Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
409Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PELANCONGAN

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PELANCONGAN

Ratings:

4.9

(29)
|Views: 63,869 |Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
PELANCONGAN
A. Sepintas Lalu
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembangmaju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing sertamemasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 jutaorang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yangmenghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripadapertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia jugamerupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur -selepas China dan Hong Kong.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangatberpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsatetapi juga menawan warga tempatan.
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacupertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanansebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara majudalam abad ini.
Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapatdirealisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industripelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelanconganeko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran,sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbangsecara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempendan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaanberjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikitsebanyak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-pengalaman) parapelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyaipengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semuladan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosigalakan yang terbaik.
Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insidenpelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan,kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasanrekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepadapengalaman yang baik kepada para pelancong.
Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untukmemajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlakudalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.
Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semuakementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangandan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan.Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jikasetiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan merekadengan sebaik-baiknya.
 
Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan dan Pelanconganmengatakan bahawa fungsi dan tanggungjawab memajukan industripelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya sahaja. Namun,kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan pentingdalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang menarikdan menggembirakan dari Malaysia.
Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongandi negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yangmempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telahmengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan MajlisEkonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan PestaPersatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA)2001 telah dianjurkan di sini.
Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untukmemajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepadausaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awamatau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektorswasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan samaada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi,penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.
Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini sepertimengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkaninfrastruktur.
Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenarindustri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysiasendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untukmemajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikapmenyumbang kepada industri ini.
Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalammembuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuklebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendirimenjadi pelancong dalam negeri.
Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkankualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi jugadapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.
Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh,maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akanmemudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan seringkali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea barubagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.
Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatangluar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysiadi mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalamankepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadimelawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dansebagainya.
 
 
B. Pelancongan Desa (Homestay)
.
Pelancongan Desa atau 'Homestay' merupakan salah satu aktiviti pelanconganyang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung. 'Homestay'diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi tersebut dikalangan penduduk kampung. Pelancongan desa dapat memajukan pelanconganeko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasandesa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatanPelancongan desa yang berasaskan pertanian misalnya, dapat memberipengalaman kepada pelancong merasai hidup kampung dan merasai nikmatalam semula jadi dengan melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran,ternakan ikan dan sebagainya.
Projek ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemimpinmasyarakat, individu dan warga desa tentang pendapatan sampingan yangboleh diperoleh daripada aktiviti ‘homestay’ di tempat mereka.
Untuk menggalakkan pelancong datang dan mendiami kawasan luar bandar,penduduk luar bandar perlu diberi panduan atau orientasi dan persiapan mentaluntuk sedia menerima pengunjung luar secara yang lebih professional dansistematik. Secara tidak langsung, pelancongan desa mewujudkan kesedaranmengenai pentingnya pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.
Persediaan Ke Arah Menjalankan Projek ‘Homestay’
Menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan seperti rumah penginapan,kantin, bekalan air bersih, elektrik, jambatan gantung dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.
Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung,memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan, memerhati burung,melawat ladang, kebun buah-buahan, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yangmenarik.
Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada para pelawat daripadadalam dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta(agensi pelancongan).
Membangunkan kawasan-kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongandengan menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera.
Projek Homestay adalah satu konsep penginapan yang unik dan sangat sesuaibagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakatMelayu.
Kampung-kampung yang terlibat di dalam projek ini sangat komited dalammemberikan gambaran sebenar cara hidup masyarakat Melayu. Di samping itu.projek ini memastikan setiap pengujung yang memilih penginapan secara'Homestay' memperoleh pengalaman yang menggembirakan selain dapatmeningkatkan pemahaman mengenai budaya Melayu.
Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris
Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. BukitBangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris. Banghuris merupakan program‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang. Setiap kampung mempunyai jenterapentadbiran yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan danKemajuan Kampung (JKKK) yang berasingan. Nama 'Banghuris' mula diiktiraf

Activity (409)

You've already reviewed this. Edit your review.
nur_syafina_3 added this note
i like this so much.
nur_syafina_3 liked this
ıм Vicky liked this
1 hundred thousand reads
Zubaidah Ibrahim liked this
ahanim_2 liked this
Hassan Adnan liked this
aezzatee liked this
aezzatee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->