ii.menjemput wakil-wakil daripada kementerian pelajaran untuk memberikan penerangan yang terperinci berkaitan isu yang dibangkitkaniii.menegaskan bahawa Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 28 adamenyebut tentang penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jeniskebangsaan serta penyenggaraannya yang tertakluk di bawah bidang kuasamenteriiv.menjelaskan bahawa berlakunya perpindahan bukannya penutupan beberapasekolah jenis kebangsaan yang kurang murid dilakukan ke kawasan berpenduduk padatKegiatan kokurikulum juga merupakan suatu bidang yang sering mendapat perhatian masyarakat khususnya apabila berlaku kecuaian pihak sekolah dalammengendalikan sesuatu aktiviti. Kes-kes seperti pelajar mati lemas semasa berkhemah, pelajar maut akibat kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan mengikuti aktivitikokurikulum dan lainnya merupakan kes-kes yang sering terpampang di dada akhbar.Kecuaian pihak sekolah mengawal keselamatan pelajar semasa aktiviti kokurikulumdijalankan, mengabaikan aspek keselamatan semasa mengendalikan sesuatu aktiviti,guru tidak berada bersama pelajar semasa aktiviti kokurikulum dijalankan dan prosedur keselamatan tidak dipatuhi sepenuhnya merupakan punca-punca berlakunya sesuatukemalangan terhadap pelajar ketika menjalani aktiviti kokurikulum.Bagi mengelakkan daripada pihak sekolah dipersalahkan apabila sesuatukemalangan yang melibatkan pelajar itu berlaku semasa menjalani aktiviti kokurikulummaka pihak sekolah perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti;