B. Pelancongan Desa (Homestay)
.
•
Pelancongan Desa atau 'Homestay' merupakan salah satu aktiviti pelanconganyang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung. 'Homestay'diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi tersebut dikalangan penduduk kampung. Pelancongan desa dapat memajukan pelanconganeko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasandesa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatanPelancongan desa yang berasaskan pertanian misalnya, dapat memberipengalaman kepada pelancong merasai hidup kampung dan merasai nikmatalam semula jadi dengan melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran,ternakan ikan dan sebagainya.
•
Projek ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemimpinmasyarakat, individu dan warga desa tentang pendapatan sampingan yangboleh diperoleh daripada aktiviti ‘homestay’ di tempat mereka.
•
Untuk menggalakkan pelancong datang dan mendiami kawasan luar bandar,penduduk luar bandar perlu diberi panduan atau orientasi dan persiapan mentaluntuk sedia menerima pengunjung luar secara yang lebih professional dansistematik. Secara tidak langsung, pelancongan desa mewujudkan kesedaranmengenai pentingnya pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.
Persediaan Ke Arah Menjalankan Projek ‘Homestay’
•
Menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan seperti rumah penginapan,kantin, bekalan air bersih, elektrik, jambatan gantung dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.
•
Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung,memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan, memerhati burung,melawat ladang, kebun buah-buahan, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yangmenarik.
•
Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada para pelawat daripadadalam dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta(agensi pelancongan).
•
Membangunkan kawasan-kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongandengan menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera.
•
Projek Homestay adalah satu konsep penginapan yang unik dan sangat sesuaibagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakatMelayu.
•
Kampung-kampung yang terlibat di dalam projek ini sangat komited dalammemberikan gambaran sebenar cara hidup masyarakat Melayu. Di samping itu.projek ini memastikan setiap pengujung yang memilih penginapan secara'Homestay' memperoleh pengalaman yang menggembirakan selain dapatmeningkatkan pemahaman mengenai budaya Melayu.
Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris
•
Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. BukitBangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris. Banghuris merupakan program‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang. Setiap kampung mempunyai jenterapentadbiran yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan danKemajuan Kampung (JKKK) yang berasingan. Nama 'Banghuris' mula diiktiraf
Add a Comment
Mar Nakalleft a comment
Far Snsleft a comment
Girlz Ryuzaqileft a comment
Usop Sontorianleft a comment
Nur Rina Marinahleft a comment