Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BAB 4 PENGENALAN TTG KOMPUTER

BAB 4 PENGENALAN TTG KOMPUTER

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 1,353|Likes:
Published by fads

More info:

Published by: fads on May 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/06/2011

pdf

text

original

 
BAB 4: PENGENALAN KOMPUTER 4.1 Pengenalan
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yangmenerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolonganmanusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkankomputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
 4.2 Sejarah Komputer
Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:a) Sebelum tahun 1940b) Selepas tahun 1940
Sebelum tahun 1940
Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satuhingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini48
 
mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dantolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapatmenampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan
abakus
(sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batuitu. Pada tahun 1617,
John Napier
mengemukakan sifir logaritma dan alatdipanggil
tulang Napier
(
 Napier's bones
). Di samping pengiraan asas campur,tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukandengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan. 
Blaise Pascal
mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642.Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian.Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh
William Leibnitz. 
Pada tahun 1816,
Charles Babbage
membina
'the difference engine'.
Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritmasecara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan
kad tebuk 
sebagai input
 ,
 bolehmenyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik danseterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.49
 
Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu keranadianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalaikerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masatersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada
'the analytical engine'.
Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek iniditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapatiamat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semuakomputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan olehBabbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan
Joseph Jecquard
pada tahun 1801. Mesinini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konseplubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binaridalam pemprosesan data.
Herman Hollerith
mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alatinput data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dansistem akuan kereta.
Howard Aiken
memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikaldipanggil
Mark I
pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dansebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talianwayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh gegantielektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di50

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
^___^ liked this
Azliza Rosli liked this
Eifa Cuteatlast liked this
Sairuddin Adi liked this
sfldyn8583 liked this
fazharuddin liked this
edvalen5379 liked this
shedie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->