You are on page 1of 10

Aqidah Al-Bada’ Dan Sejarah Kemunculannya

Menurut Syiah

Oleh Muhammad Malullah

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Menurut doktrin agama Yahudi, Allah adalah jahil dan memerlukan kepada tanda-tanda dan
isyarat yang memimpinNya dalam sesetengah perkara. Dia menjadikan makhluk tetapi tidak
mengetahui penciptaanNya itu baik atau buruk melainkan setelah melihatnya dan jelas
kepadaNya beberapa perkara tidak diketahui sebelum ini lalu menyebabkan Dia berasa sedih
dan kecewa terhadap makhluk-makhlukNya lalu menghapuskan segala yang ada di muka bumi
ini. Maha Suci dari pembohongan Yahudi !!

Yahudi mendakwa bahawa Allah menyuruh Bani Israil meletakkan tanda di rumah mereka agar
tidak dibinasakan secara tersilap… dan pelbagai lagi dakwaan karut dan sesat mereka. Aqidah
sesat ini telah menyusup masuk dalam agama Syi`ah atau dengan tepat lagi Syi`ah telah
meminjamnya dari Yahudi dengan nama Bada’. Iaitu mengakui sesuatu yang diketahui selepas
tidak mengetahuinya. (Lisan al-`Arab jil. 1, hal. 187)

Di dalam al-Qur’an terdapat kalimah bada’ pada banyak tempat, antaranya:

‫ي َع ْنهُ َما‬ َ ‫س لَهُ َما ال َّش ْيطَانُ لِيُ ْب ِد‬


ِ ‫ي لَهُ َما َما ُو‬
َ ‫ور‬ َ ‫فَ َوس َْو‬

 Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada
keduanya apa yang tertutup dari mereka. (Al-A`raf: 20).

َ‫َوبَدَا لَهُ ْم ِمنَ هَّللا ِ َما لَ ْم يَ ُكونُوا يَحْ ت َِسبُون‬

Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. ( Al-Zumar:47)
 

ُ ‫َوبَدَا لَهُ ْم َسيِّئ‬


‫َات َما َك َسبُوا‬

Dan jelaslah bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat (Al-Zumar:48)

ِ ‫ثُ َّم بَدَا لَهُ ْم ِم ْن بَ ْع ِد َما َرأَ ُوا اآْل يَا‬


ُ‫ت لَيَ ْس ُجنُنَّه‬

Kemudian timbul pada fikiran mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa
mereka harus memenjarakannya. (Yusuf: 35)

Semuanya adalah sesuatu menjadi jelas setelah tidak diketahui sebelum ini.

‫صدُو ُرهُ ْم أَ ْكبَ ُر‬


ُ ‫ضا ُء ِم ْن أَ ْف َوا ِه ِه ْم َو َما تُ ْخفِي‬
َ ‫ت ْالبَ ْغ‬
ِ ‫قَ ْد بَ َد‬

Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih
besar lagi.( Aali Imran: 118)

ُ ‫اس ْب ُكم بِ ِه هّللا‬


ِ ‫ُوا َما فِي أَنفُ ِس ُك ْم أَوْ تُ ْخفُوهُ ي َُح‬
ْ ‫َوإِن تُ ْبد‬

Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikannya pasti Allah
akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu  ( Al-Baqarah: 284)

  

Al-Ibda’ (menyatakan, menampakkan) di dalam ayat-ayat di atas merupakan lawan bagi al-Ikhfa’
(menyembunyikan) dan bada’ itu terhasil selepas tersembunyi.

Dengan itu, al-bada’ adalah jelasnya sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini. Al-dhalal
(kesesatan) pula kehilangan sesuatu yang sebelum ini diketahui.
 

ْ ُّ‫ضل‬
‫وا َعنَّا‬ ْ ُ‫ُون هَّللا ِ قَال‬
َ ‫وا‬ ِ ‫أَ ْينَ َما ُكنتُ ْم تَ ْد ُعونَ ِمن د‬

Di mana (berhala-berhala) yang biasa kamu sembah selain Allah? Orang-orang musyrik itu
menjawab: Berhala-berhala itu semuanya lenyap dari kami. ( al-A`raf: 37)

ْ ُ‫ض َّل َع ْنهُم َّما َكان‬


َ‫وا يَ ْفتَرُون‬ َ ‫َو‬

Dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan (Yunus: 30)

Sementara al-ghaflah (kelalaian) tidak mengetahui sesuatu yang ada dan terjadi. Manusia
mempunyai ketiga-tiga perkara ini kerana kejahilan melitupi dirinya dari semua sudut. Oleh
kerana Allah s.w.t. mengetahui setiap sesuatu secara ijmali dan tafsili, mengetahui kulli dan juz’i
bagi sesuatu secara mutlak sejak azali hingga selama-lamanya, setiap masa, baik sebelum
penciptaan mahupun selepasnya maka mustahil dan tidak mungkin terjadi al-bada’, al-dhalal dan
al-ghaflah pada ilmu Allah. (Musa Jarullah, al-Wasyi`ah Fi Naqd `Aqa’id al-Syi`ah, hal. 110)

Al-bada’ mengikut Syi`ah adalah kelihatan dan jelasnya sesuatu kepada Allah setelah Dia tidak
mengetahuinya. Sesiapa yang jahil atau tidak mengakui aqidah al-bada’ maka dia tidak
mempunyai bahagian langsung dalam pengetahuan. (`Ali al-`Usfur, Syubhat Hawl al-Tasyasyu`,
hal. 52) Kalau begitu, seorang itu tidak akan menjadi berilmu kecuali setelah membohongi atas
nama Allah dan setelah menyifatkanNya sebagai jahil!!

Kadang-kadang sesetengah penganut Syi`ah berkeras kepala dengan mengingkari aqidah ini.
Bertitik tolak dari amanah dan kajian ilmiah, kami menukilkan dari sumber-sumber yang dipegang
dan dipercayai oleh mereka. Al-Kulaini meriwayatkan di dalam kitabnya al-Usul Min al-Kafi,
daripada Zurarah: “Allah tidak pernah diibadatkan seperti mana Dia diibadatkan dengan al-
bada’.” (jil.1, hal. 146)

 
Kalau begitu, ibadat Syi`ah adalah ibadat kepada tuhan yang jahil. Bagaimana dapat beribadat
kepada yang jahil dan tidak mengetahui kemaslahatan hamba-hambanya? Seluruh hukumnya
terbit dari yang jahil dan kejahilan? Tidak ada yang beribadat dengan kejahilan kecuali orang
yang jahil!

Dalam riwayat Ibn Abi `Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abi Abdillah a.s.: “Allah tidak
dita`zimkan dan diagungkan sepertimana dengan al-bada’”  (al-Kafi,jil. 1, hal. 146)

Pentahqiq kitab al-Kafi membuat komentar tentang riwayat ini: “Al-bada’ ialah perbuatan nyata
setelah tersembunyi dengan sebab muncul ilmu tentang kemaslahatan yang sebelum ini
tersembunyi. Pemakaian perkataan ini menjadi umum lalu kami menggunakannya sebagai
perkataan yang memberi maksud kelihatan dan jelasnya sesuatu perbuatan yang sebelum ini
tidak sama dengannya.”

Kalau begitu, Allah, menurut Syi`ah, sering terkejut dengan perkara-perkara yang belum pernah
diketahuiNya atau berbeza dengan apa yang diketahuiNya. Maha Suci Allah dari pembohongan
mereka!

‫ت َكلِ َمةً ت َْخ ُر ُج ِم ْن أَ ْف َوا ِه ِه ْم إِن يَقُولُونَ إِالّ َك ِذبًا‬


ْ ‫َكبُ َر‬

Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak katakan sesuatu
melainkan dusta.(Al-Kahf:5)

Al-Kulaini menyebut di dalam al-Kafi, jil. 1, hal.148:

 
“Daripada al-Rayyan bin al-Salt, katanya: Saya mendengar al-Ridha a.s. berkata: Tidak ada
seorangpun nabi yang diutuskan Allah melainkan membawa hukum haramnya arak dan
mengakui al-bada’ kepada Allah.”

Ini bermakna Allah s.w.t. mengutus para rasul dengan mensyaratkan pengakuan bahawa Allah
s.w.t. jahil dan mereka wajib menyebarkan dan mengajarkannya kepada manusia!!

Juga dalam al-Kafi, jil. 1, hal. 148 daripada Mirzam bin Hakim katanya: Saya mendengar Abu
Ja`far a.s. berkata: “Seorang nabi tidak akan dilantik melainkan setelah mengakui lima perkara:
Bada’, Masyi’ah (kehendak), sujud, `ubudiyyah dan ketaatan.”

Juga dalam al-Kafi, Bab Karahiyah al-Tawqit, jil. 1, hal. 368 daripada Abu Hamzah al-Thamali
katanya: Saya mendengar Abu Ja`far a.s. berkata: “Wahai Thabit, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah memberi ruang kepada keadaan ini selama tujuh puluh tahun. Tatkala Husain a.s. dibunuh,
kemarahan Allah s.w.t menjadi sangat kuat terhadap penduduk bumi lalu Dia menangguhkan
kepada seratus empat puluh. Kami menceritakan kepada kamu (perkara ini) lalu kamu
menyebarkannya menyebabkan kamu membuka rahsia dan Allah tidak lagi memberi ruang
kepada kepadanya selepas dari peristiwa itu. Allah menghilangkan dan menetapkan apa yang
Dia kehendaki dan sisiNyalah  terdapat Ummu al-Kitab (lauh mahfuz).”

Adakah ada riwayat yang lebih terang daripada riwayat ini? Bagaimana pula Syi`ah menafsirkan
pembohongan dan kesesatan ini?

Dalam komentar kepada Tafsir al-Qummi, Tayyib al-Musawi menulis: “Guru kami, al-Tusi menulis
dalam al-`Uddah: Berkenaan dengan aqidah al-bada’, pada bahasa ialah tampak dan kelihatan
seperti bada laana sur al-madinah, kelihatan kepada kami benteng kota. Kadang-kadang
digunakan pada pengetahuan tentang  sesuatu  yang sebelum ini tidak ada.” Al-Sayyid al-
Murtadha menyebut: “Boleh juga ditafsirkan dengan makna hakiki bada liLlahi iaitu  suatu
perintah kelihatan kepada Allah setelah tidak kelihatan kepadaNya dan suatu larangan kelihatan
kepada Allah setelah tidak jelas kepadaNya.”

Kitab-kitab Syi`ah menyebutkan, pegangan dengan al-bada’ bermaksud sanggahan terhadap


Yahudi yang mengatakan: “Allah s.w.t memang telah selesai membuat keputusan.” Kepercayaan
yang berasal daripada Syi`ah ini merupakan helah dan tipu daya untuk melekakan orang yang
jahil dan mengada-adakan kebatilan atas nama Yahudi. Sebenarnya Syi`ah telah meminjam
aqidah al-bada’ ini dari kitab Taurat dan dakwaan sanggahan dengan menggunakan aqidah al-
bada’ adalah mengkufuri nikmat yang dipinjam.( setelah Syi`ah meminjam dari Yahudi tetapi tidak
berterima kasih)

Dengan menyelubungi dengan keindahan, kitab-kitab Syi`ah menyebut: al-bada’ ialah


kedudukannya di dalam takwin (penciptaan) seperti kedudukan nasakh di dalam perundangan.
Al-bada’ ialah nasakh takwini sebagaimana nasakh  adalah bada’’ tasyri`i. Kata-kata ini adalah
satu hiasan kerana tidak ada bada’ di dalam nasakh. Hukum telahpun ditentukan waktunya
dalam ilmu Allah. Tempoh dan berakhirnya hukum ketika bermula tempoh telahpun diketahui
oleh Allah s.w.t. sebelum ditetapkan hukum. Kalau begitu di mana letaknya bada’? Ya, kelihatan
kepada kita dari Allah setelah  turun nasikh dan setelah berlaku penghapusan. Dengan itu, bada’
berlaku kepada kita berkenaan ilmu kita tetapi tidak untuk Allah. (lihat al-Wasyi`ah Fi Naqd Aqa’id
al-Syi`ah, hal. 110)

Dr. Musa al-Musawi menulis dalam kitabnya, al-Syi`ah wa al-Tashih, (halaman 147 dan
seterusnya): “Bada’ ialah mentafsirkan kesalahan dengan kesalahan lain iaitu berterusan dan
tidak keluar darinya sehingga hari kiamat. Di sini saya suka untuk mengatakan jika sebahagian
ulama kita mempunyai keberanian ilmiah, ketulusan niat, kebersihan fikiran dan kejernihan minda
pasti mereka tidak akan melalui jalan kritikal untuk mentafsirkan kata-kata rekaan, ayat yang
palsu atau pemikiran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip aqidah dan prinsip-prinsip yang
diterima umum. Berpendapat dengan bada’, terus berpegang dengannya dan mengekalkannya di
dalam kitab-kitab ziarah kubur para imam (manasik al-Masyahid) dan kitab-kitab riwayat
merupakan contoh paling sempurna tentang berterusan merasa hebat dengan dosa. Selagi
keadaan masih begini, jalan untuk melepaskan diri dari waham dan khayalan adalah sukar lagi
rumit. Sedangkan perhatian Allah tidak akan meliputi kaum yang Allah firmankan tentang mereka:
 

‫ير‬ ٍ ‫اس َمن يُ َجا ِد ُل فِي هَّللا ِ بِ َغي ِْر ِع ْل ٍم َوال هُدًى َوال ِكتَا‬
ٍ ِ‫ب ُّمن‬ ِ َّ‫َو ِمنَ الن‬

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu
pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya.( Al-Hajj: 8)

Konsep bada’ amat sukar difahami oleh majoriti penganut Syi`ah Imamiyah, bahkan mereka tidak
mengetahui sedikitpun inti kandungannya. Sehinggakan anda bertanya kepada mereka maksud
bada’ pasti mereka tercengang-cengang untuk memberikan jawapan. Walaupun demikian, satu
kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat iaitu keadaan umat ini disebabkan kelebihan
kepimpinan mazhab, terdapat berpuluh ribu malah kalau anda mahu katakan beratus-ratus ribu
penganut Syi`ah mengulang-ulang ayat-ayat berikut: Assalamu`alaikuma, salam sejahtera untuk
kamu berdua, wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang kamu berdua. (Mafatih al-Jinan,
hal. 929) ini diucapkan ketika  mereka menziarahi kubur dua Imam al-`Askari di Samarra bagi
mengucapkan salam kepada Imam kesepuluh dan imam kesebelas di sisi Syi`ah. Syi`ah
mengulang-ulang kalimah-kalimah ini setiap kali memasuki makam Imam Ali al-Naqi dan Imam
al-Hasan al-`Askari sama ada berseorangan atau berkumpulan sedangkan mereka tidak
mengetahui makna al-bada’ dan memahami maksud ayat:

"‫"يا من بدا هللا في شأنكما‬

“Wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang keadaan kamu berdua”.

Mereka juga tidak memahami sebab di sebalik ayat tersebut sebagaimana mereka tidak
mengetahui bahaya yang tersembunyi di dalamnya yang mengurangkan kekuasaan, ilmu,
kehendak dan kebijaksaan Allah s.w.t. Tetapi lebih dahsyat lagi sehingga hari ini tidak terjadi
seorang ilmuwan dari kalangan kita tampil untuk memadamkan ayat ini dalam menziarahi kubur
atau melarang dari membacanya. Kedudukannya seperti beratus-ratus ayat yang memenuhi
kitab ziarah kubur imam-imam, kitab-kitab riwayat dan kesemuanya, sebagaimana kita sering
tegaskan bercanggah dengan asas aqidah dan roh Islam.
 

Makna bada’ dan konsep yang terkandung dalam doa ketika menziarahi kubur dua Imam al-
`Askari iaitu imamah mengikut turutan yang ada dalam aqidah Syi`ah Imamiyah berpindah dari
bapa kepada anak sulung tetapi dua imam iaitu al-Hasan dan al-Husain terkecuali dari kaedah
ini. Imamah selepas al-Hasan berpindah kepada al-Husain bukan kepada anak sulung al-Hasan.
Ismail iaitu anak sulung Imam Ja`far al-Sadiq telah meninggal dunia pada masa hayat bapanya
lalu imamah berpindah kepada adik bongsunya Musa bin Ja`far al-Sadiq. Perubahan dalam
perjalanan imamah yang merupakan jawatan yang ditentukan Allah ini dinamakan bada’ yang
berlaku kepadaNya. Dengan itu, Imamah Ilahiyah yang sepatutnya Ismail telah berpindah kepada
Musa dan seterusnya kepada anak keturunannya dengan tidak melalui jalan asal iaitu
perpindahan dari bapa kepada anak sulung.

Tetapi di sini timbul satu persoalan yang membingungkan, kenapakah dinamakan perubahan
perjalanan imamah sebagai bada’ dan kenapakah mereka menisbahkan sesuatu seperti ini
kepada Allah untuk menetapkan satu perkara yang tidak perlu kepada mengurangkan kekuasaan
Allah. Jawapannya ialah mungkin dalam keadaan dan suasana yang berlaku pada zaman
pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyasyu`. Apabila imamah itu adalah jawatan ketuhanan yang
tidak tunduk kepada pemilihan langsung dan perjalanannya tidak berubah kerana kematian imam
syar`i, maka pada ketika itu, imamah berpindah mengikut peraturan Ilahi yang tidak beralih dari
bapa kepada anak. Oleh kerana itu, imamah dikatakan sebagai takwiniyah iaitu tidak tunduk
kepada perubahan masa dan tempat, kedudukannya seperti sebab dan akibat yang tidak
terpisah antara satu sama lain. Ini bererti Imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa
untuk menentukan imam yang bakal menggantikannya kerana ia ditentukan mengikut kehendak
Allah.

Pertarungan pemikiran ini berlaku di kalangan Syi`ah sendiri sebelum berlanjutan ke ufuk yang
lebih luas sebelum keghaiban besar bagi Imam. Ini berlaku di awal kemunculan Syi`ah Ismailiyah
di persada pemikiran Islam yang mengancam kesatuan Syi`ah dengan perpecahan dalaman.
Syi`ah Ismailiyah berpendapat Imamah Ilahiyah berterusan dalam bentuk yang dikehendaki Allah
sejak azali iaitu pada keturunan Ali dan keturunannya mengikut turutan umur. Ini bermakna,
imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan imam yang akan
menggantikannya kerana ia ditentukan dengan kehendak Allah. Apabila waris syar`i meninggal
dunia iaitu Ismail, maka bapanya, Ja`far al-Sadiq tidak berhak untuk memilih Musa, anak
bongsunya bahkan imamah berpindah kepada anak sulung dari keturunan Ismail. Disebabkan
Syi`ah membina konsep Imamah Ilahiyah dengan bentuknya tersendiri, jalan keluar dari
kegelinciran ini, mereka mengemukakan konsep bada’ bagi mencampakkan tanggungjawab
perpindahan imamah dari Ismail bin Ja`far kepada Musa bin Ja`far ke atas Allah bukan ke atas
Ja`far al-Sadiq dan bagi menghapuskan aqidah Ismailiyah. Sebagaimana yang diketahui oleh
semua orang, menurut golongan Ismailiyah imamah berterusan sehingga hari ini di kalangan
kalangan mereka. Imam mereka masih lagi hidup dan muncul serta ia dari keturunan Ismail.
Malah mereka tidak pernah berganjak dari ajaran ini walaupun sejengkal!!

Kembali kepada konsep bada’, kemunculan Ismailiyah mencabar Syi`ah dan menghapuskan
kesatuan mereka. Oleh kerana itu, kita tidak dapat menjejaki konsep bada’ sehinggalah pada
abad ketiga hijrah. Imam pertama yang dikaitkan dengan bada’ ialah imam kesepuluh dan imam
kesebelas. Sedangkan, sepatutnya Imam Musa yang dikaitkan dengan bada’ kerana beliaulah
yang menjadi motif dan subjek. Bukan Imam Musa, bukan anaknya, Imam Ali al-Ridha dan bukan
cucunya, Muhammad al-Jawwad yang ditujukan dengan kata-kata yang mengisyaratkan berlaku
bada’ pada mereka. Yang lebih meyakinkan kita, pengalihan kepada mencipta konsep bada’
sebenarnya berlaku ketika arus Ismaliyah mula membuka jalan kepada kewujudan dan
kemunculan di awal abad ketiga hijrah iaitu zaman imam kesepuluh dan kesebelas.

Sesungguhnya beberapa tokoh Syi`ah mengubah haluan kepada bada’ sehingga mereka
menetapkan perjalanan imamah  dari Ismail kepada Musa bin Ja`far. Sedangkan imamah dan
perpindahannya dari seorang tokoh kepada tokoh yang lain dan dengan  gambaran yang
diciptakan oleh Syi`ah sebelum ada pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyayyu` tidak
memerlukan kepada adanya konsep bada’ dan perubahan kehendak ketuhanan. Disebabkan
kematian calon imam pertama, imamah berpindah kepada calon kedua mengikut wasiat Imam al-
Sadiq yang menyaksikan kewafatan anaknya yang dicalonkan untuk imamah. Tidak syak lagi
beliau bercakap tentang imam yang mengambil alih urusan fatwa dan fiqh sesudahnya dan
memberi kata putus tentang waris syar`i.

Tajuk bada’ menduduki tempat yang penting di dalam kitab-kitab Syi`ah. Sebahagian ulama
Syi`ah menulis kitab berasingan atau risalah khusus yang mempertahankan makna bada’ dan inti
patinya. Polemik dan perdebatannya berakhir dengan perbahasan-perbahasan falsafah dan ilmu
kalam yang memakan banyak juzuk dan kitab-kitab ilmu kalam tentang Iradah Ilahiyah (kehendak
Tuhan), tempoh-tempoh yang pasti dan ditetapkan, taqdir yang dapat dihindari dengan waspada
dan musibah yang dielakkan dengan sedakah serta pelbagai perbahasan yang hanya diketahui
oleh ahli ilmu, sebagaimana sesetengah tokoh-tokoh Syi`ah menemui jalan keluar dari dilema
dan situasi kritikal dengan memperincikan antara nasakh takwini dan nasakh tasyri`i dengan
mengatakan bada’ itulah nasakh takwini. Penulis tidak pasti adakah mereka yang menulis
tentang bada’ menemui penyelesaian bagi kerumitan tersebut jika ia satu kerumitan atau tidak
dalam ayat al-Qur’an ini?:

ِ ‫ت َو ِعن َدهُ أُ ُّم ْال ِكتَا‬


‫ب‬ ُ ِ‫يَ ْمحُو هَّللا ُ َما يَ َشا ُء َوي ُْثب‬

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan di
sisiNya lah Ummul Kitab (lauh mahfuz).(Al-Ra`d: 39)

Biar apapun, sebenarnya mereka yang menulis tentang bada’ tidak menambah apapun
melainkan khayalan atas khayalan dan kekarutan atas kekarutan. Kalaulah mereka menemui
penyelesaian bagi kerumitan itu dalam ayat yang kami kemukakan pasti mereka mempunyai
jalan keluar yang terbaik dari dilema dan situasi kritikal yang mereka sendiri ciptakan. Malahan
persoalan itu pasti tidak berakhir dengan mengurangkan kekuasaan Allah yang mutlak dengan
mengatakan bahawa Dia menghendaki sesuatu kemudian kelihatan kepadaNya sesuatu yang
lain.”

  

(Terjemahan oleh Ust Mohd Hanif bin Awang Yahya )

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=45

You might also like