Konsep kitar semula. Apakah maksud di sebalik ³Kitar Semula´?
Proses kitar semulaialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di negara kita, Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru pula akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohiruang hidup kita. Adakah anda sanggup suatu hari nanti duduk berjiran dengan tapak pelupusan sampah? Bagi saya, pada ketika itu sudah pasti keselesaan seperti hari ini tidak dapat dirasai lagi.Jika anda tertanya-tanya, apakah kepentingan kitar semula kepada masyarakat, tidak terdayarasanya saya untuk menaip kepentingan-kepentingan tersebut dalam satu artikel sahaja. Namun begitu, anda tidak perlu berasa kecewa kerana junaidisite[dot]com dengan rasa murahhati ingin berkongsi kepada anda beberapa kepentingan amalan kitar semula.
1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran