You are on page 1of 1

Sony Ericsson Xperia X10, Handphone

untuk Penggemar Social Media

Xperia X10 adalah mobile phone pertama yang


menawarkan OS Android dari Sony Ericsson.
Dengan ciri-ciri paparan skrin sentuh besar (4 inci
480 x 854 piksel) membuatnya menjadikannya alat
yang sangat baik untuk malayari internet serta
untuk menonton video.

X10 juga dilengkapi dengan kamera 8.1 megapixel


dengan 16X digital zoom. Kameranya juga
mempunyai ciri-ciri pengenalan wajah yang secara
automatic yang boleh mengenali hingga lima
wajah dalam gambar anda dan secara automatik
akan menyimpannya di bawah kawan-kawan anda
dalam telefon anda. Ciri-ciri lain dari termasuk
flash, image stabilizer, video recording, lampu
untuk rakaman video , geo tagging dan juga pengesanan senyuman (smile detection). Ia juga
mempunyai WiFi, GPS dan sokongan 3.5G.

Salah satu ciri menonjol X10 khususnya untuk penagih sosial media adalah sesuatu yang
disebut oleh Sony Ericsson sebagai Timescape. Aplikasi ini membolehkan pandangan yang
terintegrasi dari semua mesej-mesej SMS, MMS, email, panggilan tak terjawab, Facebook
dan Twitter update kesemuanya dalam satu paparan. Anda juga dengan mudah dapat menapis
informasi megikut jenis, misalnya anda hanya boleh menetapkan untuk menunjukkan
Facebook dan Twitter update saja. Timescape adalah ciri bagus yang akan menjimatkan
banyak masa dan menyembunyikan keperluan menggunakan aplikasi berasingan untuk
menyemak sumber mesej yang berbeza.

Satu lagi ciri unik X10 adalah aplikasi Mediascape. Mediascape adalah sebuah aplikasi yang
menguruskan semua media kandungan anda, iaitu muzik, foto dan video. Setiap jenis
kandungan yang mempunyai paparan rumah khusus yang terbahagi menjadi dua bahagian,
tempatan dan online.

Xperia X10 dilengkapi dengan prosesor 1GHZ Snapdragon membuat ini antara salah satu
telefon terpantas di kelasnya. Selain itu ada 1GB memori dalaman dan kad micro SD 8GB
dibekalkan secara standard.

Harga rata-rata telefon ini sekitar RM2440 di Malaysia.


Semuanya ini adalah sebuah telefon ideal yang disasarkan untuk golongan muda. Dengan
sokongan media dan sosial media yang baik, inilah satu-satunya handphone yang
berkemampuan untuk memuaskan hati peminat social media.

You might also like