You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucap terima kasih kepada Tuan Haji A.Bakar bin A.Rahim, Pengetua
MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada kami
sepanjang menjalankan tugasan ini.
Ribuan terima kasih kepada guru sejarah Cik Sharwanie yang telah banyak mencurah
ilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan ini.
Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Nor Asmah Bt
Hashim yang banyak membantu saya dan ayah saya Encik Saiful Anuar Bin Sabarudin
yang
sentiasa mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya
yang
telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di M
alaysia
merangkumi objektik-objektif berikut:
a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya
membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia
c. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
d. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi
muda melalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti

a. Rujukan
Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan bukubuku
yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang
berbangsa Cina bagi mendapat maklumat tentang Tahun Baru Cina
b.
Temu ramah
Saya telah menemu ramah Encik Lim Koh Wien yang beralamat di Taman
Bunga Negara, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Sebelum kaedah ini dijalankan,
kami terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada guru sejarah
kami. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang
sejarah Tahun Baru Cina.
c. Pemerhatian
Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Cina. Kaedah
ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Tahun Baru Cina.
d. Penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan sekolah, melawat laman
web yang berkaitan Tahun Baru Cina dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua
maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
HASIL KAJIAN
Perayaan Tradisi
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti
Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi
Imlek
Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, bi
asanya
aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. T
ahun Baru
Cina juga secara umumnya dipanggil Guonian .
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turu
t
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chin
a dari
segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China
,
bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk
etnik
Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu d
an
lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina.
Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah
bulan, selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu
Imlek
baru perayaan Tahun Baru Cina selesai.
Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tah
un dan
dinamakan sempena nama haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang China, Tahun
Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga datang,
pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan, orang China dengan pelbagai c
ara
yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepan
jang
tahun.
Latar Belakang
Menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, Nian adalah sejenis binatang bayangan
yang membawa nasib buruk. Semasa Nian tiba, semua tumbuhan mati; semasa Nian
pergi, tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang. Jadi orang China dengan mercun
menakutkan dan mengusir Nian , itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena
Tahun Baru Cina.
Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama, itu berasal daripada kegiatan
memuja dewa dan nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di Ch
ina
pada zaman kuno. Tahun Cina dipanggil Yuanri , Yuandan atau Tahun Baru pada
zaman kuno. Selepas revolusi 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapk
an hari
pertama bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina.
Menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya mempunyai sejarah selama
seribu tahun. Sekarang, sebahagian adat resam yang bercorak takhayul termasuk me
muja
dewa langit telah secara beransur-ansur tidak diamalkan lagi, sedangkan adat res
am yang
baik termasuk menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel tulisan Per
kataan
bahagia , mengukus kuih tahun baru, memasak Jiaozi , menyala mercun, tidak tidur pada
malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat Tahun Baru Cina mas
ih
sangat popular di kebanyakan tempat di China, khususnya di desa dan sebahagian p
ekan dan
bandar yang kecil.
Sebagai tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun
Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Amalan orang Melayu ketika Hari Raya Aidilfitri iaitu mengedarkan sam
pul duit
raya kepada kanak-kanak sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri diadaptasi darip
ada
amalan orang Cina.
Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun
Baru Cina, biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah disediakan seb
elum
merayakan Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina datang, orang China memakai ba
ju
yang paling cantik, dan sediakan kuih-kuih, manisan dan makanan ringan, untuk me
njamu
tetamu di rumah pada bila-bila masa.
Persiapan Sambutan Perayaan
Sebelum merayakan Tahun Baru Cina, rakyat telah menempel kertas merah yang
ditulis selamat tahun baru dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu, at
au
menempel bermacam-macam lukisan adat resam yang melambangkan bahagia di daun pin
tu,
jendela atau dinding, mengharapkan kedatangan nasib baik pada tahun yang akan da
tang. Ini
telah menjadi cara yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baru Cina di desa dan
sebahagian bandar dan pekan. Kuplet dan gambar Tahun Baru Cina sudah mempunyai
sejarah yang lama, dan juga untuk mengusir hantu dan mendapat nasib baik pada za
man kuno
sama seperti menyala mercun, dan beransur-ansur menjadi adat resam Tahun Baru Ci
na.
Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling penting dalam perayaan
Tahun Baru Cina, malam itu secara umumnya juga dipanggil Chuxi . Pada malam itu,
anggota keluarga berkumpul, makan bersama-sama, dan tidak tidur sepanjang malam.
Apabila fajar menyingsing pada keesokan harinya, tahun baru sudah bermula, orang
China
memakai baju baru, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang
tua
dalam keluarga itu, kemudian menziarahi saudara mara dan sahabat, untuk saling
mengucapkan selamat tahun baru. Dalam beberapa hari yang kemudian, orang China g
embira
dalam suasana perayaan yang bahagia dan harmoni.
Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang
ditempel tulisan perkataan nasib baik atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, un
tuk
menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan Nasib baik mesti ditempel s
ecara
terbalik, sebutan perkataan terbalik sama dengan perkataan datang dalam bahasa
Mandarin, maksudnya ialah nasib baik datang .
Pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina ialah hari yang diraikan sebagai
Yuánxiao jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valen
tine.
Tangyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tangyuán ialah sej
enis
makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur den
gan
sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air y
ang
mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.
Orang Cina mempunyai banyak amalan yang dikatakan membawa tuah baik pada
Tahun Baru Cina, antaranya ialah membuka semua pintu dan tingkap dianggap menjem
put
masuk tuah bail pada tahun baru. Seterusnya ialah gula-gula dan manisan dihidang
dan
dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Selain itu, se
tiap
sudut di rumah wajib dibersihkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tua
h bagi
tahun yang menjelang. Ada juga sesetengah orang yang percaya bahawa apa yang ber
laku
pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina mencerminkan peristiwa yang bakal
berlangsung sepanjang tahun. Tambahan pula, jika seseorang memakai selipar baru
yang
dibeli sebelum Tahun Baru Cina, seolah-olah dia memijak kepala orang yang bergos
ip
tentang pemakainya.
Kesan Perayaan
Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga
berkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-
kanak
dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. Sambuta
n
Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.
Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya akan melawat atau
dijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Tahun Baru Cina.
Selain itu, Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan kepada industri pelancongan
negara kita. Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat meilhat
pelbagai
perayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
Tambahan pula, perayaan Tahun Baru Cina meberi peluang perniagaan kepada para
peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Tahun B
aru Cina
seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun angpau termasuklah juga bahan-bah
an
makanan yang digunakan ketika perayaan ini.
RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,peng
ajaran
dan nilai yang telah saya pelajari.
Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat
bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi
kaum
yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini,
banyak
pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempe
lajari tentang
keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pe
lancong
asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran m
embuat
penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi.
Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,
memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan -rakan semasa menjalanka
n dan
menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan
saya
bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus
ini.
LAMPIRAN

Ini merupakan ang pau yang diberi ketika Tahun Baru Cina
Gambar di atas menunjukkan tarian singa
ELEMEN 3

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan


mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah
dengan
menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu
mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, Rumah
Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin sesuatu kawasan akan me
njadi
tumpuan rakyat berbilang bangsa.
Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber infor
masi
yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah
penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sent
iasa
peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta me
rta
dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah tempurung yan
g tidak
mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan perayaan perlulah mend
apat
liputan meluas daripada media.
Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum
kini
bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan
suku
kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum u
ntuk
turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa me
njadi
kegemaran suku kaum lain.
Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan imp
ian
Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui pelbgai
perayaan, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.
RUJUKAN

1. Internet:
- Sambutan Tahun Baru Cina
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=5745:sambutan-tahun-barucina&
catid=322:kebudayaan-di-malaysia

2. Orang Sumber:
- Encik Lim Koh Wien, 47 tahun, Taman Bunga Negara, Seksyen 27, 40400 Shah
Alam, Selangor.
3.
Akhbar:
-Mingguan Malaysia, 14 Februari 2010, halaman 14, 15

You might also like