You are on page 1of 14

Penjajahan

mental
Beberapa pandangan ahli cendekiawan:

“Bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa


lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap
penakluknya. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru
pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan
bangsa yang menakluki mereka.”
Ibnu Khaldun (1332-1406)
“Fenomena kedwibahasaan mencipta kesan-kesan
yang sangat bertentangan dengan kebudayaan
kebangsaan kita masing-masing."
Malek Bennabi (1905–1973)

“Islam hanyalah suatu ajaran agama, spiritual


dan moral, dan tidak ada kaitan dengan soal
politik dan pemerintahan.”
Ali Abdul Razik (1954)
Islam dan Prinsip – Prinsip Pemerintahan
“Minda orang Melayu tidak berubah. Perspektif
mereka terhad, tidak suka menyiasat dan tidak
mahu berfikir dengan mendalam. Pemikiran
masyarakat Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-
sisa pengaruh penjajahan British.”
Prof. Diraja Ungku Aziz
“Sehingga hari ini, kita melihat penjajahan minda
masih dominan dalam pemikiran anak muda sekarang.
Penjajahan pada masa sekarang datang dalam
pelbagai warna, bentuk dan saiz. Sekarang mereka
masuk melalui wayar kuprum, fiber optik serta satelit
dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa
sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi
dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial
kita”
Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pengerusi IKIM
Berdasarkan pandangan – pandangan tersebut,
dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran masyarakat
kita mudah dipengaruhi oleh penjajah. Mereka terlalu
taksub dan mengagung-agungkan penjajah lebih
daripada negara sendiri.
Hal ini tidak dapat dilihat secara terus tetapi jika kita
perhatikan dan mengkaji sikap segelintir masyarakat
kita, kita akan melihat perspektif minda penjajah
dalam diri mereka melalui cara hidup yang diamalkan,
cara mereka menjalinkan hubungan sosial dan cara
mereka memimpin.
Beberapa contoh
penjajahan mental
Dari segi ekonomi, dalam era globalisasi sekarang,
minda rakyat kita sudah dipengaruhi dengan minda
koperat yang sibuk mengumpul harta peribadi.
Kita akan megah melihat pembangunan di negara
kita, tanpa kita sedari bahawa akhirnya saham-saham
syarikat yang berkepentingan negara dikuasai oleh
bangsa asing, hanya kerana satu minda yang dijajah
dan masih belum merdeka.
Sikap mementingkan diri sendiri kian menjadi-jadi.
Pengagihan ekonomi yang tidak adil juga menular.
Timbullah beberapa kelompok yang ditindas dari segi
ekonominya.
Dalam negara membangun, rakyat mereka dihimpit
oleh gejala-gejala sosial hanya kerana sesetengah
pemimpin mereka sibuk meningkatkan ekonomi
peribadi sehingga terlupa meningkatkan pembangunan
sahsiah dan insaniah
Dari segi budaya, cara hidup Barat masih diagung-
agungkan oleh sesetengah masyarakat Melayu kerana
mereka berpendapat bahawa cara hidup Barat ini merupakan
cara hidup yang moden, maju dan tidak ketinggalan zaman.
Bagi mereka, pergaulan bebas, berpakaian mencolok mata,
mengunjungi kelab-kelab hiburan bersama pasangan masing-
masing adalah lumrah bagi mereka sesuai dengan zaman
globalisasi kini walaupun perilaku ini bertentangan dengan
agama Islam dan norma-norma masyarakat Melayu
Sambutan hari kekasih merupakan budaya baru dalam
masyarakat Melayu moden yang diadaptasikan daripada
budaya Barat.
Bagi mereka, pernyataan kasih sayang perlu
dilahirkan secara lahiriah dengan pemberian hadiah
sehingga mereka terjerumus kepada perlakuan
sumbang.
Kesan daripada penjajahan minda ini lahirlah
masyarakat minda kelas ketiga yang mana minda
masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat
Sesungguhnya bagi melahirkan masyarakat minda
kelas pertama, satu anjakan paradigma perlu
dilakukan selari dengan perkembangan dunia
globalisasi serta pembangunan sains dan teknologi
negara.
Hasrat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020
tidak akan terlaksana selagi masyarakat Malaysia
masih terbelenggu dengan sikap-sikap minda kelas
ketiga
Oleh itu, satu perkara yang harus kita
sedar ialah setiap perbuatan kita
datangnya dari satu organ iaitu hati.
Tetapi pepatah ada mengatakan , ikut
hati mati, ikut rasa binasa. Maka di
sinilah fungsi minda yang memainkan
peranan penting bagi menentukan baik
buruknya setiap perbuatan manusia
dalam membentuk peribadi dan jati diri.

Renung-renungkan dan selamat


beramal! 
Terima kasih

You might also like