1984- AMANAH ASAS KEJAYAAN
Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian,kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifatamanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biruberbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyatberbilang kaum di dalam negara yang berdaulat berserta kerjasamayang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawakejayaan di berbagai-bagai aspek
1985- NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema"
NASIONALISIME TERAS PERPADUAN
". Lima bulatan biru yangdikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyatMalaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsayang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pulamelambangkan semangat nasionalisme yang menjadi terasperpaduan tersebut
.
1986-BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan danketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaandan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikapnegara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan denganadanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yangdilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu.
1987-SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatansementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah.Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidangekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan danperindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi inimemerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yangdilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yangdimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan danprasarana kewangan dan keselamatan.
Add a Comment
thayalinileft a comment