Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
268Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BEBERAPA NOTA BAHASA MELAYU SPM - PANDUAN GURU

BEBERAPA NOTA BAHASA MELAYU SPM - PANDUAN GURU

Ratings:

4.83

(23)
|Views: 20,417 |Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/09/2013

pdf

text

original

 
PANDUAN MENULIS PERENGGANPENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Jenis-jenis pendahuluan :-(i) pendahuluan jenis definisi(ii) pendahuluan jenis pendapat(iii) pendahuluan jenis suasana(iv) pendahuluan jenis persoalan(v) pendahuluan jenis peribahasa
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi 
Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurutkajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius darisemasa ke semasa.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpuncadaripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikansama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yangsama meneruskan pembangunan.
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok denganperlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abangyang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak matakusempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk 
Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkanseseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang ituboleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhikecemerlangan ?
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai 
.Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengantebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanyamengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuahkomuniti.
PERENGGAN
Jenis-jenis perenggan:- perenggan deduktif 
 
- perenggan induktif - perenggan gabungan induktif dan deduktif 
PERENGGAN DEDUKTIF
isi penting huraian isi contoh-contoh
Contoh soalan : Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakanperpustakaan sekolah. Punca pertama, walaupaun pihak perpustakaan telah cuba sedaya upayamendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang disediakansudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhikeperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakkan . Contohnya ,masih tedapat buku-buku yang diterbitkab pada tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakansudah terlalu lama Huraian Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapatmemenuhi keperluan pelajar. Lagipun tedapat banyak buku yang mengalami kerosakkan ContohContohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.
PERENGGAN INDUKTIF
huraian isi contoh-contoh isi penting 
Contoh soalan : Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Selekoh yang tajam , jalanberlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinyakemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highlandmempunyai banyak selekohyang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalanraya di negara ini. Huraian Selekoh yang tajam , jalan belopak, cahaya lampu, cahaya matahari,dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalanmenuju ke Genting Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalanraya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.
PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF
 
isi penting huraian isi contoh-contoh isi penting 
Contoh Soalan: Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan olehkerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Kempen yang dijalankan secarabersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akanmemberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Misalnya , denganmenghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Oleh itu, kempen -kempenyang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapatdisedarkan daripada lena yang panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan olehkerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankansecara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akanmemberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya , denganmenghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh itu, kempen-kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar penggunadapat disedarkan daripada lena yang panjang.
PENUTUP -
Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan -Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan -Gunakan penanda wacana yang sesuaiContoh :-(ii) Kesimpulanya, kita perlulah berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing keranapelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterimabekerja di sini.(iii) Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjadi pengguan yang bijak danbergabung tenaga untuk membanteras inflasi.Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri kitayang berkeyakinan bahawa inflasi di Malaysia boleh mencapai nilai 0%.(iv) Jelaslah kepada kita bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usahamembantu kerajaan membendung masalah inflasi merupakan masalah kita bersama. Masalah
 
inflasi tidak akan menjadi gawat dan membimbangkan sekiranya semua pihak mempunyaikesedaran.(v) Natijahnya, sektor perindustrian bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi negaramalah mengembleng tenaga belia ke arah penerokaan suatu bidang baru . Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung pelbagai masalahnegatif dalam sektor ini untuk menjamin keutuhan dan kejayaannn sektor perindustrian diMalaysia.(vi) Pada keseluruhannya, lawatan sambil belajar itu sungguh berjaya. Menurut beberapa orangahli yang ditemu ramah, mereka sedar bahawa kegiataan penubaan ikan merupakan satu carayang tidak bermoral. Sebaliknya , penternakan ikan di dalam sangkar perlu digalakkan bagimendapatkan hasil yang lumayan di samping dapat mengelakkan keracunan dan pencemaransungai.
PANDUAN MERUMUSKAN KARANGAN
 
Oleh Abdul Ghalib Yunus
 
BAHAGIAN merumuskan karangan atau rumusan merupakan soalan yang wajib dijawab olehpelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Soalan ini menguji pemahaman pelajar terhadappetikan yang dikemukakan. Soalan rumusan memerlukan pelajar mengemukakan pendahuluan,isi, dan penutup atau kesimpulan. Isi-isi yang dikemukakan pula mestilah terdiri daripada isi-isitersurat dan isi-isi tersirat. Isi-isi tersurat ialah isi-isi yang terdapat dalam petikan. Manakala, isi-isi tersirat ialah isi-isi yang tidak terdapat dalam petikan tetapi berkaitan.

Activity (268)

You've already reviewed this. Edit your review.
C Pn Noor liked this
Su Ishak liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
moonxxzz liked this
Peter Tan liked this
Mahezher Ghazali liked this
Hamimah Mimi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->