Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ISU 16 -KESUSASTERAAN

ISU 16 -KESUSASTERAAN

Ratings: (0)|Views: 869 |Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/02/2013

pdf

text

original

 
KESUSASTERAAN
A.Sepintas Lalu
KESUSASTERAAN merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin olehbahasa yang indah. Keindahan kesusasteraan memukau deria rasa dan deriaintelek peminatnya. Setiap bangsa mempunyai kesusasteraan yangdibanggakan. Bermula dengan tradisi lisan, kemudian beralih kepada tulisandan kini kesusasteraan memasuki ruang siber. Kesusasteraan bermula di teratakrakyat pada zaman primitif, berkembang di istana raja, merendang semula diruang masyarakat perindustrian, dan kini memasuki dunia siber.
Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pensyarah dari USM menyatakan bahawa ruangperjalanan yang dilalui oleh kesusasteraan sama dengan ruang perjalanantamadun manusia itu sendiri.Sejarah kesusasteraan memperlihatkanperkembangan yang berliku-liku. Setiap zaman itu membawa persoalanyang tersendiri kepada kesusasteraan. Setiap zaman memberi fungsi yangtertentu kepada kesusasteraan. Bermula dengan fungsi untuk manusia sebagaiwahana hiburan dan pengajaran, kesusasteraan kemudian berfungsiuntuk dirinya sahaja. Pada peringkat awal, fungsi ekonomi yang dimiliki olehkesusasteraan tidak begitu menyerlah.
Namun semenjak kesusasteraan diangkat sebagai satu bidang ilmu maka fungsiekonominya semakin jelas.Hakikat ini jelas apabila kedudukan pengajiankesusasteraan di universiti menampilkan dirinya bukan sahaja sebagaisatu bidang ilmu tetapi juga sebagai satu tiket untuk melamar kerja.
Graduan yang lahir dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan membuatpengkhususan dalam bidang kesusasteraan berpeluang melamar pekerjaan dibeberapa sektor seperti pendidikan, penerbitan dan kewartawanan. Sektorpendidikan menawarkan peluang pekerjaan yang paling banyak khususnya padaperingkat sekolah. Kebanyakan pelajar yang membuat pengkhususan dalambidang kesusasteraan merupakan bakal guru. Manakala sektor penerbitan dankewartawanan agak terhad.
B.Hakikat Subjek Kesusasteraan Masa Kini
Sektor pendidikan merupakan sektor yang menawarkan peluang pekerjaan yangpaling banyak kepada mereka yang membuat pengkhususan dalam bidangkesusasteraan di universiti . Namun, pada masa ini tidak ramai guru sasterayang diperlukan di sekolah-sekolah kerana mereka sudah terlalu ramai. Makaterdapat guru-guru sastera yang mengajar mata pelajaran lain. Tambahan pulakelas-kelas sastera semakin mengecil kerana minat pelajar-pelajar terusmenurun. Ada juga sekolah yang menutup kelas sastera kerana tidak ada lagisambutan daripada para pelajarnya.
Terdapat satu
stigma yang dilemparkan kepada pelajar-pelajar yangmengambil mata pelajaran sastera, iaitu pelajar sastera ialah pelajar yanglemah
dan tidak ada potensi untuk maju dalam bidang lain seperti perakaunandan teknikal. Hanya sebilangan kecil graduan kesusasteraan yang memulakanperniagaan sendiri kerana kemahiran yang diterima tidak mengizinkan merekamencipta pekerjaan untuk diri mereka sendiri.
 
Pada peringkat akademik iaitu peringkat yang lebih tinggi,
penglibatan merekayang terlibat dengan dunia sastera melalui bengkel, kolokium, seminar, danpersidangan semakin lesu
. Majlis-majlis ilmu ini dihadiri oleh sebilangan kecilmuka baru yang menunjukkan minat. Walaupun begitu, kegiatan kesusasteraannampaknya masih bernafas dengan adanya Dewan Bahasadan Pustaka iaitu sebuah institusi kerajaan yang mengurus perkembanganbahasa dan sastera di Malaysia. Jika tidak ada Dewan Bahasa dan Pustaka sudahpasti majlis-majlis ilmu kesusasteraan akan berkubur. Masyarakat teknologitidak melihat adanya kerelevanan kesusasteraan pada masa kini.
Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia,
 jumlah pelajar tingkatan enam (STPM)yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan terus merosot
dari tahun ketahun. Pada tahun 1998 terdapat 13 023 pelajar STPM yang mendudukikertas Kesusasteraan Melayu. Bilangannya merosot kepada 11 957 orang padatahun 1999 dan hanya 7928 orang pada tahun 2000.
Tidak dinafikan memang ada yang benar-benar minat dengan kesusasteraantetapi bilangan mereka amat kecil. Seperkara yang berkaitan ialahminat pelajar yang membuat pengkhususan sastera telah menurun keranakerjaya sebagai guru tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat. Dengan katalain, pengajian kesusasteraan tidak lagi berada dalam keadaan yang selesa.
Lambakan graduan yang membuat pengajian kesusasteraan akan terusberlaku
. Di Malaysia, terdapat beberapa universiti yang menghasilkan graduankesusasteraan seperti di Universiti Malaya (UM) , Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Maka setiap tahun ratusangraduan pengajian kesusasteraan keluar mencari pekerjaan yangsesuai dengan kelulusan mereka. Namun sehingga kini belum ada statistiksebenar jumlah pelajar pengajian kesusasteraan yang menganggur. Kita perluberasa bimbang akan masa hadapan pengajian kesusasteraan. Mengikut satulaporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia (
New Sunday Times,
9 Julai 2000, hlm. 27), terdapat 39 000 graduan yang sedangmencari pekerjaan. Menurut agensi-agensi mencari pekerjaan,bilangan itu lebih besar daripada yang dikeluarkan oleh kementerianberkenaan. Saingan untuk merebut peluang pekerjaan semakin sengit. Peluangpekerjaan dalam bidang kesusasteraan tidak begitu cepat berkembangberbanding dengan jumlah graduan yang terus bertambah dari tahun ke tahun.Sedangkan jumlah universiti bertambah sama ada awam ataupun swasta danjumlah kemasukan juga terus meningkat. Maka lambakan graduan sukar untukdibendung jika tidak ada langkah-langkah bijak dilakukan.
Dalam sektor pendidikan swasta, tidak ada kolej swasta ataupun universitiswasta yang menawarkan pengajian kesusasteraan
kerana pengajian ini tidakmempunyai nilai ekonomi di dalam konteks peluang pekerjaan yang baik,berprestij dan bergaji lumayan. Kursus-kursus yang dianjurkan semuaberorientasikan nilai ekonomi iaitu dapat memberi keuntungan kepada yangmenganjurkan. Maka kolej swasta akan menawarkan kursus yang berkaitandengan IT, kejuruteraan, perakaunan, pengurusan dan perniagaan. Kolej-kolejswasta ini beroperasi dengan menawarkan kursus-kursus yang dapat memenuhikeperluan peluang pekerjaan yang sedia ada dan yang akan diwujudkan. Ibubapa tidak akan bergolok bergadai mencari wang yang begitu banyak, hanyauntuk pengajian kesusasteraan yang sedia ada dan yang akan diwujudkan.
 
Pengajian kesusasteraan kini dianggap pengajian kelas dua
. Pengajiankesusasteraan tidak menyediakan ruang untuk para graduannya bersaing disektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan. Kolej-kolej swasta tidak berminatuntuk menawarkan pengajian seperti ini kerana pasti tidak ramai pelajar yangakan memohonnya. Pengajian kesusasteraan hanya terdapat di universiti awamseperti di Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia danUniversiti Malaya. Namun universiti-universiti awam ini tidak boleh berterusanmenghasilkan graduan pengajian kesusasteraan yang tidak lagi relevan denganperkembangan ekonomi negara yang mengarah kepada negara maju pada tahun2020.
Bagi mengatasi masalah ini,
adakah jumlah pengambilan pelajar untukpengkhususan kesusasteraan dikurangkan?
Misalnya ada yang menyarankansupaya dikurangkan jumlah pengambilan pelajar sastera daripada 53 peratuspada tahun 2000 kepada 25 peratus sahaja. Pengurangan ini juga akanmengurangkan jumlah yang mengambil pengkhususan kesusasteraan.
Selain itu, ada juga pandangan yang lebih radikal iaitu menutup sama sekalipengajian kesusasteraan
. Kedua-dua pendekatan ini
tidak akanmenyelesaikan
masalah yang timbul. Namun untuk memasukkankarya-karya sastera dalam pengajaran bahasa tidak juga membawa maruahkepada kerjaya guru sastera atau bakal guru sastera. Memansuhkan pengajiankesusasteraan adalah tidak bijak kerana kesusasteraan mempunyai nilaididaktik dan budaya yang diperlukan. Manusia bukan robot tetapi makhluk yangbernafas dengan tenaga intelek dan emosi serta intuisi.
Pengajiankesusasteraan sekarang perlu dilihat kembali kerelevanannya di dalamkonteks nilai ekonominya.
Perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan
melihat kurikulumpengajian kesusasteraan yang ada semula
. Adakah kandungan kurikulumpengajian kesusasteraan di universiti dapat menghasilkan tenaga kerja yangdiperlukan oleh negara pada hari ini dan masa hadapan? Kurikulum yangdigunakan merupakan kurikulum yang lama yang bersifattulen dan pasti telah melalui beberapa pindaan kecil tetapi masihmengetengahkan pengajian kesusasteraan sebagai satu pengajian tulen.Misalnya, di USM kurikulum pengajian kesusasteraan nyata bersifat tulenseperti kajian terhadap teks klasik, novel, cerpen, sajak, sejarah sastera, teorisastera, kritikan sastera, kesusasteraan Amerika Latin, kesusasteraan Afrika,kesusasteraan Nusantara dan kesusasteraan bandingan. Kursus ini tidakmembawa nilai ekonomi dalam konteks mendapatkan pekerjaan yang di luarbidang pendidikan. Sudah tiba masanya kursus itu dikaji kerelevanannyakepada para pelajar.
Mengikut agensi pencari pekerjaan, graduan yang mudah mendapat pekerjaanyang baik ialah mereka yang mempunyai kemahiran teknologi khususnya yangberkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. (
New Sunday Times
9Julai 2000, hlm. 27). Sehubungan itu, mereka menggesa para graduan sainssupaya melengkapkan diri mereka dengan teknologi maklumat dan komunikasi,yang berkesan. Mereka juga berpendapat bahawa agak mudah memberi kursus-kursus teknologi kepada graduan-graduan sains berbanding dengan sasterakerana latar belakang sains mereka. Bagaimana dengan graduan atau bakalgraduan pengajian kesusasteraan?
Adakah mereka juga perlu dilengkapidengan teknologi maklumat? Jawabnya ya.
Melihat kepada kursus-kursus yang

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Atieyqah Eqaa liked this
M.t. Cha liked this
yopyus liked this
Selbiah Ahmad liked this
Jie Hearty liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->