You are on page 1of 31

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Secara keseluruhannya, selama lima bulan saya menjalani latihan industri di


Computer IT Care Centre Sdn. Bhd, ianya tertumpu kearah penyelenggaran dan
membaikpulih komputer. Disamping penyelenggaran pencetak, kamera litar tertutup,
‘switch’ dan lain-lain.

Computer IT Care Centre terbahagi kepada beberapa bidang tugas, antaranya


ialah;
1. Bahagian Pejabat (Servis)
2. Bahagian Servis Pencetak
3. Bahagian Servis Luar
a. Terbahagi kepada ;
i. Penyelenggaran komputer di rumah/pejabat.
ii. Penyelenggaran kamera litar tertutup (CCTV)
iii. Pemasangan Streamyx dan Wireless
iv. Penyelenggaran Pencetak di rumah/pejabat
4. Kontrak Penyelenggaran Komputer di sekolah-sekolah.

10
Berikut merupakan jadual penempatan latihan industri yang ditentukan oleh
pihak syarikat :
JADUAL PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Nama : Afindy Bin Matnor


No. Pendaftaran : 07DTK05F508
Institusi : Politeknik Kota Kinabalu
Tempoh Latihan : 16.JUL.07 – 14.DIS.07

SEKSYEN / UNIT MELAPOR KEPADA


Bahagian Pejabat (servis) En. Max Goh

Bahagian Pencetak En. Halim

Bahagian Servis Luar En. Mathew

Bahagian kontrak En. Cyril


penyelenggaran

 Waktu kerja : Dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.45 petang
 Waktu rehat : Jam 12.00 hingga jam 12.45 tengahari
 Cuti : Sabtu dan Ahad (termasuk cuti umum)
 Kerja lebih masa : Sabtu (jika mendapat arahan majikan)

11
2.2 RINGKASAN AKTIVITI

2.2.1 Bahagian Pejabat

Rajah 2.2.1.1 Ruang Kerja

Dibahagian pejabat ini, tiga orang juruteknik komputer ditempatkan di


bahagian ini. Antara tugas yang diberikan kepada pelatih adalah menservis komputer
pelanggan dan mengganti alatan komputer yang telah rosak. Di bahagian ini, pelatih
akan menyambut kedatangan pelanggan dengan layanan yang mesra. Kemudian,
komputer pelanggan akan dihidupkan untuk mengetahui masalah sebenar komputer
tersebut. Setelah diperiksa pelatih akan mengambil nama dan nombor telefon bagi
mendapatkan ‘servis report’. Keratan atas servis report akan diserahkan kepada
pelanggan untuk tuntutan semula setelah komputer miliknya siap. Keratan bawah
pula adalah untuk laporan apa yang telah dibuat oleh juruteknik. Computer IT Care
juga akan menghubungi pelanggan dengan segera jika komputer mereka telah siap.
Di samping cas yang berpatutan yang semestinya kepuasan hati pelanggan yang
syarikat ini inginkan.

2.2.2 Bahagian Pencetak

Dibahagikan pencetak, pelatih diberi tugas menservis printer bagi kerosakan


yang mudah. Antara jenis-jenis printer yang diservis seperti HP, Canon, Epson.
Juruteknik akan memeriksa terlebih dahulu pencetak yang rosak. Setelah
permasalahan di jumpai, juruteknik tersebut akan menghubungi pelanggan bagi
tujuan pengesahan. Pengesahan jua dibuat apabila pelanggan bersetuju untuk

11
menukar alat ganti pencetak yang telah rosak. Alat ganti pencetak kebiasaan nya
dipesan khas oleh syarikat utama Picotec Sdn Bhd. Setelah alat yang dipesan sampai,
juruteknik segera memasangnya.

2.2.3 Bahagian Servis Luar

Dibahagian ini, juruteknik akan bergerak luar dari pejabat. Apabila kerani
menerima panggilan tentang kerosakan, juruteknik akan segera dihantar ke rumah
pelanggan atau pejabat. Antara bidang kerja yang dilakukan adalah seperti
pemasangan streamyx, penyelenggaraan CCTV, peneyelenggaraan printer dan
membuat pendawaian rangkaian internet (networking).

2.2.4 Bahagian Kontrak Penyelenggaraan

Dibahagian ini, seramai lima orang juruteknik dibawah BUMI IT


CONSULTING SDN. BHD. Dengan baju uniform, juruteknik akan dihantar ke
sekolah-sekolah mengikut jadual yang ditetapkan. Preventive Maintaince (PM) akan
dilakukan keatas komputer-komputer disekolah. Antara tugas Preventive Maintaince
adalah seperti membersihkan ‘casing’ monitor dan komputer, pemeriksaan fungi
pada papan kekunci, tetikus, suhu dalam komputer. Selain itu juga, pembersihan
dalaman komputer bagi mengelakkan daripada habuk. Dengan menggunakan alatan
khas seperi vakum atau ‘blower’ segala kotoran akan dibersihkan. Setelah aktiviti
pembersihan dalaman selesai, seterusnya pemeriksaan terhadap OS komputer
tersebut. Kebiasaannya, juruteknik akan memasang perisian antivirus Jika komputer
mempunyai masalah yang teruk, computer akan dibawa pulang dan diservis di
Computer IT Care Centre.

12
2.3 Laporan Teknikal (Rumusan Mingguan)

Minggu 1: Membaikpulih Komputer (Formating Hard Disk)

Rajah 2.3.1 Komputer dalam proses formatting

Tugas utama saya yang diberikan oleh pihak organisasi ialah membaikpulih
komputer. Pelanggan akan menghantar komputer mereka untuk diservis kerana
mempunyai masalah. Contoh masalah yang dihadapi oleh komputer pelanggan
adalah kerosakan pada system windows (OS). Kerosakan system windows ini
mungkin di sebabkan oleh serangan virus atau spyware. Kerosakan windows dapat
dikesan apabila symptom-simptom ini terhasil. Antaranya seperti ;

i. Komputer akan mengalami ‘autorestart’ yang kerap


ii. Komputer akan memaparkan ada fail system yang telah ‘corrupted’.
iii. “NTLDR is missing.”
iv. Operasi windows sangat perlahan.
v. Komputer selalu ‘hang’
vi. Terpapar kotak ‘sytem error’
vii. Komputer menghasilkan skrin biru ‘blue screen’

Simptom seperti diatas dapat diatasi dengan melakukan formatting terhadap


windows berkenaan. Ingat formatting hard disk akan menyebabkan semua data atau
fail milik pelanggan akan hilang. Seharusnya proses ‘backup file’ dijalankan terlebih
dahulu. Dengan cara ini, data-data milik pelanggan dapat diselamatkan daripada
hilang.

13
Proses Menyimpan Data ( Backup Files)

Proses backup file ini dilakukan oleh juruteknik untuk menyimpan fail data
atau dokumen penting. Antara dokumen penting yang perlu di simpan antaranya
seperti My Document, E-Mail, UBS system (Ultimate Business System), Fail-fail
yang terdapat dalam desktop serta fail yang terdapat local disk c:. Kehilangan fail
penting seperti di atas boleh menyebabkan pelanggan kecewa dan boleh
menyebabkan kerugian.

Fail-fail penting seperti diatas dapat disimpan dengan lebih selamat dan lebih
terjamin dengan menggunakan satu perisian yang dikenali sebagai ‘Norton Ghost’
Perisian ini dapat membantu juruteknik menyalin dan menyimpan keseluruhan data.
Antara keperluan yang diperlukan bagi menjalan perisian Norton Ghost adalah
seperti;

i. CD Bootable (Norton Ghost)


ii. Hard Disk yang mempunyai kapasiti lebih besar daripada hard disk
milik pelanggan.

Berikut merupakan cara bagi menggunakan perisian Norton Ghost;

i. Pasangkan hard disk yang baru sebagai slave.


ii. Hidupkan komputer.
iii. Masukkan cd bootable tersebut ke dalam pemacu cakera.
iv. Set kan BIOS, first boot ke CD-ROM.
v. Apabila system mengesan cd bootable, tekan Enter.
vi. Di skrin akan keluar paparan dari perisian tersebut.
vii. Pastikan BIOS telah mengesan kedua-dua hard disk.

14
viii. Pilih local, disk to disk.
ix. Pilih source (1) hard disk milik pelanggan dan enter
x. Pilih destination (2) hard milik kita
xi. Tekan (yes) apabila yakin dengan pilihan kita.
xii. Tunggu sehingga proses menyalin data selesai.

Apabila selesai proses tersebut, keluarkan cd tersebut dari pemacu cakera.


Sekarang juruteknik telah mengklon hard disk milik pelanggan ke satu hard disk
milik kita. Proses menyalin data selesai. Seterusnya, proses formatting boleh
dijalankan.

Proses Formatting Hard Disk

Untuk menjalankan proses ini, juruteknik harus tahu terlebih dahulu windows
yang digunakan sebelum ini. Windows 95,98, ME, 2000, XP atau Vista. Selalunya
proses formatting ini akan disambung dengan proses ‘installation windows’.

Cara-cara memformat hard disk menggunakan Windows 95,98 dan ME.

Untuk memformat semula sesebuah cakera yang sudah digunakan, katakan


pemacu C:, apa yang perlu dilakukan adalah dengan memanggil arahan format
dengan menaip FORMAT C:. Arahan ataupun program untuk format ini biasanya
terkandung di dalam disket “startup” (ataupun “boot” / “system”) serta dalam
direktori c:\dos ataupun c:\windows\command. Tetapi awas, kerana semua data yang
ada di dalamnya akan dipadamkan. Jika perlu alihkan data-data yang penting ke
dalam disket terlebih dahulu.

Cara-cara menformat hard disk menggunakan Windows 2000,XP dan Vista.

Untuk memformat hard disk menggunakan windows, juruteknik memerlukan


cd windows 2000, XP atau Vista untuk melakukan formatting. Caranya boot cd
tersebut, kemudian pilih Enter. System akan memaparkan partion hard disk yang

15
telah digunakan. Antaranya seperti Pemacu C: dan Pemacu D:. Jika proses formatting
untuk membaiki windows, juruteknik boleh memformat pemacu C sahaja. Pemacu
yang lain tidak perlu diformat. Tekan huruf (d) untuk ‘delete’ partion tersebut.
Selepas itu tekan huruf (c) untuk ‘create kembali pemacu c yang kita telah buang.
Selepas itu akan keluar paparan untuk melakukan formatting. Tekan enter dan proses
tersebut akan beroperasi dengan sendiri dan terus bersambung ke proses
‘installation’.
Jenis-jenis Kerosakan Komputer

Kerosakan komputer adalah amat sinonim dengan seorang juruteknik


komputer. Setiap kerosakan yang berlaku dapat diselesaikan dengan seberapa pantas
mengikut pengalaman yang dimiliki oleh seorang juruteknik. Antara kerosakan yang
sering berlaku kepada pengguna komputer adalah seperti berikut;

i. Tiada Paparan ( No display )


 Cara penyelesaian; Periksa monitor, sambungan kabel, VGA kad
atau RAM.

ii. Bunyi ‘beep’ terhasil


 Cara peneyelesaian; Periksa RAM

iii. PC hang
 Cara penyelesaian: Periksa Hard Disk, RAM dan windows

iv. Tiada elektrik ( No Power )


 Cara penyelesaian: :Periksa kabel power, fius, power supply

v. PC autorestart
 Cara penyelesaian: Periksa windows atau format

vi. PC autoshutdown
 Cara penyelesaian: Periksa heat sink processor

16
vii. PC blue screen
 Cara penyelesaian: Periksa Hardware atau Windows

viii. PC Slow
 Cara penyelesaian: Periksa Saiz RAM, masalah windows dan
virus

ix. PC Cannot load windows


 Cara penyelesaian: Buat Formatting dan Install Windows

x. Tiada paparan
 Cara penyelesaian: Periksa kabel/monitor, RAM, Kad Paparan

xi. PC tiada bunyi


 Cara penyelesaian: Periksa ‘audio driver’, jack audio port,
speaker.

xii. PC restart dalam beberapa minit


 Cara penyelesaian: Buat Formatting atau masalah hardware

xiii. Berlaku ‘spark’ ketika hidupkan computer


 Cara penyelesaian: Periksa power supply atau voltan rumah

xiv. Bila ‘on’ PC berlaku renjatan pada casing


 Cara penyelesaian: Periksa power supply dan pelapik papan induk.

xv. Windows Problem


 Cara penyelesaian: Buat formatting hard disk.

Minggu ke-2: Memasang Komponen-Komponen Komputer

17
Apabila terdapat pelanggan yang membeli komputer dari bahagian jualan
Syarikat Picotec, komponen-komponen utama tersebut akan dihantar ke Computer
IT Care untuk pemasangan. Pelatih diberi 30minit untuk pemasangan komponen
tersebut. Masa yang diperuntukkan ini diharapkan dapat ditepati oleh pelatih.

Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-


langkah berikut dilakukan:

Rajah 2.3.1: Cara pemasangan papan induk

i. Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper",


sesuai dengan yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik
"jumper" penghubung antara pin yang ada pada motherboard pindahkan
pada posisi lain yang menghubungkan sebuah kaki pin dengan kaki pin
lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan (manual)
papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan
memberitahu posisi "jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang
akan dipergunakan. Konektor "jumper" dipasang sesuai dengan keperluan
dengan mengikuti buku panduan (manual) yang didatangkan sekali
dengna papan utama. Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan jenis
processor yang akan anda pasang. Pemasangan posisi "jumper"
memungkinkan motherboard memberikan listrik yang tepat dan sesuai
dengan keperluan listrik pemproses (processor) yang dipasang. Jika
tersalah pasang boleh mengakibatkan pemproses rosak.

18
ii. Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus
ditempatkan sesuai dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak
boleh terbalik). Tangkai pengunci yang biasanya terdapat disisi soket
processor dikunci. Kod titik atau sisi processor dengan bentuk miring
merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang pada bagian
slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket
ataupun tempat yang ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat
mengakibatkan papan utama (motherboard) atau pemproses (processor)
rosak.

iii. RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya
berlekuk harus ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik,
maka memori akan susah untuk dimasukan.

iv. Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing),


pengait plastik yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang
terdapat pada papan utama (motherboard).

v. Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada


pada sumber kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika
jenis papan induk adalab ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut
dipasang pada slot kuasa ATX yang terdapat pada papan utama tersebut.

vi. Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROM
dipasang pada tempat yang telah tersedia dalam casing CPU,
kedudukannya dikuatkan dengan berhati-hati.

vii. Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras,
pemacu disket dan pemacu CD ROM disambungkan.

19
viii. Kabel pita (kabel data) pada dudukan cakera keras, pemacu disket dan
pemacu CD-ROM disambungkan . Kabel ini berfungsi untuk
menghubungkan peralatan tersebut ke papan utama. Sisi kabel berwarna
merah harus ditempatkan pada kaki nombor satu. Jika terbalik, komputer
tidak akan bekerja denganbaik dan dapat merosakkan peralatan-peralatan
tersebut.

ix. Kabel dari pemacu disket ke slot untuk pemacu disket disambungkan,
begitu juga dengan kabel dari cakera keras ke slot IDE nombor 1, dan
kabel dari pemacu CD-ROM ke slot IDE nombor 2. Kabel berwarna
merah harus menepati kaki nombor satu pada tiap slot.

x. Kad VGA dipasang pada slotnya, jika kad tersebut jenis ISA, ianya harus
ditempatkan pada slot ISA di papan utama. jika kad tersebut jenis PCI,
ianya harus ditempatkan pada slot PCI.

xi. Konektor kabel penghubung tombol "Reset" ke pin "Reset" yang terdapat
pada papan utama (motherboard) dihubungkan. Konektor kabel
penghubung suara (speaker) dhubugnkan ke pin bertuliskan speaker yang
ada pada papan utama (motherboard). Biasanya ditulis dengan kod LS.

xii. Kotak komputer (casing) ditutup dan skru dipasang.

Minggu Ke-3: Proses ‘Installation Windows’. XP

20
Rajah 2.3.2 Pek Windows XP Yang Tulen

Bagi menjalankan ‘installation windows’, sekeping cd windows diperlukan.


Tanpa cd tersebut proses tidak dapat dijalankan. Sama juga jika cd atau pemacu cd
mempunyai masalah.

Cara-cara proses ‘installation windows’.

i. Masukkan cd windows kedalam pemacu cakera. Boot CD tersebut.


ii. Pilih ‘setup new installation windows’.
iii. Biarkan komputer sehingga proses penyalinan selesai.
iv. Seterusnya, komputer akan restart semula
v. Kini komputer dalam proses ‘installation’.
vi. Proses ini mengambil masa selama 30 minit.
vii. Di minit terakhir, paparan untuk kita setkan nama pengguna, lokasi, jam
dan nombor produk.
viii. Setelah itu, proses tersebut selesai.
ix. Bersedia untuk proses ‘installation software’.

Minggu ke-3: ‘Installation Basic Software’.

Setelah proses ‘installation windows’ selesai, seterusnya proses ‘installation


basic software’. Aplikasi yang dimasukkan kedalam windows dapat digunakan untuk

21
membantu pengguna melakukan kerja-kerja harian. Antara aplikasi asas yang
dimasukkan kedalam windows adalah seperti;

i. ACD See 9
ii. Adobe Acrobat 8
iii. Anti Virus ( Kaspersky)
iv. Cyberlink Power DVD 7
v. Winamp 5.35
vi. Real Player 10
vii. Microsoft Office 2007
viii. Mozilla Firefox
ix. Nero 7
x. Winzip
xi. Quick Time 7
xii. Spyware Doctor 5

Diatas merupakan senarai aplikasi yang dimasukkan kedalam windows.


Selebihnya, pengguna kena memasukkan aplikasi itu sendiri. Kemasukkan aplikasi
ini adalah bergantung dengan kepantasan system komputer. Jika pengguna
menggunakan Windows 95,98 dan ME, aplikasi yang terkini tidak dapat dimasukkan.
Aplikasi yang lebih lama versinya hanya dapat dimasukkan seperti ACD See 7,
Adobe Acrobat 6, Cyberlink Power DVD 5 dan sebagainya.

Minggu ke-4: Pemasangan Modem Streamyx jenis D-Link 500T

Setelah mendapat panggilan untuk memasang streamyx di rumah pelanggan.


Pelatih akan mengambil modem mengikut pilihan pelanggan. Modem D-Link
tersebut akan diambil dari Picotec dan pengambilan itu akan direkodkan pada sistem
stok.

22
Rajah 2.3.3 Jenis modem untuk broadband

Cara pemasangan Streamyx Modem;

i. Letakkan modem di tempat yang sesuai, yang jauh dari cahaya matahari,
basah.
ii. Sambungkan modem dengan adapter 12V.
iii. Sambungkan kabel ADSL iaitu kabel telefon rumah pada belakang
modem.
iv. Sambungkan ‘straight cable’ pada Ethernet Port dan pada Network Kad.
v. Hidupkan punca bekalan. Perhatikan nyalaan LED pada modem.
vi. Sambungan yang betul akan menyebabkan lampu modem menyala
kesemuanya.
vii. Buka Internet Explorer, pada ruangan console taip 192.168.1.1
viii. Satu paparan modem akan terhasil.
ix. Modem tersebut boleh disetkan sebagai router, jika perlu.
x. Aktifkan akaun streamyx. Hubungi 1-800-9515.
xi. Buat satu dail-up baru untk streamyx
xii. Caranya, pergi Network Connection Wizard, Connect to Internet, Setup
my connection manually, Connect using a broadband connection, taip ISP
Name iaitu Streamyx, masukkan username dan password, finish.
xiii. Pengguna sudah boleh melayari internet dengan pelan Steramyx.

Minggu ke-5: Pemasangan Komputer di kediaman pelanggan.


(Lokasi: Standard Marine Sdn. Bhd).

Setelah proses installation selesai, komputer akan di ‘packing’ kembali


kedalam kotak untuk dihantar ke kediaman atau pejabat pelanggan Berikut

23
merupakan prosedur yang dilalui untuk pemasangan komputer dikediaman
pelanggan.

i. Buka semua kotak dengan menggunakan pisau. Pertama keluarkan


monitor terlebih dahulu. Letakkan monitor dimeja komputer.
Sambungkan kabel pada monitor.
ii. Keluarkan komputer dan letakkan komputer diatas meja. Sambungkan
semua kabel seperti VGA Kabel, Mouse, Keyboard, Jek Audio, Kabel
kuasa dan sambungan lain.
iii. Hidupkan komputer, dan periksa komputer akan berkendali dengan
keadaan baik.
iv. Berikan penerangan kepada pelanggan tentang penjagaan komputer dan
fungsi aplikasi yang terdapat didalam komputer.

Minggu ke-6: Membuat Preventive Maintaince di Sekolah Menengah Labuan.


( Bahagian Makmal Komputer: 20 PC)

Pelatih ditugaskan untuk bersama Bumi IT untuk membuat penyelenggaraan


komputer. Sebelum pergi ke sekolah, pelatih dikehendaki memakai uniform khas dan
kad nama. Alatan servis seperti berus, blower, vakum, cd cleaner dan disket cleaner.
Preventive Maintaince merupakan kerja penyelenggaraan komputer di sekolah-
sekolah yang ditetapkan mengikut jadual. Projek Penyelenggaraan Komputer
dibawah BUMI-IT CONSULTING SDN.BHD 2005-2007. Seramai lima orang
juruteknik akan ditugaskan di sekolah yang ditetapkan. Antara aktiviti
penyelenggaraan yang dilakukan adalah seperti;

i. Memasang aplikasi anti virus dan spyware termasuk update yang terkini
ii. Scan virus dan spyware dijalankan.
iii. Membuat proses defragment keatas sistem komputer.
iv. Membersihkan monitor, casing, papan kekunci, tetikus dan bahagian
dalam casing iaitu pada bahagian papan induk dan heat sink.

24
v. Jika terdapat komputer yang mengalami masalah windows, komputer
tersebut akan diangkut ke Computer IT Care untuk proses
penyelenggaraan.
vi. Seterusnya proses membuat report pada PM FORM selepas proses
penyelenggaraan dilakukan.
vii. Proses tagging dijalankan pada komputer yang telah diservis.
viii. Laporan penyelenggaraan akan dihantar ke Help-Desk Bumi IT.

Minggu ke-7: Buat wiring networking di Infolada Sdn.Bhd

Rajah 2.3.4 Membuat wiring networking

25
Pendawaian kabel untuk networking amatlah sinonim dengan sebuah syarikat
yang memiliki kemudahan internet. Syarikat tersebut telah menaik taraf sistem
rangkaian mereka. Kesemua komputer staff akan disambungkan dengan internet.
Untuk membina kabel rangkaian, seharusnya juruteknik melihat sendiri lokasi yang
dimaksudkan bagi mengetahui panjang kabel yang digunakan dan arah yang sesuai
untuk kabel itu diletakkan. Di syarikat tersebut terdapat lima komputer yang ingin
dibuat pendawaian. Berikut merupakan senarai semak rangkaian tersebut;

i. Jarak komputer pertama dari switch LAN sepanjang 10m


ii. Jarak komputer kedua dari switch LAN sepanjang 11m
iii. Jarak komputer ketiga dari switch LAN sepanjang 8m
iv. Jarak komputer keempat dari switch LAN sepanjang 9m
v. Jarak komputer kelima dari switch LAN sepanjang 2m (Host)

Antara keperluan yang diperlukan adalah seperti;

i. Modem ADSL Streamyx


ii. Straight Kabel sepanjang 40m
iii. Switch LAN 8 port
iv. 3 buah Network Kad (bagi komputer yang tiada)
v. Kotak plastic khas untuk memasukkan kabel.

Antara alatan yang diperlukan;

i. Pemotong Kabel LAN


ii. Network Tester
iii. Plug pin kabel Label (12biji)
iv. Networking Tool Kit
v. Meter Penyukat

26
Cara Kerja

i. Setiap kabel akan dipotong mengikut panjang yang diperlukan.


ii. Wayar kabel dalam akan dimasukkan kedalam kepala plug mengikut
urutan yang ditetapkan.
iii. Setelah selesai proses memasang kepala plug kabel, setiap kabel akan
diperiksa terlebih dahulu keterusannya menggunakan network tester.
iv. Letakkan kabel LAN tersebut kedalam casing plastic yang telah
dipasang ke setiap komputer.
v. Sambungkan semua kabel ke komputer dan casing tersebut ditutup.
vi. Sambungkan juga kabel ke switch dari port 1 hingga 5.
vii. Sambungkan ADSL kabel iaitu talian telefon tetap
viii. Hidupkan modem dan switch. Pastikan semua lampu menyala.
ix. Setkan modem tersebut sebagai router, dan setkan modem kepada
PPOE.
x. Kini internet dapat diaccess semua komputer
xi. Jumlah masa yang digunakan selama 6 jam.

Minggu ke-8: Pemasangan kamera litar tertutup. (CCTV)

Rajah 2.3.5 Dome Camera untuk CCTV

Kamera litar tertutup ataupun dikenali sebagai CCTV amatlah digunakan


meluas oleh syarikat besar untuk menangani kecurian dan memperhatikan pekerja
mereka. Namun pemasangan CCTV ini amatlah mahal, bukan sahaja kamera yang
digunakan mahal tetapi pendawaian kable dari kamera ke komputer juga turut mahal.

27
Mengikut majikan yang ada memasang CCTV, mereka lebih rela membeli CCTV
yang mahal, jika dibandingkan apabila barang-barang keperluan berharga hilang
akibat dicuri.

Berikut merupakan langkah pemasangan CCTV:

i. Majikan tersebut akan memberitahu pandangan mana yang ingin dikawal


iaitu kawasan hitam.
ii. Selepas itu, jumlah kamera yang diperlukan diperolehi.
iii. Setelah itu, pelatih akan menyukat panjang kable yang digunakan bagi
menyambungkan kamera dari komputer (Host).
iv. Pendawaian kable coaxial akan dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-
hati. Ini kerana kesilapan yang berlaku semasa pendawaian akan
menyebabkan komputer tidak dapat mengesan kamera tersebut.
v. CCTV Kad akan dipasang ke dalam komputer. Jenis GeoVision
Survilleance. Kesemua kable akan disambungkan ke port yang terdapat di
belakang komputer.
vi. Selepas itu perisian khas untuk CCTV terebut akan diinstall kedalam
komputer.
vii. Kamera tersebut akan diperiksa dan diperhatikan melalui komputer.
viii. Komputer telah dapat melihat semua pandangan yang diinginkan. Setting
bagi kamera akan disetkan bagi memudahkan pelanggan.
ix. Jumlah masa yang digunakan 2hari bekerja.

Minggu ke-9: Menservis printer

28
Rajah 2.3.6 Printer yang hendak diservis

Menservis pencetak atau lebih dikenali sebagai ‘printer’ merupakan satu


tugasan yang amat sulit untuk dijalankan. Ini kerana kesetiap bahagian
yangditanggalkan harus dicantumkan kembali. Kecuaian kehilanggan skru, nat,
spring, atau komponen kecil boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Semua
kerja mestilah dilakukan dengan berhati-hati. Berikut merupakan senarai semak
kerosakan pencetak;

i. Jenis printer : Canon BJC 2000


ii. Kerosakan: Tulisan yang dihasilkan bergaris-garis dan putus-putus.
iii. Jangkaan kerosakan: Berlaku kekotoran pada ‘head’ pencetak ataupun
kerosakan berlaku.
iv. Penyelesaian;
a. Sambungkan pencetak tersebut ke komputer dan lakukan proses
cetakkan.
b. Didapati tulisan bergaris-garis. ‘Print Head Cleaning’ dijalankan
beberapa kali.
c. Proses cetakan semula dilakukan.
d. Ini bermakna ‘printer head’ mengalami kerosakan teruk.
e. Penutup printer di tanggalkan. Dakwat dikeluarkan dan ‘head’
tersebut ditanggalkan
f. Tanggal semua skru yang memegang ‘head’ tersebut.
g. Gantikan kepada ‘head’ yang baru.
h. Kini, tulisan yang dihasilkan dalam keadaan normal.

Minggu ke-10: Menservis switch

29
2.3.7 Switch yang digunakan untuk rangkaian

Switch perlulah diselenggara setiap sebulan sekali. Ini kerana switch


merupakan komponen penting dalam sistem rangkaian. Jika berlaku kerosakan,
sistem akan terberhenti seketika yang mengambil masa yang lama untuk diservis.
Oleh itu langkah pencegahan sebelum kerosakan mestilah dibuat. Antara kerja yang
dilakukan adalah seperti pembersihan setiap port LAN, pembersihan kipas switch,
pemeriksaan voltan keluaran switch, menguji suhu dalam switch dan membuat
pengujian kesemua port LAN.

Minggu ke-11: Menservis komputer (masalah: tiada paparan)

Kerosakan tiada paparan amatlah sinonim dengan masalah pelanggan. Jika


tiada paparan dimonitor, banyak aspek perlu diambil kira. Kemungkinan besar
monitor mempunyai masalah atau kad grafik atau RAM. Kebiasaannya, setelah
monitor diperiksa dalam keadaan baik, pelatih akan menanggalkan semua kad pilihan
seperti modem, kad audio, kad grafik, network kad termasuk RAM. RAM terlebih
dahulu dibersihkan dengan pemadam getah jenis lembut. Plat tembaga dibersihan
bagi menanggalkan habuk dan juga membersihkan slot RAM. Kehadiran habuk ini
akan mengganggu proses pengaliran arus ke papan induk. Gunakan video output dari
‘video built in’. Jika paparan ada dikeluaran itu bermakna papan induk tiada
permasalahan. Cuba pasang kembali Kad paparan tersebut, jika masih sama
kerosakan dijangka berlaku pada kad grafik tersebut.

Minggu ke-12: Membuat kable ‘Straight dan Twist’

30
Rajah 2.3.8 Kod Warna untuk ‘straight cable’ dan ‘cross cable’

Untuk membuat satu rangkaian lengkap mestilah mempunyai kabel yang


yang dibuat khas. Rangkaian internet atapun pc to pc menggunakan kabel seperti
‘straight kabel’ atau ‘twist kabel’. Perbezaan kabel ini hanya dapat ditentukan
melalui susunan warna pada kabel tersebut.

Cara membuat ‘straight cable dan twist cable’ :


i. Dapatkan seutas kabel mengikut panjang yang diinginkan.
ii. Dapatkan 2 kepala plug untuk penyambungkan ke port
iii. Keratkan kulit luar kabel tersebut untuk mendapatkan wayar teras
yang bewarna warni.
iv. Susunkan kabel teras tersebut mengikut aturan warna yang
ditetapkan untuk fungsi kabel.
v. Setelah itu, masukkan kabel kedalam plug dan kepitkan kepala
plug menggunakan pengepit supaya plug kukuh dan tidak mudah
tertanggal.
vi. Periksa keterusan dan ketepatan sambungan menggunakan
network tester.

Minggu ke-13: Pemasangan switch

31
Rajah 2.3.9 Switch yang biasa digunakan

Switch merupakan alat yang digunakan untuk melengkap sistem rangkaian


komputer bagi penggunaan komputer yang banyak. Jumlah minima port switch yang
terapat dipasaran adalah 4 port manakala jmlah maksima adalah sebanyak 100 port.
Switch port sebanyak ini biasanya digunakan untuk syarikat yang besar ataupun
institusi pendidikan. Namun pemasangan switch amatlah mudah bagi jumlah port
yang sedikit. Bagi jumlah port yang besar, switch tersebut adalah besar boleh
mencecah sehingga satu kaki panjang. Switch akan rosak apabila terkena panahan
kilat atau ‘spike current’.

Cara pemasangan sebuah switch;


i. Letakkan switch ditempat yang selamat iaitu jauh dari bahan
cecair, cahaya matahari ataupun magnet.
ii. Sambungkan switch dengan sumber kuasa.
iii. Sambungkan kabel LAN dari komputer ke modem
iv. Sambungkan kabel LAN dari modem ke main port pada
switch.
v. Masukkan semua kabel LAN pada port yang terdapat pada
switch mengikut urutan nombor.
vi. Periksa setiap port, pastikan lampu LED menyala kesemuanya.
vii. Setkan aturan untuk networking komputer.

Minggu ke-14: Membuat backup e-mail outlook express

32
Rajah 2.3.10 Aplikasi yang digunakan untuk menghantar e-mail

E-mail merupakan satu perisian yang dicipta untuk tujuan penghantaran


maklumat iaitu dalam bentuk teks, gambar atau sebagainya. ‘Electronik Mail’
amatlah digunakan oleh pengguna komputer. Tambahan lagi, jika sebuah syarikat
tersebut itu mempunyai rangkaian yang luas. Penggunaan e-mail dapat mengatasi
kelewatan untuk penghantaran maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain.
Hanya dengan menggunakan internet kita sudah mampu menghantar maklumat
kepada pengguna yang lain. Jesteru itu, apabila proses formatting dijalankan keatas
cakera keras (hard disk), semua data akan terpadam termasuklah email.

Cara membuat backup e-mail outlook express:

i. Tunjukkan semua fail yang tersembunyi. (hidden files)


ii. Masuk ke perisian outlook express
iii. Pilih file, import, address book.
iv. Cari address book tersebut di akaun pengguna, application
data, 33icrosoft, address book.
v. Cari mesej di peti di akaun pengguna, identities, application
data, Outlook.
vi. Sistem akan mengambil semula semua data berkaitan dengan
e-main masuk balik ke perisian outlook.

Minggu ke-15: Pemasangan Modem Streamyx Jenis ‘wireless’.

33
Rajah 2.3.11 Modem Wireless Jenis D-Link

Pemasangan modem streamyx jenis wireless adalah sama juga cara kerjanya
dengan modem streamyx jenis biasa iaitu menggunakan kabel. Ada juga pelanggan
yang inginkan penggunakan streamx sepertinya di kawasan rumah ataupun pejabat.
Dengan penggunaan ‘wireless’, pelanggan tidak perlu membeli kabel LAN ataupun
network kad. Ini kerana, komputer hanya menggunakan sistem ‘wireless’(tanpa
wayar). Sesebuah komputer atau laptop memerlukan wireless kad atau wireless usb
drive atau komponen yang dipasang pada setiap laptop. Kita hanya perlu aktifkan
wireless komputer dan komputer akan mengesan jika gelombang itu mengenai sistem
komputer. Jika gelombang diterima, pengguna sudah boleh menggunakan Internet
Streamyx Wireless.

Minggu ke-16: Menservis Komputer


(Masalah: Sistem Beroperasi Perlahan)

Masalah komputer terlalu perlahan merupakan antara jenis permasalahan


yang sering berlaku kepada pengguna komputer. Masalah ini ditimbuk disebabkan
oleh saiz memori yang terlalu rendah, terlalu banyak aplikasi dimasukkan, masalah
virus dan spyware, cakera keras mempunyai ‘bad sector’ dan masalah windows. Jika
memori sangat rendah, tingkatkan keupayaan memori kepada saiz yang lebih besar
sehingga ke 256MB, 512MB ataupun 1GB. Satu cara bagi mengatasi masalah ini
dengan membuat proses formatting terhadap cakera keras. Format semula hard disk

34
dan install windows dan aplikasi yang digunakan sahaja. Selepas itu komputer akan
berkendali dengan laju kembali.

Minggu ke-17: Menservis Penyambungan Internet


( Masalah: Tidak dapat penyambungan ke internet )

Internet merupakan satu kemudahan yang telah disediakan untuk kita


melayari laman web yang tertentu. Namun penyambungan internet kadang-kadang
mengalami masalah. Kegagalan penyambungan ke internet boleh membantutkan
kerja pengguna malahan juga dapat merugikan syarikat. Penyelenggaraan dapat
dilakukan kepada modem atau komputer tersebut.

Langkah penyelesaian;

i. Hidupkan modem streamyx. Periksa kesemua lampu.


ii. Didapati semua lampu menyala.
iii. Penyambungan ke internet dilakukan.
iv. Di dapati paparan error dipaparkan.
v. Error 671
vi. Untuk kepastian, hubungi 1-800-9515 TMnet.
vii. Mohon untuk memeriksa talian streamyx mungkin mengalami ‘hang
session’.
viii. Jika operator mengesahkan terdapat ‘hang session’, mohon di
berhentikan.
ix. Selepas itu, kita matikan modem buat beberapa ketika dan cuba buat
penyambungan kembali.
x. Internet dapat dilayari dengan baik.

Minggu ke-18: Menservis komputer


(Masalah: Komputer Hang)

35
Masalah komputer yang mengalami ‘hang’ ataupun ‘stuck’ ini haruslah
diselenggara. Apabila kita melakukan kerja melalui aplikasi dan tiba-tiba komputer
hang, ini akan menyebabkan kerja yang dilakukan akan hilang. Justeru itu baikpulih
harus dijalankan. Punca komputer mengalami ‘hang’ adalah disebabkan dengan
pengguna membuka terlalu banyak aplikasi. Ini menyebabkan ‘operation system
process’ akan meningkat. Selain itu masalah virus jugak boleh dikaitkan dengan
permasalahan ini. Antara jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dengan
memeriksa sector yang terdapat dalam cakera keras. Kemungkinan mengandungi
banyak ‘bad sector’. Jikalau terlalu banyak badsector, pengguna harus menggantikan
kepada hard disk yang baru dan lakukan formatting.

Minggu ke-19: Preventive Maintaince di Sekolah Lubok Temiang

Preventive Maintaince akan dilakukan di seluruh sekolah di WP.Labuan


mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun pelatih hanya dapat mengikuti BUMI-
IT untuk beberapa buah sekolah sahaja. Ini kerana, bahagian pejabat tidak
mencukupi juruteknik. Kerja penyelenggaraan akan dilakukan dengan baik dan
berkualiti tinggi ini kerana syarikat ini merupakan kontrak. Kesilapan yang berlaku
boleh menyebabkan syarikat ini disenarai hitam dari kontrak. Pelatih perlu
memegang nama baik syarikat dan tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya.

Minggu ke-20: Minggu Akhir

Di minggu akhir pelatih di syarikat tersebut, majikan telah menyuruh pelatih


untuk bertugas dibahagian pejabat. Pelatih melakukan kerja penyelenggaraan
komputer. Didalam sehari, pelatih dapat menyiapkan lebih kurang lima buah
komputer. Di samping itu, pelatih juga berusaha untuk mencari maklumat tentang
syarikat seperti mana yang diperlukan bagi mengisi laporan ini. Maklumat juga
diperolehi dengan bertanyakan kepada bahagian pentadbiran. Borang-borang
penilaian juga diserahkan bagi proses penilaian terhadap prestasi pelatih. Pensyarah
bagi melawat pelatih di organisasi tersebut juga tidak hadir sehingga minggu terakhir
pelatih menanti.

36
37

You might also like