan
merangsang otak (Amir Awang, 1986).

EDU 3104 Halaman 7


Di sini, teknik modifikasi tingkah laku iaitu rancangan untuk mengubah tingkah laku
bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik atau kaedah
yang sesuai. Guru perlu membuat pemantauan, penilaian serta menyimpan rekod
salah laku murid. Antara teknik modifikasi tingkah laku yang digunakan adalah “time-
out”, iaitu di mana murid akan dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru
kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru seperti satu sudut
bilik darjah (murid menghadap dinding) atau bilik kecil di luar kelas. Masa yang
diperuntukkan ialah antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan
masalah tingkah laku tersebut. Selepas masa ‘time-out’, guru perlu menerangkan
kepada murid mengapa dia telah memberikan hukuman sedemikian. Arahan asal
diberikan kepada murid tersebut. Jika murid itu masih ingkar, maka, masa ‘time-out’
ditambah. Bukti kajian adalah apabila Robert telah mengarahkan David untuk pergi
ke belakang bilik darjah supaya dia tidak menganggu rakan lain.

Selain itu, pembelajaran koperatif telah dijalankan dalam kajian ini. Model
pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai
kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam
aspek sosial dan perhubungan manusia (Noriati A. Rashid, et al., 2009).

Pembelajaran koperatif lebih menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi dan


bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar akan mengajar dan berbincang
sesama sendiri untuk mencapai satu tahap yang sama tinggi. Malahan, setiap
individu bertanggungjawab dalam kumpulan masing-masing. Kebaikannya, murid-
murid akan melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.
Dalam kes ini, Robert telah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ketika
mengajar kelas Matematik.

EDU 3104 Halaman 8


3.2 Cadangan penyelesaian berdasarkan kes

Saya ingin mencadangkan beberapa strategi penyelesaian berdasarkan kes


mengikut kefahaman saya terhadap kes ini. Pertama, peneguhan positif boleh
diberikan kepada David sekiranya dia dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dalam masa yang ditetapkan. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang
mendorong individu mengulangi tindakan yang dikehendaki. Tingkah laku berlaku
kesan daripada rangsangan atau peneguhan. Jenis ganjaran yang dapat diberikan
iaitu bentuk material atau sosial seperti puji-pujian. Namun, Robert harus
mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti
keberkesanannya.

Kedua, cikgu Robert boleh menggunakan motivasi secara bimbingan kaunseling


bagi meningkatkan kesediaan David untuk belajar. Motivasi terdiri terbahagi kepada
dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dapat
diaplikasikan terhadap David. Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan,
peneguhan positif seperi pujian, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar
yang kondusif. Terlebih dahulu, Robert hendaklah memberi motivasi serta
mengubah gaya pemikiran David terhadap kelas serta rakan-rakannya.

Ketiga, mengadakan kaedah perbincangan. Kaedah ini merupakan satu kaedah dan
teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan serta aktiviti pembelajaran
secara bertukar-tukar fikiran atau idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu
perkara melalui perbualan. Perbincangan terbahagi kepada dua bentuk iaitu
perbincangan kumpulan kecil dan perbincangan keseluruhan kelas. Cikgu Robert
seharusnya mengadakan satu sesi perbincangan yang melibatkan semua anggota
kelas termasuk David bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cikgu Robert
sepatutnya tidak mengadakan perbincangan dengan murid kelasnya sewaktu David
keluar kelas. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati David terhadap cikgu
Robert dan rakan-rakannya. Malahan, cikgu Robert perlulah memanggil ibu bapa
David untuk berbincang mengenai masalah anak mereka dan cara untuk mengatasi
kelemahan itu.

EDU 3104 Halaman 9


Keempat, pengurusan emosi perlu diberi perhatian dengan mengamalkan sikap
demokratik. Cikgu Robert perlu menggunakan banyak aktiviti menyoal untuk
mendapatkan tindak balas secara langsung dan kesannya, murid-murid akan
melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Percakapan juga haruslah menggunakan
nada yang sesuai agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Hal ini jelas apabila
David menyatakan dia tidak suka pelajar lain memandang atau merenungnya. Maka,
jalan penyelesaiannya adalah dengan mengadakan sesi kaunseling antara guru dan
pelajar. Cikgu Robert juga perlu mendorong murid normal yang lain menerima David
dengan baik.

Cadangan saya yang terakhir sekali yang saya fikirkan bersesuaian untuk
diaplikasikan dalam kes ini adalah dengan mewujudkan kemesraan. Hubungan
mesra antara guru dengan pelajarnya penting dalam proses menjana pengendalian
emosi dalam kalangan pelajar. Raut muka dan reaksi guru menjadi perkara utama
menampakkan kemesraan guru kerana keadaan muka yang ceria didapati lebih
menggalakkan penglibatan pelajarnya. Guru juga perlu menunjukkan sikap
mengambil berat dan memberi perhatian kepada semua pelajarnya. Unsur jenaka
dan bergurau boleh diselitkan oleh guru semasa perbincangan menjadikan situasi
lebih menyeronokkan (Abdul Ghani Abdullah, Ph.D. 2009).

Bukan itu sahaja, guru juga perlu mewujudkan kemesraan antara pelajar dengan
pelajar. Dalam kes ini, cikgu Robert perlu menerapkan dalam diri pelajarnya bahawa
pentingnya hubungan kemesraan bersama rakan-rakan untuk interaksi yang lebih
berkesan. Ini juga mungkin salah satu faktor di mana David merasakan tidak wujud
suasana kemesraan di dalam kelasnya sekarang berbanding kelas khasnya dahulu.

EDU 3104 Halaman 10


4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berpendapat kaedah serta pendekatan yang


digunakan oleh cikgu Robert adalah bersesuaian kerana beliau tidaklah terlalu
menggunakan hukuman dalam pengajarannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) ialah gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan pendidikan untuk
pembangunan kemanusiaan iaitu untuk menghasilkan individu secara menyeluruh,
bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.
Maka, sebagai seorang guru, kita perlulah menyedari tanggungjawab kita kepada
anak bangsa tidak mengira bangsa, agama mahupun kekurangan yang dialami
seperti kanak-kanak dalam kajian kes ini iaitu David. Walaupun David merupakan
salah seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kelas, namun
sebagai seorang guru, kita terlebih dahulu perlu memahami latar belakang murid
tersebut. ini adalah untuk mengelakkan salah faham antara guru dengan murid serta
murid dengan murid.

Strategi pengajaran dan pembelajaran juga perlulah dikemaskini serta dipelbagaikan


dari semasa ke semasa agar pembelajaran tidaklah tertumpu pada satu kaedah
sahaja. Gaya pembelajaran secara koperatif merupakan strategi pengajaran yang
baik serta berkesan dalam bilik darjah. Ini kerana, pelajar dapat bertukar idea serta
pengalaman sesama mereka. Sebagai guru, perlulah bijak memainkan peranan
sebagai fasilitator dalam perbincangan.

Secara rumusnya, teori-teori pembelajaran yang dipelajari mampu mengubah


konsep pembelajaran dan pengajaran seseorang terutamanya dalam kalangan
pelajar dalam memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh hal demikian, sebagai seorang
bakal guru yang akan mendidik anak bangsa haruslah bijak dalam menggunakan
pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Hasil pengajaran dan
pembelajaran akan berkesan sekiranya teori-teori yang diaplikasikan kepada pelajar
selaras dengan tahap pemikiran mereka. Tuntas daripada teori-teori tersebut,
seseorang itu dapat memberikan cadangan cara menangani atau menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

EDU 3104 Halaman 11


5.0 BIBLIOGRAFI

Bacaan Ilmiah

Abdul Ghani Abdullah, Ph.D., Abd. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus Tingkah
Laku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Amir Awang. (1986). Teori-teori dan Pembelajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd

Halizah Hamzah, Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak untuk


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Perak:
Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

EDU 3104 Halaman 12

You might also like