Pengenalan Papan Induk
Papan imduk, atau dikenali sebagai
motherboard
dalam bahasa Inggeris, merupakanteras fungsi komputer. Ia membekalkan satu antara muka bagi pemasangan CPU,memori, dan pelbagai kad antara muka kelengkapan yang lain. Papan induk mengintegrasikan cip set yang mengawal antara muka kelengkapan.Papan induk merupakan aset komputer yang paling penting. Tidak kira betapa hebatsuatu CPU itu, berapa cepat kelajuan pengendalian memori, betapa berkualitinya kad paparan, semua ini adalah sia-sia jika papan induk tidak wujud. Fungsi utama papaninduk adalah sebagai satu badan gabungan bagi semua fungsi komputer. Oleh itu,kecekapan komputer amat bergantung pada kualiti papan induk.Spesifikasi papan induk boleh dibezakan berdasarkan soket CPU. Setiap spesifikasi papan induk masing-masing menyokong spesifikasi CPU yang berlainan. Seiring dengan perkembangan teknologi CPU, papan induk juga telah berkembang dengan pesat.Memandangkan CPU jenis
Slot
semakin berkurangan, maka papan induk yangmenyokong
Slot
juga telah semakin kurang dijumpai dalam pasaran. Spesifikasi papaninduk yang boleh didapati kini kebanyakan adalah jenis
Socket
, misalnya Socket370(menyokong CPU Celeron3 atau yang sebelumnya, P3 dan C3 VIA), Socket423 (tidak lagi dihasilkan), Socket462 (spesifikasi yang digunakan khas oleh CPU AMD) danSocket478. Socket 7 boleh dikatakan tidak lagi dijumpai dalam pasaran. Kini, spesifikasiyang paling popular ialah Socket478 dan Socket462 (Socket A).Spesifikasi papan induk Socket370Socket423Socket462Socket478Jenis CPU yangDisokongIntel: Celeron,Tualatin, P3VIA: C3Intel: P4 (tidak lagi dihasilkan)AMD: Doron,Athlon, AthonXP.Intel: P4,Celeron 4Daripada jadual yang ditunjukkan, kita dapat melihat bahawa CPU yang berbezamempunyai jenis papan induk tertentu yang dapat digunakannya. Hanya papan induk yang mempunyai bilangan pin sama dengan CPU dapat bekerja bersama. Misalnya, CPUP3 yang digunakan pada Socket370 akan gagal digunakan pada papan induk PC jenisSocket478.Biasanya, penaikan taraf computer jarang dilakukan pada papan induk. Ini adalahkerana papan induk merupakan proses yang amat susah, malah kosnya turut tinggi. Jikakomputer masih berada di peringkat PentiumMMX, maka sudah pasti papan induk gagalmenyokong kapasiti cakera keras dan memori yang lebih tinggi. Dalam keadaan ini,