Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
12Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
papan kekunci(bab 11)

papan kekunci(bab 11)

Ratings:

4.67

(3)
|Views: 2,081 |Likes:
Published by fads

More info:

Published by: fads on May 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Pengenalan papan kekunci
Papan kekunci merupakan kelengkapan input yang asas bagi komputer. Operasi inputakan gagal dilakukan jika papan kekunci tidak wujud.Papan kekunci merupakan kelengkapan computer yang sering diabaikan ketika penaikan taraf komputer dilakukan. Kebanyakan pengguna cenderung mengabaikan, atautidak menitik berat kualiti papan kekunci yang dibeli. Sebenarnya, kecekapan papankekunci mempunyai pengaruh besar terhadap prestasi secara menyeluruh.
Antara muka papan kekunci
Sebelum membeli papan kekunci, perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk adakah papan kekunci yang hendak dibeli dapat disokong oleh komputer? Adakahcomputer mempunyai port yang bersesuaian dengan papan kekunci yang akan dibeli?Jika papan kekunci yang dibeli merupaka antara muka USB, tetapi komputer pula tidak menyokong antara muka tersebut, maka papan kekunci tersebut akan gagal digunakan pada komputer. Berikut merupakan pengenalan ringkas bagi beberapa antar muka papankekunci:
Antara muka AT
Ia merupakan antara muka yang popular ketika zaman 386, 486. Jika dibandingkandengan antara muka PS/2, kedua-duanya boleh dikatakan lebih kurang sama, hanya portAT lebih besar daripada port PS/2. Untuk menggunakan papan kekunci jenis antara mukaAT, papan induk harus memadani spesifikasi AT, atau port ekstra perlu dipasang.
Antara muka PS/2
Antara muka ini merupakan trend utama bagi papan kekunci dan tetikus. Iamerupakan antara muka yang khas direka bagi penggunaan tetikus dan papan kekunci.Berbanding antara muka AT, ia mempunyai kadar pemindahan maklumat yang lebihcepat, malah turut menggunakan sumber system yang sedikit. Ciri-ciri ini menjadikannya popular dikalangan pengilang dan pengguna dalam masa yang amat singkat.Bagaimanapun, kedudukan antara muka PS/2 dalam pasaran semakin terancam sejak antara muka USB yang unggul muncul.
 
Antara muka USB
USB, singkatan bagi
Universal Serial Bus
, merupakan teknologi antara muka yang baru. Kini, ia berkembang ke versi 2.0, yang lebih laju dan cepat. Kelajuan pemindahanmaklumat bagi antara muka USB boleh dibahagikan kepada tiga jenis spesifikasi, iaiturendah (
low
), sederhana (
medium
) dan tinggi (
high
), yang masing-masing diaplikasikan pada komponen yang terdapat dalam komputer, misalnya cakera keras luaran, mesin pengimbas, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain lagi. Biasanya, spesifikasi yangdigunakan pada papan kekunci adalah berkelajuan tinggi pada papan kekunci jarangdijumpai.
Spesifikasi papan kekunci
Berikut,mengenali serba sedikit tentang spesifikasi papan kekunci.
Cara operasi papan kekunci
Terdapat dua cara operasi, iaitu secara mekanikal dan separa mekanikal.
 
Cara operasi mekanikal 
Papan kekunci secara mekanikal menghasilkan isyarat dengan menggunakansentuhan kekunci yang seterusnya menggerakkan mesin untuk mengeluarkan isyarattersebut. Ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu papan kekunci jenis spring(menggunakan besi anjal yang kecil) dan jenis membran (
Membrane
). Papan kekunci jenis spring menghasilkan bunyi ketika digunakan dan ia mudah rosak setelah kekunciditekan berulang kali. Oleh itu, ia sudah tidak ada lagi di pasaran.Papan kekunci yang menggunakan besi anjal yang digantikan dengan sejenis getah,iaitu membran atau gendang. Ia kurang mengeluarkan bunyi ketika digunakan, malahmempunyai sentuhan yang lebih lembut dan kos pengeluarannya lebih rendah. Oleh yangdemikian, ia popular di pasaran kini dan mendapat sambutan yang baik daripada orangramai.
Cara operasi separa mekanikal 
Papan kekunci separa mekanikal menghasilkan isyarat dengan mengenakan sentuhankekunci yang mengubah jarak kapasiti elektrik. Ini menyebabkan kapasiti elektrik  berubah dan mengeluarkan isyarat tersebut. Jangka hayat papan kekunci jenis ini lebih panjang dan bunyi yang dikeluarkan bukan berasal daripada sentuhan mesin dan ia tidak haus.
Papan kekunci jenis 104 kekunci, 108 kekunci dan pelbagai fungsi 
104 kekunci merupakan produk zaman Windows 95. Ia merupakan papan kekunciyang berasakan papan kekunci jenis 101 kekunci, di mana tiga kekunci pantas ditambah bagai penggunaan sistem operasi Windows 95. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai papankekunci Win 95. Kini, ia jarang dijumpai dalam pasaran. Banyak pengilang tidak lagimengeluarkan papan kekunci jenis ini.Papan kekunci jenis 108 kekunci merupakan produk zaman Windows 98. Kini, iamasih merupakan trend utama. Berbanding papan kekunci jenis 104 kekunci, ia telahdisertakan dengan beberapa kekunci fungsi seperti [Wake up], [Sleep] dan [Power].Kedudukan kekunci tertentu juga telah diselaraskan.

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Payed Ganu liked this
Little Lulu liked this
Ranjau Kehidupan liked this
paggy_show liked this
Riez Alam liked this
ziziq liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->