Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
33Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
folio gasing

folio gasing

Ratings:

4.7

(27)
|Views: 12,921|Likes:
Published by klmk
complete folio gasing
complete folio gasing

More info:

Published by: klmk on May 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/07/2013

pdf

text

original

 
NAMA PERMAINANNama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah ‘Gasing’. Gasingsatu permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Gasing tidakmempunyai nama lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk. Terdapatbeberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia.LATAR BELAKANGASAL-USULMengimbas mengenai permainan gasing itu, ada cerita yang mengaitkanbahawa asal usul permainan terbabit dengan buah berembang. Berembangyang mudah diperoleh di tepi pantai berbentuk bulat, licin dan leper itudikatakan menimbulkan idea orang zaman dulu untuk meniru bentukberembang bagi dijadikan sejenis permainan.Ketika gasing berputar ligat, ia dipanggil ‘gah’ bermaksud tegak dan kuatketika berpusing. Mengikut cerita masyarakat di Kedah, ia berasal daripadapermainan laga telur yang kerap dimainkan di kalangan kanak-kanak. Di situtimbul idea mengikut kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Bagimemastikan ia berputar ligat, tali digunakan untuk memusingkannya.NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN ININegeri yang paling popular dengan permainan in adalah Kelantan. Sebagaicontoh, Gasing Begelen, berbentuk agak leper diperbuat daripada kayu jenisringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing Toyol,dimainkan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Gasing pangkah pulamerupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di ZamanKesultanan Melayu Melaka.KAUM / ETNIK YANG TERLIBATPermainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orangMelayu. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecildan mudah dipermainkan. TUJUAN DIMAINKANGasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular padasuatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezekimenyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembiratanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang.Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang,
 
permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakatMelayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing sertateknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumahtradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannyadibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yangmeredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu jugamengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapisesuatu situasi.ALAT – ALAT YANG DIGUNAKANKayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbaudarah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidakmudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati sepertimanggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuatgasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz danbentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besipaksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segibulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan makakerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasingtadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tandukkerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan denganvarnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.CARA DIMAINKANDalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiranmemusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiappemain untuk bermain gasing ialah:-1) Melilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan ataumelilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakanpermainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akanmenghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakaidengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecinciniaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Iniakan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit
 
pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepadapemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitantali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantanmereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dansetelah kemas barulah pemain mengambilnya.Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jarikelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan ataukiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jarikelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan.Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia keranadengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkancengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan padaleher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan denganmeninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesankelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasingdibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagimemudahkan tugas mengankat atau menegak uri.2) Melilit Gasing Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilitpada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lainadalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilitgasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemasbagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililithendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan denganmengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagimenghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akanmenyapu kanji dibahagian bahu gasing.Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangankanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekanrambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arahpusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan keduadan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnyapula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkanlilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidakbertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot danmembahayakan semua orang.

Activity (33)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nicole Pei Yu liked this
Qianhung Chew liked this
Yana Nana added this note|
xde ke undang2 or peraturan brmain gasing.. penat cari kat satu net..x jmpe pon.... geram.. harap2 kat cni ade
Nurul Shuhada liked this
Ai Nee Ng liked this
hazerlukmana liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->