Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
303Activity

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Satu Per Banding An

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Satu Per Banding An

Ratings: (0)|Views: 16,771 |Likes:
Published by lizzahk

More info:

Published by: lizzahk on Apr 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

 
Abstrak
Kajian Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan PelajarTingkatan Empat: Satu Perbandingan ini difokuskan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4,sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan, di Daerah Brunei danMuara, Negara Brunei Darussalam. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manapenguasaan bahasa pelajar-pelajar dalam bidang penulisan karangan denganmengkhususkan dalam aspek morfologi. Kajian ini juga bertujuan untuk melihatsebanyak mana kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan sampel yang dikaji,di samping untuk membuat perbandingan tentang jumlah kekerapan kesalahanberdasarkan kumpulan sampel tersebut. Kajian berbentuk tinjauan dan kepustakaan initelah melibatkan seramai 40 orang pelajar, iaitu 20 orang pelajar dari Sekolah MenengahRimba dan 20 orang pelajar lagi dari Sekolah Menengah Saint George. Bagimendapatkan data tentang penguasaan bahasa tersebut, kajian ini menggunakan ujiankarangan berbentuk ucapan. Analisis statistik deskriptif akan digunakan bagi mencarikekerapan, min dan peratusan bagi satu-satu kelompok sampel dan keseluruhan sampel.Selain itu kajian ini juga akan melihat perbezaan kekerapan, min dan peratusan bagikedua buah sekolah berkenaan. Hasil daripada analisis ujian karangan yang telahdiberikan menunjukkan bahawa sebanyak 590 (7.375%) kesalahan telah dapat dikesan,iaitu kesalahan kata imbuhan 166 (28.2%), kesalahan kata ganda 32 (5.4%), kesalahankata jamak 20 (3.4%), kesalahan kata hubung 55 (9.3%), kesalahan kata sendi nama 15(2.5%) dan kesalahan kata tidak sesuai 302 51.2). Secara keseluruhan, SekolahMenengah Saint George lebih kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 298 (50.5%)manakala Sekolah Menengah Rimba melakukan kesalahan sebanyak 292 (49.5%). Olehitu kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan bahasa dalam penulisan karangan dikalangan pelajar menengah 4 ini berada di tahap sederhana dan pelajar-pelajar belumdapat menguasai bahasa Melayu khususnya dalam aspek morfologi sepenuhnya.
 
- 1 -
BAB 1PENDAHULUAN1.0 Pengenalan
Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari olehsemua murid dari setiap peringkat, iaitu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkatsekolah menengah. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah MenengahAtas Tingkatan IV-V (1999: 3) telah menggariskan lima tujuan pengajaran BahasaMelayu, yang sepatutnya dicapai oleh pelajar pada akhir pengajaran dan pembelajaranbahasa Melayu, iaitu:a)
 
menggunakan bahasa Melayu dengan fasih dalam pertuturan dan betul dalampenulisan (Jawi dan Rumi) untuk melahirkan buah fikiran yang bernas, logis,kritis dan analitis.b)
 
menghayati budaya membaca bagi menambah ilmu dan menghindarkan merekadaripada mengingkari tatasusila kemasyaratan, kebudayaan, keagamaan dankenegaraan.c)
 
menyebarkan dan mengembangkan daya cipta supaya dengannya merekaberkemampuan untuk berkarya bagi memperkayakan perbendaharaan pustakaNegara Brunei Darussalam baik dalam bidang sastera mahupun dalam bidangilmu.
 
- 2 -d)
 
mengekalkan semangat cinta terhadap bahasa Melayu dan mengamalkanpenggunaannya dalam apa jua acara komunikasi sosial bagi memeliharaperpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat dalam konteks Negara BruneiDarussalam.e)
 
menghormati dan menyanjungi tinggi kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi negara seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara BruneiDarussalam tahun 1959, Bab 82, bagi memupuk kesetiaan kepada raja, agama,bangsa, dan Negara Brunei Darussalam selaras dengan falsafah Melayu IslamBeraja.Manakala empat objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yangdisenaraikan dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Atas (1999: 2) adalahdihasratkan pada akhir program pengajaran bahasa Melayu, para pelajar akan dapat:a)
 
menguasai segala peraturan bahasa Melayu segi fonologi, morfologi, sintaksissemantik, wacana dan sosiolinguistik, sehingga pelajar-pelajar dapatmengungkapkan sesuatu dengan betul dan sesuai, menepati konteks dan tujuanpengungkapan.b)
 
memahami, mengesan, mengutip, mengumpul dan menilai secara kritis dananalitis akan buah fikiran atau idea yang termuat dalam apa sahaja bahan yangmereka tatapi secara kritis dan analitis, baik bahan lisan mahupun persuratan,

Activity (303)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
Kelvin Andreas liked this
Lilian Lind liked this
Nicholas Kong liked this
Awang Firdaus liked this
Awang Firdaus liked this
Zarida Mat liked this
Nur Baini liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->