You are on page 1of 10

Bahasa

baku
Disediakan oleh : Hasbullah B Md Din
Unit : BM/PJ/PSV
Pensyarah : Mohammad Zaim B Mohd
Hassan
Definisi
Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang
menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan
fungsi bahasa.Ia dikatakan sebagai "loghat yang
paling betul“bagi sesuatu bahasa.
Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini
membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum
sebagai betul dan sah….dan dapat dijadikan asas
perbandingan” .
Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa
baku sudah dikodifikasikan baik dari segi ejaan,
peristilahan, mahupun tatabahasa,walaupun
kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan
penyeragaman kod yang mutlak.
Dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu
yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu
kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN;
umpamanya ketuk menjadi mengetuk.
 Tetapi dengan masuknya kata asing yang
mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus
tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes
tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi
awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik.
Dari segi fungsi, bahasa baku dapat
menjadi unsur penyatu, unsur
pemisah dan pemberi prestij.
Unsur penyatu:
digunakan oleh orang-orang
daripada pelbagai daerah loghat.
Unsur pemisah:
memisahkan bentuk bahasa baku
itu daripada loghat-loghat lain
dalam bahasa itu.
Pemberi prestij:
 digunakan oleh segolongan orang
dalam suasana tertentu, biasanya
dalam urusan rasmi; umpamanya
laporan, surat, borang, dan sebagainya.
Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada
tahun 1988.
Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah
berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap huruf
akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi.
Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku
Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf
dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat
atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa
Inggeris”.
Terima kasih

You might also like