Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
35Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tanggungjawab dan strategi menangani masalah jenayah

Tanggungjawab dan strategi menangani masalah jenayah

Ratings: (0)|Views: 10,670|Likes:
Published by jimmy_azmy

More info:

Published by: jimmy_azmy on Apr 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

09/05/2013

pdf

text

original

 
SALAH LAKU JENAYAH SEMAKIN MENJADI-JADI DEWASA KINI. DI MANATANGGUNGJAWAB MEDIA DALAM MENANGANI MASALAH INI?
 
APAKAH STRATEGI TERBAIK YANG BOLEH DILAKUKAN?
 
PENGENALAN.
Saban tahun, kita sering kali terdengar pelbagai salah laku jenayah yang di lakukanoleh individu yang tidak berperikemanusiaan. Kes seperti bunuh, rogol, rompakan, ragutsering menghiasi media seperti di dada-dada akhbar, radio mahupun televisyen. Di manakahnilai keperimanusiaan seorang insan yang bergelar manusia? Kes-kes jenayah ini semakinmenjadi-jadi sejak akhir-akhir ini sehingga ada segelintir masyarakat yang merasa tidak selamat di bumi sendiri. Masakan tidak, kes jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh rakyattempatan tetapi turut terlibat adalah penjenayah warga asing. Menurut laporan PertubuhanBerita Nasional Malaysia (BERNAMA) kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah wargaasing di lihat semakin meningkat.Menurut laporan BERNAMA lagi, kes samun merupakan kes yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini jelas apabila statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes jenayah sepanjangtahun 2009 meningkat sebanyak 1,849 kepada 3,034 kes. Dalam usaha untuk membanterassalah laku jenayah di Malaysia, media massa turut perlu memainkan peranan penting supayamatlamat untuk mengurangkan kadar jenayah dapat dilakukan. Hal ini kerana media massa bukan sahaja berperanan untuk menyebarkan berita, tetapi turut berfungsi sebagai mediumuntuk membantu pihak berkuasa menangani isu jenayah.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassandi dalam akhbar utusan Malaysia, beliau menyatakan bahawa ³ media selain berfungsisebagai saluran hiburan dan penyampaian maklumat terkini, media juga berperanan sebagaimassa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Kenyataan ini jelasmembuktikan bahawa media massa memainkan peranan kepada masyarakat serta mempunyai pengaruh yang kuat dari segi menanam kesedaran kepada umum.Antara peranan media dalam menangani gejala jenayah ialah dengan membantu pihak  berkuasa menjejaki suspek jenayah. Sebagai contoh, seperti kes pembunuhan yang berlakuterhadap Fazlina Ahmad,39, seorang wanita yang ditemui mati dalam almari. Mangsa yangmati dibunuh di percayai dilakukan sendiri oleh suaminya gagal dijejaki kerana suspek telahlari menyembunyikan diri. Namun atas usaha yang telah dilakukan oleh pihak media seperti peranan surat khabar (Metro Ahad,3 Januari 2010) yang telah mengedarkan wajah suspek dengan membuat iklan akhirnya berjaya menjejaki suspek sehingga beliau tertangkap. Fungsimedia yang meluas memudahkan tugas pihak berkuasa untuk menjalankan tugas denganmenyeluruh.Selain daripada membantu pihak polis menjejaki penjenayah,media juga berperananuntuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai punca mengapa jenayah terjadi disekeliling kita? Media seharusnya perlu lebih peka mengenai isu jenayah sebagai mediumuntuk orang ramai tahu apa yang terjadi. Sebagai contoh, kes jenayah ragut merupakan kesyang pernah menggemparkan negara kerana sering terjadi sehingga ada yang sanggupmembunuh. Namun, peranan media di sini adalah untuk menyedarkan masyarakat denganmelaporkan kejadian ragut tersebut kepada umum. Maka secara tidak langsung, masyarakatsedar akan kes ragut dan lebih berhati-hati. Sebagai contoh, media seperti surat khabar mahupun majalah boleh menyedarkan masyarakat untuk membendung gejala ragut denganmemberikan nasihat dan panduan untuk mengelakkan diri dari diragut seperti tidak membawa
 
wang dalam jumlah yang banyak dan tidak memakai terlalu banyak barang kemas. Mediaelektronik pula seperti televisyen boleh menyedarkan rakyat dengan memaparkan iklanmengenai kes ragut. Paparan secara visual ini akan memberikan gambaran kepadamasyarakat.Media seharusnya berperanan untuk menjadi badan pemerhati ataupun
watchdog 
 untuk melaporkan salah laku,penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Hal ini bermaksud, mediamemainkan peranan dalam usaha untuk membongkar segala kegiatan jenayah kepada pihak  berkuasa dan juga masyarakat. Media seharusnya perlu peka terhadap salahlaku jenayahkerana sudah menjadi tanggungjawab media untuk mengheboh-hebohkan sesuatu perkarakepada masyarakat terutamanya hal yang berkaitan dengan jenayah. Jenayah tidak semestinya perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat biasa sahaja, tetapi juga turut dilakukan oleh tokoh kenamaan. Di sini media menghadapi masalah untuk membuat laporankerana sudah menjadi isu media apabila media melayan tokoh masyarakat (
 public figures
) berbeza dengan rakyat biasa. Tokoh masyarakat dikatakan telah menyerahkan hak kebebasan peribadi mereka dan isu yang timbul adalah setakat mana hak tersebut boleh dicabuli.Dalam hal ini, media seharusnya tidak memilih kedudukan dan pangkat seseorangwalaupun individu tersebut merupakan seseorang yang berpengaruh. Jenayah yang dilakukanadalah seperti rasuah, penyelewengan dan sebagainya harus didedahkan kepada masyarakatumum supaya rakyat mengetahui apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Pemimpin yangseharusnya menjadi contoh kepada masyarakat mesti bebas daripada melakukan sebarang bentuk jenayah. Manakala rakyat pula mempunyai hak untuk mengetahui setiap kesalahanyang dilakukan oleh tokoh politik mereka tanpa berselindung. Tanggungjawab media tidak kira media cetak mahupun elektronik mempunyai peranan yang besar terhadap masyarakat.Media merupakan saluran yang bersifat menyeluruh kerana setiap isu yang di paparkan olehmedia boleh berkembang dari satu pihak kepada satu pihak yang lain. Tidak salah jika media

Activity (35)

You've already reviewed this. Edit your review.
Samsirah Irah liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Jia Jun liked this
Fasihah Yusoff liked this
zaecky11 liked this
Eddie Wong liked this
Hanis Najihah liked this
Adelin Choong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->